You are mine!

Description

Kesat air matamu, Ji Hye! Orang yang sepatutnya menangis, Minho bukan kau. Dia harus menerima balasan yang sepatutnya. Kini masa untuk melunaskan dendam bukannya meratap tangis - Ji Hye

Aku rindukan semuanya. Biarpun hatiku digilis berkali - kali. Aku tetap menyimpanmu jauh di sudut hatiku. Aku teringin menjadi seorang yang dicintai dan dibelai dengan kasih sayang. - Park Shin Hye

Adakah ini balasannya? Bila cinta itu masih lagi bolehdipupuk, aku sia-siakannya. Bila cinta itu jadi dambakan, aku ditolak seperti sampah yang kian membusuk. Maafkan aku - Lee Min Ho

 

Foreword

Hujan membasahi Kota Cappadocia. Setelah hampir lima tahun di perantauan, inilah kali pertama Minho merasai hujan selebat itu. Hujan yang tidak terduga turunnya. Tak ada ribut mahupun guruh sebagai petanda 

              Orang kata Cappadocia memang mempunyai  laras cuaca yang tidak menentu. Sungguhpun musim sejuk, tiba-tiba cahaya matahari boleh terbit membahang di sebalik kepulan awam. Kadang-kadang pula kabus boleh menyelubungi corong-corong guanya, tetapi pada sebelah petang langit membiru menandakan musim sejuk akan berakhir. Begitu juga dengan hari ini. Hujan turun tak semena-mena. Entah apa petanda yang dibawanya. 

            Minho duduk berselindung di bawahatap salah sebuah restoran yang agak terkenal di Kota Cappadocia ini. Baru sahaja tadi dia menjamu selera di sini. Memang betul kata orang, makanan Mediterraneannya memang sedap. Bagi Minho, Cappadocia adalah di antara  destinasi yang indah. Esok, kalau cuaca dalam keadaan baik, dia bercadang untuk menaiki belon udara panas.  Aktiviti yang wajib bagi setiap pelancong yang datang ke sini. 

        Hujan masih belum mahu berhenti. Sudah hampir sepuluh minit diamenunggu. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia meredah hujan ini. Hotel yang didiaminya tidaklah jauh mana. Hanya tinggal beberapa meter dari restoran ini. Ah!  Berapa lama lagi harus aku menunggu?

      Ketang! Bunyi tersebut menyentap jantung Minho. Ternyata ada orang lain yang berteduh di sini. Minho tertoleh-toleh ke belakang. Tercari-cari kelibat manusia yang senasib dengannya.

    "Who is there?" tanya Minho. Dia berjalan ke lorong belakang restoran. Hujan yang kini mula merintik ke badannya dibiarkan begitu sahaja. Perasaan ingin tahunya membatasi segala - galanya.

      Seorang wanita berkot kelabu paras lutut keluar dari tempat persembunyiannya. Dia memegang sekaki payung lutsinar dan berkasut but hitam. Rambut hitamnya diikat separuh dan bibir mungilnya pekat dengan calitan lipstik merah jambu. Mata bundarnya teragak - agak hendak hendak memandang tepat ke arah mata Minho. 

     "Miss! Are you okay? What are you doing here? At this dark place! ". Minho memberanikan diri untuk bertanya. Lorong kecil di belakangrestoran ini memang gelap dan boleh mengundang pelbagai jenis jenayah. Bagi wanita secantik dia, satu perkara aneh untuk berselindung di lorong ini. Sedangkan Minho sendiri berteduh di hadapan pintu restoran. Kalau terjadi apa-apa senang baginya untuk larikan diri.

     "You need an umbrella? ". Wanita tidak menjawab malah menghulurkan payungnya kepada Minho dan meleretkan senyuman. 

     Minho mengagak mungkin wanita tidak memahami apa yang ditanya tadi.

     "Thank you. I think I had better send you at your hotel. Where is your hotel?". Minho membuka payung yang diberikan oleh wanita itu dan berharap agar wanita itu akan menjawab soalannya dengan betul. Sekurang-kurangya dapatlah dia menghantar wanita pulang dengan selamat.

      "Kelebek. Hotel Kelebek".

       "Oh! That's my hotel too! ". Nasib baiklah hotel sama. Bolehlah tumpang payung sekali kan?

         "Thank god. Well.....I'm Ji Hye!". Wanita itu menghulurkan tangannya kepada Minho. Wajahnya yang selalu meleretkan senyuman yang manis dan menawan menyebabkan fikiran Minho melayang entah ke mana-mana.

          "What?Sorry! I'm not listening... "

          "Ji Hye!  My name is JiHye!"

           "Ji Hye?!! " Nama orang Korea. Entah - entah betul dia orang Korea. "Awak orang Korea kan?".

             Suara Minho tenggelam dalam bunyi hujan yang makin melebat. Nampaknya payung yang digunakan mereka tidak dapat menampung kelebatan hujan tersebut. 

           Minho terpaksa menarik lengan Ji Hye dan berlari anak ke hotel yang sudah hampir dengan mereka. Hujan yang bercampur dengan angin yang bertiup kencang itu membuatkan payung yang dipegang Minho hampir melayang.

         Akhirnya, mereka sampai di perkarangan hotel Kelebek. Minho memperkemaskan pegangan eratnya ke lengan Ji Hye lalu menolak keras pintu kaca yang berwarna warni yang menghalang langkah mereka. Rempuhan secara mengejut itu mengejutkan beberapa pelancong yang berada di lobi. Payung yang dipegang Minho tercampak ke atas meja resepsi. Manakala mereka berdua terduduk sambil melepaskan lelah masing - masing.

         Pekerja-pekerja hotel serta pelancong yang berada di lobi hotel melihat mereka dengan wajah yang mmenjengkelkan. Sudahlah masuk dengan mengejut boleh pulak buat perangai duduk atas lantai yang serba indah ini dengan basah kuyupnya. Minho mahupun Ji Hye kedua-duanya saling melepaskan sesak di dada dan tersenyum antara satu sama. Akhirnya, mereka berdua menghamburkan ketawa akibat geli hati dengan perlakuan mereka sendiri.

        Minho bangun dan bergerak ke arah Ji Hye. Tangannya dihulurkan untuk membantu Ji Hye bangun dari posisinya.

        "Are you okay?". Tanya Minho sambil menarik kedua - dua belas tangan Ji Hye.

        Ji Hye bangun dan memperbetulkan rambutnya yang kusut masai. Ikatan separuh itu dileraikan. Rambut hitam yang panjang mengurai itu memperlihatkan sisi kejelitaan milik Ji Hye.  Wanita memang menawan.

       Minho menghulurkan payung lutsinar putih yang tercampak di tepi meja resepsi tadi kembali kepada Ji Hye. Manakala Ji Hye pula hanya mengganguk dan tersenyum kecil.

      "So sorry about what happen. Anyway I'm Minho". Minho masih mengharapkan jawapan dari Ji Hye. Mungkin ini soalan terakhirnya tadi sebelum berlari meluru ke sini dan tidak didengari Ji Hye. 

     "Gomawo".  balas Ji Hye selamba. Tanpa berlengah lagi, dia terus berlari ke arah tangga kecil di ceruk lobi tanpa menunggu balasan dari Minho. 

     Minho terasa seperti bermimpi. Dia cakap apa tadi? Gomawo? Dia orang Korea! 

     "Miss! Miss!" Minho meluru keara tangga kecil yang dinaiki Ji Hye tadi. Wanita itu sudah tidak kelihatan. Kalau tak silap, tangga ini menghubungkan ruangan lobi dengan bikik-bilik King Suits yang serba mewah itu. Bilik yang kaya dengan gaya Mediterranean ini mengadaptasi konsep gua dan susunan batu-batu melengkung pada dinding hotel yang amat unik. Sekali imbas seperti berada di zaman pemerintahan Rom pada suatu ketika dahulu. 

     Minho duduk termangu di anak tangga itu. Malam ini dia rasa bagaikan bermimpi. Seperti dia telah berjumpa seorang bidadari yang memakai kot kelabu. Siapa dia?  Dia orang Korea? Ingin sekali bertemunya lagi. 

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet