What love means to you?

Description

Akhirnya 'Geng Playboys' kalah jua. Tak kira hensem mana mereka, tak kira kaya mana mereka, dua gadis ini berjaya menakluki hati playboy - playboy tersebut tapi macam mana dengan girlfriend - girlfriend playboy ini? Mesti mereka akan membalas dendam terhadap kedua-duanya gadis ini......

Kim Myungsoo and Krystal Jung

Foreword

-Di Cafeteria sekolah-

"Korang semua tahu tak kat sekolah kita, ada 2 orang pelajar baru". Kai cuba menarik perhatian rakan-rakannya yang asyik dengan telefon bimbit mereka. Kalau diikutkan hati Kai, dia mahu saja membuang telefon bimbit rakan-rakannya itu ke dalam tong sampah tapi nanti ada lah pergaduhan yang terjadi. Sehun yang duduk di hadapan Kai, memandang Kai  lalu memandang ke arah telefonnya kembali. "Pelajar lelaki atau pelajar perempuan? ". Sehun bertanya. Kai mengeluh dan menyandarkan badannya di atas kerusi yang didudukinya itu. "Tentulah pelajar perempuan. Kalau pelajar lelaki tak akan aku nak beritahu korang". Kai sempat memandang ke arah L yang sibuk berbual dengan tunangnya, Clara menggalakkan aplikasi Kakao Talk. Sebaik sahaja mendengar jawapan dari Kai, Sehun dan Siwan mematikan telefon mereka lalu mendekatkan kerusi mereka dengan Kai. "Siapa perempuan - perempuan itu? Dia orang cantik? ". Kini Siwan yang bertanya dengan beria-ria. L yang sibuk berbual dengan tunangnya itu sempat memandang ke arah rakan-rakannya itu sambil menggeleng kepalanya. L sudah tahu rakan-rakannya itu sedang berbual tentang perempuan. "Aku tak tahu dia orang tapi dia orang lebih cantik dari apa yang kita ada sekarang". Kai membalas dengan senyuman sinisnya itu. Sehun dan Siwan cuba menganalisis apa yang baru dikatakan Kai tadi dan mereka tersenyum lebar. Ini bermakna mereka harus mendapatkan perempuan-perempuan itu sebelum terlambat. Siwan berpusing ke arah L dan bertanya. "Myungsoo, kau dengar tak apa yang kita cakap tadi? ". Siwan dapat merasakan yang ada sesuatu pelik terjadi kepada L. Kalau dulu L yang pertama beria-ria kalau mereka bercakap tentang perempuan tapi hari ini?  L terkejut dengan soalan yang ditanya Siwan tadi lalu membaiki kedudukannya di atas kerusi. "Aku tak dengar sangat. Apa yang korang cakapkan? ". Siwan mengeluh. Betul tanggapannya L sudah banyak berubah. Siwan berjalan ke arah kerusi L. "Dekat universiti kita, ada 2 orang pelajar baru so kita orang cadang nak dapatkan mereka". L tergelak. Siwan, Kai dan Sehun melihat L dengan muka peliknya dan mereka memandang antara satu sama lain kerana pelik dengan tindakan L itu. "Kenapa dengan kau? Dah kena sampuk ker? ". Sehun bertanya sambil menghabiskan kopi yang dibelinya tadi.  L memberhentikan ketawanya dan memandang Siwan. "Buat apa korang nak dapatkan lagi? Kat 'store' itu dah penuh. Kau orang nak macam mana?  Hot? y?". Air kopi yang diminum Sehun itu hampir saja tersembur. Kai menampar dahinya sendiri lalu memandang L. "Memang lah banyak tapi bukan semua yang boleh pakai. Lagipun kita orang dah bosan lah". Kai berkata sambil melambai tangannya ke arah seorang pelajar perempuan yang baru melintasi mereka tadi. "Habis itu kau nak ikut kita orang tak?". Siwan bertanya sambil meletakkan tangannya di atas bahu L. Berharap L akan juga ikut rancangan mereka. "Tengoklah macam mana. Kalau Clara ajak aku pergi mana-mana. Sorry aku tak boleh ikut kau orang". Kai, Sehun dan Siwan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh L itu. Tak akan lah leader geng pun tak nak ikut. "Kau ini berlembut sangat dengan Clara itu". Sehun berkata sambil mengemas barang-barang miliknya kedalam sebuah beg galas. "Kalau aku tolak ajakan dia, mulalah dia nak merajuk. Aku bukannya rajin sangat nak pujuk dia". L membalas. 'KRING KRING' Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah habis. L, Kai, Sehun dan Siwan berjalan ke arah kelas mereka. 

-DI DALAM KELAS 

Mrs.Choi melangkah masuk ke dalam kelas dan diikuti oleh 2 orang pelajar perempuan. Kemungkinan itulah pelajar baru yang dikatakan Kai. L tidak lepas memandang salah seorang pelajar tersebut. Mukanya yang cantik dan rambut panjangnya dilepaskan menampakkan lagi kecantikannya. L mendekati Kai lalu membisikkan sesuatu ke telinga Kai. "Aku nak ikut rancangan korang". Kai tersenyum. Akhirnya L mahu ikut. Kai membalas bisikan L tadi. "Ini barulah L". L tersenyum lalu memandang ke arah perempuan itu semula. Tanpa disedari L, Clara menjeling ke arah perempuan yang dipandang tunangnya tadi.  'Tak lah cantik mana' kata hati Clara. "Hello semua. Hari ini kita mempunyai dua orang pelajar baru jadi saya persilakan mereka untuk memperkenalkan diri masing - masing ". Kata Mrs.Choi sambil mempersilakan pelajar - pelajar tersebut untuk memperkenalkan diri. Perempuan yang dipandang L tadi memajukan dirinya ke hadapan dan memperkenalkan dirinya. "Hello. Saya Krystal Jung. Kamu semua boleh memanggil saya Krystal dan saya berharap kamu semua boleh melayan saya dengan baik . Sekian terima kasih ". . L tersenyum lebar. Akhirnya dia tahu siapa nama perempuan itu. Kai pula yang dari tadi memandang perempuan di tepi Krystal. Mukanya juga cantik. Perempuan yang dipandang Kai itu tampil ke depan. "Hello. Saya Goo Hara. Kamu semua boleh memanggil saya Hara. Saya harap kamu semua boleh saya melayan saya dengan baik juga". Kata Hara. Tiba-tiba Kai berdiri dari tempat duduknya. Siwan menarik seluar Kai untuk mengarahkannya duduk.  Kai menepis tangan Siwan. Semua pelajar yang berada di dalam kelas itu memandang ke arah Kai. "Hara, I'm your fan". Kai menjerit. Hara yang melihat Kai itu hanya dapat menutup mulutnya. Mrs.Choi hanya dapat menggeleng kepalanya. 

-SELEPAS KELAS-

"So L, kau betul ini nak ikut rancangan kita?". Sehun bertanya kepada L untuk mendapatkan kepastian L. L hanya mengganguk. "So kita nak buat apa?". Kai bertanya dan yang lainnya berfikir untuk dilakukan mereka untuk menjadi rapat dengan Krystal dan Hara. Siwan mendapat idea. Walaupun ideanya selalu ditolak kerana dianggap bodoh oleh rakan-rakannya itu tapi kali ini dia yakin bahawa mereka tidak akan menolak ideanya ini. "Apa kata, kita stalk dia orang? Bila kita dah dapat pelbagai information tentang dia orang, barulah senang nak rapat dengan dia orang". Sehun, Kai dan L mengganguk. Siwan tersenyum lebar kerana ideanya kali ini diterima. "Macam mana kau jadi bijak hari ini?". L bertanya. Pelik. Biasanya L dan Kai yang selalu bijak dalam mencari idea tapi Siwan pula berjaya mencari idea. Siwan berhenti tersenyum apabila mendengar L berkata begitu. Siwan mengeluh dan berkata. "Aku bukannya bodoh selalu ". Siwan berjalan ke hadapan meninggalkan rakan-rakannya.  "Esok kau akan jadi bodoh pula". Sehun menjerit.  Mereka berjalan ke arah taman sekolah mereka.

Di taman sekolah -

Krystal dan Hara berehat di atas bangku di bawah sepohon pokok. Krystal memecah kesunyian. "Hara, kau tak rasa pelik dengan pelajar lelaki kelas kita?".Krystal bertanya sambil memusingkan badannya ke arah Hara. Hara memasukkan buku yang dibacanya tadi ke dalam beg galasnya dan melihat ke arah Krystal. "Memang pelik terutama yang cakap dia peminat aku". Balas Hara sambil menunjukkan dirinya ketika menyebut sebut 'aku' tadi. Krystal mengganguk dan membalas "Itu sudah luar biasa. Macam ada yang tak kena". Kini Hara pula yang mengganguk setuju. Tiba-tiba mereka terdengar sesuatu yang datang dari semak berdekatan mereka. 

-DI DALAM SEMAK -

"Kai! Kenapa semak juga yang kau pilih? Tak ada tempat lain? " Siwan merungut sambil menepuk bahu Kai yang berada di hadapannya itu. Kai pula sedang mengintip Krystal dan Hara. Kedudukan mereka hampir sahaja diketahui Krystal dan Hara kerana Siwan asyik merungut. L pula tiba-tiba terkejut dengan kedatangan seseorang dari belakangnya. Sehun yang pelik dengan riak wajah L, juga turut berpusing ke arah belakang dan Sehun juga terkejut dengan kedatangan  seseorang itu. "Kau orang buat dalam semak ini?!".

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet