#5
With you, baby.
Semalaman kyungsoo tidak dapat lelapkan matanya sejak mendapat tahu dia akan dikahwinkan tidak lama lagi. Kepalanya serabut memikirkan banyak perkara, boleh ke dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang wife? Bukankah dia terlalu muda untuk berkeluarga? Layakkah dia menjadi wife? Layakkah dia menjadi wife kepada Kim Jongin?
Kyungsoo mengurut-urut kepalanya. Dengan mengurut-urut kepalanya, akhirnya dia mendapat sikit ketenangan. Sebaik saja dia melelapkan matanya, tiba-tiba jam loceng pororonya berbunyi
"Argh, masa macam nilah kau nak berbunyi!" Marah kyungsoo sambil memberhentikan jam locengnya itu.
Kyungsoo memerhatikan jam locengnya, ia menunjukkan pukul 7 dan itu maknanya dia perlu bersiap untuk ke kolejnya. Dia bercadang untuk ponteng kelas saja harini tetapi dia tidak mahu mama memarahinya hanya kerana perkara kecil, dia tidak ke kolej.
Jadi terus bangun dari katil dan terus ke bilik air untuk bersiap ke kolej.
"Bro, tangan kau dah okay ke" Tanya baekhyun sambil menyandar di loker.Harini mereka ada kelas bersama-sama. Kyungsoo yang sedang mengambil buku, hanya membalas okay. Apabila semua barang telah diambil, kyungsoo menutup loker dan memandang ke arah baekhyun.
"Jom"
Baekhyun terus terkejut apabila memandang wajah kyungsoo. Muka kyungsoo sangat teruk, mukanya pucat matanya mempunyai eyebag yang teruk. Baekhyun tertanya-tanya, apa yang berlaku pada kawan baiknya itu.
"Kyungsoo, are you sure yang kau tu okay? You know. kalau kau ada masalah, kau boleh cerita pada aku or luhan"
"I'm fine, baek. Berapa kali kau nak tanya" balas kyungsoo
"Takda, mata kau tu ada eyebag teruk sangat.Tu tangan tu, kau tak cerita lagi kenapa boleh jadi macam tu" bukannya baekhyun mahu masuk campur dengan masalah dalam kehidupan kyungsoo tapi sebagai kawan, dia mengambil berat terhadap kyungsoo. Jika kyungsoo ada masalah, dia pasti akan menolongnya.
"Eh, takda apa lah. Jom lah ke kelas, nanti Miss Lee marah pulak kita lambat masuk kelas dia" kyungsoo cuba menukar topik, dia belum bersedia untuk memberitahu rakan-rakannya tentang masalah yang dia hadapi.
Baekhyun pula tidak mahu mendesak rakannya itu, mungkin dia akan memberitahu masalahnya satu hari nanti.
Waktu rehat kali ni, Kyungsoo tidak bersama-sama luhan dan baekhyun. Dia tidak ada selera. Jika dia ke cafeteria, mesti luhan pula akan bertanya tentang matanya itu. Kyungsoo malas hendak mendengar bebelan luhan itu.
Apa yang kyungsoo mahu sekarang ni ialah dia mahu bersendirian dan menenangkan fikiran. Kini kyungsoo berada ditingkatkan paling atas bangunan kolejnya. Angin disini amat tenang dan sepoi-sepoi bahasa. Sesuai dengan keinginan kyungsoo. Dia menutup matanya dan menghirup udara yang segar itu.
Tetapi ketenangan kyungsoo dikacau dengan bunyi tapak kaki yang semakin lama semakin dekat menghampirinya.Kyungsoo kenal bau ni. Bau minyak wangi milik seseorang yang bakal dia gelar sebagai suami
Kyungsoo mengeluh.
" I baru dapat tahu perkara ni semalam" kata kyungsoo tanpa menoleh kebelakang.
Kai terkejut yang kyungsoo dapat tahu kehadiran dirinya. Kai memandang ke sisi kyungsoo. Dari pandangannya dari posisi dia berdiri, dia mendapati kyungsoo sangat cantik apabila angin meniup rambutnya, bibir yang sangat y dan mata yang sangat bulat. Tidak lupa juga kulitnya putih dan mulus itu, sehingga dia berharap anaknya nanti serupa dengan kyungsoo.
Lamunannya terhenti, kai terus mengeleng-geleng kepalanya dan menampar-nampar pipinya. Apa yang fikir ni Kai? takkan kau jatuh cinta kot, hey banyak lagi lah perempuan- perempuan dekat club tu yang lagi cantik dari kyungsoo tu. Akhirnya ego telah menguasai diri Kai.
" Um, So you setuju ke?" dari tadi dia mendiamkan diri akhirnya kai bersuara
Kyungsoo mengangguk
"What?! Kenapa you setuju? Kenapa you tak tolak je? Oh, dont tell me you dah fall in love with me? U know what, I takkan jatuh cinta dengan orang macam U" Kai meninggikan suaranya, dia tidak dapat terima jawapan yang diberikan oleh kyungsoo tadi.
Kyungsoo terus membulatkan mata dan menoleh badannya. Matanya memandang tajam kearah mata Kai
"I terima bukan sebab I suka dekat U! I terima sebab mama I, okay? U ingat I nak sangat ke kahwin dengan U?!" Kini giliran kyungsoo pula meninggikan suara
Kai terdiam. Dia mencapai tangan kyungsoo tapi dengan tiba-tiba kyungsoo mengerang kesakitan.Dia terus melepaskan tangan kyungsoo memgambil 2 langkah kebelakang.
Dia melihat kyungsoo mengosok-gosok dikawasan tangannya yang berbalut itu. Kai juga teringat disitu juga kawasan yang dipegangnya dengan kuat tempoh hari. Dia tidak sangka boleh jadi seteruk itu. Kini kai terus rasa bersalah
"Sorry" kai cuba mendekati kyungsoo tetapi kyungsoo terus melangkah kebelakang.
"Dont. Touch. Me" kyungsoo memberi amaran.
"Argh" kai terus mengusutkan rambutnya dan meninggalkan kyungsoo keseorangan menahan kesakitan.
A/N : Lol what a lame story
Comments