prolog
Life Saver
Sila tekan
Seorang gadis berpakaian kasual memasuki sebuah lorong kecil yang gelap. Tidak takutkah gadis ini? berjalan sendirian pada malam-malam begini amat menakutkan bagi semua gadis tetapi tidak bagi gadis ini. Dia tetap berjalan walaupun bunyi cengkerik malam semakin kuat di halwa telinganya, dia menghiraukannya. Destinasinya hanya satu, iaitu taman permainan yang sudah usang di mata masyarakat namun bukan bagi Yoo Ara.
dia melabuhkan punggungnya di atas buaian yang sudah berkarat besinya dan mengayunkannya perlahan-lahan. Imbasan masa lampau bermain di matanya. Ya, dia sangat sayangkan tempat ini.Tempat inilah dia bersama kembarnya bermain bersama-sama. Kejar-mengejar antara satu sama lain, melompat sana sini. Ara ingat semua tu. Namun, kita tidak boleh membalikkan takdir bukan.?
Yoo Yiseul iaitu kakak kembarnya terlebih dahulu mengadap penciptanya tatkala dia berada di dalam kesusahan. Yiseul telah dibunuh dengan kejam oleh seorang ketua mafia akibat dendam yang mendalam terhadap appanya .Dendam? Ara benci akan perkataan itu. Kenapa Yiseul jadi mangsa kenapa bukan dia? Dendam apa yang disimpan oleh ketua mafia tu? Ara pun tak tahu. Dia mengeluh perlahan sebelum bangun dan berjalan pulang ke rumah.
" Bos, saya dapat tahu yang sebenarnya anak keluarga Yoo kembar," ujar seorang lelaki kepada ketuanya. Lelaki yang di panggil bos tadi tersentak dan memusingkan kerusinya untuk mengadap anak buahnya.
" Maksud kau? ada sorang lagilah ni yang kita tak bunuh?" Lelaki tersebut menyeringai. Geram memikirkan keluarga Yoo. dendam dia masih belum terhapus walaupun dia telah membunuh salah seorang anak kembar keluarga Yoo. Ye, dialah yang membunuh Yoo Yiseul.
" Nampak gayanya macam tulah bos. Yang bos bunuh haritu, kakak kembar kepada Yoo Ara. Yoo Yisuel namanya." anak buahnya mendegus.
" oh, nampaknya kita kena bunuh seorang lagi, barulah aku puas hati, hahah," Mr. Moustache gelak jahat diikuti anak buahnya. Dia kemudian menyambung," Aku nak kau siasat budak ni, perlahan-lahan baru kau ugut dia, faham?kalau kau tak nak ikut apa yang aku suruh aku akan penggal kepala kau," arah Mr.Moustache dengan suara mengugut. Anak buahnya hanya menurut sebelum berlalu pergi. Apalah nasib bekerja dengan seorang katua mafia ni.
Yoo, aku tak sangka kau ada anak kembar. Telahan aku tidak tepat selama ni. Aku ingatkan kau kau hanya ada seorang anak. Tapi takpe aku akan hapuskan anak kau yang seorang lagi. Barulah kau rasa apa yang aku rasa selama ini. - Mr. Moustache menyerangai sebelum mencapai fail yang berada diatas mejanya.
fail peribadi, Yoo Ara.
Byun Baekhyun memegang erat sejambak bunga ros sebelum di letakkan di atas sebuah kubur kepunyaan seorang gadis yang berada di hatinya. Dia cintakan gadis ini hingga akhir hayatnya. Dia menitiskan air matanya dan terkena tanah yang masih merah merekah. Dia amat rindukan gadis tersebut, Yoo Yiseul, nama gadis itu meniti lembut di atas bibirnya.
Yoo Yiseul, kau pergi sebelum aku sempat mengucapkan kata maafku dan sayangku kepad kau. Kenapa kau lakukan semua ini? Kenapa kau gadaikan nyawa kau?
Baekhyun terduduk di samping kubur Yiseul. Dia menangis sepuas-puas hatinya. ye, dia berjanji akan menyiasat siapa yang membunuh cinta hatinya dan akan membalas dendam terhadap orang tersebut.
Baekhyun tersenyum sinis sebelum bangkit dari duduknya.
Rest in peace, sayangku
"Appa, mana boleh buat Ara macam ni, Ara
Comments