wujud.

Wujud.

 

Pagi yang damai.

Burung berterbangan melepasi rumah-rumah sambil berkicauan.

 

Seorang gadis buta duduk bersila di atas katilnya mengadap seorang jejaka yang turut bersila di hadapannya. Bibir si gadis mengukirkan senyuman manis sambil wajahnya mendongak kerana si gadis begitu arif akan ketinggian si jejaka. Tangan kanan si gadis memanjang dan menyentuh wajah si jejaka. Si jejaka memandang si gadis dan tersenyum.

“Selamat pagi Minh! Jom sarapan” kata ibu si gadis sebaik saja dia membuka pintu bilik si gadis.

Puff! Si jejaka hilang. Meninggalkan si gadis dalam posisi yang agak pelik. Berkerut dahi si ibu melihat si gadis yang diam terpaku dengan posisi yang pelik.

“Nak capai apa tu Minh?” tanya si ibu. Si gadis menoleh ke arah suara ibunya dan tersengih. Muka si gadis kemerah-merahan kerana segan. Si ibu hanya menggelengkan kepala.

“Jom cepat” arah si ibu lalu meninggalkan bilik si gadis. Sebaik saja dia pasti bahawa ibunya telah pergi, si gadis melepaskan nafas lega.

“Fuhh, sebaik ibu tak tanya lebih-lebih” bicara si gadis lalu turun dari katil. Si gadis capai tongkatnya yang berada di lantai dan mula berjalan keluar bilik. Dengan perlahan, tangan kiri si gadis dicapai oleh si jejaka. Si gadis tersenyum simpul dan tertunduk malu. Sambil berpegangan tangan, mereka berlalu ke ruang makan.

 

Si gadis mengambil tempat di meja makan. Dari dapur, si ibu memandang si gadis yang duduk di meja makan seorang diri. Si gadis kelihatan senang hati.

“Makan laa dulu, Minh. Ibu bancuh air jap” kata si ibu sambil membancuh air kopi panas. Si gadis tersenyum lalu berkata,

“Sarapan sama-sama laa ibu”

“Ayah dah sarapan?” tanya si gadis bila terkenangkan ayahnya. Si ibu yang sudah siap membancuh air jawab sambil membawa air ke meja makan,

“Sudah. Awal-awal lagi dah sarapan lepas itu keluar. Kemana entah” si gadis tergelak kecil bila mendengar ibunya merungut tentang ayahnya lalu mengangguk faham.

“Dah, jom makan” si ibu berkata lalu mengambil tempat di hadapan si gadis. Si ibu mula mengambil pancake dan letak ke dalam pinggan si gadis. Kemudian untuk dirinya pula. Si ibu menuangkan madu ke atas pancakenya dan meletakkan buah-buahan ke dalam pinggan. Si gadis mendekatkan coklat jem ke pingganya.

Si jejaka pun mengambil tempat di sebelah si gadis lalu menguis kaki si gadis. Si gadis ketawa kecil lalu menyuapkan pancake ke dalam mulutnya. Kemudian, si gadis membalas perbuatan si jejaka.

“Comot” bisik si jejaka. Si gadis terus menoleh ke arah si jejaka dan buat muka marah sambil mengunyah makanannya. Si ibu mengerutkan dahinya.

“Minh..” panggil ibunya.

Puff! Si jejaka terus hilang. Si gadis menoleh ke arah ibunya. Si gadis menelan makanannya dan jawab,

“Ya ibu?”

“Baekhyun ke tu?” tanya si ibu. Si gadis mengangguk perlahan. Jauh di suduh hati si gadis, dia tahu ibunya tidak akan suka dengan jawapannya itu. Si gadis sambung makan dengan senyap. Kedengaran si ibu meletakkan sudu dan garfunya. Si gadis terus makan.

“Minh, dah berapa kali ibu pesan. Lupakan imaginary friend Minh tu dan cari kawan yang betul, yang wujud” si ibu bersuara.

“Tapi ibu..”

“Minh dah besar. Dah 21 tahun dah pun. Ramai orang kat luar sana nak kawan dengan Minh” sambung si ibu.

‘Tapi Minh tak tahu diaorang jujur ke tak. Tak macam Baekhyun. Dah 16 tahun Minh dengan dia’ bisik hati kecil si gadis.

“Minh dengar ke tak apa yang ibu cakap ni?” tanya si ibu lembut. Si gadis mengangguk lembut dan habiskan makanannya. Selepas itu, dia bawa pinggannya ke singki dan basuh.

“Minh, naik dulu ibu” si gadis melangkah ke biliknya meninggalkan si ibu seorang diri di meja makan. Dengan riak wajah yang risau, si ibu melihat anaknya masuk ke bilik dan menutup pintu.

“Ibu bukan nak halang. Cuma, Baekhyun tu .. tak wujud”

 

Setiap petang si gadis akan ke berjalan ke taman untuk mengambil udara dan meluaskan skop pendengarannya. Di taman, si gadis akan mendengar bunyi kanak-kanak berlari sambil ketawa, air pancut, remaja berbual, bunyi loceng basikal dan sebagainya. Si gadis amat sukakannya.

Petang itu, si gadis ke taman.

Seperti biasa, dia berjalan bersama si jejaka.

“Minh, ais krim budak depan tu baru je jatuh” cerita si jejaka sambil ketawa. Si gadis turut ketawa.

“Tak baik laa, Baekhyun” nasihat si gadis. Si jejaka memandang si gadis lalu berkata,

“Tapi dia gelak juga” si gadis hanya tersengih. Si jejaka meletakkan tangan kirinya di atas bahu si gadis dan memeluk erat si gadis.

“Love you” luah si jejaka lembut. Si gadis ketawa kecil. Mukanya kemerah-merahan.

“Kakak” panggil satu suara. Puff! Si jejaka hilang. Riak wajah si gadis terus berubah.

“Kakak..” panggil suara yang sama sambil menarik baju si gadis.

“Ya?” tanya si gadis dengan senyuman sambil menunduk ke bawah walaupun dia tidak pasti dimana kedudukan budak tersebut yang sebenarnya.

“Kenapa kakak gelak seorang-seorang?” tanya budak tu. Riak wajah si gadis berubah bila dia teringat akan apa yang ibunya selalu kata,

 

“Baekhyun tu tak wujud, Minh..”

 

“Kakak gelak sebab ais krim saya jatuh ke? Tapi kakak tak nampak..” tanya budak itu dengan keliru. Si gadis tersentak.

“Apa?” tanya si gadis. Dia nak pastikan apa yang dia dengan itu betul.

“Tak ada apa-apa! Hati-hati jalan, kakak!” kata budak itu lalu berlari ke arah bertentangan. Si gadis ditinggalkan. Kemudian, si gadis kembali melangkah ke taman.

“Baekhyun dengar apa yang budak tu cakap?” tanya si gadis. Dia masih berada dalam keadaan yang keliru. Si jejaka ketawa kecil.

“Jangan letak harapan, Minh” balas si jejaka dengan suara mendatar. Bila dengar jawapan si jejaka, si gadis mengetap bibir dan membisu. Si gadis tahu apa yang ibunya selalu cakap tu betul tapi berat bagi dia untuk terima. Selama ini, si jejaka laa yang selalu berada di sisinya. Sejak dia kecil lagi. Si gadis amat menyayangi si jejaka kerana hanya si jejaka yang dia dapat lihat. Rupa parasnya, senyumannya .. hmm.

“Kita dah sampai!” si jejaka bersorak lalu mengambil tangan si gadis. Mereka berjalan mendekati air pancut dan duduk di kerusi berdekatan yang agak tersorok kerana si jejaka tak nak orang menganggap si gadis tidak siuman.

Seperti biasa, mereka berbual-bual. Bergelak ketawa. Si jejaka memandang si gadis dengan penuh rasa sayang. Si gadis menikmati masa bersama si jejaka dengan gembira.

 

Tiba-tiba,

 

“Hello” sapa satu suara. Si gadis yang tengah ketawa terus terhenti. Si gadis terkejut dengan kehadiran orang tersebut dan tidak pasti samada orang itu menegurnya atau dia perasan sendiri. Jadi, si gadis tidak menjawab.

“Saya bercakap dengan awak”

“Saya ke?” tanya si gadis.

“Ya, awak. Hai, nama saya Xiumin” orang tersebut perkenalkan diri. Si gadis mula tertanya-tanya adakah orang ni nak berkawan dengan dia. Si gadis mula tak senang duduk.

“Hai .. Xiumin. Saya .. Minh” kata si gadis. Xiumin ketawa. Dari arah suara Xiumin, si gadis mengagak Xiumin sedang berdiri betul-betul di hadapannya.

“Kenapa macam takut ke?” tanya Xiumin dengan sisa tawanya. Si gadis tak jawab apa.

“Wow, Minh memang tahu laa dia wujud?” tanya Xiumin. Dahi si gadis berkerut. Dia tak faham maksud Xiumin.

“Huh? Apa yang wujud?” si gadis tidak dapat tangkap apa yang diperkatakan. Xiumin buat muka pelik dan cakap,

“Baekhyun .. ?”

Lagi runsing si gadis dibuatnya. Si gadis macam tak percaya dengan apa yang dia dengar.

“Xiumin cakap apa ni?” tanya si gadis. Xiumin ketawa.

“Jangan cakap dengan Xiumin yang Minh tak tahu Baekhyun tu wujud” jawab Xiumin dengan sisa tawanya. Si gadis terkedu.

“Tapi, macam mana Xiumin tahu nama dia? Baekhyun tu cuma .. imaginasi” si gadis pelik dengan apa yang diperkatakan oleh Xiumin. Xiumin ketawa kecil

“Setiap dari mereka ada nama terukir dekat lengan kiri. Nama yang kita beri. Mata kasar manusia memang tak nampak mereka kerana mereka berlainan dimensi dengan kita. Tapi jangan risau sebab mereka wujud cuma tak semua orang nampak” terang Xiumin. Kemudian, Xiumin menoleh ke kanan dan tersenyum.

“Macam sebelah Xiumin ni, nama dia Euna. Dia sama laa macam Baekhyun” tambah Xiumin. Si gadis diam membisu. Dia hanya mendengar. Dalam apa yang Xiumin cakap, hanya satu saja yang tersangkut dekat fikiran si gadis.

 

“.. mereka wujud”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
b2stFanz
#1
Chapter 1: woo daebak2..*thumbs up*
Danamishri #2
Chapter 1: this is so cool xD i'd love it if it were longer and there's like you know secret about Baekhyun's existence *^*