Kisses

Goodbye Kiss
Please log in to read the full chapter
kisses "Asdfdswfwgfw? B-Break up? J-Jadi t-tadi kau k-keluar tadi semata-mata sebab nak putus dengan dia? D-Dengan L-Luhan? M-Model k-kiss tu?!" Mulut Hara punyalah terlopong luas sampai aiskrim yang mulai cair di tangan pun sudah tidak diendahnya lagi. "Yah, a-aiskrim kau! Eee, kotorrr!" Mengedari uniform sekolahnya terkena kesan aiskrim yang menitik daripada tangan Hana itu membuatkan Kaisya terlonjak anak dari tempatnya berdiri. Entah mengapa pada detik ini, memerhatikan wajah teman sekolah tingginya Kaisya dari tepi membuatkan Hara berasa begitu tidak diperlukan.  "K-Kaisya, hey! Bu-Bukan Luhan pun dah confess dekat kau juga ke? H-Habis tu k-kenapa-" Hara tidak jadi meneruskan kata-kata apabila tenungan maut daripada Kaisya seolah-olah melontarkan peluru ke arahnya. Kalau ikutkan hati, ingin Hara berteriak semahu-mahunya. Akademik, sukan, penampilan, Kaisya ada semua tu tetapi sepanjang tempoh pengenalan mereka, Kaisya tidak pernah membuka hati untuk siapapun—hanya Luhan. Kawan lain turut perasan, inikan pula dia. Bertahun-tahun kot Kaisya menunggu saat ini, bersusah payah dia mengumpul duit semata-mata mendaftar di laman kejadah Buy A Kiss.  Setelah ciuman Luhan dikecapi, adakah hati Kaisya menjadi tawar? "Drama sangat. Bila masa aku dan Luhan tu ada apa-apa? I bought a kiss, then I got it. That's about it." Kaisya membaringkan kepala ke lengannya yang bersandar di atas tiang koridor. "Yang paling penting, aku dapat apa yang aku idam-idamkan selama ini. A kiss from him. What should I expect more?" Seiring kata-kata yang ditutur perlahan, tangannya yang satu tangkas menarik pengikat rambut berupa riben merah dari kepalanya. Setiap kali angin bertiup, rambut panjangnya berterbangan melitupi bahagian tepi wajah bujur sirehnya. Tanpa disedari, pandangan mata gadis tersebut dilontarkan jauh ke hadapan, yang mana ia berpusat di sebuah pondok mini yang terletak dua blok daripada bangunan itu.  Maka di pondok itu lah, dia menerima ciuman pertama daripada Luhan pada dua hari yang lepas. Sangkanya, ciuman itu akan menjadi sesuatu yang istimewa. Sungguh, ia adalah antara perkara yang tidak pernah berhenti berlegar dari dalam kotak fikirannya selama ini namun... "Kaisya, jom dating." Bisikan Luhan setelah ciuman yang berlarutan agak panjang pada hari itu seolah-olah telah mengubah haluan perasaan Kaisya. Dia cuba meyakinkan diri bahawa perasaan yang bernaung di dada bukan lah cinta. Umur pun muda setahun jagung lagi, berbaloi ke dia melaburkan perasaan terhadap sesuatu yang digelar 'cinta monyet' ini? Terhadap Luhan, pretty boy yang menetap bersebelahan dengan rumahnya, mereka berdua ibarat anjing dan kucing. Memang suatu misteri mengapa Kaisya tekad mahukan Luhan sebagai ciuman pertamanya. Janji itu tersemat di dalam jiwanya ibarat mentera semenjak keluarga Luhan berpindah ke kejiranan mereka.  "Lebih daripada ciuman, aku tak nak." Selamba ia meluncur keluar dari hujung bibir Kaisya. "Aku cuma nak buktikan dengan Lu yang aku pun boleh buat benda yang sama dia buat tiap hari dekat perempuan-perempuan yang beli kiss dia,"  Bukan hanya sekali dua Kaisya menyaksikan sendiri jumlah gadis bermacam bangsa yang bertandang di rumah Luhan sejak dari hari kedua orang tuanya berhijrah ke luar negara. Hubungan mereka dahulunya rapat, tanpa isu jantina menjadi pemisah keakraban mereka. Segalanya berubah dengan drastik sekali setelah Luhan menjadi salah satu model —Buy A Kiss—. Daripada teman sepermainan, tidak semema-mena Luhan dinaiktarafkan menjadi cinta pertama di dalam hati Kaisya. * * * "Kau dah gila ke? Kissing every woman that paid you? Heol. Luhan, apa nak kena dengan kau ni, chingu-yah?" Sebaik saja pintu rumah Luhan berbuka, perkara pertama yang dilakukan Kaisya ialah menjerit sekuat hatinya. Bukan niat asalnya untuk meninggikan suara, bahkan di sepanjang perjalanan dia memesan minda akalnya agar bersikap tenang di saat bersemuka nanti, namun apabila wajah Luhan yang seakan baru bangun tidur itu muncul di muka pintu, fikirannya serabut 360 darjah. Kaisya bimbang andai apa yang didengarinya di sekolah tadi adalah kenyataan. Bagaimana mungkin, seorang sahabat yang sentiasa memberikan makan kepada kucing di jalanan tiba-tiba begitu berkira terhadap perhubungan lelaki perempuan?  "Chingu? Kawan? Hey hey hey. Kau dengar sini Kaisya, takde-nye lelaki dan perempuan boleh berkawan baik di dalam dunia yang sihat ni! Tengok macam mak ayah aku..." Raut wajah Luhan berubah warna pada ketika isu kedua orang tuanya terungkit. Sambil meraup rambut yang sedia serabut, pandangan matanya dialihkan secara terpaksa daripada Kaisya.  "Luhan...k-kau tak perlu cakap sampai macam tu sekali. Kita dah meningkat dewasa! Dah 17 tahun, dan nak dekat periksa dah pun. Kalau parents kau tahu tentang ni, mereka takkan tenang kerja dekat luar nega-" "Mereka dah bercerai, Kaisya! Orang tua aku...dah tak nak dekat aku!"  "Orang tua aku dah tak nak dekat aku!" * * * Sinaran mata Luhan pada hari itu akan selama-lamanya bersarang di dalam hati Kaisya. Mungkin luka itu akan pulih, dan ia tidak separah apa yang Luhan rasakan namun jauh di dalam lubuk hati, Kaisya benar-benar bersimpati terhadap konflik yang melanda keluarga Luhan setahun lepas itu. Setiap perbuatan yang beralasan, bagi Kaisya, apa yang Luhan pilih ialah sesuatu yang dia sendiri tahu ianya tidak akan mampu mengubah apa-apa.  "Kaisya, betul ke...apa yang kau cakap tadi?"  Masa seperti dipercepatkan, dan kini, Luhan sudah berada di sebelah, malah berhadapan dengannya. Kelibat Hara sudah menghilang entah ke mana. Lantas, h
Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet