Dua

Kerana Sebiji Coconut
Please Subscribe to read the full chapter

+++

Hyoyeon menghempaskan badannya ke atas katil. Keluhan terlepas keluar. Matanya ditutup. “Oh seriously rasa macam dapat kanser jaga mamat tu. Kalau bukan sebab ayah ugut nak tebang pokok kelapa tu tiada makna aku akan jaga dia.”

‘Perangai kau tu pun  sama macam kanser juga.” Taeyeon menjenguk kepalanya melalui pintu bilik Hyoyeon. Dia segera duduk di atas katil Hyoyeon apabila Hyoyeon buat muka –ada-aku-kisah-

“Hyoyeon, aku tak paham kenapa kau suka sangat kelapa tu?” Taeyeon menyoal. Sebenarnya dah lama dia nak tanya tapi tak berkesempatan. Dia baring di sebelah Hyoyeon.

Kalau hari biasa Hyoyeon tak akan jawab sangat soalan yang berkaitan dengan kesukaan dia tapi entah kenapa malam itu mulutnya mudah saja menjawab. “Kau ingat tak Kai?”

“Kai, Kim Jongin?” Taeyeon menyoal gadis di sebelahnya inginkan kepastian. Matanya merenung siling sambil otaknya ligat memikirkan kenapa nama lelaki itu disebut.

“Ya. Setahun selepas kau pindah sekolah,” Hyoyeon diam seketika. Matanya ditutup rapat. Dia mengeluh. Tak sanggup untuk meneruskan apa yang dia bakal cakap.

“Dia mati…” Taeyeon menyambung. Dia tahu kisah Kai mati sebab kemalangan kereta di kampung mereka.

“Tapi…apa kena mengena?”

“Waktu tu hari lahir aku, dia hadiahkan aku kelapa, dia kata tu favorite dia.” Hyoyeon bersuara lagi. Dapat dia rasa air matanya bergenang, dah lama rasanya dia tak menangis.

“So,”

“Sejak hari tu aku dah jadikan kelapa tu sebagai salah satu favorite aku.” Hyoyeon menyatakan kenyataan.

“Kai?”

“Hmmm…dia kawan aku yang aku sayang sangat. Hari lahir aku hari tu dia cakap yang dia nak jadi kawan aku. So sebenarnya kelapa itu adalah tanda persahabatan kami berdua.” Kenangan bersama Kai mencurah-curah datang balik ke dalam ingatannnya.

Taeyeon mengangguk memahami. Dia melihat ke sebelahnya. Hyoyeon masih lagi merenung ke siling.

“Dia mesti seorang yang baik sangat.” Taeyeon memuji.

Hyoyeon mengukir senyuman. “Anyway, siapa kata kau boleh tidur sini? Sila keluar sekarang.” Hyoyeon bangkit dari katil dan menarik Taeyeon dan menolah gadis itu keluar dari biliknya.

“Kim Hyoyeon, sampai hati kau. Tak nak kawan.” Taeyeon mendengus sebelum berlalu.

Hyoyeon tergelak sebelum dia dapat merasakan air mata jatuh ke pipinya. “Ah, Jongin, aku rindu kau.”

+++

Sehun memerhati sekeliling wad khas itu. Bayang gadis bernama Hyoyeon itu masih belum kelihatan. Dah lima jam dia tunggu sejak dari dia bangun.

“Hai, Oh Sehun.” Seorang gadis yang Sehun tidak pernah kenal masuk ke dalam bilik itu. Sehun mengerutkan kening. Siapa pulak perempuan ni?

“Saya Kim Taeyeon. Sepupu kepada Kim Hyoyeon. Hyoyeon akan datang kejap lagi. Dia tengah parking motor.” Taeyeon duduk di atas sofa di wad khas itu. Sehun hanya diam mengangguk.

“Dia tu mana nak naik kereta dengan saya. Anyway, saya datang tengok awak sekejap aje. Nanti Hyoyeon akan bawak awak balik ke rumah kami.” Taeyeon menyatakan sebab dia berada di situ.

“Sorry late babe.” Hyoyeon masuk ke dalam wad dengan senyuman. Dia terus menuju ke arah Sehun dan menepuk lembut bahu lelaki itu. “Kau kenapa ni….nampak macam baru lepas putus cinta aje.” Dia tersenyum nakal.<

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mika_lou #1
Chapter 1: Hahaha best... hyomi cp... dpt juga bce ff malay hyoyeon
ika_sya_lovehyoyeon
#2
Chapter 1: ok seriously cute,funny..hehehe...update soon