Satu

Kerana Sebiji Coconut
Please Subscribe to read the full chapter

“Kau pasti kau takkan menyesal?”

“Menyesal kenapa pula?”

“Menyesal sebab kau dah buat aku jatuh cinta dengan kau.”

Hyoyeon merenung Sehun dengan rasa tak percaya yang bertimbun. “Jatuh cinta dengan aku? Kenapa pula?” Dengan naïf, Hyoyeon menyoal.

Sehun melingkarkan tangannya di keliling bahu gadis itu sambil tersenyum nakal.

Hyoyeon masih lagi merenung Sehun walaupun jantungnya mula berdegup dengan kadar yang semakin laju. Aduh, apahal pula dengan jantung aku ni? Nak kena bawak pergi jumpa doktor ni.

“Sebab kau dah buat aku jatuh cinta dengan kau, coconut girl.” Sehun mengenyitkan mata kirinya.

“So, sekarang kau kena tanggung sebab tak mudah bagi seseorang yang menerima cinta aku untuk hidup dengan tenang, aman dan damai.” Sehun mengeluarkan ayat itu dengan bersahaja.

Hyoyeon mengerutkan keningnya. “Tapi aku tak kata aku terima kau?”

“Well, no objection. Only yes will be accepted.” Sehun melepaskan lingkaran tangannya di sekeliling bahu Hyoyeon.

“Today, kau kena buatkan nasi lemak biru untuk aku?” Tangan kananya menyentuh pipi mulus Hyoyeon.

“Okay, jumpa malam ni.”

“Nasi lemak biru? Woi…aku mana reti masak nasi…” Jeritan Hyoyeon tidak dihirau Sehun.

____________________________________

Sebulan yang lalu,

“Wei beruk…cepatlah aku dah kempunan nak makan isi kelapa ni…” Hyoyeon menyingsing lengan bajunya apabila melihat beruk kepunyaan atuknya itu masih belum menurunkan satu pun buah kelapa.

“Sabarlah, Hyo. Beruk tu baru aje belajar macam mana nak jolok buah kelapa tu.” Taeyeon menegur. Dia sedang berada di bangku menikmati buah durian yang baru gugur di kebun atuk Hyoyeon.

“Mana boleh sabar…lagi satu bukan nature ke untuk beruk mengetahui semua benda macam tu? Dia kan beruk.” Hyoyeon membidas kenyataan Taeyeon.

Taeyeon hanya mengangkat bahu malas nak melayan. Baik dia makan durian kuning yang sedang menggoda dia secara terang-terangan.

“Wei beruk kau turun sekarang jugak…biar aku buat kerja.” Beruk itu seperti memahami kata-kata Hyoyeon turun dengan cepat.

Hyoyeon mula memanjat dan sebaik sahaja dia berjaya jatuhkan kelapa yang pertama, dia terdengar jeritan yang kuat.

Taeyeon yang sedang makan membulatkan matanya. “Hyo, you’re going to die for sure.”

“Wei, kenapa tu?” Hyoyeon menjerit sambil cuba nak mengerling ke bawah namun posisi dia menyukarkan dia untuk melihat apa yang terjadi.

“Hyoyeon baik kau turun. Kau dah tempah mati Hyoyeon serious, aku rasa kapan kat rumah aku tu cukup untuk kapankan kau malam ni jugak.” Jerit Taeyeon cemas.

Hyoyeon yang dengar jeritan Taeyeon itu mula berasa ingin tahu, tanpa sedar pegangan tanggannya mula longgar dan dalam fast motion Hyoyeon dah jatuh.

“Taeyeon, kali ni kau kena bersedia kena kapan jugak.”

_______________

Hyoyeon membuka matanya. Badannya terasa sengal-sengal.

Mulutnya ingin menyoal di mana dia berada namun melihat muka Taeyeon yang macam baru lepas nangis dan muka ayah dia yang dah macam harimau jadian tu membantutkan niat gadis itu.

“Oh dah sedar, Kim Hyoyeon kau sedar apa kau dah buat hari ini?” Bukannya ingin disoal bagaimanakah kondisi Hyoyeon. Sebaliknya ayahnya dah mula menuju ke arahnya.

Dengan muka yang menakutkan. Dah lama Hyoyeon tak tengok muka tu, tak silap dia dah 6 tahun.

Hyoyeon menggelengkan kepalanya, dia memang tak tahu apa yang dia dah buat. Dia cuma panjat pokok kelapa, that’s it.

“Kau hampir ragut nyawa orang tau. Apahal lah perangai tu tak serupa perempuan langsung? Keliru aku.” Bebel ayah Hyoyeon. Hyoyeon buat muka toya apabila ayahnya mula membangkitkan perangai dia; bukannya ayah dia tak tahu, dia memang naturenya kasar.

“Apa yang orang dah buat sebenarnya ni?” Hyoyeo bersuara lemah. Matanya mengerling ke arah Taeyeon dan maknya. Maknya sedang memujuk Taeyeon yang seperti baru lepas nangis; ni kes mesti kena sembur dengan ayah dia.

“Apa yang kau dah buat? Kau hampir mencabut nyawa seseorang yang tak pernah buat salah kat kau.” Walaupun intonasi dan penggunaan bahasa yang kasar digunakan terhadap dia, Hyoyeon hanya buat muka selamba. “Buah kelapa jatuh atas kepala dia.”

“Orang tak salah lah, dia yang lalu bawah pokok buah kelapa tu sapa suruh?” Aduh Hyoyeon ni boleh pulak dia pergi menjawab macam tu. Mulut memang tiada insurans langsung.

“Hish,” Ayahnya mengeluh; kalah dengan anak dia punya jawapan. Cakap apa pun memang tak akan lembutkan kepala otak anaknya tu. Lagipun otaknya pusing fikir macam mana k

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mika_lou #1
Chapter 1: Hahaha best... hyomi cp... dpt juga bce ff malay hyoyeon
ika_sya_lovehyoyeon
#2
Chapter 1: ok seriously cute,funny..hehehe...update soon