Prologue

I've got your love
Please Subscribe to read the full chapter

Kepalanya bergoyang-goyang terhingut mengikut rentak lagu daripada headphones di telinga. She’s Kinda Hot- 5 Seconds of Summer. Matanya mengikut jari-jemari yang berlari memainkan chord di tali gitar. Sambil mulutnya turut sama terkumat-kamit melagukan baris kata walaupun tanpa suara nyata. Dia selamba lepak duduk bersila diatas bangku taman Fakulti Seni dan Muzik dengan gitar di riba. Hari ni hari Jumaat. Hari paling santai dia nak duduk lepak-lepak layan gitar. Kalau tak tu selalunya kepala otak dia boleh kasi lebam gara-gara assignment bertimbun kalah Gunung Everest mintak disiapkan. Tu belum lagi kena hadap lecterur yang tak nak kalah bagi due date assignment sehari selepasnya. Yelah pun, dah namanya student university. Tak chill la kalau tak serabut dengan assignment. Kan?

PAP!

Matanya terangkat dari gitar. Terkejut bila bahunya di tepuk dari belakang. Dia menoleh. Suga tersengih berdiri dihadapannya sambil jari menuding ke telinga. Faham dengan isyarat tu, Shen melurut headphone ke tengkuk lambat-lambat. Keningnya terangkat bertanya.

“Pekak tahap dewa,” Suga mencebik mengusik. “Sakit tekak aku panggil,” dia kemudian melabuhkan punggung di sebelah Shen tanpa banyak menyoal. “Nak ke tak job tu?,” Iphone dibawa keluar dari saku sweater.

“Nak!,” Shen sengih mengangguk. “Ala, tiga bulan je. Chill la,”

“Jangan menyesal,” Suga tarik sengih sumbing penuh makna. “Jangan kata aku tak payung,”

Shen penuh yakin mengeleng. “Tak punya. Trust me,”

 

 

***

 

Mata laser 2000 megawatt tu dipandang sekilas sebelum kembali merenung kosong cawan putih di atas meja. Dah lebih 15 minit dia duduk tanpa keluar sepatah ayat. Kalau lagi lama macam ni boleh mati kutu dibuatnya. Memang manusia seorang ni spesis tak bercakap ke?

“Awak serius ke?,”

“Huh?,” pertanyaan tiba-tiba tu buat Shen termangu.

“Pasal kontrak ni,” lelaki tu mengulang. Mungkin kali ni lebih buat Shen faham.

Lambat Shen memberi reaksi. “Ya.. Tiga bulan je kan?,”

Lelaki tu tak terus menjawab. Helaian-helaian kertas yang dah dikepil kemas di tolak ke arah Shen. “Ni kontrak awak,” lelaki tu menutur dengan tenang. Namun pandangannya cuba mentafsir raut wajah Shen.  “Dalam masa tiga bulan awak jadi teman wanita saya, tak ada siapa boleh  tahu pasal kontrak ni. Setiap tuntutan dalam kontrak tu, awak kena patuh. Dan bila kontrak ni tamat, 70 juta won akan jadi milik awak. Tapi..,”

Shen telan liur dulu. Lelaki dihadapannya masih tenang. “Tapi apa?,”

Dia sengih tiga saat sebelum menyambung bicara. “Tapi kalau salah satu tuntutan kontrak ni awak langgar, awak sendiri kena tanggung akibatnya,”

Shen mengangkat muka. Mak ai! Sarkastik gila bunyinya. Rasa nak flip je meja ni. Bongkak sangat!  “Don’t worry. Saya cuba yang terbaik,”

“Bagus. Okay, I’ve in middle of something actually... If nothing important, I have to go,” kerusi yang diduduk ditolak sebelum bangun. “Oh ya. Siapa nama awak tadi?,”

“Err..Shen,”

“Shen? What a weird name,” bunyinya mengejek. “By the way, saya Jin. Kim Seok Jin,”

Selamba.

 

 

***

 

“Shennnn!!!,”

“Woi, bagi lah salam dulu kot ya pun. Gugur jantung aku,” Shen mengurut dada. Terkejut dia dengan jeritan Suga yang entah dari mana muncul di kelasnya. “Apa hal dengan kau ni?,”

“Gila kentang kau, Shen. Legend tahap dewa. Sumpah aku tak caya kau memang hebat, Shen,” Suga angkat tabik hormat.

Shen jatuh rahang. Tak faham sebutir pun pokok pangkal hujung cerita si Suga ni. “Kau dah kenapa? Apa yang legendnya?,”

“Cuba kau tengok sana tu,” bibirnya dijuih ke tingkap kelas di tingkat dua Fakulti Seni dan Muzik tu. Shen toleh ke tingkap. Tapi kembali memandang Suga dengan kening terangkat bertanya.

Suga dah tepuk dahi. Rasa nak bagi smash sebijik je kepala si Shen ni. Lembap! “Bangunlah pergi tengok sana tu!”

Shen bangun lambat-lambat. Luar tingkap kelas dipandang. Dan serentak tu matanya bulat tak percaya. “Oh my geee!! Apasal mamat sarkastik alam tu ada kat sini??,”

Dari tingkap kelas, Shen boleh nampak Jin lepak menyandar ke keretanya sambil menyeluk kedua belah tangan ke poket seluar. Shen dah rasa nak tarik rambut. Stress!

“Kau ada janji date dengan dia ke?,” Suga menyoal kemudian. Shen laju mengeleng. Namun terhenti tiba-tiba. Jauh ingatannya dibawa kembali ke helaian kontrak semalam. Ke isi kandungan nombor tiga.

3. Kedua-dua belah pihak harus mengatur pertemuan setiap hari

“Alamak! Masak aku, Suga,” Shen dah gigit jari. “Aku blah dulu,” Laju dia mencampak masuk segala perkakas tulis dan buku di atas meja ke dalam beg sandang. Beg gitar yang diletak di atas lantai dicapai kemudian sebelum mengatur langkah tak cukup nafas. Suga cuma mampu mengeleng.

 

 

“Lambat!,”

“Sorry,” Shen yang masih tercunggap mengangkat tangan tanda maaf. Masalah betul la dia ni. Aku dah macam nak putus nyawa berlari sakan dari kelas, boleh lagi dia bagi arahan acah-acah komendar.

Jin masih tegak berdiri memeluk tubuh dengan wajah tak beriak. Pintu kereta dibuka. “Masuk,”

Pendek aje arahannya tapi sudah cukup buat Shen menurut tanpa banyak bunyi. Beg gitar di tangan Shen di ambil dan segera di letak ke tempat duduk belakang. Shen garu kepala. Agak janggal situasi sekarang. Shen diam membatu di kerusi penumpang hadapan. Aku dah rasa macam dating dengan Hitler zaman milinium. Ngaa!!!

“Memang spesis tak sayang nyawa eh?,”

“Huh?,” Shen termangu dengan persoalan sakarstik tu. Dan bila dia menoleh, wajah Jin cuma sejengkal dari wajahnya. Bulat matanya terkejut. Setiap inci wajah milik lelaki tu di pandang. Bersih. Takde cacat celanya. Matanya sederhana sepet. Keningnya rapi. Hidungnya mancung. Dan bibir..

“Kenapa? Awak nervous ke pandang muka kacak ni?,” Jin selamba menutur sambil tangan kanan mencapai seatbelt dibahagian Shen.

Laju aje dia mengeleng. Mati terus khayalannya tadi. Shen menyembunyikan riak di wajah. Tak nak nampak sangat pandang anak teruna orang lama-lama. Malu oi!!

Laju kereta Volkswagen Polo tu membelah siang mengikut alur jalan raya. Jin masih diam tak bersuara. “Mana kita nak pergi ni?,” mata Shen melilau melihat ke luar tingkap. Bukan jalan pulang ke rumah. Bukan juga jalan yang dia selalu guna untuk ke kawasan sekitar university.

“Parti,” perlahan aje suara Jin menjawab.

“What?! Are you kidding me?,”

 “Ada gaya macam main-main ke?,” Pandangan Jin masih di jalan.

Urgh! Shen dah rasa nak hantuk kepala. Memang lah Hitler Millenium ni spesis tak f

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 2: lawaklah bdx 3org tu.hahahaha ......
LaMimi
#2
Nice fic ^_^
Sawako184
#3
Chapter 2: Waaah~Bestnya cerita ni~

Sy harap citer ni akan menang hohoho