Finito

Hanya 7 Hari.

Aku membetulkan gaun pengantin yang terlalu panjang. Haih. Jangan lah sampai aku jatuh nanti. Buat malu je. Lagi lagi dengan si Kai a.k.a tembiKai tu!

"Unnie, tembiKai tu tak sampai lagi ke?" Aku mengeluh. Dia ni sengaja ke apa taknak datang? Jangan-jangan.....dia lari tak?! "Sabarlah Hyunnie. Kejap lagi Kai datang okay?" Ujar kakakku, Taeyeon cuba menenangkanku.

"Ieee mana pulak lah si budak Jongin ni? Kalau dia tak datang siap lah dia. Omma cincang-cincang dia." Puan Kim a.k.a bakal mak mertuaku mengeluh. Amboi garang jugak mak mertua aku ni.

10 minit sebelum majlis bermula. Tapi batang hidung Kai masih belum kelihatan. Entah-entah dia betul-betul lari tak?! Aku mengetap bibirku.

Tiba-tiba pintu bilik persalinan dihempas. Amboi mamat ni sesuka hati dia je hempas-hempas pintu. "Sorry lambat. Ada meeting tadi." Kai menayang giginya sambil tercungap-cungap mengambil nafas. Dia berlari ke datang sini?

"Jongin lagi pentingkan meeting daripada perkahwinan Jongin sendiri?! Memang nak kene budak ni!!" Kemarahan Puan Kim meletup. Puan Kim kemudiannya menarik telinga Kai.

"Ahhh omma. Sorrylah. Yang penting Jongin datang kan? Dah siap pakai tuxedo dah pun." Kai senyum. Aku lihat wajahnya sedikit pucat. Timbul kerisauan dalam diri aku. Namun aku pendamkan saja.

"Ingat si tembiKai ni tak datang tadi. Baru ingat nak suruh Greyson Chance gantikan. Putih sikit si Greyson tu." Aku memerli sepedas-pedas cili padi yang baru dipetik dibelakang rumah.

"Kau nak kahwin dengan Greyson? Pergilah. Aku tak heran." Kai melangkah keluar namun segera aku tahan. Takkan merajuk kot mamat ni? Manjanya XD

"Awak, saya gurau je. Hehehe." Aku tersengih bagaikan kerang busuk. Kai menjeling. Kemudian Kai melangkah masuk kedalam dewan.

Mesti korang pelik kenapa aku kene kahwin dengan Kai kan? Ni sebab ingin membalas jasa Puan Kim kerana telah membayar yuran universiti dan mencarikan kerja yang baik untuk kakak aku iaitu Taeyeon. Kenapa tak suruh Taeyeon kahwin dengan Kai? Sebab Taeyeon dah ada Baekhyun. So aku lah yang kene menjadi isteri si tembiKai tu.

Omma dengan appa dah tinggalkan aku dan Taeyeon ketika umur aku 12 tahun dan Taeyeon 16 tahun. Taeyeon dah banyak berkorban untuk aku. Apa salahnya aku berkorban untuk dia dengan berkahwin dengan Kai tu kan?

**********

"Diumumkan ketibaan pengantin perempuan." Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Aku berjalan diatas Altar (*betul ke ni? XD*) semua orang memandang ke arah aku.

Malu pulak titew. Hehehe. Aku berjalan dan memandang Kai yang tersenyum manis. Manis ke? Aku tak nampak pun gula kat senyuman dia tu. So tak manis lah tu kot.

Setelah bersumpah setia. Aku dan Kai sah menjadi suami isteri. Kini tiba masa untuk kiss. Kai memandang dengan wajah aku serious.  Tak payah lah serious sangat. Seram aku.

Dia kemudiannya kiss aku dibahagian dahi. Entah mengapa aku rasa kecewa melihat dia hanya kiss dibahagian dahi. Kemudian  dahi aku bertembung dengan dahi Kai. Secara perlahan-lahan,  hidung aku berlaga dengan hidung dia dan Kai mengucup aku lembut. Aku terpaku melihat kucupan yang bagi aku cukup romantik itu. Indahnya moment ni~

Kai melepaskan kucupan. Aku masih lagi terpaku. "Sayang?" Kai melambai-lambaikan tangannya dihadapan wajah aku. Aku tersedar dari dunia imaginasi ke dunia realiti. What?! Dia panggil aku sayang?! Jangan cair Hyunnie jangan cair!

"Tahniah Kai dan Hyunnie! Korang pasangan yang serasi bagai pinang di siat-siat oleh Pak Jabit ditepi rumah." Jerit Chanyeol dengan wajah happyness nya. Kecik besar kecik besar je aku tengok mamat ni.

"Thanks Channie. Kau bila nak kahwin?" Kai angkat kening sebelah. "Kekasihku telah dirampas oleh Taeyeon." Kata Chanyeol sambil melutut dan  menangis tanpa air mata ibarat budak dirampas lolipop oleh sarip dol. Insaf lah Chanyeol~

*********

Setelah penat melayan tetamu. Aku melangkah kedalam bilik. Wow, cantik juga bilik si Kai. Aku memerhatikan keseluruhan bilik. Amat kemas dan selesa. Aku masuk kedalam bilik kerana tidak melihat kelibat si Kai. Kalau nampak aku dah lama lari. 

Aku mengambil keputusan untuk mandi dan membersihkan badan ku. Perrr segar gile lepas mandi. Aku keluar daripada bilik air dan melihat si tembiKai tu sedang baring diatas katil.

Aku mencapai bantal dan selimut. "Eh kau nak tido mana tu?" Ujar Kai. "Tido bawah lah. Takkan awak nak saya tido dengan awak pulak." Aku lebih rela tido bawah okay.

"Baik kau tido sebelah aku. Aku pantang betul tengok orang tido bawah ni." Kai memandang aku dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Atau lebih tepat lagi wajah yang agak ert. Sepak jugak dia ni nnti.

"Saya taknak." Aku masih dengan prinsip aku. Kai bangun dan menolak aku kedinding. "Kau sedar tak syurga kau berada ditelapak kaki aku yang lawa ni?" Kai merenung mata aku. Dan menayang telapak kakinya. Aku menjulingkan mataku keatas.

"Dah tu? Saya nak tido bawah lah" Aku memberanikan diri untuk memandang Kai. Aku masih dengan statementku.

"Kau nak jadi isteri derhaka lah ni? Okayfine. Kau tak masuk syurga nanti jangan salahkan aku. Aku dah warning." Kai melepas pegangan dibahuku dan menuju ke katil. Aku mengeluh. Suka tau mengugut mamat ni.

"Yelah." Aku baring diatas katil menghadap Kai. "Erm... Hyunnie?" Aku yang baru saja ingin melelapkan mata terus terjaga. "Kenapa?" Aku menguap. "Aku peluk kau boleh? Aku janji tak buat apa-apa." Entah mengapa suara Kai kelihatan sayu.

Aku mengangguk. Gatal jugak kau eh Hyunnie. Kai memeluk aku erat. Aku menenggelamkan mukaku didada Kai. Hangat dan selesa. Itu apa yang aku rasakan.

"One more thing." Eh mamat ni. Tadi peluk sekang apa pulak? "Panggil aku Jongin boleh? Jangan panggil Kai or tembiKai dah." Aku merenung matanya. Sekali lagi, aku mengangguk.

Jika tadi aku ingin tertidur tapi sekarang mata aku tak boleh lelap. Aku memerhatikan wajah Kai. Tanpa sedar, aku tersenyum. "Sweet dream Jonginnie." aku mengucup pipi Kai.

******
2 Hari Kemudian.

"Hyunnie." Kai memanggil aku lembut. Aku sedang membaca majalah di atas bangku memandang Kai. "Kenapa?" Tak pernah-pernah pulak dia panggil aku lembut gitu. Cair pulak aku ni nantiii.

"Esok pergi picnic jom? Aku dah lama tak pergi pantai." Ujar Kai sambil menyandarkan badannya di bahu aku. "Boleh jugak. Saya pun dah lama tak pergi pantai. Yehoooooo." Kata aku dalam exited. Eh over pulak kau ni xD

Kai menarik tangan aku. "Eh nak pergi mana pulak ni?" Kai ni dah kenapa? pelik sungguhh. "Pergi Giant lah. Takkan nak pergi picnic duduk je?" Aku menepuk dahi.
Bijak lah pulak dia ni.

*****
Aku turun daripada kereta apabila Kai selesai parking. "Awak taknak turun ke?" Kai menggeleng. Aku mengeluh.

"Jomlah Jongin. Takkan awak nak saya angkat barang sorang-sorang?" Aku memuncungkan bibir. "Aku malas lah. Nak tido." Jawab Kai.  Okay ni melampau.

"Jongin kalau awak tak turun, saya cakap dengan omma suruh tarik kereta kesayangan awak ni." Aku mengugut. Takkan tak jalan jugak tak tahu lah nak cakap apa.

"Yelah." Kai keluar daripada kereta dan mencapai cermin mata gerhana atau lebih tepat sunglasses. "Jongin awak gila ke?" Kataku dengan mata yang membulat. Sungguh gila mamat ni.

"Kenapa?" Kai angkat kening. "Sekarangkan malam yang awak pakai cermin mata gerhana ni kenapa?" Bidasku. Nak je call tanjung rambutan.

"Kat dalam Giant tu silau lah. Banyak lampu. Sakit mata I." Kata Kai dengan gediknya. Eh geram plak aku.

Segera aku rampas cermin mata gerhana itu. "Alah sayang." Kai merengek manja. Oh sangat menggelikan. Pikir aku cair ke? Aku terus meninggalkan Kai dan ambil troli.

Aku mencapai sardin, roti, salad, tomato. untuk membuat sandwich. Seperti biasa tangan Kai yang gatal lagi miang itu mencapai dua potato chip, 1 plastik besar mamee dan 2 botol air mountain dew. Hish hish hish mamat ni.

"Jongin, awak ni macam budak-budak lah amik jajan. Tak baik untuk kesihatan. Kalau awak sakit kang macam mana?" Aku membebel. Geram betullah aku tengok dia ni -_-

"Aku...memang sakit pun." Kata Kai perlahan. Aku tersentap. "Apa maksud awak?" Dia....main-main kan?

"Tak de papelah. Aku gurau je. Nah" Kai menghulurkan kad kredit. "Pergilah bayar." Aku mengangguk. Takkan lah Kai....

****

Aku bangun seawal 7 pagi. Aku menuju ke dapur sementara si Kai tu tidur membongkang. Biasa lah dia tu. Terkenal dengan gelaran sleeping beauty.

Aku mengeluarkan isi ikan sardin dan menggoreng dulu agar tidak hanyir. Aku hancurkan isi ikan. Aku letak kan isi ikan sardin atas roti kemudian aku letakkan pula salad tidak lupa tomato dan diakhiri dengan roti semula.

 Aku potong menjadi segi tiga. Almaklumlah Kai ni pelahap. Kene lah potong segi tiga. Baru jimat. Kedekut jugak aku ni xD
Setelah menyiapkan makanan. Aku mengejutkan Kai dan kami pun bersiap untuk ke pantai.

*******
Aku menghirup udara di Pantai Incheon (*wujud ke? Hentam je xD*) segarnya udaraaa. Aku membentangkan tikar dan mengeluarkan makanan yang aku buat dengan penuh kasih dan sayang khas untuk Jongin tercinta. Huhu geli pulak aku.

"Jongin." Kai memandang aku sambil makan sandwish yang aku buat dengan penuh kasih sayang itu. "Kenapa bae?" Okay dia mengingatkan aku dengan dekat lagu bae bae.

"Dari pantai nak balik rumah jauh tak?" Kai mengangkat kening sebelah. "Apahal kau tanya mcmtu?" Kai memandang aku pelik.

"Yelah. Mana tau awak tinggalkan saya kat pantai ni. Boleh lah saya balik jalan kaki." Ujar aku dengan jawapan yang agak errr. Kai tergelak terbahak-bahak. Apahal lawak sgt ke? -.-

"Soalan apa kau tanya tu? Kalau aku nak tinggalkan kau, aku tinggalkan kau kat Thailand. Aku siap jual kau sekali." Membutang mata mendengar perkataan Kai. Sungguh mintak kaki mamat ni.

Aku menjeling. Menyesal tanya soalan tu. "Weyh, mandi laut jom?" Kai menarik tangan aku.
"Saya taknak. Nanti basah. Dah lah tak bawa baju lebih." Bohong ku. Padahal aku malas nak main sebab sekang aku rasa nak makan je. Bohong sunat takpe kan? "Takpe. Aku dah standby baju kau ngan aku awal-awal tadi." Kai masih memujuk. Aku menggeling.

"Okayfine. Kau nak isteri derhaka rupanya." Kai melepaskan tangan aku. Ieeeeee geramnya aku dengar ugutan dia. Sampai hati dia cakap aku isteri derhaka?! "Yelah." Kai tersenyum senget.

Kai baling air sehingga seluruh baju aku basah. Aku lupa yang baju aku jarang. Huaaaaa. Semua orang yang dipantai memandang aku dengan pandangan yang sukar aku baca.

Kai memandang aku dan terpaku seketika. "Aku tak tahu pulak baju kau jarang. Sorry." Kai mencampakkan kemejanya bagi menutupi dada aku. Aku melihat absnya tak berapa nak jadi itu. Dia try goda aku ke ni? MashaAllah.

Kai menarik tangan aku. "Tukar baju pastu kita balik okay? Aku penat." Aku hanya mengangguk. Kenapa mood dia berubah? Sungguh pelikkk.

************
Dah 4 hari Kai taknak cakap dengan aku. Kenapa? Kenapa dia berubah? Kenapa hati aku rasa sakit sangat bile dia jadi cold person macam tu?

 Aku tak tahu kenapa tapi selepas pristiwa baju aku basah tu Kai terus taknak cakap dengan aku kecuali perlu. Dia just angguk or geleng kepala. Aku mengeluh. Aku..cintakan Kai ke?

Seperti biasa. Aku bangun dan buat sarapan. Harini merupakan hari akhir cuti aku dan Kai. Esok aku start semester baru. Untuk pengetahuan korang aku masih graduation. Hehehe.

Kai juga start kerja esok. Maknanya....aku dah jarang jumpa dia? Dah lah dia jarang cakap dengan aku sekarang ni. Macam mana lah hubungan rumah tangga aku dengan dia lepas ni? Ada je tak kene padahal baru masuk 7 hari aku kahwin dengan Kai.

"Hyunnie." Kai mencucuk pinggang aku. Nasib baik aku tak melatah kau. Hahahhaha. "Kenapa?" Aku memandang dia pelik kemudian aku sambung mengacau air di dapur. Tiba-tiba pulak ada mood nak cakap aku.

"Jalan-jalan jom?" Kai memeluk pinggang aku. Aku masih kusyuk mengacau air. "Nak pergi mana je?" Aku menuang air nescafe 3 in 1 dan bagi Kai air. Hokaloh pemalas sungguh aku ni XD

"Mana-manalah? Namsan tower ke?" Kai memberi cadangan. "Sukatilah,saya ikut je." Aku tersingih-singih.
 
*********

Kai memegang tangan aku erat. Suasana romantik disini menyebab aku berasa bagai difilem Twilight. So aku ngan Kai ni ibarat Bella dengan Edward lah ni? Tapi Edward lagi hensem 😂

Sepanjang hari aku menghabiskan masa dengan Kai. Hari ni entah kenapa Kai layan aku baik sangat. Kai meluangkan masa dengan aku ibarat tiada hari esok untuknya. Pelik dengan gembira. Itu lah apa yang aku rasakan. 


Kai membawa aku ke suatu tempat. Tempat tu cantik dan tersangat romantik. Aku tak tahu pulak ada tempat romantik macam ni dekat Seoul?

"Jongin, cantiknya tempat ni. Mana awak jumpa?" Aku memandang sekeliling. Sebenarnya takde lah cantik sangat. Cuma ada padang rumput dan satu pokok semarak api berwarna merah yang rendang dan disertai oleh bintang-bintang menyebabkan tempat ini special.

"Adalah. You like it?" Kai tersenyum lebar. Aku mengangguk. Aku berjalan dan duduk dibawah pokok semarak api.

Kai baring dengan berbantalkan peha aku yang gebu. Aduh perasan pulak kau ye Hyunnie xD okay tak lawak.

"Hyunnie." Kai memanggil nama aku. "Kenapa Jonginnie?" Aduh Hyunie!! Sejak bile pulak kau dah berani bagi Kai nama manja ni?

"Kalau kau rindu aku, kau datanglah sini ye." Ujarnya sambil turut memandang bintang-bintang. "Okay."

Kai memegang pipi aku. Mata aku bertembung dengan matanya. Makin dekat. Makin rapat.

Chup~

Pipi aku merah. Walaupun nyamuk banyak kat sini tapi tidak aku endahkan. Kai tersengeh. "Merahnya pipi kau." Kai tergelak bagaikan kene sampuk. Rosak mood romantik je. Tak sesuai betullah tembiKai ni datang sini.

"Jomlah balik. Banyak nyamuk." Kai bangun dan aku hanya membuntutinya.

"Jongin terimankasih."
"Untuk apa?"
"Untuk segalanya.."

**********

Aku bangun dan membuat sarapan untuk  aku dan Kai iaitu nasi goreng kimchi. Actually ni first time aku masak nasi goreng kimchi so aku rasa sangat exited. Lagipun tibe-tibe je mood nak memasak itu ada.

Sedang aku menyusun pinggan, Kai turun sambil membetulkan tienya. Wow~ sangat bergaya. Jangan cair lagi Hyunie.

"Kau masak apa ni?" Kai mengangkat sebelah keningnya dan duduk dimeja makan. "Nasi goreng kimchi khas untuk awak." Aku membuat muka comel sehingga Kai membuat muka nak termuntah. Kurang ajaq mamat ni.

Kai mencapai sudu dan memasukkan nasi goreng kimchi setelah disudahi dengan Bismillahirahmanirahim. "Sedap tak?" Aku membulatkan mataku.

"Ehem. Sedap." Ujar Kai dengan wajah yang seperti menunjukkan riak 'tak sedap'. Aku memuncungkan bibirku.

Setelah selesai makan, Kai bangun dan mencapai briefcasenya. "Sedap kau masak lain kali tambah garam lebih sikit." Cehh. Perli pulak dia ni. Dia sendiri pun tak reti masak -_-

"Yelah." Aku menjulingkan mataku. Kai berjalan ke arah pintu. "Aku nak pergi kerja ni. Jangan bukak pintu kalau tak kenal. Kelas kau start kul 12 kan? Jaga diri. Jangan pemalas sangat. Nanti takde orang nak." Ujar Kai dalam nada gurauan. Tapi aku rasa ada maksud tersirat didalam ayatnya.

"Aku nak pergi kerja ni. Take care. Saranghae." Kai mengucup bibir aku lama. Aku tergamam. Aku memejamkan mataku. Menikmati kucupannya yang aku rasa hanya ada kasih sayang dicurahkan.

"Okaylah. Aku pergi dulu. Bye! Miss me!" Kai melambaikan tangannya.
Entah kenapa aku rasa berat melepaskan Kai pergi. Aku segera berlari dan memeluk Kai daripada belakang.

 "Jongin, jangan pergi." Aku tak tahu kenapa aku ucapkan ayat sebegitu. Tapi aku rasa tak sedap hati.

"Lah.. kenapa?" Aku hanya menggeleng. "Hyunnie, pukul 5 nanti aku balik okay? Takkan lah aku pergi tak sampai sesaat kau dah rindu kot?" Kai tergelak. Aku diam.

Kai melepaskan pelukkan aku. Dan berjalan kearah kereta. "Jongin, saya cintakan awak jugak!" Jeritku. Kai yang mendengar itu hanya ketawa. "Tunggu aku okay?" Aku mengangguk. Kai pun masuk kedalam kereta dan meninggalkan kawasan rumah.

*****

Aku berjalan kehulur kehilir sambil memegang phoneku. Kelas start lagi setengah jam tapi aku masih lagi dirumah. Aku call Kai tapi tak berjawab. Kenapa ni? Kenapa aku risau sangat ni?

Tiba-tiba phone aku berbunyi. Segera aku angkat. "Jongin awak kat mana? Sampai tak angkat call saya. Huhuhu" aku memuncungkan bibir sambil menghentak kaki. Mengada-ngada pulak aku ni xD 

"Puan ni isteri Kim Jongin ke?" Automatik seluruh badan aku terkaku mendengar suara asing itu. "Encik Jongin kemalangan. Dia sekarang ada dekat Hospital Seoul." Jantung aku tersentap. Phone aku terjatuh. Tak. Tak mungkin....


********
Aku berlari menuju ke wad. Sampai didepan bilik aku lihat Omma menangis sambil ditenangkan oleh Taeyeon.

"Om..omma." panggil aku tergagap-gagap. "Jongin okay kan? Dia selamat kan?" Aku duduk disebelah Omma. Omma segera memeluk aku.

 "Dia... selamatkan?" Air mata aku jatuh tanpa henti. Omma menggeleng. "Omma gurau kan?" Suara ku sedikit meninggi. Sekali lagi omma menggeleng.

"Unnie, Jongin okay kan?" Taeyeon jugak menggeleng. "Hyunnie pergilah tgk dia dekat dalam." Taeyeon memegang tangan aku dan menarik aku didalam bilik wad.

Aku melihat wajah Kai yang sangat pucat. Aku berjalan kearah Kai. Aku memegang pipinya. Sejuk. Air mata aku menitik dipipi kai.

"Jongin.." aku memanggilnya. Biasenya Kai mesti jawab 'kau nak apa?' Tapi kali ni dia hanya senyap. Air mata aku mengalir deras.

Baru je pagi tadi Kai kata dia cintakan aku. Baru je tadi dia suruh aku tunggu dia sampai pukul 5. Tapi sekarang dia dah takde. Separuh nyawa aku dah pergi.

********
Majlis pengebumian didatangi oleh ramaj saudara mara. Baru je seminggu lepas dorang kata 'Tahniah.' Tapi sekarang perkataan yang aku dengar hanya 'Takziah.

"Hyunnie, sabar ye? Jangan nangis. Dia mesti tak suka. Dah sehari suntuk Hyunnie nangis."  Omma cuba memujuk. Aku cuba untuk tidak nangis tapi air mata tetap mengalir.

"Macam mana...macam mana Hyunnie nak jalani hidup sekarang ni omma?" Aku memandang omma. "Hyunnie tinggallah dengan omma? Tinggal dengan Taeyeon pun boleh" Aku hanya mengangguk lemah.

"Hyunnie, lepaskan dia ye?" Omma menepuk belakangku sambil tersenyum nipis. Aku mengangguk perlahan. "Jomlah balik. Taeyeon unnie dah tunggu kat kereta." Omma bangun disertai oleh aku.

Aku ingin berjalan keluar, aku pusingkan kepala memandang kubur Kai untuk kali terakhir pada hari ni. 'Jongin esok saya lawat awak lagi ye.'

Selamat tinggal Jongin. Saya sayang awak...selamanya.

------------------------

FINALLY DONE XD THANKS KEPADA Sara_Azizan , kookiearmy123, vodkapartytime_, afifah_cool, jungkookdaughter, nshahirah293, hyemipark, chanyeorin61, smys23, hjkyung, Bngtnsvntn, aien3XOSEBAB SUBCRIBES ;) NEW SUBCRIBES AKAN DITAMBAH NAMA NANTI ;D

THANKS jungkookdaughter, nshahirah293, hyemipark FOR VOTE.

AND TOLONGLAH JANGAN JADI SILENT READER. KOMENLAH WALAUPUN SEPATAH. TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA 💕 SILA IGNORE TYPO XD

 

Love, 

lugege_

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 1: Maigaddddd T_TT_TT_T
prettynicky #2
i almost cried after reading this...
Hanna27 #3
Chapter 1: waahhh!!! sedihnyaaaTT^TT
Starlight1011 #4
Chapter 1: Huhu sedihnya :"( Sampai menangis dibuatnya ~
ashmahlee
#5
Chapter 1: Sebaldi air mata
starlightkim_
#6
Chapter 1: Sedihnya saya baca cerita ni authornim..saya ingatkan kai ada penyakit rupanya dia kemalangan..daebak..
nuluIzaty #7
Chapter 1: Good job author-nim . Sedih saya membacanya :'((
kookiearmy123 #8
Chapter 1: Huhuhuhuhuhu sedih nyeeeeeee