o n e and l a s t.

Happen Ending

σηε.

 

" Kenapa aku rasa bosan semacam je minggu ni. Dahla Club Starlight tengah under construction pulak. Aku baru je berniat nak usya pelayan baru tu " Rungut Taehyung sambil menggigit lollipop chupa-chubs berperisa caramel di tangannya kanannya. Tangan kirinya sibuk membalas mesej girlfriend-girlfriendnya.

 

" Aku pun rasa cam tu. Tak best la kalau weekend lepak kat arked ngan karaoke je. " sambung Jungkook.

" Apa kata kita main truth or dare " cadang Jimin.

" God please, that's lame! " dengan penuh gaya dan ekspresi Taehyung membantah cadangan tersebut.

 

" Weh korang, itu heiress utama Ellavine Group kan? " kata Yoongi sambil matanya galak memerhati gerak-geri seorang gadis yang mengenakan dress floral berwarna putih berbunga merah jambu. Gadis yang duduk di kawasan ceruk hujung kafeteria Seonggook Private High School itu kelihatan sedang fokus menelaah sebuah kitab tebal sambil menghirup iced americano nya.

 

 " I got an idea. Hoseok-ah, kereta kau keluar bulan depan kan ?" Namjoon smirking.

 

 

" Haah- Kau jangan-" 

 

 

Yep, kau pun tau kan aku dah lama mengidam nak guna Audi tu" senyuman Namjoon melebar.

 

 

 

" Aku nak kau goda Lee Choji dan jadikan dia girlfriend kau. Bila dia dah betul-betul percaya kau, kau mesti hancurkan hati dia depan kitorang. Amacam ? "

 

 

" Taknak lah aku. Kereta aku. Aku punya " Hoseok tidak setuju. Mana maunya. Kawan-kawan dia ni bukan main cakap kosong.

 

Pernah sekali mereka berenam main bet ke atas pengetua mereka dengan Namjoon. Mereka berenam mengatakan bahawa Puan Jung menggunakan wig dan Namjoon sebaliknya. Sebagai taruhan, jika Namjoon salah, mereka berenam akan pindah masuk ke penthouse mewah Namjoon yang didiaminya seorang diri. Akhirnya keputusan nya keluar dengan mereka bertujuh menghendap bilik pengetua dan keputusannya positif dengan jawapan semua ahli BTS kecuali Namjoon. Sebagai ganjarannya, sekarang mereka duduk serumah di penthouse Namjoon.

 

" Kenapa kau taknak ? Kau takut kau fall in love dengan dia ke ? " sebaik sahaja ayat tersebut meluncur keluar daripada bibir Jin, keenam-enam mereka terus ketawa. Hoseok rasa tercabar.

 

" Aku J-Hope la. Hope bermaksud harapan dan takde harapanlah mana-mana perempuan nak berganding dengan aku. Aku takkan pernah jatuh cinta sesenang tu. " Hoseok memerhati perempuan yang bakal menjadi misi dan permainannya. 

 

" I accept this bet. Its gonna be a very fun game"

 

 


 

 

Lee Choji POV

 

" Cik Muda, makanan dah siap "

" Makcik Park, mana mama dan papa mana? "

" Oohh, dorang baru je bertolak ke airport tadi. Ada flight ke Tokyo pukul 6 petang. Rasanya dah nak berlepas lah tu kot." jawab Makcik Park.

 

Macam ni lah kehidupan aku sejak kecil. Diabaikan. Mungkin ramai yang akan kata aku tak bersyukur sebab setiap benda yang aku mintak mesti aku dapat. Hidup aku dihujani kekayaan sejak lahir. Tapi siapa yang perlukan harta dan nama kalau langsung tak pernah rasa kasih sayang. Kalau ada orang jual kasih sayang kat kedai dah lama aku beli dan pasang kat mama dan papa aku.

 

Tapi aku tahu semua tu tak logik dan mustahil.

 

Aku menuruni tangga lalu mengatur langkah ke dapur.

 

 gty-1

Semuanya kemas dan tersusun. Lengkap dan selesa bagaikan di restoran hotel. Tapi bagi aku, semuanya kosong. Sekosong diri aku.

 

Aku tak pernah langsung, walaupun sekali keluar shopping dengan mama aku. Main tenis dengan papa. Seriously, memang tak pernah. Aku pun tak pernah ada kawan sebaya. Kawan aku hanyalah maid-maid yang berumur hampir 2 kali ganda umurku dalam rumah agam milik papaku ini. Semua pelajar Seonggook High tidak berani mendekati aku sebab aku ni anak satu-satunya anak Ellavine Group, empayar perhotelan, perkapalan and whatsoever yang aku malas nak ambik tahu yang terbesar di Korea dan tengah menempa nama ke persada dunia.

 

Reason yang lebih spesific aku taktau la sebab aku bukan macam orang lain, boleh bergosip dan tanya ngan member pasal apa pandangan orang dengan aku.

 

Wait- Aku lupa, aku ada sorang kawan. Nantilah, kalau jumpa dia aku bagitahu korang.

 

" Kenapa tercegat kat situ, Cik Muda oi ? Tak lalu nak makan ke tengok kami kat sini? " Aku tersedar daripada lamunanku apabila terdengar sapaan Makcik Kim.

" Mana ada tak lalu, makcik. Cuma tengah berfikir tentang masa hadapan " Masa hadapan kebende. Tipu jela, asalkan tak mengguriskan perasaan orang lain hahahahaha

 

Aku pandang ke arah meja makan mewah yang ditempah mama dari Italy. Tujuh tempat duduk sudahpun diduduki oleh ketujuh-tujuh maidku. Dorang ni la keluarga aku. 

 


 

7:25 pagi. Masih awal tapi aku dah fully dressed, ready nak pergi sekolah. 

 

gty-2

 

Sempat aku mengerling kearah cermin di tepi pintu sebelum keluar dari rumah.

Hari baru tapi takde yang berubah. Semua sama macam semalam. Bulan lepas. Tahun lepas. Rutin pagi yang biasa aku lakukan: greet Pakcik Kush. Pakcik Kush dah berkhidmat selama lebih 10 tahun sebagai driver keluarga or I can say driver aku. Dialah yang hantar aku ke sekolah dari kecik sampai ke sekarang. Jasamu dikenang Mr.Kush !

 

-End of POV-

 


 

 

Jung Hoseok's POV

 

 

 " Yang itu ke? " soalku.

 

 

" Haah. Dress navy blue yang guna beg putih tu " ketujuh-tujuh pasang mata kami ligat memerhati Lee Choji.

 

Tak dinafikan, aku boleh tahan gementar sebenarnya. 

 

Kami, or I can say BTS memang terkenal dengan gelaran ' Playboy Kingka ' kat sekolah ni tapi tu cuma Namjoon, Jin, Jungkook, Taehyung, Suga ngan Jimin. Aku tak terlibat pun sebab aku bukan jenis yang kaki perempuan. Disebabkan aku join geng budak-budak playboy ni aku pun kena cop playboy.

 

Playboy apa kalau pernah bercinta sekali je?

 

Hahaha. Tu pun sebab aku yang kena tinggal. I had my first love when I was 15. Lepas 5 bulan couple tanpa pengetahuan BTS, girlfriend aku cakap dia nak break up sebab family dia akan pindah ke US. Dia cakap yang kami tak boleh teruskan hubungan sebab dia nak focus on studying. Padahal elok je lepas beberapa bulan aku nampak dia post gambar dengan mat saleh mana entah dengan caption " Dear boyfriend " yang cukup buat aku mual.

 

Sejak tu aku tutup ruang untuk mana-mana perempuan lain masuk dalam hati aku.

 

BTS gelar aku no-girlfriend-since-birth tapi apa aku kesah hahaha. Nasib baik bukan gay.

 

Dulu aku selalu tegur perangai playboy dorang tu. Dorang macam tak hormat perempuan padahal mak dorang pun perempuan. Tapi lama-kelamaan aku dah tak kesah. Perempuan ni kadang-kadang boleh jadi macam buah durian. Memang sedap tapi bila makan banyak-banyak boleh menyakitkan diri. Amboi punya hebat perumpamaan aku hahaha

 

 


 

 

Dengan sedikit ilmu yang dibekalkan oleh member-memberku, aku memulakan lakonan dengan berjalan dari arah bertentangan dengan Lee Choji. Earphone di telinga dan iphone di tangan sudah cukup menjadi props untuk lakonan babak pertamaku ini. Sempat juga aku mengerling Lee Choji yang sedang membawa beberapa buah buku tebal dengan baju persalinan untuk waktu matapelajaran sukan di tangannya.

 

Aku tersengih.

Senang kerja aku.

 

 

Langgar, buku bertaburan, tolong kutip, jalan sama-sama, berkenalan.

 

 

Macam babak-babak clichè yang selalu dijumpai dalam drama tak kira drama Korea ke, Melayu ke, India ke. Mesti ada.

 

Dalam aku kononnya busy dengar lagu and main phone, aku pun dengan sengaja melanggar gadis berbadan kecil itu.

 

 

 

Tapi segala yang aku rancang tak jadi !

 

 

 

Aku tak berniat nak cederakan orang tapi now she's bleeding on her knee! Kuat sangat ke aku rempuh sampai dia jatuh dan lututnya tergores dengan permukaan jalan yang kasar ni?

 

" So-sorry, awak ok ke ? " aku benar-benar gelabah.

 

Aku cederakan puteri tunggal Ellavine Group. Tak pasal-pasal kena saman dengan mak bapak perempuan ni nanti. Appa aku pun boleh tahan kaya tapi aku rasa rugi nak buang duit bayar saman. Baik bagi kat aku.

 

" Its okay, gwenchana " lembut dan tenang. Boleh dia jadi setenang tu bila darah dari lutut dia mula mengalir setitik?

 

Aku cuba bantu dia berdiri tapi dia menjerit kecil apabila berpijak dengan kaki kirinya yang luka. Aku takde pilihan lain selain angkat dia ke bilik rawatan.

 

Matanya yang membulat aku endahkan. Yang penting sekarang ni, luka dia perlu dirawat dan dibalut.

 

 

-End of POV-

 

 


 

 

Lee Choji POV

 

" Ok siap ! Isi borang ni. Awak boleh balik kalau nak" kata jururawat yang membalut kaki aku.

 

Balik? Aku taknak.. Kat rumah bosan !

 

Baru je aku nak capai kertas kat tangan jururawat bernametag "Lee Chaerin" itu, ada tangan lain yang mendahului aku.

 

"Saya isi. Awak rehat je. Give me your smartcard "

 

Lelaki tadi. Kenapa dia ada kat sini ?

 

Bagai kena pukau aku pun hulurkan smartcard aku kat dia. Dia pun isi borang tu dengan senyap. Aku taktau tapi hati aku tersentuh.

 

Sejak aku pandai menulis, tak pernah ada orang lain yang tolong isikan apa-apa borang untuk aku. Yang daftarkan aku tadika pun Pakcik Kush. Kalau yang perlukan tandatangan ibubapa atau penjaga pun kalau tak Pakcik Kush, maid-maid aku yang sign.

 

" Done. Jom saya hantar awak balik " dia pandang aku.

 

Mata dia.

Senyuman dia.

Degupan jantung aku jadi laju.

 

Aku pandang tempat lain. " T-thanks. Tapi saya boleh call driver saya. La-lagipun awak kan ada kelas "

 

Kenapa aku gagap pulak ni ?

 

" Saya dah mintak kebenaran untuk jaga awak. Saya bertanggungjawab jaga awak sebab semuanya salah saya." jawab lelaki tu sambil hulurkan smartcard aku.

 

Aku sambut lalu memberanikan diri bertanya, " May I know your name? "

 

" Oh lupa pulak, I'm Jung Hoseok. Tahun ni last kat sini so I'm your senior. Selamat berkenalan, Lee Choji " aku rasa satu perasaan yang pelik dalam diri aku bila dengar dia bisik nama aku dihujung ayatnya.

 

Aku sekadar mengangguk.

 

" Barang-barang awak dah ada dalam kereta saya. Jom " 

 

 


 

 

Aku sekarang dalam kereta Hoseok. Sekadar diam dan mengelamun sampaikan Hoseok di sebelah aku tengah bercakap tentang apa entah aku tak dengar.

 

" Hello ? " aku terkejut bila tangan Hoseok melambai-lambai di depan muka aku.

 

" Nde ? " 

 

" Rumah awak kat mana? " soalnya.

 

 

 

" Saya taknak balik . " jawabku.

 

 

 

" Kenapa ? Habis tu nak pergi mana " Hoseok mengerutkan dahinya sambil memandang aku sekilas. Jelas pelik dengan ayat yang baru aku lontarkan.

 

" Rumah sunyi. Bosan. Saya taktau " 

 

Hoseok tiba-tiba memberhentikan keretanya di tepi jalan. Aku pandang mukanya yang tersenyum lalu melihat ke luar tingkap. Taman ?

 

" Jom keluar ambik angin " 

 

 


 

 

Aku tengah duduk di bangku yang berada di bawah sebuah pokok rendang sambil menunggu Hoseok membeli aiskrim.

 

Hoseok. Kenapa dia baik sangat dengan aku ?

Aku akui setiap kali tengok muka dia, senyuman dia, peratusan aku jatuh hati kat dia semakin naik. Aku tersenyum. Baru beberapa puluh minit kenal.

 

" I just realized that you look more beautiful when you're smilling " Senyuman aku mati. Degupan jantung aku mula jadi tak normal lagi.

 

Dia puji aku ?

Macam mana aku patut react ?

 

" T-thanks " gagap lagi.

 

" Welcome, dear. Here your icecream. Saya taktau apa awak suka so saya beli je cookies icecream. Kalau awak tak suka boleh tukar dengan saya. Mine is chocolate " Hoseok hulurkan aiskrim dekat aku. Aku sambut.

 

" Its okay. This is my favourite "

 


 

 

Hari ni aku pergi sekolah dengan Hoseok. Aku taktau kenapa aku excited sangat sampai Makcik Kim cakap muka aku berseri-seri pagi ni haha

 

Semalam aku spend masa sampai petang dengan Hoseok. Kami sempat exchange number and berkenalan sikit-sikit. Aku semakin selesa dengan dia. Hati aku makin jadi tak keruan bila dia suruh aku panggil dia oppa. Dia pun sempat hantar mesej goodnight wish malam tadi.

 

Dia cakap dia nak jemput aku ke sekolah harini and aku setuju je sebab Pakcik Kush busy nak daftar anaknya ke universiti.

 

Aku tengok jam di tanganku.

 

7:42 pagi? Lambatnya! Dia lupa ke? Aku genggam handphone harap dia ada mesej or call aku.

 

Aishh..

 

" PONNN- "

 

Itu pun dia. Aku senyum lalu mengatur langkah ke kereta Hyundai Sonata berwarna merah di hadapanku.

 

" Sorry sangat sebab lambat, ada lori rosak so traffic pun tak smooth " kata Hoseok sambil membuka pintu penumpang di bahagian sebelah pemandu untuk aku.

 

" Its okay " aku membalas dengan senyuman.

 

" Macam mana kaki? Dah ok ke? " Degupan jantung aku mula tak tentu arah hanya kerana soalan pendek dan ringkas yang diajukan oleh Hoseok.

 

Disebabkan aku jarang diberi perhatian oleh org yang aku sayang; iaitu mama dan papa aku, aku mudah berasa terharu kalau ada orang lain yang ambil berat pasal aku.

 

" O-okay je "

 

Kami pun pergi ke sekolah bersama. Ramai yang berbisik-bisik melihat aku dan Hoseok. Sebabnya aku taktau. Maybe sebab dorang hairan tengok aku yang loner ni akhirnya ada kawan untuk pergi ke sekolah bersama.

 

End of POV

 


 

 

" Macam mana? "

 

" Berjalan dengan lancar. Semuanya perfect. Dia nampak macam betul-betul percaya yang aku ikhlas nak berkenalan dengan dia " Hoseok menepuk dadanya dengan bangga bagaikan dia betul-betul berusaha untuk meyakini Choji.

 

" Dia tak tau ke kau BTS a.k.a Geng Kingka Playboy? " soal Jimin, riaknya jelas menunjukkan dia amat berminat mendengar cerita Hoseok.

 

Semua mata memandang Hoseok dengan fokus, curious nak dengar perkembangan tentang bet Hoseok dan Choji.

 

" Ilbet percent (200%) sure yang dia tak kenal or tau pasal aku. Lagipun aku tengok budak tu lonely semacam je. Kat sekolah takde kawan, kat rumah kesunyian. Dia macam, lack of love " Cerita Hoseok.

 

" Lagi senang kerja kau. Aku dengar orang macam tu memang senang nak jatuh dalam jerat. Alamatnya kalau macam ni, terbanglah Audi kau, Namjoon " Jin menepuk belakang Namjoon. Saja nak buat sakit hati.

 

" Belum game over lagi. Mana tau entah-entah Si J-Hope ni pulak yang jatuh hati kat budak tu nanti " Namjoon gelak. Macam mana budak no-girlfriend-since-birth ni jatuh cinta eh? Fikirnya dalam hati.

 

" Hesh. Tak mungkin! "

 

" Ayo- Borak apa ni? " tiba-tiba satu suara muncul dari belakang Hoseok.

 

" Yo Man. Takde ha. Kitorang cakap-cakap kosong je. Ni apa mimpi pulak pustakawan-pustakawan boleh join lepak pulak ni? Korang tak bertugas ke harini? " jawab Taehyung dalam nada menyindir.

 

" Sekali-sekala buat benda tak berfaedah tak apa kan. Asalkan tak jadikan hobi macam korang " jawab Hanbin sedas lalu mengambil tempat di sebelah Namjoon.

 

Ahli IKON yang lain memenuhi ruang kosong di port lepak kingka-kingka itu.

 

Seperti BTS, IKON merupakan kingka dengan tujuh ahli iaitu Hanbin, Bobby, Yunhyeong, Junhoe, Jinhwan, Chanwoo dan Donghyuk.

 

 

Tetapi tidak seperti BTS, IKON lebih terkenal dengan sifat berdisiplin dan banyak menyumbang untuk sekolah.

 

Walaupun BTS dan IKON sering berkomunikasi seperti rival dan kedua-dua kumpulan mempunyai gaya yang berbeza, mereka agak rapat.

 


 

 

Lee Choji's POV:

 

Sekarang dah 3 minggu aku kenal Hoseok. And guess what? Aku dan Hoseok officially bercinta 6 hari lepas.

 

Rupa-rupanya dia dah lama perhatikan aku. Dia selalu cuba approach aku tapi tak berani. And tak disangka-sangka, tanpa sengaja dia boleh terlanggar aku and boleh berkenalan dengan aku.

 

Kenapa aku tak sedar pun kewujudan dia sebelum ni?

Macam mana Hoseok boleh suka dengan aku yang low profile ni?

Shrugs. Entahlah. Malas nak ambik tahu. Yang penting, aku bahagia sangat sekarang.

 

 

Tapi kata-kata Junhoe tadi mengganggu perhatian aku.

 

 

Siapa Junhoe? Junhoe lah kawan yang aku cakap tu. Sebelum kenal Hoseok, dialah satu-satunya schoolmate yang tegur aku. Dia senior tahun last, sama dengan Hoseok. And dia anak business partner mama dan papa.

 

* flashback *

 

Ada apa pulak si Junhoe ni nak jumpa aku kat rooftop. Walaupun dia satu-satunya kawan aku, kami jarang bertemu dan bercakap sebenarnya. Semuanya sebab Junhoe terlalu banyak peminat dan aku takut dikecam akibat rapat dengan Junhoe.

 

" Hai June~ " Junhoe yang sedang duduk membelakangi aku ku tegur. Lantas dia menoleh.

Mukanya tegang.

 

" Kau dengan J-Hope kan sekarang? " tanpa jawab sapaan aku, Junhoe terus melontarkan soalan.

 

J-Hope? Tu nama Hoseok kan?

 

" Urm.. A-aah " aku gagap. Tak pernah aku nampak dia macam ni.

 

Aku tunduk tapi dari ekor mata aku boleh nampak Junhoe meraup mukanya.

 

Tiba-tiba aku rasa bahuku dipegang. Kepalaku yang tertunduk ku angkatkan untuk melihat Junhoe yang sedang merenung ke dalam mataku.

 

" Listen carefully, Lee Choji. I didn't mean to destroy your relationship but I want you to be careful of your boyfriend. Jaga hati kau and jangan bagi kepercayaan sepenuhnya kat dia. Kalau tak, bila-bila masa je dia boleh hancurkan hati kau "

 

Setelah menghabiskan ayatnya dalam satu nafas, Junhoe terus pergi tinggalkan aku yang terpinga-pinga.

 

* end of flashback *

 

" Listen carefully, Lee Choji. I didn't mean to destroy your relationship but I want you to be careful of your boyfriend. Jaga hati kau and jangan bagi kepercayaan sepenuhnya kat dia. Kalau tak, bila-bila masa je dia boleh hancurkan hati kau "

 

Dalam sibuk otakku mencerna kata-kata Goo Junhoe tiba-tiba aku rasa ada tangan hinggap di dahiku.

 

" Baby ok ke? Kenapa diam je ni? Baby oppa merajuk ke? Oppa ada buat apa-apa salah ke? " Soal Hoseok. Tangannya yang berada di dahiku aku tepis perlahan sambil tersenyum.

 

" Nah ani. Gwenchana "

 

" Are you sure you're okay? " soal Hoseok lagi.

 

Side dia yang paling aku suka, caring.

Aku senyum.

 

" Yelah, saya okay je. Awak tak perlu la risau sangat, Hoseok-ah"

" OPPA. Not Hoseok. You should call me oppa since I'm one year older than you " Hoseok mengingatkan aku. 

 

Benda ni memang selalu jadi bila aku tersasul panggil dia guna nama. Dia akan ingatkan aku yang dia tua dari aku.

 

" Yelah, Hoseok oppa~ "

 

Aku nampak Hoseok tersenyum puas melalui ekor mataku.

 

Happy nampak kena panggil oppa hahaha

 

And petang tu kami spend masa bersama-sama sampai matahari terbenam. Walaupun Hoseok cakap esok dia mungkin tak boleh pergi sekolah bersama-sama dengan aku and tak dapat spend masa dengan aku, aku okay sebab hari ni cukup buat aku happy.

 


 

 

 

Setibanya di rumah, aku nampak Pengurus Song di ruang tamu sedang membaca majalah di tangannya.

Mama dan papa dah balik ke?

 

" A-annyeong. I'm home " ujarku. Pengurus Song yang sedar akan kehadiranku meletakkan majalahnya di atas meja lalu berdiri.

 

" Annyeonghaseyo, Miss Lee " dia bow dengan aku. " Tuan dengan Puan Lee tunggu Cik di bilik bacaan "

 

" Oh ok thanks " aku terus mendaki tangga menuju ke bilik bacaan yang berada di aras tiga.

 

Ada apa mama dan papa nak jumpa aku ni?

Takkan pasal tu lagi kot...

Aku mengeluh

 

Pintu ukiran kayu di hadapanku ku tolak. Mama dan papa yang sedang berbual-bual terus mengalihkan pandangan kearahku.

 

" Come here, Choji " menuruti kata-kata mama ku, aku terus mendekati mereka lalu duduk berhadapan dengan mama dan papa ku.

 

" Kami dah tetapkan tarikh perkahwinan kamu dan semua dah setuju ianya berlangsung on first Sunday next month. Thats mean you have less than 7 days to introduce me to your boyfriend, if you have any " Dah agak, pasal ni lagi.

 

Dari bulan lepas mama dan papa nak setkan arranged marriage untuk aku. Pada mulanya aku tak dibenarkan membantah, tapi bakal suami aku bagitahu kat mama dan papa kalau aku ada boyfriend, perkahwinan ni dibatalkan.

 

Siapa bakal suami aku? Entah. Aku tak pernah ambik tahu. Tua ke muda, aku tak pernah terfikir nak tanya sebab selama ni aku hanya pasrah jika terpaksa dikahwinkan dengan anak rakan business parent aku. Kawan pun aku tak mampu nak cari, apa lagi boyfriend kan? Tapi sekarang aku ada Hoseok...

 

" I'll introduce him to you tomorrow "

 

Aku dengar tawa halus papa. Perli aku la tu.

 

" You seem to be well prepared. Takpelah, yang penting esok make sure dia ada time makan malam. Tell him to dress formally. Papa tak suka orang selekeh. " Papa berkata dengan sisa-sisa tawanya. Aku nampak mama menyiku pinggang papa.

 

 


 

 

 Harini aku pergi sekolah dengan Pakcik Kush since Hoseok cakap dia sibuk and mama dan papa pun dah balik.

 

Agaknya apa Hoseok sibukkan eh?

Kenapa aku tak nampak dia dari tadi?

 

" Hey pretty " aku pegang dada.

 

Terkejut aku dengar suara Junhoe betul-betul tepi telinga aku. Dia tersenyum.

 

Patut gak kau ramai peminat, senyum tu boleh membunuh.

 

" Apa? " aku tolak tangan dia yang melingkari bahu aku.

 

Aku taknak orang salah sangka. Sekaranf semua tahu yang aku bercinta dengan Hoseok, aku takut pulak ada yang fitnah bukan-bukan.

 

Lagipun aku tak tahan. Aku taknak curang dengan Hoseok.

 

Ya. Aku pernah sukakan Junhoe.

 

Tapi disebabkan dia ramai peminat dari kalangan perempuan yang cantik-cantik belaka dari sekolah ni mahupun sekolah lain, aku kuburkan sahaja perasaan aku dalam-dalam.

 

" Amboi, mentang-mentang dah ada boyfriend, menyombong pulak kau dengan aku " rajuk Junhoe. Mulut dimuncungkan.

 

" Mana ada sombong.. Kau la selalu sombong dengan aku " aku mengungkit.

 

" Ala aku balik yang kena.. By the way, kau kenal BTS? " soalnya sambil tenung muka aku.

 

BTS? Apa tu? 

 

" BTS? Game baru ke? Otak kau ni tak lari dari game je.. Dahla jangan hasut aku buat benda sia-sia tu " 

 

For your information, Si Junhoe ni memang gamer. Sejak kecik dari mula aku kenal dia sampai sekarang tak berubah-ubah.

 

" Bukan game la " Erk. Bukan?

 

" Habis tu? "

 

" Nevermind la "

 

 

 -End of POV-

 


 

Jung Hoseok's POV:

 

Hari ni.

 

Tarikh yang dulu aku nanti-nanti untuk habiskan cabaran aku. Tarikh di mana aku mesti meragut kepercayaan Choji keatas diriku. Tapi kenapa harini aku gementar? Takut?

 

Kata-kata Junhoe tadi terngiang-ngiang di kepalaku.

 

" Aku kenal siapa kau, siapa BTS tapi aku harap kau serious dengan Choji. Jangan kau cuba hancurkan hati dia atau lepaskan dia kerana sekali kau tersilap langkah tak akan ada peluang kedua untuk kau bersama Lee Choji "

 

Aah, persetankan dengan mamat berlagak bagus tu.

 

Kereta aku lagi penting. Perempuan berlambak kat luar sana, tinggal nak pilih je tapi kereta aku hanya satu dalam beribu.

 

Tiba-tiba telefon aku bergetar menandakan mesej masuk.

 

 

From: Bae <3

Saya dah ada dekat sini. Oppa kat mana?? Cepat sikit.. Saya ada benda penting nak bagitau.. Love you

 

 

Aku senyum. Comel je dia ni.

Benda penting? Aku pun ada benda penting nak bagitau. Aku akan dedahkan kebenaran kejap lagi.

 

Walaupun aku rasa taknak keluar tapi aku terpaksa. Aku basuh muka sekali lagi lalu berjalan keluar dari tandas. Aku nampak kelibat Choji dibelakang cermin transparent. Aku terus keluar dan tarik Choji sampai ke bilik VIP yang ditempah oleh BTS. For your information, kitorang sekarang dekat restoran port perjumpaan rasmi BTS.

 

Choji yang menjerit kecil dan meronta aku endahkan. Sakit kot aku genggam tangannya kuat-kuat..

 

Dengan muka pokerface aku campak dia masuk ke dalam bilik BTS lalu mengambil tempat duduk di tepi Suga. Dia kelihatan kekok berdiri di depan dengan mata-mata ahli BTS dan girlfriend-girlfriend dorang ligat memandangnya. Aku hanya menunduk.

 

" Kau tahu kenapa kau ada di sini? " aku dengar suara Namjoon.

 

" Kau ada kat sini untuk buktikan kejayaan Hoseok. " Namjoon sambung ayatnya setelah Choji mengangguk.

 

 

" K-kejayaan apa " kedengaran suara Choji tersekat-sekat.

 

 

 

" J-Hope, explain everything to your toy " aku rasa tak keruan.

 

Apa aku buat ni? Choji maafkan aku..

 

 

 

Aku berdiri sambil tenung muka Choji dengan tajam. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia tertanya-tanya.

 

 

 

 

" Lee Choji " ucapku senafas.

 

" Kau percayakan aku ? " Dia angguk. Aku gelak tanpa rela.

 

" Pasal yang aku tipu kau cakap aku dah lama crushing dengan kau tu pun kau percaya? " Aku gelak lagi. " How pathetic. Cuba kau fikir guna otak lembap kau tu dalam-dalam. Ada ke lelaki yang berminat kat kau? Budak lowprofile dengan gaya yang biasa hari-hari. Plain. Kau ingat ada yang berminat? " Choji kelihatan terkejut.

 

" You barely have something yang boleh tarik perhatian lelaki " aku simbah muka Choji dengan sup seaweed.

 

" Tak pernah ada yang berani buat kau macam ni kan? " aku smirk. Choji tunduk.

 

" Semua student dekat Seonggook High takut dan hormati kau sebab kau anak Ellavine Group, but not me. " Aku toleh ketepi. " Apa nak takut dengan kau? Kalau kau adu dengan parent kau pasal ni pun belum tentu dia orang kesah. They've never care bout you right? " aku gelak.

 

" PPANGG "

 

pipi aku panas. Aku nampak Choji buka pintu lalu berlari keluar.

 

Godd.. Apa aku buat ni? Choji.. forgive me

 

End of POV


 

 

Lee Choji's POV:

 

 

 

" First you made my heart beat after that you beat my heart "  - Special (Leehi ft. Jennie Kim)

 

 

 

 

Harini hari kelima lepas kejadian Hoseok hancurkan hati aku. Keadaan aku sekarang okay je, tak macam sehari lepas peristiwa tu. Aku pergi sekolah dengan mata bengkak yang langsung tak boleh aku selindungkan dan student-student Seonggook pandang aku semacam, maybe sebab dia orang dah tahu hakikat hidup aku jadi anak Ellavine Group.

 

 

Sekarang aku sedar, semua yang Hoseok cakap betul.

 

I'm nothing compared to the other girls. Di Seonggook Private High pelajar dibebaskan untuk menggayakan pakaian tanpa sekatan, menyebabkan mostly girls student guna crop top and short. Boleh dikatakan aku sorang je yang guna dress di sini.

 

Hoseok?

 

Entahlah. Aku tak faham kenapa dia nampak lagi serabut dari aku. Final exam kot..

 

Aku sekarang ni dekat belakang blok akademik tengah tunggu Hoseok. I want to clear up everything and break up cara baik.

 

" Lama tunggu? "

 

suara tu. Suara yang selalu buat aku gugup tanpa sebab.

 

" Not really "

 

aku toleh ke belakang.

 

Jung Hoseok. Mukanya yang selalu ceria dan tak lari dari senyuman nampak berbeza sangat harini. Kulitnya yang flawless nampak pucat, matanya bereyebag hitam. Rajinnya stay up study.

 

 

" Ada apa nak jumpa ni? " lemah je suara Hoseok. Dia ni sakit ke?

 

 

" I want to give back what I dont deserve " aku buka rantai silver dengan huruf J&C dan letak di telapak tangan Hoseok.

 

" Thanks for everything. Thank you sebab bagi saya rasa kasih sayang yang saya tak pernah rasa selama ni walaupun semuanya hanya lakonan. I appreciate it " kataku ikhlas sambil merenung wajah Hoseok.

 

Dia nampak serba salah.

 

" Ermm.. Boleh saya tahu apa benda penting yang awak nak cakap dengan saya hari tu? "

 

Dia ingat lagi? Ingat dah tak kesah dah..

 

" Never mind. Semuanya dah berlalu. Eh lupa pulak " aku keluarkan sampul surat berwarna gold daripada beg aku. " Here " aku hulurkan sampul tu kepada Hoseok.

 

" Apa ni? "

 

" Invitation to my wedding. Jangan lupa. Hari Ahad minggu depan " ucapku tenang.

 

" You gotta be kidding me, Lee Choji " rakus tangan Hoseok mengoyakkan sampul yang aku beri tadi.

 

" Koo Junhoe? Junhoe? Ikon? Choji, semua ni tak lawak please " Hoseok nampak panik.. tapi kenapa?

 

" I'm not lying, Jung Hoseok " aku terangkan semua pasal perkahwinan tu dari A sampai Z.

 

Hoseok terkedu. Mukanya beriak kekesalan.

 

" But he's your friend and you don't love him! " desak Hoseok.

 

" Its better to marry someone yang cintakan saya daripada yang saya cintai. " aku masih bernada tenang. " Cinta masih boleh dipupuk, Hoseok. Asalkan kita rela untuk serahkan hati kita untuk cuba "

 

" Choji, I love you. Awak boleh cakap saya tipu tapi saya tak boleh tipu diri sendiri. I'm loving you. I like you " ucap Hoseok sambil menunduk.

 

" Its too late, Hoseok. Cinta kita dah sampai ke penghujung. Saya harap awak lupakan saya dan kalau awak jatuh cinta sekali lagi, please treat your love well. Jangan sia-siakan dia " aku juga turut menunduk. Aku rasa Hoseok menyentuh tangan aku.

 

" Saya tahu saya salah, tapi saya nak awak simpan rantai ni. Walaupun J&C bukan lagi membawa maksud J-Hope dan Choji, harap awak masih sudi menyimpannya. Lagipun tu pun boleh jadi Junhoe & Choji " Hoseok merenung wajahku sambil tersenyum hambar. Perlahan-perlahan Hoseok pergi tinggalkan aku.

 

e n d .

 

 


 

 

4255 WORDS

 

START: 23 OKTOBER 2015

FINISHED: 7 NOVEMBER 2015

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
parkyura98
#1
Chapter 2: Oh my...T^T
J hope merelakan perkahwinan choji dgn junho?! Baik nye j hope..T^T
Serious sye menangis waktu bace yg part last tu...good job authornim!! T~T
bigbangtanboys
#2
Chapter 2: Sadisnyerrr....nak nangis...TuT...eomma....huhuhu...daebak citer ni...