Chapter Sixteen

Cik Muda, Cik Mafia?
Please Subscribe to read the full chapter

Yura menghirup kopinya. Sudah semalam dia tak dapat tidur bersama-sama dengan pembantu rumah Oh yang lain. Ini kerana mereka juga sedang bertungkus-lumus menjejaki Eunmi. Pagi sudah pun menjelang, Yura menilik jam tangannya. Tepat pukul 7:30 pagi. Namun, masih tiada lagi berita mengenai Eunmi. Ini semakin teruk. 

"Semua salah aku," Minhyuk yang meletakkan kepala di atas meja bersuara. "Kalau aku ambil lebih berat lagi pasal panggilan terakhir, Cik muda. Perkara begini tak akan berlaku lagi,"

"Tak guna kau nak salahkan diri sekarang. Kita dah kehilangan sepenuhnya jejak Eunmi," Keluh Jane.

"Urgh!" Jeonghan mengurut dahinya kerana terasa pening. "Semua memang salah kita sebab hanya fokuskan pada ketua sahaja!"

Yura hanya mengeluh mendengar rungutan mereka. Televisyen di tekan on. Mungkin menonton tv dapat elakkan sedikit rasa mengantuknya. 

"Berita exclusive, Pelakon wanita terkenal Kim Eunji telah menyaman bekas suaminya, Oh Sangmin iaitu pemilik syarikat berlian termuka dunia atas sebab kematian anak kandungnya secara mengejut," Ujar pemberita tersebut.

Hampir tersembur kopi ke-8 yang di minum Hyeoyeon. Mereka semua membesarkan mata dan memandang sesama sendiri. 

"Ia agak mengejutkan seluruh negara apabila Kim Eunji mengaku yang dia mempunyai anak yang di rahsiakan dari pihak awam atas sebab keselamatannya. Awal pagi tadi, Eunji secara tergesa-gesa membuat sidang media dan telah memfailkan saman terhadap bekas suaminya di atas kematian anaknya. Menurutnya, Oh Sangmin bertindak sambil lewa di atas penjagaan anaknya sehingga mengakibatkan kematian," Terang pemberita tersebut.

Kemudian, video Eunji di mainkan ketika dia berada di sidang media. Mata Eunji tampak merah dan ada lingkaran berwarna hitam di bawah matanya. 

"Sukar di percayai yang dia menang hak penjagaan tersebut tapi tengoklah sekarang. Anak saya telah mati di sebabkan penjagaan sambil lewa dia. Dia hanya pentingkan kerjanya sehingga melupakan tanggungjawabnya. Selepas saya bercerai dengan Sangmin dia langsung tak benarkan saya berjumpa dengan anak saya. Jadi, saya akan failkannya saman. Saya tahu sesetengah pihak mungkin terkejut dengan berita ini tapi buat masa ini. Ini sahaja yang saya akan terangkan," Ujar Eunji dengan panjang lebar sambil tersedu-sedu menahan tangisan lalu dia meninggalkan bilik sidang media. Beberapa wartawan cuba menanyakan soalan tapi di halang bodyguard Eunji.

"KORANG!" Encik Woo berlari ke ruang rehat pembantu rumah. Surat khabar di tangannya di lambaikan.

Mereka semua memandang Encik Woo serentak. Perlahan-lahan tangan Encik Woo di jatuhkan apabila membaca tajuk utama berita pagi di televisyen tersebut. 

"Nampaknya korang dah tahu," Keluh Encik Woo.

"Maksudnya..." Jane mengigit kuku.

"Jangan kita berfikir terburu-buru bagaimana Cik muda boleh berada dengan Eunji secara tiba-tiba?!" Yura cuba mempertikaikannya. 

"Betul tu!" Minhyuk secara tiba berdiri. 

"Ia tak mustahil. Mungkin cik muda pergi bertemu dengan mamanya dan kemudian dia bunuh diri kerana stress..." Teka Jeonghan.

Mereka terdiam. 

"Betul juga, kita harus laporkan ini kepada Seokjin," Jane mencapai alat komunikasi.

"Laporkan apa?" Suara yang amat di kenali mereka menyapa dari belakang.

Sangmin mengerutkan dahi. Leeteuk di sebelah memandang pembantu rumah Oh yang tampak penat dan serabut. Apa yang mereka buat? Nampak seperti berjaga semalaman. Tiba-tiba D.O berlari masuk ke dalam villa mencari Sangmin.

"Tuan Besar, kod merah. Kim Eunji saman tuan... dan Eunmi di laporkan sudah mati..." Sebut D.O.

Sangmin kaku. Dia tidak bergerak. Tangannya di genggam erat. Pandangannya bertukar kemarahan. Pembantu rumah Oh yang berada di hadapan Sangmin terus mengigil ketakutan. Mereka melutut.

"Maafkan kami sebab tak melakukan tugasan dengan baik," Ujar Yura.

"Kumpulkan semua ahli Black Mask!" Arah Sangmin dengan lantang. "CEPAT!"

"Me—menurut perintah, Tuan Besar!" Kata Leeteuk.

 

 

"Ketua!" Panggil Leo.

"Apa dia?" Jawab Jin yang masih lagi meneliti skrin utama. 

"Panggilan dari Tuan Besar di arahkan semua ahli Black Mask berkumpul. Kod Merah 010," Ucap Leo.

Jin memandang Leo dari hujung matanya. "...Kau biar betul..."

"Eunmi telah di laporkan," Kata Leo. "...mati,"

Jin seperti sesak nafas mendengarnya. Dia menjerit hingga menghentikan ke semua ahli Black Mask yang sedang berkerja. Rambutnya di kusutkan. Badannya mengeletar. 

"Semua berkumpul. Hentikan kerja masing-masing, Tuan Besar ingin berjumpa dengan kita semuanya," Arah Jin. Dia mengusap wajahnya. 

"Tuan Besar dah balik? Awalnya," Bisik Mark.

"Kita ada kecemasan... Kod Merah 010... Kematian pewaris utama Black Mask," Ucap Jin dengan nada yang bergetar. 

EunB menekup mulut. Woozi dan I.M yang sedang membetulkan alat peranti terhenti. Spana terjatuh dari tangan I.M. Binnie hampir pengsan mendengarnya. Ke semua ahli Black Mask terdiam, ada yang sudah pun menitikkan air mata. Peluh mula membasahi mereka dengan ketakutan. 

"Mari kita gerak berjumpa, Tuan Besar," Arah Seokjin lalu mencapai kot bajunya. 

Mereka semua terus menuju ke villa Oh. Jin berjalan dengan sangat lemah. Tak mungkin, Eunmi tak akan mati begitu sahaja. Segala tunjuk ajarnya sudah cukup untuk Eunmi melindungi diri sendiri. Eunmi akan selamat. Dia percaya Eunmi masih hidup. Jin hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan atau lebih tepat lagi ke semua ahli Black Mask mendiamkan diri sepenuhnya. Mereka akhirnya tiba di villa Oh. Sangmin sudah pun menunggu di luar villa.

"Selamat pagi—," 

Jin terus di tumbuk Sangmin. "KAU BUAT KERJA APA SELAMA NI?!" 

Jin tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri. 

"Aku hanya bagi kau tugasan untuk melindungi anak aku. Tapi tengoklah sekarang apa dah jadi!" Marah Sangmin. 

"Tuan Besar, Jin telah di tangkap oleh organisasi ejen rahsia... Sebab itu dia tidak bersama dengan Cik muda," L menerangkan situasi.

"Habis tu?! Kerja korang apa pula?! Bukan korang pun kena melindungi pewaris Black Mask!!!" Tengking Sangmin bergema. "BLACK MASK BUKAN ORGANISASI YANG MEMPUNYAI AHLI YANG SEDIKIT. KITA RAMAI!" 

"Maafkan saya, Tuan. Saya gagal memimpin mereka," Jin melutut meminta maaf. Air matanya di tahan. "Saya akan meletakkan jawatan," 

"Oh tak, kau tak akan letak jawatan," Kata Sangmin. "Aku nak kau musnahkan organisasi ejen rahsia tu sepenuhnya. Biar mati setiap mereka. Oh sekejap, tak mengapa. Kau dan orang terkuat Black Mask ikut aku. Yang lain aku nak korang bunuh setiap ahli organisasi ejen rahsia tu. BIAR TAK ADA SESIAPA PUN TINGGAL TERUTAMA SEKALI YANG BERANI TANGKAP JIN,"

"Menurut perintah, Tuan Besar," Jawab mereka serentak. 

"Mulakan sekarang!" Arahnya. 

Mereka semua bergegas bersurai melakukan misi tersebut. Hanya tinggal orang terkuat Black Mask sahaja bersama Sangmin. L, I.M dan Leo berdiri bersebalah kiri Jin. Manakala, S.Coups dan EunB di sebelah kanan. Jin bangkit. Dia hanya menundukkan kepala tanpa mempunyai apa-apa mood. 

"Kita akan pergi bertemu dengan Eunji. Korang akan ekori aku dan tengok kalau ada apa-apa yang mencurigakan berlaku," Terang Sangmin. "Perhatikan keadaan sekeliling sebab aku akan tuntut mayat Eunmi,"

"Baiklah, Tuan Besar,"

 

 

"Puan, nampaknya bekas suami puan berada di hospital ini!" Kata Mihyun, Doktor di hospital Kim.

Eunji menyeka air matanya yang masih berbekas. Jimin di sebelah Eunji menyilangkan tangan. Dia menyandarkan diri pada dinding. Doktor Aron Kwak membetulkan kaca matanya. Dia memandang Eunji. 

"Jadi, Puan Pengerusi nak buat macam mana. Perlu ke kita kumpulkan Rose Gold untuk halau mereka keluar?" Tanya Aron.

"Tak perlu," Eunji bangkit. "Biar aku sendiri yang pergi berjumpa dengan dia. Arahkan ahli yang lain untuk lakukan operasi tersebut," 

"Baiklah, Puan," Aron menekan butang di telefonnya. "Mulakannya,"

"Baiklah," Nurse yang bertag namakan Nayoung mengambil failnya dan berjalan menuju ke suatu tempat.

"Jimin, kamu tunggu di dalam. Kalau ada apa-apa aunty akan minta bantuan kamu," Pesan Eunji.

"Baiklah, Puan Pengerusi Rose Gold," Sebut Jimin dengan senyuman sinis. 

Siapa sangka, Kim Eunji adalah seorang pengerusi Rose Gold. Kumpulan organisasi rahsia. Kumpulan ini sangat terkenal di pelosok dunia. Dalam masa yang sama kebanyakkan ahli Rose Gold adalah doktor, saintis dan ilmuwan. Mereka sangat di kenali dengan kehebatan penggunaan magik ketika melakukan tugasan organisasi. Hospital yang mereka berada ini sebenarnya adalah milik ayah Eunji. Namun, di uruskan oleh Kim Raewon yang juga ahli Rose Gold. Rose Gold adalah kumpulan elite. 

"Keluarga Eunmi sangat menarik," Jimin mengeluh. "Mungkin in sebab Sangmin berkahwin dengan Eunji. Mahukan kuasa? dan Eunji pula di tugaskan untuk hapuskan Black Mask?"

Sangmin dan Eunji menuju ke arah yang sama. Orang ramai yang berada di sekeliling hospital berbisik-bisik melihat mereka. Memandangkan cerita tersebut menjadi sensasi. Mereka berdua kini menjadi topik hangat negara. Mereka berdua terserempak sesama sendiri di koridor hospital tingkat 4.

"Kau tak perlu datang ke sini. Kita boleh bertemu di makamah," Kata Eunji dengan nada yang dingin.

"Aku datang sini tak mahu buang masa. Aku cuma nak anak aku," Sangmin dengan tegas membalas.

"Dia dah mati. Di sebabkan kau!" Jeritan Eunji bergema. 

"Kau pun sama! Dia dah mati baru kau nak jumpa dengan dia!" Balas Sangmin.

"Kau yang halang aku dari berjumpa dengan anak aku sendiri. Kau sekat segalanya dari dia," Marah Eunji.

Jin hanya mendengar pertengkaran mereka. Dia seperti tiada lagi mood untuk berasa marah. Hanya yang dia rasa adalah kosong. Tiada apa. Kemudian, sekumpulan nurse dan seorang doktor sedang menolak katil pesakit datang melalui sebelah mereka. Mereka tampak tergesa-gesa. Entah kenapa, Jin dengan selamba menarik selimut pesakit tersebut dengan selamba. Apabila di tarik baru dia sedar yang tiada orang di katil tersebut.

"Apa yang Encik buat ni?" Nurse yang bernama Nayoung menjengil Jin.

"Maaf," Ucap Jin pendek.

"Kau jaga sikit anak buah kau tu. Jangan kacau pesakit di sini!" Eunji menjeling Jin.

"Seokjin, jangan sentuh apa-apa," Arah Sangmin.

"Maafkan saya, Tuan Besar," Jin menunduk minta maaf. "Maafkan saya, Puan Eunji,"

"Kita boleh berbincang dengan aman. Aku hanya perlukan anak aku semula. Aku akan tuntut mayat dia," Tambah Sangmin. "Kalau kau nak aku bayar aku akan bayar,"

"Kau ingat Eunmi boleh di beli dengan wang ke? Aku tak akan bagi. Dia tak akan mati di atas nama pewaris Black Mask," Hina Eunji. 

"Jangan buat begini atau aku sendiri akan cari mayatnya," Sangmin memberi amaran.

"Aku tak akan benarkan," Eunji mengeggam tangannya. "Mayat Eunmi telah di tanam. Aku dah letakkan dia di memorial peringatan,"

"Berani kau buat begitu tanpa benarkan aku berjumpa dengan anak aku buat kali terakhir!" Sangmin semakin kemarahan.

"Bukan itu kau buat pada aku selama ini?" Perli Eunji. "Aku tanamkan dia sebagai anak aku dan bukan pewaris Black Mask. Kau juga tak layak mempunyai gelaran sebagai seorang bapa kepada Eunmi,"

"Perempuan tak guna,"

"Kau yang tak guna. Jumpa di makamah besok," Eunji berpusing menuju ke pejabat semula. Dia sempat berbisik pada anak buahnya. "Halau mereka keluar dari sini,"

"Dengan segera," Balas Jisung. Dia mengakat kot putihnya menutup Eunji bersama dengan seorang lagi doktor lelaki iaitu Sungwoon di sebelah kiri Eunji. 

Dengan satu hempasan kot putih, Eunji hilang dari tempat tersebut. EunB terpegun melihat mereka. Inilah di katakan keistimewaan Rose Gold. Kemudian, Jisung dan Sungwoo patah balik menuju ke arah Sangmin dan ahli terkuat Black Mask semula. 

"Kami tak boleh biarkan orang luar keluar bersendirian sebab kemungkinan besar fail penting kesihatan pesakit kami akan di sentuh oleh kamu semua. Jadi, biar kami bawa kamu semua keluar," Senyum Jisung. 

"Baiklah," Sangmin membetulkan kot pakiannya. Dia memberikan isyarat mata pada I.M. "Tunjukkan jalannya,"

"Mari," Jisung memimpin mereka dari arah depan.

Sungwoon pula mengekori mereka dari belakang. I.M memeluk bahu Sungwoon.

"Seronok ke jadi doktor?" Sengih I.M dia kemudian perlahan-lahan melekatkan pelakat nipis pada kot putih Sungwoon. Pelekat tersebut terus bertukar warna putih.

"Jangan sentuh aku," Sungwoon menepis I.M.

"Ceh, sombong," I.M mengeleng. Kemudian, dia membaling ke sesuatu ke atas siling tatkala tiada siapa sedang melihat.

L menyentuh kaunter nurse yang berada di tengah-tengah. Mereka memasang sesuatu di dalam hospital tersebut. Jisung dan Sungwoon berhenti di hadapan lif. 

"Sampai sahaja di bawah, korang akan nampak pintu keluar. Pengawal pula akan memimpin kamu semua. Jika ada seorang yang tercicir, loceng amaran akan berbunyi. Jadi berhati-hatilah," Sungwoon memberi amaran.

Butang lif di tekan. Mereka bertujuh memasuki lif. Jisung dan Sungwoon melambai pada mereka bersama senyuman manis. Jin hanya mendiamkan diri sepanjang perjumpaan mereka. Kemudian, mereka berdua pula memasuki lif di sebelah dan naik ke tingkat atas. 

"Dah pasangkan?" Soal Sangmin.

"Sudah, Tuan Besar," I.M menilik jam perantinya yang mengesan keaktifan alatan tersebut.

"Bagus, kita akan masuk ke sini semula malam ini. Aku akan cari alamat tempat memorial Eunmi. Mereka langsung tak bagi tau di mana Eunmi berada," Darah kemarahan Sangmin meninggi. 

Sangmin juga menjeling Jin di sebelahnya yang masih lagi mendiamkan diri. Dia berdehem.

"Aku lagi sedih sebab Eunmi anak aku. Lepas jumpa memorial Eunmi aku akan benarkan kau berjumpa dengan dia dan minta maaf," Ucap Sangmin. "Aku memang marahkan kau. Sangat marah. Tapi aku juga tak boleh salahkan sepenuhnya memandangkan kau telah di tangkap organisasi ejen rahsia tu,"

"Maafkan saya, Tuan Besar," Jin menunduk.

"..." Sangmin tidak menjawab. 

Apabila buka sahaja pintu lif, mereka berjalan keluar. Manakala di tingkat 13, Jisung dan Sungwoon keluar dari lif. Mereka memandang sesama sendiri lalu melangkah menuju ke suatu tempat. Tiba-tiba Yerin berjalan di sebelah kanan Jisung. 

"Mereka ingat golongan elite ni lembap ke?" Sungwoon mencabut kot doktornya. Lalu di cabut pelekat yang di tampal I.M. Warna asal pelekat tersebut kembali. Dia memicitnya dengan kuat hingga berlipat lalu pecah. 

Sungwoon kemudian meletakkannya di atas kaunter nurse. Baekho penjaga kaunter nurse tersebut meletakkan alat peranti yang telah di tampal L pada kaunter tersebut bersama yang berada di kot baju Sungwoon. Yuha mengeluarkan buku rekod kedatangan pelawat yang agak tebal lalu di hentakkan pada kedua-dua alat peranti tersebut. Hancur lebur. Yuha tersenyum sinis lalu di selak muka surat buku

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FluffyCats
[1/5/2017] Nmpknya sya mungkin prlu cri co-author utk tolong edit cerita sya. Supaya x tertngguh lagi nk update sbb sibuk,,,,

Comments

You must be logged in to comment
sihoseok #1
Chapter 17: That's all ? Sorry to say this but I expect more than this actually , igt happy ending ngan jin lool. No season 2 ? I saw this ff on wp tapi x complete so i tggu almost 2 years, then i found yg completed dkt asianfanfic but then the ending mcm ni je ke? It bcs i love this story sm but no season 2 ?????
mizzfiona_ #2
Chapter 17: Best la citer ni awk x patut biarkan tergantung sepi mcm ni..BTW,best citer x cliche ngat
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
AurinKiss #4
Chapter 18: Laa.. kan dah elok ja cerita ni berjalan? Tak kan awak nk biarkan begitu ja? Kalau nk biarkan chap. dengan cliffhanger tu, sya masih boleh terima tapi dh sampai discontinued,.. why is that? Tell me, why? I had been waiting for every updates from you and how could you assumed that WE wouldn't want to read it till the end? Have more trust in yourself, please.. Because I trust you and believed that you will still working on this story. I just like it so much. Pertimbangkanlah ya?
pikahbajet #5
Chapter 13: palli!!!!!! selamatkan eunmi...
pikahbajet #6
Chapter 10: wow.... so romantic you,jin yah....
pikahbajet #7
Chapter 7: wow... style gile jin ni...
didi_dongsaeng
#8
Chapter 9: Love your story! ?
AurinKiss #9
Chapter 13: Baiklah. Dh lma sngt sya x bca fanfic Malay. Sjujurnya sya taip, sya suka sngt crita awk. Ia membuatkn sya trasa nk shja buat fanfic Malay semula. Dh lma sngat asyik hook up dngan fanfic English kn? Tapi, sekirnya diperhatikn betul2, crita awk spertinya trdapat agenda2 malay drama di situ, ya? Therefore, the plots are nice and well organized. Honestly, I don't even think that it will go on this well. The sinopsis is quite an eye-catching too. Moreover, the writing style.. You used fluent malay and I like it. Well, I don't expect anyone to write with that style anymore because based on my observation, now a day authors chooses to used 'kampung-like' Malay speaking style to make the story funny. We do have lots of funny-to-hear accent or dialect, aren't we? Anyways, awk sngat berhati2 dn peka dngan pnggunaan tatabhasa dn ianya suatu ciri yg bagus bgi seorang author yg professional. That's all. Thanks for reading dn sekian, terima kasih.