Cadangan Jisoo

The Noona Killer

"Hati aku kata Mingyu la.." Chan menuding jari telunjuknya kepada Mingyu.

 

"Aniya!Yah!Serious aku tak tipu.Kalau lakonan aku hebat macam ni dah lama aku jadi pelakon." Mingyu kelihatan berlutut merayu kepada Ming Hao dan Chan.Wonwoo hanya melihat.Risau sungguh kalau dirinya dipilih.

 

"Wonwoo mafia!Percayalah..Tengok reaksi muka dia pun dah boleh agak." Mingyu lantas melakonkan semula riak muka Wonwoo yang kelihatan kosong atau lebih tepat tidak bereaksi itu.Jelas boleh diagak dirinya mafia mengikut pendapat Mingyu.

 

"Yah!Muka aku memang macam ni lah.." Wonwoo membidas kata-kata Mingyu yang berasa tidak tepat baginya.Mingyu tersengih.

 

"Mingyu!" panggil Seungcheol.Seungcheol memandang kearah gadis yang sedang berjalan dihadapan kelas mereka.Soonyoung dan Jisoo serentak turut memandang gadis tersebut.Mereka tersenyum-senyum. Cantik dan ayu betul.Patutlah Mingyu berkenan sangat.Raut muka dia pun nampak innocent je.

 

"Kejap!"

 

"Mingyu!Ooh Mingyu!Cepatlah!"panggil Seungcheol sekali lagi.

 

"Kejap..Nak habiskan sikit je lagi..." 

 

"Biar Wonwoo kalah dulu."jawab Mingyu dengan sengihannya.Wonwoo membulatkan matanya.Seungcheol mengeluh apabila gadis itu sudah tidak kelihatan.Aku tak bertanggunggjawab kalau kau menyesal..

 

"Aku bukan mafia lah!"

 

"Eleh.." Minghao dan Chan memandang antara satu sama lain.Mata mereka seakan berkata-kata.Mereka mengangguk serentak.Jun tersengih.

 

"Siapa?Wonwoo ke?"soal Jun inginkan kepastian.Minghao dan Chan mengangguk.Mingyu bersorak.Wonwoo masih membidas jawapan mereka namun nampaknya tidak berhasil.

 

"Satu,dua,tiga..." Wonwoo sudah berserah.Minghao,Chan dan Mingyu menunjukkan jawapan yang sama.Masing-masing mengangkat ibu jari mereka.

 

"Wonwoo...mafia."kata-kata Jun membuatkan Minghao,Chan dan Mingyu bersorak kemenangan.Selesai bermain,Mingyu terus mengambil tempatnya disebelah Seungcheol.Dia meletakkan tangannya di atas bahu Seungcheol.

 

"Kau terlepas sesuatu yang besar lah tadi."kata Jisoo.Mingyu mengangkat sebelah keningnya.Tangan kirinya diletakkan didagu.

 

"Betul ke Soonyoung,Seungcheol?Aku tak percaya sangat kalau Jisoo yang cakap."

 

"Yah!"marah Jisoo.Mingyu hanya ketawa.

 

"Ya lah..Aku percaya..So,apa yang aku terlepas?" Jisoo,Seungcheol dan Soonyoung berpandangan antara satu sama lain.

 

"Seo." sebut Seungcheol.

 

"Ye."sebut Soonyoung pula.

 

"Ji." Jisoo mengakiri ayat.

 

"Hah?Bila dia ada?Kenapa korang tak panggil aku?Ni yang nak merajuk dengan korang ni..Sampainya hati.." Mingyu membuat muka sedih.Seungcheol mencebik.

 

"Eleh..Aku dah panggil beberapa kali.Tu lah,nak kalahkan sangat si Wonwoo tu.Biarkan je lah dia menang.Sekarang kau pulak yang kecewa.Padan muka." Mingyu tersengih.

 

"Ceh,kau memang sokong Wonwoo sebab kau pun mafia.Mafia kena sokong mafia." 

 

"Ruginya aku dengan Wonwoo tak pilih kau tadi.." Mingyu ketawa.

 

"Tapi kan..Kalau jodoh tak ke mana..Manalah tahu nanti dia lalu pulak ke..Ada lah chance aku nak ngorat." Seungcheol,Jisoo dan Soonyoung memandang Mingyu dengan pandangan yang menjengkelkan.

 

"Kau ni kalau dah gatal,gatal sangat."kutuk Soonyoung.Jisoo dan Seungcheol ketawa disamping mengiakan kata-kata Soonyoung itu.

 

"Aku dengar cerita,Yeji sunbae tu jenis hati beku."kata Jisoo mengikut apa yang diketahuinya.

 

"Hmm.Abang aku pun ada cakap macam tu."jujur Mingyu dengan muka sedihnya.

 

"Kalau macam tu,terlepas lah chance kau nak ngorat dia." Mingyu menundukkan kepalanya.Pura-pura mengesat airmatanya.Zaman budak-budak betul lah.

 

"Yah,Soonyoung!Kesian Mingyu.Nak nangis dah budak ni.Alolo,Mingyu.." Seungcheol menepuk-nepuk belakang badan Mingyu.Soonyoung menghamburkan ketawanya.Suka betul dia dapat menyakat Mingyu.Jisoo menggeleng-gelengkan kepalanya.Kelakar pun ada dengan Mingyu ni.Kesian pun ada.

 

"Yah!Korang kena tolong aku.Aku suka kat Yeji tu,tapi..Macam tak ada harapan lah pulak."ketiga-tiga rakannya diam.Cuba untuk memikirkan cadangan yang bernas.Jisoo memetik jarinya.

 

"Apa kata..kalau.."

 

"Kalau..?"soal ketiga-tiga mereka serentak.Jisoo tersenyum.

 

"Kau tarik perhatian dia." Mingyu diam.Begitu juga dengan Soonyoung dan Seungcheol.

 

"Macam mana tu?"

 

"Macam ni.." Jisoo masih lagi tersenyum.Seungkwan dipanggilnya.Seungkwan yang sedang berlatih menari(?) tarian hot pink,EXID(?) bersama Seokmin(?),Chan,Minghao dan Jun terkedek-kedek berjalan kearahnya.

 

"What?"soal Seungkwan dengan gayanya.

 

"Kau nak aiskrim free tak?Mingyu belanja."mata Mingyu sudah membulat.Apakah??

 

"Memang confirm lah aku nak."

 

"Betul ni?"

 

"Ya lah."

 

"Sure?"

 

"Ya,sure..Apa kau ni?Mingyu yang nak belanja,apa kes kau pulak yang banyak soal ni.." Jisoo tersengih.Seungcheol dan Soonyoung hanya melihat.Tak tahulah apa idea si Jisoo ni.Mingyu pun dah tak terkata.Apa kes guna nama dia pulak ni?

 

"Macam ni..Kalau kau nak,boleh.Tapi aku nak kau.."

 

"Apasal kau pulak yang bagi syarat ni?"

 

"Kau buat je..Nak ke tak nak ni?"

 

"Nak lah bro.Bukannya senang nak makan aiskrim free."

 

"So..Aku nak kau.." Jisoo membisikkan sesuatu pada Seungkwan.Seungkwan mengangguk-anggukkan kepalanya.

 

"Amacam?Boleh tak?" Seungkwan tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya.Mingyu,Soonyoung dan Seungcheol masing-masing mengerutkan dahi.Tak faham betul dengan cadangan Jisoo tu.

 

"Korang bertiga tengok dan perhati betul-betul ya."mereka bertiga mengangguk mendengar arahan Jisoo.

 

"Okay Seungkwan,sekarang." Seungkwan mengangguk lalu menjalankan misinya.Dia berjalan seperti tergesa-gesa kearah meja seorang pelajar perempuan yang sedang tekun menelaah pelajarannya bersama dua orang lagi rakannya.Lalu,Seungkwan terus menempuh meja tersebut sehingga menyebabkan barang-barang yang berada diatas mejanya bertaburan diatas lantai.

 

"Langkah pertama.Curi perhatian dia." Mingyu,Soonyoung dan Seungcheol terlopong.

 

"Dengan cara ni,dia akan kenal muka kau."

 

"Kau sure Jisoo?"

 

"Yup!Tapi kau kena guna cara yang lebih berhasil la.Ni situasi bila kau tak ada idea sangat.Ni dinamakan sebagai situasi cliche."budak bertiga itu mengangguk.

 

Seungkwan terus mengutip barang-barang yang terjatuh itu lalu meletakkannya semula diatas meja.

 

"Langkah kedua.Tunjuk budi pekerti kau."mereka bertiga mengangguk.Dalam hati masing-masing sudah memuji idea Jisoo yang agak bernas itu.

 

"Langkah kedua ni dapat membuatkan dia akan cop kau sebagai seorang lelaki yang kaya dengan adab.So,dia tak akan anggap kau sebaliknya.Ara?"mereka bertiga mengangguk serentak.Rasanya ni cuma idea Jisoo untuk Mingyu.Entah kenapa Soonyoung dan Seungcheol pun turut sama fokus.

 

Seungkwan menundukkan badannya beberapa kali memohon maaf.Gadis itu hanya tersenyum memaafkan kesalahan Seungkwan itu walhal ianya merupakan satu lakonan yang diterbitkan oleh Jisoo untuk dijadikan panduan oleh Mingyu untuk melaksanakan misinya untuk memikat noona idamannya,si cold-hearted,Seo Yeji.

 

"Langkah ketiga iaitu langkah yang terakhir.Mulakan percakapan kau dengan si dia." Seungcheol dan Soonyoung mengangguk manakala Mingyu pula masih blur.

 

"Korang nampak tak yang Seungkwan minta maaf kat perempuan tu?"mereka mengangguk.

 

"Yang tulah yang dimaksudkan dengan langkah terakhir.Dengan ni,kau dapatlah cakap dengan dia.Even just cakap minta maaf,tu dah cukup buat kita happy kan?Betul tak?Manalah tahu tiba-tiba kau dengan dia boleh jadi rapat.Kita tak boleh jangka semua tu."mereka bertiga mengangguk mengiakan.

 

Setelah meminta maaf,Seungkwan terus keluar daripada kelas tersebut untuk ke tandas.Selepas beberapa minit,Seungkwan muncul kembali didalam kelas lalu berdiri dihadapan Jisoo.Dia mengangkat ibu jarinya kepada Jisoo.Jisoo membalas dengan turut mengangkat ibu jarinya.

 

"Nice bro!Thank you!"

 

"Thank you tu thank you jugak.Aiskrim tu ingat ya.Nasib baiklah Jisoo tu baik..Kalau tak,memang dah kena jerkah aku ni.Fuhh!"

 

"Jisoo?Hong Jisoo?Mamat ni ke?"

 

"Apa pulak Jisoo ni..Tu!Perempuan tu.Seo Jisoo."mereka berempat tersengih.Baru tahu yang Jisoo ni ada kembar tak seibu-bapa rupanya.Mereka berempat tergelak.

 

"Aku blah dulu lah.Nak practice menari pulak dengan budak berempat tu." Mingyu,Jisoo,Soonyoung dan Seungcheol mengangguk.

 

"Seo Jisoo.Hmm..Aku ada kembar rupanya kat dalam kelas ni."mereka berempat tergelak lagi.

 

"By the way Jisoo!Kau macam..Man lah bro!"puji Seungcheol.Bahu Jisoo diteuk-tepuk.Jisoo tersenyum bangga.

 

"Aku Seungcheol?"soal Soonyoung dan Mingyu dengan mata yang dikerdipkan.

 

"Korang berdua?Hmm..Sama je!Macam budak-budak lagi.Nanti hyung beli coklat ya untuk adik berdua.Lepastu adik berdua ni pergi main jauh-jauh ya?"sakat Seungcheol.Mingyu dan Soonyoung mencebik.Masing-masing memeluk tubuh mereka.Tak puas hati betul dengan Seungcheol yang telah mengenakan mereka berdua.Jisoo menghamburkan tawanya.

 

"Tengok.Nampak sangat sisi kebudak-budakan dua orang ni."sakat Seungcheol lagi.

 

"Aniya!"sangkal Mingyu dan Soonyoung.

 

"Macam manalah budak macam ni boleh suka kat seorang noona?Hmm.."kata Seungcheol diiringi dengan tawa Jisoo.

 

"Aku tak.Mingyu ni!" Soonyoung menuding jari telunjuknya pada Mingyu.

 

"Bila aku dengan dia,aku berubahlah jadi lelaki sejati." Seungcheol,Soonyoung dan Jisoo tersenyum.Bangga pun ada dengan Mingyu.Bersungguh betul nak dapatkan Yeji.Walaupun 50 peratus kemungkinan dia tak akan dapat Yeji tu,dia tetap berusaha.

 

"Mingyu..Janji dengan kitaorang kau tak akan give up,okay?Walau susah mana sekalipun.Kitaorang percaya kat kau!Kitaorang akan sokong kau!Fighting!" Mingyu tersenyum dengan kata-kata Seungcheol.

 

 

 



 

 

"Neh!Fighting!" - Mingyu

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AshiAz_4
>__< Thanks kpd yg sudi baca , subscribe , upvote & comment ! :))

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 3: kyaaaa comelnya!!!!! bagus mingyu..achievement unlocked! tapi 90% tu kira okay ler...haish apa la..XD kesian jun kena layan kawan dia sorang ni XD hwaiting authornim!!!!
mashimaro27 #2
Chapter 2: Update soon ! Huhuh
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 2: Daebak ah idea Hong Jisoo...uhuhu...comel pulak tengok diorang ni..
Fighting Mingyu...don't give up bro!
Fighting authornim!
nanadjiyongie_01
#4
Chapter 1: Daebak author-nim...best..Mingyu ni mmg dh suka sangat kat Yeji tu smpai ambik serius apa yg hyung and kawan² dia ckp... update soon fighting!