Chapter 1

Menyesal

"Annyeong!!" aku tersenyum manis apabila Krystal datang bersama beg galas putih di belakangnya. Dia mengambil tempat di sebelahku.

  "Yoon, tadi ada sorang namja ni kasi something kat aku untuk bagi kat kau. Nah." oh...surat cinta lagi?

 

  From:Byun Baekhyun

   Annyeong..jumpa awak kat taman mini kat block 3-AB lepas habis kelas nanti. 

 

Aku terkejut. Jumpa dengan budak popular lepas habis kelas? Gila ke apa? Tak ke nanti aku kena serbu dengan peminat dia nanti?

  "Dia cakap apa?" Krystal menongkat dagunya dengan tangan.

  "Dia nak jumpa aku lepas habis kelas...Gila ke apa? Dia tu dahla budak popular. Karang kena serang dengan peminat dia mcam mana?" aku merengus kasar.

  "Alah kau ni...mestilah dia dah prepare siap2..." aku hanya mampu diam.

 

*skip class

 

Aku duduk di atas bangku di taman mini sambil menunggu kemunculan Baekhyun.

  "Hu~ lamanya dia ni~ balik nanti,kena marah pulak dengan dia..." aku mengeluh sambil membetulkan rambutku yang menutup sebelah wajahku.

  "I'm here. Kenapa pula kalau saya lambat?" Baekhyun mengejutkan aku. Dia mengambil tempat duduk betul-betul di  sebelahku.

  "Anni...takde ape. Cepatlah. Nak cakap apa?" aku tak berani nak pandang senior ni. Dahla popular. Lepastu, ajak jumpa kat tempat-tempat macam ni!

  " kenal oh Sehun?" aku ternganga seketika. Aku hanya angguk.

  "Awak adik dia kan?" aku rasa macam taknak ngaku. Tapi hanya kerana taknak tipu tentang status sendiri, aku hanya angguk.

  "Owh...okay...hal tu ,habis. Sekarang, tentang awak pulak." aku kembali memandangnya.

  "Can I be your boyfriend?" aku terus terbatuk selepas mendengar soalan itu.

  "Boyfriend? You know what, saya pernah berjanji dengan saya sendiri takkan ada boyfriend sehingga saya kahwin? I'm sorry. Takde tempat untuk senior di hati saya..." aku bangun dari bangku itu.

  "Okay..kalau macam tu, kawan mestilah boleh kan?" dia turut bangun. 

  "Hmm.." aku jawab malas lalu meninggalkan Baekhyun dalam keadaan macam itu saja.

 

~di rumah~

 

Aku menghempas tubuhku ke atas katil single yang bercadar warna purple lembut itu. Muka disembamkan pada bantal tidurku.Penatnya. Penat jadi pelajar kat kolej. Huh. Can I go back to tadika? Haha.

Tok Tok Tok

  "Bukalah" arahku. Aku masih menyembam mukaku pada bantal.

  "Yoon, marilah turun makan." kenapa mesti suara ni yang ajak aku?!

  "Takde orang lain ke yang panggil aku makan? Takde orang lain ke? Sibuk masuk bilik aku. Siapa bagi kebenaran kat kau suruh masuk bilik aku,hah?" bentak aku. Sehun oppa hanya senyap. Aku bangun lalu turun ke bawah. Sehun mengeluh.

  'Susah sangat ke terima aku sebagai abang dia? Oh...susahnya dugaan ini...' getus hati Sehun.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
baek_liaa
#1
Chapter 3: best..sangat update soon..hwaiting!!!^_^
baek_liaa
#2
Chapter 1: best..daebak!!^^