He's Love Me

He's Love Me?

Oh Sehun pelajar yang paling hot, handsome dan terlalu cool membuatkan semua pelajar perempuan di Kirin High School terjatuh cinta dengan hanya sekali pandang terhadapnya. Kalau boleh setiap hari ada yang bagi hadiah, kejar sana-sini dan juga ada yang sanggup berdiri di depan kelas semata-mata nak tengok dia belajar. Aishh...

Nama aku Kim Hana, aku sekadar budak biasa-biasa saja, tapi aku bersyukur sebab dapat berkawan dengan Jieun, Minsoo, Alice, Jihye dan Sarang. Diaorang semua sudi jadi kawan aku.

"Aku benci betul dengan Sehun tu, dahlah berlagak, dingin pastu perasan hot." Luah aku, setelah mendengar jeritan peminat setia Sehun diluar kelas. Susah betul aku nak belajar dalam kelas. Cikgu ni pun satu, bilalah dia nak masuk? Nak masuk bila peminat Sehun ni koma ke?

"Benci ke sayang?" Soalan itu keluar dari mulut Jihye. dia juga menayangkan senyuman sinis kepada aku.

"Kau ni, kan. Boleh tak jangan tanya soalan tu? Menyampah aku bila dengan soalan tu." Balas aku. Aku terus menyambung kerja sekolah yang tidak siap itu.

"Eleh, cakap jelah yang kau tu jealous dengan peminat setia Sehun tu, kan senang. Tak payah nak cover-cover Hana oi." Ujar Alice, dia sedang sibuk membuat kerja math sambil makan chipsmore lagi tu.

"Mamammamma..mana ada. Kau ni Alice, makan je tahu. Kalau boleh, semua benda kau nak bawak pergi sekolah lepas tu makan sorang-sorang tak nak share pula tu." Sengaja aku menukar topik. Ya, sebenarnya aku cemburu. Peminat Sehun tu suka sangat dengan Sehun sampai aku nak bercakap dengan Sehun pun tak boleh. Sehun pula melayan je, aku yang girlfriend dia ni pun tak selalu dilayan.

"Biarlah, duit aku, makanan aku." Ujar Alice. Saja nak cari pasal dengan akulah tu.

"Hana sabar jelah dengan peminat Sehun tu. Kenapa kau dengan Sehun tu tak bagitahu je pasal hubungan korang tu je? Kan bagus kalau macam tu lagipun aku percaya yang Sehun tu sayang dengan kau." Minsoo yang lama mendiamkan diri itu pun bersuara.

Betul ke dia sayang dekat aku? Aku tengok dia tu macam tak sayangkan aku je. Dia lebih suka peminat dia daripada aku. Sedangkan aku ni girlfriend dia itupun aku rasa macam diketepikan. Sedih hati aku ni.

"Ala Hana, janganlah sedih, tak sukalah kalau kau macam ni. Senyumlah sikit." Kata Sarang. Aku hanya memberikan sebuah senyuman tawar kepadanya.

"Hah! Macam itulah Kim Hana." Sambungnya lagi.


-waktu rehat-

Aku, Alice dan Minsoo duduk disebuah pondok, manakala Sarang dan Jihye pula ke kantin untuk membeli makanan. Sedang aku leka makan kimbap, kekasih hati aku pun datang.

"Awak, makan apa tu? Nak sikit boleh?" Oh Sehun rupanya. Dia menunjukkan muka comel ala-ala baby gitu. Nak minta simpati akulah tu. Dia menjeling kearahnya.

" Makan kimbaplah, takkan tak nampak. Aish, mintalah peminat kesayangan awak tu, pasti diorang bagi lebih dari saya." Balas aku. Alice dan Minsoo sekadar melihat kelatah kami berdua.

"Kenapa ni? Awak janganlah macam ni. Diaorang tu sayangkan saya, tapi saya sayangkan awak sorang je tau. Ala, lupakan jelah pasal peminat saya tu, fikirlah pasal kita je."Ujar Sehun lalu dia terus duduk disebelah aku.

"Weh, jomlah pergi kantin, Minsoo. Tak nak aku kacau pasangan couple tu. Nanti tak pasal-pasal aku pula yang jealous." Kata Alice. Minsoo sekadar menganggukkan kepala  dan terus beredar ke kantin.

Sehun sengaja mendekatkan wajahnya di wajah aku. Dia nak apa sebenarnya? Nafasnya dapat aku rasai kerana jarak wajahnya hanya seinchi daripada wajah aku. Handsomenya dia ketika itu. Mahu meleleh air aku dibuatnya.

"Hish, dah-dah pergi sana jangan kacau orang lagi satu jangan pandang-pandang boleh tak? Naik menyampah bila awak buat macam tu." Tegur aku. Tangan aku menolak wajah Sehun agar berjauhan dari wajah aku.

"Eleh, nak marah-marah orang pulak. Tahulah boyfriend dia ni handsome. Oh! apa salahnya boyfriend pandang girlfriend sendiri. Awak, cantiklah." Jawab Sehun. Merah padam wajah aku menahan malu apabila mendengar pujian Sehun itu.

"Hish, dia ni degillah!" Ujar aku.

"Alolo, comelnya dia ni." Usik Sehun

Tanpa kami sedar seorang peminat setia Sehun datang dan terus menarik rambut aku. Kuat pula tu, aku rasa rambut aku mahu saja tercabut dari kepala. Sakit sangat-sangat. Apa yang boleh aku buat iaitu menjerit meminta pertolongan.

"Kau jangan nak dekati Sehun aku. Dia, aku punya. Kau tak ada hak nak dekati dia, langsung tak ada hak. Dia milik aku dan milik aku untuk selamanya. Kau tak layak dengan dia." Teriaknya. Rambut aku yang terikat kemas telah menjadi kusut masai. Aku meronta-ronta agar gadis itu melepaskan tangannya di rambutku.

"Lepaskan tangan kau tu!" Teriak Sehun.

"Tapi Sehun, dia ni nak goda awak. Awak milik saya Sehun. Takkan ada siapa boleh rampas awak dari saya. Sehun, dia tu tak layak untuk awak. Hanya saya Sehun, hanya saya." Kata perempuan itu, air matanya mengalir keluar, dia melepaskan rambut aku.

Baru sahaja aku berdiri untuk menghadap gadis itu, lantas tangannya menampar pipi aku. Sakit! Aku mengusap pipi aku.

"Yah! Kau tak ada hak nak lempang girlfriend aku!" Jerit Sehun, cepat-cepat Sehun mengusap pipi aku yang sudah kemerahan itu.

Gadis itu terkejut. Matanya terbuntang besar.

"Apa? Dia girlfriend awak? No, Sehun you're mine. Bukan dia. Saya sepatutnya jadi girlfriend awak, bukannya dia."Teriak gadis itu.

"Kau ni boleh tak jangan kacau life aku? Aku ada hak nak pilih siapa yang aku nak. Aku pilih Hana sebab aku cintakan dia. Aku suka suara dia. Aku suka dia sebab dia comel dan dia sentiasa sabar, setia dengan aku. Dia tak pernah kacau hidup aku 24 jam, tak macam kau setiap masa mesti kau ada. Baik kau carilah lelaki lain yang lebi sempurna dari aku, aku tak boleh terima kau. Maafkan aku." Terang Sehun. Terharu aku dibuatnya. Gadis itu menangis dan terus melarikan diri.

Hilang sahaja kelibat gadis itu, cepat-cepat Sehun berpaling kearah aku. Air mata aku yang bertakung dikelopak mata aku tahan sedaya upaya agar tidak menitis. Jejaka dihadapan aku ini sangat jujur.

"Awak okey tak? Sakit lagi ke? Sampai hati dia buat awak macam ni. Kesian awak."Ujarnya sambil mengusap pipi aku. Disaat itu aku rasa disayangi. Ya, sangat-sangat disayangi.

"Awak, saya okey. Jangan risau." Ujar aku.

"Betul ni?"

"Betul."

"Hehehe, untungnya saya dapat girlfriend yang comel macam awak ni. Meh sini saya betulkan rambut awak tu." Ujar Sehun sambil tersengih. Jari jemarinya menyikat rambut aku.

"Hish, biarlah saya buat sendiri susah-susah je." Kata aku. Tangan aku terus mengikat rambut aku. Aku memandang wajah Sehun, senyuman manis aku berikan kepadanya. "Awak betul ke awak sayangkan saya?" soal aku.

"Iya dong sayang, kok gue mahu berbohong sama lo. Lo dengarin apa yang gue kata ya, Mulai hari ini dan seterusnya gue akan sentiasa dekat sama lo, gue juga akan tetap mencintai lo sehingga roh dan jasad gue ngak bersatu. Gue juga akan setia sama lo. Lo mengerti ngak?" Siap bersinetron Indonesia lagi. Cerita apa yang dia selalu tengok ni? Fasih bukan main.

"Sejak bila pulak boyfriend aku layan sinetron Indonesia ni? Tak naklah kalau macam tu." Gurau aku.

"Eh, yelah-yelah saya sayang awak sangat-sangat." Jujurnya. Dia mendepakan tangan dan terus memeluk tubuh kecil aku, aku membalas pelukkan itu.

"Awak janji tau, besar nanti kita kahwin." Ujar Sehun sekali lagi. Aku masih lagi dah pelukkannya.

"Tengoklah dulu." Selamba aku berkata dan melepaskan pelukkan itu.

"Eeeee. tak mahulah macam ni." Rajuk Sehun. Sengaja dia mengembungkan pipinya itu. Comelnya geram aku melihatnya.

"Iya sayang, baby janji." Ujar aku. Tangan aku mencubit keuda-dua belah pipinya itu.

"Sayang baby? Hmm, saya suka panggilan tu." Kata Sehun sambil mengangkat kening kirinya.

"Eh! cukup saya awak je. Panggilan itu bila kita dah kahwin nanti." Jawab aku.

"Yelah awak. hehehehe." Sengih Sehun.

Aku harap hubungan aku dan Sehun akan berkekalan sehingga hujung nyawa.

-the end-


Korang macam mana? ok ke tidak? hehehe..Saya harap korang semua suka. Komen jangan tak komen.^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ParkSuha01
Terima kasih kepada yg sudi baca ff saya ni. Heheheh.. sorry dah lama x update, sibuk dengan peksa. Saya akan update FF baru. So stay tuned..

Comments

You must be logged in to comment
yeolmyheart
#1
Chapter 1: HAHAHAHA SINETRON INDONESIA
KeiYin #2
Chapter 1: Argh!!! Sweetnya!!
MrMrLeyna
#3
Chapter 1: Hahahahaha.. dahlah Sehun tu bias ke-2 aku!! ishhh Sweetnya!! cba lah aku si Hana tuu...hehe..
Chanlu_kaihun
#4
Chapter 1: Argh!!!!! Sweetnya! Pling daebak part sinetron tu. Thn je gelak. Takut org pndng. Huhu. Btw good job!! Luv it so muchhhhh ^^
jandiwan #5
Chapter 1: Bolehlahhhhh
April1699
#6
Chapter 1: Hahaha dah boleh kene diabetes dah ni. Apasal si Sehun tu cheesy sangat? Hahaha btw nice story
ChachaPippo
#7
Chapter 1: meremang author meremang.. hehe2 .. smart arghh
LuckyLovely #8
Sehun sweet gila. Hahahaha! Part cakap Indonesia is the best.. hahahhaha