Tiga

D I A

 

Kata-kata ibu masih berlegar di fikiran aku. ‘Kamu tak perlu bimbang, Soo. Pelajaran kamu yang lebih penting. Jangan terlalu fikirkan perkara ni.’

Tanpa aku sedari, aku mengeluh kecil. Aku perhatikan gelagat sahabat-sahabat aku di sekeliling kelas dari tempat aku. Ada yang sedang berbual, berjenaka dan ada juga telah menghilang ke kelas sebelah. Semua guru tahun senior sedang bermesyuarat sekarang, maka ini adalah free time bagi kami.

 

••

 

“Okay, baiklah anak-anak sekalian. Dengar sini!” Hoseok cuba menarik perhatian pelajar A2 yang kebanyakan asyik dengan kerja tak berfaedah mereka sendiri. “Woi, woi!” Suara garau Hoseok mengejutkan para telinga yang mendengarnya. Akhirnya semua mata tertumpu kepada lelaki tinggi lampai yang berdiri di hadapan papan putih itu.

Minju yang sedang berbual kosong di koridor bersama sahabatnya yang digelar Mehun, tersentak terdengar suara tempikan Hoseok. Malangnya, pen si Mehun terlepas daripada genggaman dan melayang jatuh ke bawah. Serentak itu, Minju dan Mehun terjenguk dari koridor dengan cemas.

Pen yang malang itu akhirnya terbabas mengenai kepala seorang cikgu dan terpelanting ke tanah. Minju menekup mulutnya bila menyedari bahawa cikgu tersebut ialah Cikgu Kyuhyun. Cikgu Matematik yang evil dan suka mendenda pelajarnya. Mereka segera melarikan diri ke kelas daripada situ sebelum Cikgu Kyuhyun memandang ke atas. Moral of the story, jangan bercakap di tepi koridor dengan pen di tangan.

 

“Kau nak apa, hah?” soal Chanyeol yang berasa jengkel dengan gangguan daripada Hoseok dalam perbualannya. Walaupun pandangan mata Chanyeol itu tajam, Hoseok hanya mengendahkannya. Dia tak heran.

“Dengar sini. Aku cakap sekali je. Kalau korang semua tak  nak dengar, aku malas ulang.” ujar Hoseok sambil mengeluarkan satu buku latihan yang agak tebal dari bawah mejanya. “Ni cikgu pesan kat aku suruh fotostat latihan dalam ni dan suruh kita buat. Aku nak korang bayar duit fotostat nanti kat Jungkook.” Dia menunjuk kepada Jungkook; budak yang diragui umurnya. “Tak bayar tak dapat! Faham?”

“Argh! Malaslah aku! Bukannya aku faham pun apa yang cikgu tu ajar.” bentak Chanyeol yang mewakili hampir separuh suara hati pelajar A2. Yang lain juga mengangguk, mengiakan kenyataan Chanyeol. “Payahlah belajar dengan cikgu pelat ni!” Dalam serius, si yoda itu membuat lawak.

“Ah, takde payahnya. Kau aje yang malas.” balas Hoseok yang mungkin akan memulakan perbalahan mulut dengan Chanyeol.

“Eleh, kau takpelah. Cikgu tu mengajar budak yang duk depan aje.” sindir Chanyeol, membuat muka poyo.

“Hah dah tu. Mehlah duk kat sebelah aku ni!” ajak Hoseok dengan beria-ria namun ditolak mentah-mentah oleh Chanyeol. “Eh tak nak pulak!”

 

Sayup-sayup gelak tawa Minju dari luar menghampiri kelas A2. Ekspresi Minju berbeza dengan gadis itu yang dah berpeluh dahi; berasa gemuruh dan cuak.

“Kenapa ni?” tanya Hoseok dengan hairan. Minju terus menunjuk ke arah sahabat baiknya itu.

“Tadi kitaorang duk berbual kat tepi koridor tu, then si Mehun ni tengah duk pegang pen kat tangan dia. Then,” Minju hendak ketawa lagi namun ditahan. “Pen tu jatuh terkena kepala Cikgu Kyu Kyu!”

Satu kelas tergelak kecuali gadis itu. Hendak saja dia menangis di situ, namun Hoseok mengatakan kepada dia supaya tidak risau selagi cikgu itu tak tahu siapa punya angkara. Dia meneguk air liur dengan perit. Matilah aku!

 

••

 

Hoseok dengan sengihan memasuki kelas aku dan menuju ke arah aku. Aku pun sudah lupa bagaimana aku boleh berkawan dengan lelaki ini sebab yang aku ingat adalah kami sudahpun menjadi kawan karib. Dia sekelas dengan aku sejak tahun pertama di sekolah menengah lagi. Namun, dua tahun lepas, aku dan dia dipisahkan dalam kelas berlainan. Kami boleh dikira sekepala walaupun aku taklah segila perangai Hoseok itu.

“Kyungsoo~” sapa Hoseok dengan kegedikan yang dibuat. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi tepi aku dengan lemah lembut. Oh tolonglah. Aku mencebik bibir tanda berasa geli dengan perbuatannya. Aku tahu Hoseok sebenarnya sedang meniru gaya Min Ah yang suka menegur aku seperti itu. Dah menjadi hobinya sekarang.

“Ei, geli aku tengok kau!”cemuh aku sambil menambahkan jarak aku daripada Hoseok. Lelaki itu akhirnya ketawa dengan gembiranya. “Kau ni dah kenapa hah?” Bosan aku melihatkan diri aku diketawakan oleh Hoseok.

Ketawanya mati. Lantas watak serius Hoseok mula memainkan peranannya. “Aku yang nak tanya kau soalan tu.” Dia memegang bahu kecil aku. “Aku tengok kau semacam saja dari pagi tadi. Kau ada masalah ke?”

Aku memandang ke lantai sebelum kembali kepada Hoseok. “Entahlah. Ayah aku cakap kemungkinan dia kena tukar tempat kerja.” Senyuman mengejek muncul di bibir aku. “Mungkin aku sedih nak tinggalkan semua yang aku ada kat sini kot.”

“Oww, kau sayang nak tinggalkan aku ya?” Hoseok mula berdrama air mata palsu. “Meh aku peluk kau. Alah comel.” Cubaan Hoseok untuk memeluk aku terbatal apabila aku memaut lehernya dan melakukan head locking. “Adeh adeh! Sorry Soo! Aku gurau aje!” rintihnya.

 


 

Petang itu sebelum tamat waktu persekolahan, kelas A1 dan A2 dikejutkan dengan pengumuman mengejut daripada cikgu biologi yang ingin membuat kelas tambahan. Kedua-dua kelas itu digabung di dalam satu makmal. Aku berkerut dahi sewaktu mendengar pengumuman tersebut. Macam tin sardin lah jawabnya.

Atas baik budi cikgu, hasil pujukan rayu pelajar kelas A2, cikgu memberikan kami untuk berehat 15 minit bagi mengisi perut yang kelaparan. Sesi seterusnya kemungkinan berlanjutan sehingga dua jam. Kembali daripada cafeteria, kami bergegas menuju ke makmal biologi di tingkat bawah. Bukan tak tahu Cikgu Jung itu, kalau lambat kena denda!

Aku mengambil tempat di meja sebelah kanan; berdekatan dengan pintu bersama Hoseok dan beberapa lagi pelajar. Cikgu Jung merenung jam di dinding yang menunjukkan pukul 3 petang.

“Kyungsoo!” Nama aku tiba-tiba disebut. Aku hanya berkerdip-kerdip kebingungan memandang cikgu perempuan itu. “Tepat pukul 3.10 petang, kunci pintu tu. Biarkan yang datang lambat tu duduk kat luar.” arahnya kepada aku. Tanpa kata, aku sabar menanti waktu yang ditetapkan.

 

10 minit kemudian, aku bangun dari tempat aku seperti yang disuruh, menuju ke pintu. Cikgu Jung masih membebel kepada pelajar lain dan tidak memberi perhatian kepada kelakuan aku. Alangkah terkejutnya bila aku ternampak dia sedang bertenggek di luar.  Dia menunjuk tanda peace kepada aku dengan sengihan. Aku pasti dia terlewat dan menunggu masa yang sesuai untuk menyelinap masuk ke dalam makmal. Mata aku bertembung dengan matanya. Kami umpama bercakap melalui isyarat mata.

‘Tolong aku.’

‘….’

Aku menarik daun pintu pertama dan menurunkan kunci atas dan bawah. Dia memberi isyarat lagi kepada aku. Lantas, aku curi-curi melihat Cikgu Jung. Dia masih leka dengan bebelannya. Aku cepat-cepat menyuruhnya masuk dengan merendahkan badannya sehingga paras meja makmal. Pelajar lain perasan akan kehadiran gadis itu, mata mereka melirik namun dikawal. Berpura-pura mengutip barang terjatuh, dia dengan wajah selamba bangun dan mengambil tempat di meja yang sama dengan aku. Selepas aku menutup pintu, barulah Cikgu Jung memandang aku dan tidak mengesyaki apa-apa. Aku kembali ke sisi Hoseok dan pelajaran diteruskan.

 

“Kau pergi mana tadi hah Mehun?” Aku terdengar suara bisikan perempuan daripada belakang aku. Mehun? Nama macam makanan.

“Perut aku tiba-tiba meragam. Dahlah tandas rosak. Terpaksa aku berlari ke blok sebelah.” rungut si Mehun kepada Minju. Keanehan nama itu membuatkan aku mengerling ke belakang aku. Rupanya dia yang sedang berbisik.  So, nama dia Mehun? Kelakar.

Stop panggil aku Mehunlah!” bentak Mehun separuh berbisik dengan gigi diketap.

 

“Cikgu ada panggilan nak kena jawab, sementara itu kamu siapkan peta minda yang cikgu suruh faham?” Cikgu Jung bergegas keluar dari makmal untuk mengangkat panggilan yang masuk.

Hoseok terus terkulai ke meja. “Aduh, mengantuk gila aku!” Dia menghentak-hentak kakinya. “Aku nak balik! Nak balik tidur!”

Min Ah dengan lenggangnya mendekati aku. “Kyungsoo, saya tak faham yang ni. Proses pembahagian sel. Saya tak ingatlah mana satu profasa, metafasa, anafasa dan telofasa.” Dia menunjukkan aku buku notanya. “Tolong ajar saya.” pinta Min Ah tanpa mempedulikan rengusan Hoseok yang sedang mengejeknya.

 

••

 

Mehun melihat Min Ah menghampiri Kyungsoo dengan gaya terlebih lembutnya. Kyungsoo melayannya dengan baik sekali. Mereka nampak secocok. Sudah beberapa kali Mehun ternampak Kyungsoo dengan Min Ah bersama-sama dan dalam diam dia menggelarkan mereka sebagai ‘scandal’ atas sebab yang kurang pasti. Cemburu? Sudah pasti tidak.

Pernah satu hari, Kyungsoo dan Min Ah sama-sama terlewat untuk ke kelas. Jam sudah pukul 8.05 pada ketika itu, namun mereka baru sahaja melewati pagar sekolah. Mehun pada ketika itu berada di dalam kelasnya, hanya memerhati dari atas, gelagat Kyungsoo dan Min Ah bergegas ke kelas mereka. Sama cantik, sama padan. Malangnya, sorang berjalan seperti jelly, sorang lagi seperti pakcik. Kyungsoo menangkap senyuman Mehun yang tengah berangan sambil memerhati dirinya dan Min Ah. Gadis itu masih tidak sedar dirinya ditenung.

“Tengah mengata akulah tu.” bisik hati Kyungsoo.

 


 a/n: disebabkan Sehun menggelarkan OC sbg Mehun, saya bahasakan dia kadangkala sbg Mehun xP  jadi, Kyungsoo igtkan nama OC ialah Mehun.  Harap you enjoy this chapter. ><  Terima kasih pada yang subscribe & upvote! Saya harap dapat melihatkan komen drpd awak semua nanti! ;)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kaywuu
(D.I.A ) I think I'll re-edit this story.

Comments

You must be logged in to comment
-chaseul
#1
Chapter 3: tolonglaaaaaa jangan jadi apa-apa pulak kat ayah dia and sehun tu btw comel la sibling fight dorang. Sehun, awak dgan saya yaaa Hahaha XD i kennot la
Winterqreen #2
Chapter 2: haha sweetnya watak-2 cerita ni. memang ada 'vibe' true story, anywayy keep update ^^
-chaseul
#3
Chapter 2: ohhh saya baru nak tanya siapakan nama si dia yg mencuri perhatian encik kyungsoo. Ohgoshhh comel la XD