KELIMA

Hikayat Agung Running Man : SAVE THE WATERMELONS!!!

Hulubalang-hulubalang Running Man dan Pasukan Polis Watermelon telahpun tiba di Kerajaan SM dengan menggunakan karpet terbang. Melihatkan ketibaan tersebut, pengawal istana yang bernama Minho Bling Bling berasa hairan.

“Excuse me? Ada apa datang malam-malam ni? Tuanku raja sudahpun masuk tidur. Kalau ada apa-apa hal, datanglah esok ye..”

“Hey! Kami ke sini untuk menangkap Raja KYM kerana baginda telah mensabotaj Kerajaan Watermelon.” Kata hulubalang Jongkook dengan garangnya membuatkan pengawal tersebut berasa takut.

“Kami mempunyai waran tangkap untuk baginda. Jadi, baginda tidak boleh melarikan diri. Pergi kejutkan raja kamu itu supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.” Kata hulubalang Jaesuk dengan tegas. Minho dengan segera masuk ke dalam istana.

                                                                                             

Beberapa minit kemudian, Raja KYM tiba dengan pakaian tidurnya yang bercorakkan kartun Pororo. Baginda berasa hairan melihat sepasukan polis di hadapan istananya.

“Kamu semua ini siapa? Berani menganggu beta yang sedang beradu.”

Hulubalang Jaesuk lalu datang ke hadapan Raja KYM dan menunjukkan waran tangkap tersebut. Baginda kemudiannya berasa terkejut.

“A-a-apa semua ini? Kenapa kamu semua hendak menangkap beta? Apa kesalahan yang beta telah lakukan?” soal Raja KYM yang sedang menggelabah.

“Tuanku bersalah kerana telah mensabotaj Kerajaan Watermelon. Tuanku telah meracuni semua kebun tembikai di kerajaan tersebut sehingga penduduk di sana hidup dalam kesusahan kerana telah hilang punca rezeki. Kami akan menghadapkan tuanku di mahkamah!” Sebelum Raja KYM sempat untuk melawan kata-kata hulubalang Jaesuk tadi, Kesatria EXO lalu muncul tiba-tiba dengan menggunakan kuasa teleport mereka.

“Jangan harap kalian hendak menangkap raja kami! Langkah mayat kami dulu! Bersedialah!!!!” jerit Suho dengan lantang. D.O kemudiannya menghentakkan kakinya atas tanah membuatkan tempat itu bergegar. Hulubalang Running Man dan pasukan polis itu hilang keseimbangan membuatkan mereka jatuh macam domino. Kesatria EXO cuba mengambil kesempatan untuk melarikan Raja KYM, namun hulubalang Jongkook sempat menghalangnya.

Berlakulah perlawanan antara pasukan Watermelon dan kesatria EXO dengan epic sekali. Sempat juga wartawan dari Astro Awani datang untuk merakam perlawanan epic tersebut. Sehun dengan kuasa anginnya cuba untuk melawan tetapi  sebagai hulubalang yang terkuat, Jongkook tidak beralih sama sekali.

PAKK!!!!

Bunyi tamparan yang kuat memberhentikan perlawanan sebentar. Rupa-rupanya Baekhyun yang menampar muka hulubalang Jihyo. Suasana menjadi tegang. Air muka Jihyo lalu berubah.

“Alamak! Bad Jihyo dah muncul!!!” jerit Gary dengan kuat.

“TAK GUNA PUNYA BUDAK! SUKA HATI KAU NAK TAMPAR AKU?! AKU LAGI TUA LAH!!”

PAKK!!

PAKK!!

PAKK!!

Hanya 5 minit sahaja yang diperlukan oleh Jihyo untuk membelasah Kesatria EXO. Raja KYM sudahpun menyerah diri kerana takut melihat Jihyo tadi. Jihyo pun kembali reda.

“Oh yeah! Good job!!!”

 

 

 

“Mahkamah memutuskan bahawa Raja KYM akan dihukum penjara selama 5 tahun dan kuasa pemerintahan Kerajaan SM akan diberikan kepada putera  baginda, iaitu Putera Leeteuk buat sementara waktu. Baginda juga hendaklah memberikan pampasan kepada Ratu Nicki Minaj berdasarkan kerugian yang telah dialami. Kesatria EXO pula akan dilucutkan jawatan selama 5 tahun dan dihukum dengan menanam semula buah-buah tembikai di Kerajaan Watermelon. Dengan itu, mahkamah bersurai.”

 

 

Setelah pulang dari mahkamah sebentar tadi, hulubalang Running Man bercadang untuk pulang ke Kerajaan Running.

“Kami amat berterima kasih atas pertolongan hulubalang sekalian. Kalau tanpa kalian, rasanya kes ini tidak akan habis.” Kata Ratu Nicki Minaj.

“Kejayaan ini pun bukannya atas usaha kami sendiri. Kami hendak berterima kasih kepada Inspektor Amira yang telah banyak menolong kami.” Kata Jaesuk yang kemudiannya memberikan tabik hormat kepada Inspektor Amira. Begitu juga dengan yang lain.

“Sebelum kalian hendak pergi, ambillah hadiah ini sebagai tanda penghargaan kami.” Pengawal istana kemudiannya menghulurkan sesuatu kepada Ratu Nicki Minaj.

“Wah! Emaslah! Bentuk tembikai!!” jerit Haha dengan girangnya.

“Terima kasihlah atas hadiah yang cukup bermakna ini. Masa sudahpun hampir lewat, kami hendak berangkat dulu.”

“Baiklah. Hati-hati di jalan raya! Jangan cuai. Ingatlah orang yang tersayang...” pesan Ratu Nicki Minaj macam iklan dalam tv. Hulubalang Running Man kemudiannya berangkat dengan menggunakan bas mini.

Tamatlah sudah hikayat agung ini. Hulubalang Running Man pulang dengan kejayaan. Namun, ini hanyalah permulaan. Terdapat banyak lagi cabaran yang akan ditempuh pada hari-hari yang akan datang.

Sekian....

 

TAMAT

 

 

yeah! sudah tamat! terima kasih kpd yang subscribe dan upvote cerita ini... sehingga kita berjumpa lagi dalam fanfic yang akan datang. 

p/s: saya mungkin akan buat sequel cerita ini. mungkin...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ANDWAAE #1
Chapter 5: Haha.. Akhirnya, tamat la sudah hikayat agung ni. Mmg laka-laka! Boleh pula ada wartawan dari Astro Awani datang rakam perlawanan epic tu~ Hehe.. Terbaik dik! Semoga Berjaya utk PT3! ^^
TeeyaNeox
#2
Chapter 5: Aq bru jumpe ff ni... wooo best x berhenti gelak... aq pon bdk pt3 hehe... tpi authornim yg lg best ialah ade name aq dlm ff ni... terkejut i hehe... apepon daebak
BloodyMist3550 #3
Chapter 1: Aq pon bdk pt3 dan x lme lgi pt3 :3
tpi msih sibuk bce aff lgi xD
aiyani
#4
Chapter 3: Lol, macam2 kerenah lah dorang ni~ XD
Btw, saya pun budak PT3 jugak. Good luck, chingu! ^^
happygurlz #5
Chapter 1: Best!Cepat update tau...
rp_pcy
#6
Chapter 2: <3 best wo update soon
Beep_beep_me #7
I love this... ♡♡♡
SongHaBin #8
Chapter 2: Baekhyun nangis sambil melantak kopok lekor,DAEBAK!!XD
ANDWAAE #9
Keke~ Lawak gila cite ni! Sampai mengalir air mata aku baca! Mmg mengarut tahap DAEBAK!! Kipidap, k? ^^
SongHaBin #10
Chapter 1: Raja Running + Permaisuri Walking.. Hahaha.. Daebaknya couple ni,ntah2 anak diorang sorang nama Prince Jumping then sorang lg Princess Crawling.. Adoi la