Love Follows The Rain ~

Please Subscribe to read further chapters

Description

2 bulan... Tempoh tersebut berlalu tanpa bersua muka atau menerima khabar berita daripada sang kekasih hati.

     Apa perasaan anda sekiranya anda yang berada dalam keadaan itu? =) Jom kita sama-sama tengok apa terjadi kepada Dahye yang malangnya melalui keadaan yang menyeksakan jiwa dan raga tersebut *^-^*

=================================================

      "Wei, aku rindu Jonghyun lah... " luah Dahye sambil dengan malasnya dia membaringkan kepalanya di atas meja. Hyoyeon mencebik.

     "Kau ni takde kerja lain ke? Asyik rindukan seorang artis yang tak mengenali kau langsung! Takde faedah kau tau tak? Baik kau belajar lagi bagus," nasihat Hyoyeon yang sudah bosan mendengar luahan yang sama terbit dari mulut Dahye setiap hari.

     " Aku belajar pun bukannya boleh fokus!" Balas Dahye degil. Hyoyeon mengeluh.

     " Itulah kau, fanatik sangat. Eh, Dahye, kau kena sedar tau. Sekarang ni dah hampir semester terakhir kita kat universiti ni. Kau nak gagal ke? Kau tak nak graduate?" Soal Hyoyeon marah. Giliran Dahye pula mengeluh.

     " Aku tahulah... " jawabnya malas. Hyoyeon menggeleng-gelengkan kepalanya, tidak percaya dengan kata-kata Dahye. Dahye memandang Hyoyeon.

     " Jangan risau pasal tu. Aku sedar, aku masih ingat lagi kita perlu belajar. Aku akan belajar, ok? Don't worry, aku takkan campur adukkan perasaan aku dengan pembelajaran aku, I promise," janji Dahye yakin, melegakan hati kecil Hyoyeon, meskipun tidak sepenuhnya.

     Balik dari universiti, Dahye mengajak Hyoyeon singgah di sebuah shopping mall kegemarannya. Hyoyeon yang sememangnya suka membeli-belah terus bersetuju dan pergi ke shopping mall tersebut bersama Dahye dengan senang hati. Bukannya apa, Dahye ingin menceriakan dirinya.

     Tiba sahaja di shopping mall tersebut, Dahye dan Hyoyeon jadi rambang mata. Mereka berdua pantas menuju ke bahagian dress untuk mencari mana satu yang menarik hati.

     " Dahye, cuba kau tengok dress ni. Nampak sesuai ngan kau lah," panggil Hyoyeon kuat dari satu sudut. Dahye yang mendengarkan kata-kata Hyoyeon pantas mencari kelibat sahabatnya itu. Betul apa yang dikatakan oleh Hyoyeon. Dress labuh berwarna biru putih yang sedang dipegang oleh Hyoyeon sangat cantik dan menepati citarasa Dahye. Dahye tersenyum gembira. 

     " Biar aku cuba dulu. Kalau ok, aku beli. Sementara tu, aku nak kau cari kau punya juga. Pasal duit, don't worry. Hari ini, aku tanggung semuanya," kata Dahye menyebabkan Hyoyeon terpekik gembira.

     "Yes! Thank you, babe! Kau lah sahabat dunia dan akhirat aku!"

     Sedar tak sedar, sudah tiga jam Dahye dan Hyoyeon berada di shopping mall tersebut. Puas hati dengan apa yang telah dibeli, mereka berdua melangkah ke arah laluan keluar. Tetapi, telinga Dahye telah menangkap bunyi sebuah lagu dari satu arah. Langkahnya terhenti. Dia kenal suara penyanyi lagu tersebut namun lagu itu sendiri tidak pernah dia dengari di mana-mana. Dahye memerhati keadaan di sekelilingnya. Dia bagaikan dapat merasai sesuatu di tempat itu namun dia tidak pasti apakah benda tersebut. Hyoyeon memandang pelik wajah Dahye.

     " Apahal kau ni? Tiba-tiba je," soal Hyoyeon kehairanan.

     " Takde apa-apalah. Aku cuma terdengar sesuatu tadi," jawab Dahye memberikan sebuah senyuman kepada Hyoyeon.

     " Terdengar sesuatu? Hish, kau jangan nak buat aku takut!" Marah Hyoyeon yang pantas memeluk lengan Dahye kerana takut. Dahye tertawa kecil melihat reaksi Hyoyeon.

     " Eh sekejap. Telefon aku berbunyilah," kata Dahye yang pantas menepis lembut tangan Hyoyeon yang memeluk lengannya lalu mengambil telefon bimbitnya untuk membaca mesej yang diterima. Senyuman mekar di bibir Dahye tatkala dia membaca nama pengirim mesej yang diterimanya..dibukanya peti mesej dan dibacanya kandungan mesej tersebut. Hanya ada satu ayat yang tertera pada skrin telefonnya.

     " My Love Follows The Rain," baca Dahye perlahan kemudian dia terus memandang keadaan di luar bangunan. Hujan sedang turun dengan lebat. Tetapi, dia tidak faham apa yang cuba disampaikan melalui mesej tersebut. Telefonnya lalu berbunyi sekali lagi menandakan ada sebuah lagi mesej diterima. Pengirimnya ialah orang yang sama.

     " Lagu yang awak dengar tadi... Love follows the rain... lagu baru saya. You are the first person who listen to it," ujar pengirim mesej itu. Mata Dahye terbeliak.

     " Macam mana dia tahu aku ada terdengar lagu tadi?" Dahye terus tertanya-tanya. Dia pantas melilaukan matanya.

     " Hah?" Soal Hyoyeon yang semakin kehairanan melihat gelagat Dahye. Dia sangka gadis itu menyoal dia. Tetapi Dahye pula asyik melihat ke tempat lain seperti mencari sesuatu. Hyoyeon menyiku pinggang sahabatnya itu.

     " Hoi, kau ni kenapa, hah?" Tegur Hyoyeon geram kerana sejak tadi dia langsung tidak dilayan oleh Dahye. Teguran Hyoyeon itu bagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri Dahye. Kini, matanya sedang tertancap pada sebatang susuk tubuh yang berdiri tidak jauh daripadanya. Orang itu turut memandangnya. Rindu, memang Dahye rindukan orang itu. Siapa yang tidak merindukan teman lelaki sendiri? Masih tidak percaya dengan apa yang dilihat, Dahye melepaskan semua beg plastik yang dijinjingnya lalu perlahan-lahan menapak ke arah orang tersebut. Hyoyeon ternganga melihat tindakan Dahye. Dia turut terpaku melihat Dahye yang sedang berjalan ke arah ... eh?? Bukankah itu... mata Hyoyeon terbeliak. Dia kenal wajah itu! Gambarnya ada di dalam dompet Dahye!  Tapi, dia kan artis? Macam mana dia...?? Hyoyeon berasa amat tidak percaya. Dia dapat mengagak sesuatu namun perkara itu amat mustahil baginya. Tidak mungkin Dahye bercinta dengan Jonghyun! Setiba sahaja di hadapan orang itu, Dahye mula memukul perlahan bahu orang tersebut. Semakin lama semakin kuat pukulannya sehinggalah tangannya ditahan kuat. Air mata Dahye menitis. Dia berasa geram melihat lelaki di hadapannya itu selamba sahaja tersenyum kepadanya.

     " Sukalah awak tengok saya menangis!" Tempelak Dahye marah mengundang tawa kecil Jonghyun. Hati Dahye semakin geram. Ditolaknya tubuh pemuda yang tinggi itu lalu berlari pergi tanpa mempedulikan Hyoyeon yang tidak tahu samaada hendak mengejarnya atau tidak. Di luar sedang hujan. Siapa yang sanggup berlari keluar? Oh, pasal itu, Dahye dan Jonghyun telah pun keluar dan mengharungi hujan lebat yang kelihatan tiada noktahnya itu. Jonghyun tersenyum dalam dia mengejar Dahye. Teman wanitanya itu sedang merajuk, dia faham tentang hal itu. Yalah kan, 2 bulan sudah dia tidak berjumpa dengan Dahye. Call pun jarang, 2 buah mesej tadi adalah mesej yang ketiga dan keempat Jonghyun telah hantar sepanjang dua bulan ini. Baru semalam dia mula menikmati kebebasannya yang sudah lama tidak dikecapi. Kini, dia akan memanfaatkan kebebasan tersebut untuk bersama dengan gadis yang amat dirinduinya iaitu tidak lain tidak bukan ialah Dahye.

     " Dahye, dahlah tu! Jangan lari lagi! Hari hujan ni! Nanti awak sakit!" sempat lagi Jonghyun menjerit kerana risau akan Dahye. Mujur baginya kerana Dahye terus berhenti berlari dan berpusing 180 darjah untuk berhadapan dengannya. Mengambil kesempatan itu, Jonghyun sengaja berhenti tepat di hadapan Dahye dan berpura-pura hampir jatuh sehingga terpeluk tubuh Dahye. Dahye tersengih sinis. Dia tahu Jonghyun sengaja namun dibiarkan sahaja pemuda itu memeluknya. Lama Dahye dipeluk erat sehingga Dahye sudah tidak mampu hendak berasa marah lagi. Hari yang tengah hujan langsung tidak dipedulikan.

     " Awak masih marah ke?" Soal Jonghyun lembut di telinga Dahye. Dahye menggeleng lemah. Suara Jonghyun sudah cukup untuk mencairkan hatinya. Jonghyun pula sudah tersenyum. Dia meleraikan pelukannya dan mencium lembut dahi Dahye. Tersentuh hati Dahye melihat layanan pemuda itu terhadapnya. Terasa dirinya dihargai sebagai seorang teman wanita. 

     " Sori... saya betul-betul tak sempat selama dua bulan lepas. Saya pun rindu awak sangat-sangat. Dan saya harap, awak dapat terima Love follows the rain sebagai kata maaf daripada saya," pujuk Jonghyun masih bernada lembut. Dahye tersenyum. Dia menatap mata Jonghyun yang kelihatan ikhlas buat seketika lalu mengangguk perlahan.

     " Hoi, korang!! Dah-dah lah tu!! Korang nak hidup ke nak mati, hah?! Hujan ni!! Balik ke sini cepat!! Habis basah kuyup korang berdua tu!!" Jerit Hyoyeon lantang dari laluan utama masuk ke bangunan shopping mall tadi. Semua mata terarah kepada Dahye dan Jonghyun gara-gara jeritan Hyoyeon. Jonghyun dan Dahye saling berpandangan sebelum kedua-duanya meletus ketawa di tengah-tengah hujan yang lebat. Dahye kemudiannya mendongak ke atas, membiarkan wajahnya dipercik hujan. Hatinya berasa bahagia semula.

     " Macam inilah pertemuan pertama kita dulu, kan? Hari hujan seperti ini juga. Tak sangka dah dua tahun berlalu...," ujar Jonghyun mengingati kali pertama dia melihat Dahye. Ketika itu, Dahye tengah mendongakkan kepalanya juga, sama seperti yang tengah dibuatnya sekarang. Dahye tersenyum mengiyakan kata-kata Jonghyun.

     " Awak tiba-tiba kata memories flow with the rain semasa berdiri di sebelah saya. Dari pertemuan itulah wujudnya lagu itu, kan?" Soal Dahye.

     " Ya. Sebab pada masa itulah, saya fall in love kat awak. Love follows the rain... until now," balas Jonghyun penuh makna.  

 

 ===================================================

Author's note ~

Wow! Couldn't believe that I finally managed to post my fanfic again... XD do read and comment will you?? ^^

By the way, do visit other fanfics of mine ^^ Here's the link for it. Note that it is also in malay.

Rain Sound 

Fate of Love

Foreword

THANK YOU SO MUCH TO HONESTLY GRAPHIC SHOP and EYESMILE19 authornim for the beautiful poster!! *^-^* I love it so much!! =)

SHOP BANNER: http://i.imgur.com/1zU3DaE.png

For readers, hope you enjoy reading this story =D 

P/S: For this oneshot fanfic, I straightly write it all in the description and there's no using the chapter ^^

m_nanakim
sungguh x kusangka kau pendusta :( should i delete this ff or just let it be? *sigh* aiyowei~

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet