Forget & forgive, can we?

Benci : Let's not fall in love
Please log in to read the full chapter

"Mommy! Kris pergi dulu.Bye!"

 

Laju sahaja Kris keluar dari rumah ini.Aku hanya menghantar dia dengan ekor mataku.Hilang selera aku untuk makan.Aunty Lauren berjalan kearah Kris dengan pantas.

 

"Tak ajak Aisy sekali ke?"

 

Mata aku buntang.Aku tak nak ikut Kris pun.Kris membalas pertanyaan Puan Lauren dalam bahasa mandarin; lagilah membuat aku terkebil-kebil nak faham.Tahu sikit-sikit je lah, kalau nak berbual dalam bahasa mandarin memang jauh panggang daripada api.Aku meneguk susu suam dan meletakkan pinggan disinki untuk aku basuh.

 

 

Kris dan aku masih lagi belum berbaik.Sudah hampir dua minggu semenjak kami pulang dari Jeju.Bila aku tanya, dia geleng, angguk, tak pun diamkan.

 

 

"Huhh…"

 

Aku mengeluh.Bila aku nak minta maaf kat dia,aku sendiri pun tak tahu.Aku dan dia seperti orang asing dalam rumah ni.Kadang-kadang dia ada dirumah dan kadang-kadang aku sendiri yang keluar dari rumah dia.Dah berapa hari aku tak pergi Sparks Fly sebab nak elak daripada berjumpa dengan dia.Bila aku cuba nak minta maaf,ada je yang tak kena.

 

Sebabnya ego.Ego aku tinggi.

 

 

"Apa muka monyok pagi-pagi ni? Aunty ingat kamu nak ikut Kris pergi jumpa kawan dia,jogging sekali tapi dia cakap kamu sibuk, ada hal.." Aku tersenyum tawar.Puan Lauren mengemas baki sarapan yang tinggal.Sebentar lagi pasti Aunty akan keluar menuju ke Sparks Fly. Tinggal aku seorang diri dirumah.

 

"Haah…Ada hal sikit aunty.Yang ni aunty tinggal je kat sini.Biar Aisy kemas.Aunty mesti dah lambatkan…" Aku mengambil sisa pinggan mangkuk daripada pegangan Aunty Lauren.

 

 

"Hmm…Okaylah, thanks dear.Aunty pergi dulu ye.Jaga diri." Aunty Lauren mengucup dahi aku dan kemudian dia mencapai tas tangannya serta kunci kereta.Aku melambai pemergian aunty dari pintu rumah.Pintu pagar telah pun ditutup secara automatik selepas kereta Aunty Lauren hilang daripada pandangan mata aku.Aku mengunci pintu dan sambung kembali kerja yang tergendala.

 

 

Aku menyiram tanaman dan membersihkan rumput-rumput yang terbiar di halaman kediaman Wu.Mencabut mana-mana kehadiran rumput perosak yang tidak diundang.Nilah jadinya bila duduk kat rumah sampai dah tak tahu apa nak buat.At least bila buat macam ni aku dapat keluarkan peluh.Selesai membersihkan dan mengumpulkan sisa-sisa rumput ke dalam plastik bag,aku duduk terbaring melepaskan lelah.Baru pukul 9:30 pagi.Agak lama jugalah aku terbaring dibawah langit memejamkan mata; tetapi aku tak tidur.Agak-agak dah surut suhu badan aku barulah aku masuk semula kerumah dan menuju ke bilik tidur aku.Dah busuk baru teringat nak mandi.

 

 

 

"Hauslah pulak…"

 

 

Usai menyikat rambut aku yang sudah panjang mencecah bahu,aku melangkah turun ke daput untuk mendapatkan fresh orange yang tersedia dalam peti ais.Disebabkan aku ni pemalas,aku bawak satu kotak air ke dalam bilik aku terus.Ambil sekotak corn flakes sekali.Apabila terpandangkan pintu bilik Kris yang tertutup rapat, aku berhenti melangkah.

 

 

"Dia masih marah dengan aku lagi…" Omel aku sendiri.Aku meletakkan barangan yang aku bawa ke atas meja di dalam bilik aku dan aku keluar semula lalu menolak pintu bilik Kris.Aku masuk ke dalam biliknya,haruman segar bilik ini menerpa hidung aku.

 

 

Smells just like him.

 

 

Bilik dia terisi dengan perabot yang ringkas,warna biru pastel menjadi pilihan cat biliknya.Warna yang tenang,setenang tuannya.Disisi katilnya terdapat sebuah laci kecil berdiri diatasnya beberapa frame gambar.Aku duduk di birai katilnya dan menyentuh frame tersebut.Gambar aku dan dia sewaktu menyambut hari jadi Kris yang ke-19 tahun. Muka dia tidak banyak berubah.Sama seperti dulu.Aku tersenyum lagi kerana melihat senyuman lebarnya di dalam gambar ini.

 

 

 

"Sampai bila kau nak marahkan aku? Aku tak suka kau macam ni..." Ujar aku sendiri seolah-olah gambar Kris itu boleh berbicara dengan aku.

 

"Aku tahu aku yang salah..Tapi kau tak patutlah nak tarik aku macam tu, tahu tak kaki aku masa tu sakit lagi.Ingat senang ke nak sembuh?" Luah aku lagi. "Aku minta maaf sebab buat kau kecil hati.Aku sendiri pun tak maksudkan apa yang aku cakap masa tu.Aku geram sebab kau marahkan kawan-kawan Joe walhal diorang yang teman aku malam tu masa korang semua tak ada."

 

Aku berhenti seketika.Bercakap seorang diri adakalanya membantu seseorang untuk meluahkan isi hatinya bukan? Wajah Kris di dalam frame itu aku tatap lagi. "Jongs kata kau risaukan aku, Luna pun kata yang sama.Tapi kau paksa aku ikut cakap kau.Tahu tak aku bukan budak kecik lagi."

 

 

Aku menarik nafas seketika.

 

 

"Lagipun, kau…Kau siapa nak arahkan aku supaya ikut cakap kau? Aku geram sangat dengan kau, tahu tak?" Gambar Kris itu aku tonyoh-tonyoh dengan jari telunjuk aku bagi melepaskan geram.Aku cucuk-cucuk muka dia.

 

 

"Aku nak marah kau, kau marah aku.Kau tahu tak kau buat aku menangis bila aku check voicemail yang kau bagi? Kris, I'm sorry.I never thought that you care about me… Sorry cause yelled at you. Duibuqi…"

 

Frame itu aku usap dan aku letakkan kembali ke tempat asalnya.Aku berdiri semula. "Janganlah marah lagi okay… I was wrong, forgive me huh, Kris Wu?" Aku masih lagi bercakap sendirian.Aku ada juga berharap yang Kris akan reply tapi nampaknya gambar mana boleh bercakap.Tsskk…

 

 

 

 

"Kau buat apa kat dalam bilik aku?"

 

Aku menundukkan pandangan aku kearah frame tersebut."Yah…Sejak bila gambar pandai bercakap ni…Aku terlebih imagine kau kat depan aku agaknya."

 

Aku sudah berasa seram sejuk seandainya jawapan tersebut adalah 'Ya'.

 

 

"Airisy Wilson, answer me."

 

Crap! Aku menoleh kebelakang dan dia disitu,sedang bersandar di daun pintu biliknya sendiri berpakaian sukan dan wajahnya tidak boleh aku baca.Tangan disilangkan kedadanya.Muka aku pucat lesi.

 

 

"Nothing, aku ada hal. Excuse me!" Ujar aku lalu berjalan pantas melintasi dirinya.Bulu roma aku semuanya sudah tegak.

 

 

"Wait!"

 

Aku berhenti bergerak.Kris berjalan mendekati aku.Aku berdiri statik.Aku memejamkan mata aku seketika kerana takut.

 

 

"Kris...Aku ada hal ni, aku-a-aku keluar dulu?" Aku mahu melangkah tetapi dia sudah berdiri dihadapan aku. "Kau buat katil aku berselerak.Pergi betulkan balik sekarang." Intonasi suara dia yang mendatar dan wajahnya yang poker face membuat aku semakin kecut perut.

 

"Wh-what?"

 

Aku menoleh semula kearah katilnya.Hujung comforter milik Kris terselak sedikit.Dia mengangkat kedua keningnya pula dan bibirnya dimuncungkan.Aku hanya akur kerana mahu segera membetulkannya semula.Selesai membetulkan comforter tersebut aku ingin melangkah keluar,tetapi ditahan oleh dia.

 

Aku terkejut.

 

"Buatkan aku jus.Nanti letak atas meja tu.Aku nak mandi." Selamba sahaja dia berkata begitu.

 

"Eh? Jus?"

 

Kris menaikkan bebola matanya ke atas. "Kau nak tunggu aku siap mandi ke baru nak buat jus?" Aku ditolak ke luar bilik dan pintu ditutup betul-betul hampir mengenai hujung hidung aku.

 

 

I'm in shock, for real!

 

Dia dengar ke semua yang aku cakapkan tadi? Dia tak dengar kan? Bila masa dia sampai aku sendiri tidak pasti.Tup tup suara dia muncul macam tu je.Dia ni ada kuasa teleport ke apa tiba-tiba boleh muncul.Muka dia pun muka yang tak ada perasaan.Tak senyum, tak masam...Sama je.Macam marah pun ye.Dia ni buat aku takut dengan dia,dia jadi Kris yang baru ke? Ke dia tu bukan Kris? Dia terhantuk batu ke pagi tadi masa keluar jogging?

 

"Musykil."

 

 

 

ⓑ.ⓔ.ⓝ.ⓒ.ⓛ

 

 

 

Aku membetulkan rambut aku dihadapan cermin.Aku sikat ke kiri,jadi pelik.Aku sikat ke kanan,jadi pelik.Akhirnya aku fade up dan mencapai snapbag lalu disarungkan diatas rambut.

 

Baru style!

 

Sling bag aku capai dan memasukkan telefon serta dompet ke dalam bag.Puas hati dengan penampilan aku,barulah aku turun ke bawah.

 

 

"Aunty, Aisy dah siap!"

 

Mata aku melilau mencari Aunty. Aku bergerak ke dapur, tetapi Aunty Lauren tiada.Aku memanggil lagi namanya tetapi tiada jawapan.Bila aku periksa,kereta aunty tiada di garaj.Aku menggaru kepala aku. Telefon bimbit aku keluarkan dan mendail nombor Aunty Lauren. Agak lama menanti barulah panggilan aku berjawab.

 

 

"Aisy…Sorry, aunty terpaksa pergi. Something urgent right now in Sparks Fly."

 

"Lah, yeke aunty.Kalau macam tu tak pe, Aisy pergi sendiri.Susah kan aunty pulak."

 

"Eh, pergi dengan Kris.Aunty dah pesan kat dia tadi.Bahaya keluar sorang-sorang,jadi apa-apa nanti susah."

 

Aku menggaru kepala aku.Keluar dengan Kris? Aku dengan dia dah lah macam ni.Memang tak lah. "Tak apa aunty,tak payah susahkan dia.Aisy pergi naik teksi." Aku menolak pelawaan Aunty Lauren.

 

"Susah apanya.Macam tak biasa pulak.Dah, nanti lagi dua jam aunty balik.List semalam tu ada kan? Beli barang-barang tu dulu okay."

 

"Okay lah aunty…Lagi dua jam kita jumpa."

 

"Good. Okay, see you later!" Panggilan diputuskan.Aku mengeluh.Nak pergi dengan dia ke tak? Aku rasa tak payah kud.Naik teksi je lah.Dah pukul 11 pagi mesti teksi belambak kat luar tu.

 

Naik teksi.

 

Pintu rumah aku tutup.Aku berjalan 150 meter dari kawasan rumah Kris dan disitu terdapat sebuah pondok teksi dan bas.Aku duduk disitu.Sementara menunggu teksi datang,aku menyemak kembali senarai barang yang perlu aku beli dan juga beberapa barang yang perlu aku tempah.Mama nak balik esok, sebab tu lah semangat sangat nak beli macam-macam. Lagipun, birthday mama nak dekat. Apa salahnya kalau sambut terus.

 

 

'Pin!'

 

Aku terkejut dengan bunyi hon kereta merah dihadapan mata aku ni.Jap, ni bukan kereta Kris ke? Honda Civic SI warna merah.Tingkap kereta diturunkan.

 

Sah,memang dia.

 

"Masuk."

 

Aku memandang kiri dan kanan.Aku ke?

 

Kris membebel kecil tanpa dapat aku dengari.Aku membuka pintu kereta dan masuk duduk disebelahnya.Terasa asing pula.Suasana di dalam kereta amatlah senyap membuatkan aku terasa diratah dengan kesepian.Nak buka siaran radio, takut kena marah dengan dia.Aku duduk diam dan memandang pemandangan di luar.

 

"Kenapa tak tunggu aku tadi?" Soalan dia buat aku menikus.Aku bermain dengan jari-jemari aku.Aku curi pandang Kris yang sedang memandu.Wajahnya kekal tiada riak. "Aku ingat kau tak ada kat rumah tadi…" Alasan bengap aku bagi.Kris tersengih sinis. "Asal tak call?"

 

"Kredit habis."Jawab aku pendek.Malas nak panjangkan perbualan. "Alasan." Ujar Kris dengan mengomel.Aku jeling dia sekilas. "Betullah…!" Aku mengiyakan walhal terang-terang aku berbohong.Ish mulut ni..

 

"Call mommy boleh pulak..." Sindir Kris.Dushh! Kena tepat pada dahi.Cepatlah Airisy Wilson, cari alasan baru.Fikir, fikir, fikir!

 

 

"Tu…..tu emergency! Kau apa tahu?"

 

"Menjawab…Cakap sikit menjawab." Aku memandang Kris tajam. "Apa pandang-pandang?" Soal Kris lagi.Aku memalingkan semula muka aku ke luar tingkap.Tangan Aku silang ke dada.

 

Dia ni saja nak cari pasal ke apa?

 

 

'Mansae mansae mansae yeah~ Mansae mansae mansae yeah~'

 

 

"Hello? Joe! Aku sihat, how about your mom? She's out? With your father? Owh…Sorry lah sebab pergi macam tu je hari tu…Tak apa, aku okay… Kau buat apa ni? Owhh… Ada Vernon sekali, hai Vernon~"

 

Panggilan telefon daripada Joshua, aku sambut dengan teruja.Sekurang-kurangnya, aku tidak perlulah hendak berperang mulut dengan Kris, buat masa sekaranglah.

 

"Lain kali kalau kau datang, singgah lah rumah aku.Tidur je kat sini, tak payah nak tidur kat hotel.Boleh kita jalan-jalan sama-sama.Haritu kau pergi Jeju je kan? Kat Seoul kau belum pergi lagi right? Tulah, rugi tahu..…"

 

Kami berbual dengan panjang sambil diselangi dengan gelak ketawa.Aku ada juga jeling Kris apabila dia terus mendiamkan diri.Ekspresi mukanya sedikit ketat, lebih ketat dari tadi.Aku tahu dia tak senang dengan Joshua tetapi dia tiada hak untuk menghalang aku dan Joshua berkawan.Aku kenal Joshua dulu daripada dia, so mestilah Joshua keutamaan aku.

 

"Apa yang menarik kat Seoul? Yah, ada Namsan Tower okay…Emmm, Sungai Han dan Lotte World! Aku dah pernah pergi, sekali je dulu.Dah lama dah tak pergi.Sibuk sikit.H

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sayhershe
Last update before SPM..Wish me do well for m SPM.Really appreciate it!

Comments

You must be logged in to comment
QuincyOat
#1
Chapter 12: i miss Airisy and Kris so muchhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!! sankyu! really sankyu for updated this fanfic!! T_T no Airisy! you cant be alone! you have to fight! fight for your love! you cant just easily gave up like this! omomomomomomo........i miss this fanfic so much!!!!! T_T
tiabarty #2
I'm looking forward for your next update :D
QuincyOat
#3
Chapter 7: ekceli, I'm gonna gives my eyes out towards Jessica and Kris lepas ni. Huhu~ idk why tapi bila Luna plan nak suruh Sica pujuk Kris I rasa macam...gosh, maybe something unexpected might happen!
anyway, updateu soon! (sbb Hansol pun teruja member dia ada dalam ni) :)
cherryfrutie77 #4
Chapter 4: Kembar 3 rupanya . -__-
cherryfrutie77 #5
Chapter 3: aigoo . comellahh taehyung nyanyi . Cute gilerrr kembar Dae & Tae . Love this story . Best sngt , hope update slalu yeee . *wink*
QuincyOat
#6
Chapter 3: kyaaaaaaa~~~~ chap 2 ni best gileeerrr!! *peluk Mark* seriously.. l really fell in love dengan chap 2 ni! I love the way si kembar comel Dae&Tae x Luna moments!! paling feveret part "password first,"!!! seriously,,, part tu lawak gila! and i re-read it again and again!!
QuincyOat
#7
Chapter 1: Himnaeyo,Rees :). Yeah, i know you ada crush dengan Kris tu. But still,be strong sebab i yakin akan ada sesuatu yang akan berlaku nanti. Whether it's a good ones or vice versa. Update~!!!!