Bab 1

Dandelion (H)

B A B  S A T U


Teragak-agak Namjoo hendak menyuap sesudu nasi goreng dari pinggan putih berbentuk empat segi masakan dari Chef terkenal di Kafe Berries ni. Sebab itu lah dia selalu ajak Junghwa ke sini, makanan sini sedap kut. Lagipun Kafe ni memang Kafe favourite Junghwa dah. Dia taknak makan kat Kafe lain kecuali disini, mungkin sebab Chef dia hebat dan terkenal kut, kalau lama dia tak jamah makanan di Kafe ni boleh jadi kurang calcium dia. Haha propa ja lebih si Namjoo ni, tapi sekarang propa tak propa, sesudu nasi pun tak boleh nak disuap masuk ke mulut. Mana taknya, ada manusia yang muka masam mencuka. Dari tadi dia baru hendak mula membuka mulut dengan sudu yang berada ditangan dan dah siap nganga dah pun, namun ditarik tangan berserta sudu tadi dan diletaknya semula ke dalam pinggan.

 

“Aih Huwa, tak gamak aku nak makan ni kalau nampak muka kau yang masam kalah cuka tu.” Namjoo meluahkan rasa tidak puas hati. Perutnya dari tadi dah menyanyi minta makan, tapi kalau muka Junghwa macam tu terbantut la nafsu makan dia.

Junghwa tetap tidak mengendahkan kata-kata Namjoo. Lebih panjang pula muncung dibibirnya. Krim Kek Tiramisu di atas piring itu pun dimain-main dengan sudu. Bukan nak makan pun.

 

“Cuba la senyum sikit, Aku belanja kau Tiramisu kut. Mahal ni!” Selamat sesudu Nasi goreng masuk kedalam mulut. Sedang Namjoo mengunyah, sedang itu lah dia melihat Junghwa yang masih kekal seperti tadi.

Sengihan paksa dihadiahkan Junghwa kepadanya sekali lalu kembali dia menarik muka.

“Aih! Nasiblah dah habis waktu kelas hari ni, Kalau tak mahu 3 jam aku kena tunggu kau menghabiskan sepotong kek ni.” Namjoo mengeleng, kali ini berselera dia makan nasi gorengnya. Ahh, malas dah nak peduli Junghwa masam macam cuka ka apa. Perut dia dah lapar, apa-apa pun kita makan dulu!

 

“Yelah, Aku makan ni.” Baru lah Junghwa mula membuka mulut. Dan yes! Manusia kan memang macam ni, Junghwa tahu Namjoo dah malas nak layan dia lah tu, baru lah hilang rasa mengada dia. Hahaha, tak ada lah! Sebenarnya dia masih serabut lagi. Banyak sangat hal yang dia fikir, lagipun dengan siapa lagi dia nak bermanja kalau bukan dengan Namjoo, Sekali sekala mengada tak salah kan?

 

“Haa macam tu lah baru kawan aku!” Dua thumbs up dihadiahkan Namjoo kepadanya.

 

“Beb, Petang ni ikut aku pergi satu tempat.” Sepotong kecil Tiramisu masuk ke mulutnya, dan sisa krim pun dijilat dari atas bibir.

 

“Boleh! Tapi kat mana tu?”

 

 

 

“Adalah.”

 

 

– (D A N D E L I O N) –

 

 

Hampir terlompat Yein bila pintu rumah itu dihempas kuat oleh Jungkook. Dia yang sejak tadi menelaah majalah hiphop di ruang tamu terkejut apabila tiba-tiba mendengar bunyi pintu dihempas, aih kalau lah dia ada sakit jantung, dah selamat dah meninggal kejap tadi.

“Abang! Nak terkopak dah pintu rumah tu! Kenapa tak robohkan terus ja, Senang perompak masuk rumah ni.” Sarkastik. Gadis itu mencebik.

 

Jungkook berhenti sekejap memandang Yein dengan pandangan kosong, tiada sepatah pun yang keluar dari mulutnya tapi sebaliknya dia menjulingkan matanya keatas lalu berdengus kasar. Dia terus bergerak menuju ke biliknya dan sekali lagi bunyi yang kuat kedengaran.

“Yakk!! Aish jinjja! Abang ni dah kenapa?!” Yein menjerit marah. Dah sah! Abang dia tu moody. Sejak peristiwa setahun yang lalu, Yein tak pernah tengok Abang senyum. Gelak apatah lagi. Aih, kalau lah Abang masih dengan Kak Huwa.. Semua ni, tak mungkin macam ni. Hm.

Jeon Yein, adik kembar Jeon Jungkook. Tapi bukan kembar seiras atau tak seiras tu, Mereka berdua ni kembar tahun. Jungkook lahir awal tahun dan Yein lahir pada akhir tahun, tapi kalau ikutkan umur, dua-dua 21 Tahun sekarang ni. Yein orang paling rapat dengan Jungkook selain Jimin, dah nama pun adik beradik kan? Memang la dia rapat, Tak kira la orang cakap Abang dia tu sejuk mengalahkan ais ke, atau pun kerek tak kena tempat ke, yang penting Yein kenal siapa Abangnya.  Sejuk macam mana pun Jungkook, Yein tetap boleh buat dia gelak, tapi tak macam dulu lah..

 

“Kak Huwa, Yein rindu Abang yang dulu. Yein nak akak dengan Abang macam dulu.” Sayu hatinya berkata lalu segera majalah yang dibacanya itu dikemas dan diletakkan diatas rak. Misi sekarang? Ganggu hidup Jungkook! Dia nak tahu jugak, dah kenapa Abang dia moody semacam ja hari ni. Sekaligus nak pinjam snapback merah hitam berjenama Vans milik Jungkook. Ha, Jangan tak tahu Yein ni nampak je ayu dan lemah lembut, tapi dia ni street dancer, tarian B-Boy tu jangan ingat untuk lelaki je. Yein pun pandai okay! Tapi tak boleh lawan Jungkook lah kalau pasal tarian tu, Abang dia ni no 1.

 

 

– (D A N D E L I O N) –

 

Beg galas biru gelap berjenama Body glove itu dilempar Jungkook ke atas katil lalu sepantas kilat badannya dibiarkan rebah disitu. Ahhh! Rambutnya diremas biar kusut.

Sesekali wajahnya diraup, keluhan demi keluhan keluar dari bibirnya.

 

Kenapa Aku dengan dia dah macam orang asing?

 

Memang dah jadi rutin harian Jungkook memboncengkan Junghwa untuk ke sekolah. Sekarang jam dah pun menunjukkan pukul 7:35 pagi dan batang hidung lelaki itu pun belum Junghwa nampak. Muncung sedepa lah bibir dia.

Siapa je lah yang suka menunggu kan?

“Junghwa! Sorry lambat. Jalan Jem.” Basikal dikayuhnya laju lalu berhenti tepat dihadapan pagar rumah Junghwa. Gadis itu sejak dari tadi dah cekak pinggang. Berbeza gila dengan Jungkook, pagi-pagi lagi dah sengih ke telinga. Dah tahu buat salah,  boleh lagi nak sengih? Nak kena dia ni.

 

“Eyy, Sedap je lah kau punya jalan jem bagai. Naik basikal pun boleh jem ke? Nak tipu pun agak-agak lah ngok.. Lagi satu Jeon Jungkook! Sedap kau je eh panggil akak pakai nama ja, tak hormat langsung cubit paha tu baru tau.” Junghwa mencebik, lalu tangan kanan yang sejak dari tadi memegang bekal makanan itu pun dihulurkan ke muka Jungkook. Remaja lelaki itu memandang gadis dihadapannya itu dengan muka hairan.

“Apa ni? Wah bekal makanan corak Iron man!” Muka Jungkook yang takjub seketika dengan corak pada bekal makanan itu berjaya membuat muka masam Junghwa berubah menjadi tawa.

 

“Ni bekal, waktu rehat nanti makan. Penat orang masak pagi-pagi tu. Ha, ingat bekal makanan tu banyak, kongsi dengan Jimin sikit nanti, jangan fikir perut dia seorang je.” Bebel Junghwa lalu segera dia bergerak ke belakang seat pemboceng dan mengambil tempat duduk disitu.

 

“Aih bila la radio tu nak rosak, bebel je hari-hari.” Jungkook meletakkan bekal makanan dari Junghwa ke dalam beg sekolahnya sebelum mulutnya laju memerli. Rezeki pagi ni dapat bekal makanan.

 

 

“Apa dia kau cakap?”

 

“Tak ada apa sayang.” Kembali basikal itu dikayuh menuju ke sekolah. Dan dah jadi rutin juga lah pagi-pagi mereka akan berperang mulut sepanjang perjalanan yang mengambil masa dalam 15 minit itu. Tapi Jungkook tak pernah kisah, memang dia selalu memerli Junghwa yang kononnya gadis itu suka membebel dan macam-macam lah cara dia sakat. Tapi macam orang cakap lah, yang selalu dia kacau tu lah yang dia sayang sangat.

Ya, Jungkook memang sayang Junghwa. Malah lebih dari seorang adik untuk kakaknya, perasaan dia adalah perasaan seorang lelaki untuk seorang perempuan. Namun macam biasa lah Junghwa selalu anggap itu satu gurauan.

 

“Panggil ‘Kakak’ lahh.” Satu cubitan selamat mendarat di pinggang Jungkook.

 

 

“Aa- sakit! Eleh, buat apa nak panggil ‘kakak’ kat bakal bini.” Sengaja dia buat serangan lagi. Nak tengok Junghwa nak cakap apa.

 

“Lah, HAHAHAHAHAAHHAA siapa yang malang sangat tu nak kahwin dengan dia?”

Ayat yang keluar dari mulut gadis itu berjaya membuat Jungkook tarik muka. Patah hati dia waktu tu tak ada siapa pun tahu.

 

“Berhentikan kat sini kang, Jalan kaki sorang-sorang pergi sekolah.” Pada awalnya Junghwa hanya fikir yang Jungkook cumalah sekadar bergurau dan mengugutnya, namun jangkaannya meleset apabila Jungkook betul-betul menghentikan basikalnya dipinggir jalan.

 

 

“Alaa kookie, jangan la macam ni.” Junghwa mula memujuk.

 

“Ha, tahu takut.”

 

“Geez. Dah tu cepat la jalan dah lambat ni kejap lagi loceng bunyi.” Belakang badan Jungkook ditepuknya perlahan sebagai tanda untuk meneruskan perjalanan. Ya lah, dah dekat bunyi loceng mula persekolahan sesi pagi dah ni. Dia tak nak rekod disiplinnya yang bersih jadi tercemar disebabkan datang lambat macam ni.

“Panggil ‘Abang’ dulu.” Jungkook tersenyum senget. Sesekali Junghwa dibelakangnya dijeling nakal. Apa lagi Junghwa waktu tu? Mencebik lah.

 

“No way!”

“Yes way!” Secepat kilat lagi dia menjawab.

 

 

“Yah Jeon Jungkook!! Aish dia ni.”

 

“Cepat la, I’m waiting.” Sedaya upaya lelaki itu menahan tawa setelah melihat bibir pink milik gadis itu terketar-ketar hendak memanggilnya dengan panggilan ‘Abang’. Alah, benda simple je kut! Takkan nak panggil Abang pun susah hahaha.

 

“A..bang.”

“Apa dia tak dengar lah?” Dia sekali lagi menyakat.

 

“Abang, cepat lah jalan.. kita dah lambat ni.” Junghwa mengakhiri kata-katanya dengan buat muka menyampah. Matanya dijulingkan ke atas lalu dia membuang pandangannya kearah lain. Jungkook tersenyum singkat lalu kembali Junghwa merasakan basikal itu bergerak. Aish! Budak ni suka sangat ya buli aku. Sabar Huwa Sabar. Sedaya upaya Junghwa menutupi pipinya yang kini sudahpun merah. Panggil Jungkook dengan panggilan ‘Abang’? Admit that! Budak ni hensem gila! Dan bila panggil dia ‘Abang’ Aku pulak yang rasa lain macam. Entahlah. Jantung ni- macam buat maraton. Desis hatinya sendiri.

Sesekali Junghwa memegang pipinya yang merah. Ahh!

 

“HAHAHAHA Baru suruh panggil abang dah ketar, belum suruh kiss lagi.” Dia gelak besar. Junghwa mengembungkan pipinya tanda geram dengan Jungkook yang tak habis-habis menyakat. Tapi percaya la kalau satu hari Jungkook tak sakat dia, Junghwa dah rasa hidup ni tak lengkap.

 

“Yah jangan nak macam-macam eh. Menyampah!”

 

”Ye sayang ye, I love you too. Haha.”

 

Matanyanya dipejam rapat setelah satu dengusan berat keluar dari mulutnya. Memori di zaman persekolahan seakan-akan berputar semula didalam ingatannya. Bunyi gelak tawa dan senda gurau itu kian pudar dari mindanya. Terbayang-bayang setiap pagi dia menyakat Junghwa.

Tangan kanannya dibiarkan diatas dadanya lalu setitis air mata pun tumpah ke bumi.

 

Rindu.

 

 

Dia rindu semua tu.

 

 

 

Knock knock.

Pintu bilik itu diketuk dua kali sebelum Yein selamba masuk tanpa tunggu dulu keizinan dari Jungkook. Secepat kilat lelaki itu mengubah posisinya untuk duduk dibirai katil, tangannya pula segera menghapuskan sisa air mata yang mengalir dipipi.

 

“Abang nak pinjam snap- Abang? Abang menangis?”

 

“Tak ada la. Habuk.” Jungkook masih meneruskan lakonannya. Control macho la tu.

“Abang kenapa ni? Abang ada masalah ke? Abang boleh cerita kat Yein apa je. Yein boleh dengar.” Risau benar Yein bertanya. Ya lah, Dia tak pernah tengok air mata jantan milik Abangnya itu, tapi tadi dia dah ternampak sedikit.

 

“Betul lah habuk. Nak apa ni?”

Yein mencebik. Aish, keras kepala betul Abang aku ni!

 

“Nak pinjam snapback Vans warna merah hitam tu. Alah Abang suka ubah topik lah! Benci betul.”

“HAHAHA Aku okay, rileks la.” Jungkook senyum paksa, sengaja dia buat-buat ceria, kononnya macam dia lah manusia paling tak ada masalah, padahal? Kepala otak dia semak sekarang ni.

 

“Tipu. Yein kenal Abang bukan baru 2 hari. Abang tipu! tak baik tau tak tipu adik sendiri.” Yein menjeling, lalu tangannya dilipat kemas memeluk tubuh. Muka tak puas hati terpampang jelas diwajahnya.

 

“Ek eleh kau nak lecturekan aku pulak? Luku kepala tu kang benjol.”

“Buat la buat!” Laju saja dia menjawab.

 

“Sekasar-kasar aku, aku takkan sakiti perempuan.”

 

Yein diam. Lama. Sebelum mulut mungil gadis itu mula bersuara.

“Abang, Yein sayang Abang.” Lembut saja dia berkata.

 

“Lahh apa gila budak ni, jangan cakap kau dah terpesong suka kat aku.” Selamba badak ja Jungkook mula buat spekulasi tak masuk akal. Dia fikir lawak lah tu? Ni kalau uji bakat Maharaja Lawak, memang stage pertama je dah tersingkir. Huh!

“Haha tak lawak!” Yein segera menarik muka.

 

“Yelah, takyah nak tarik muka sangat, aku cerita.”

Yein mengangguk laju secepat kilat dia duduk menghadap Jungkook dengan muka bersinar bak lampu flourescent. Almaklum la Abang dia nak cerita, bukan senang nak dapat moment macam ni. One in the million kut.

 

 

“Aku jumpa Huwa.”

 

Bagai tak percaya apa yang didengarkan oleh Yein, mata gadis itu dikelipkan berkali-kali. Diam. Lama. Yein masih tidak percaya dengan pengakuan Jungkook sebentar tadi terus mengangkat bahu sedikit seakan-akan menghantar telepati pada Jungkook melalui jelingan singkatnya.

 

Jungkook mengangguk sekali. Macam faham ja Yein tengah tak faham.

 

Perlahan-lahan mata gadis itu membulat.

 

“What? Serius Abang jumpa Kak Huwa?!” Bam! Dia dah kembali ke realiti.

 

 

– (D A N D E L I O N) –

 

Setelah kenyang mengisi perut, Junghwa dan Namjoo segera meninggalkan Kafe Berries. Telefon pintar putih berjenama Samsung dengan casing bercorak Eiffel Tower milik Junghwa pun dikeluarkan dari beg sandangnya. Lantas tangan gadis itu mendail satu nombor.

“Hello, Naeun.. Ni Huwa, Kalau aku nak pergi sana sekarang boleh tak?”

 

Setelah selesai membuat panggilan singkat itu, Junghwa segera menelefon nombor student cab untuk menghantarnya dan Namjoo ke satu tempat yang masih lagi dia rahsiakan dari sahabatnya yang satu itu.

Junghwa membelek purse sebelum beberapa keping duit kertas dikeluarkan untuk membayar tambang student cab tersebut. Sesekali sekeping gambar dibeleknya sebelum dia menutup kembali purse itu.

 

“Huwa, kau pelik lah hari ni.” Namjoo menegur lagi. Ya lah, Junghwa yang dia kenal bukan jenis pendiam, Junghwa yang dia kenal selalu ketawa, dan Junghwa yang dia kenal jenis tak sukakan kejutan. Sama ada orang yang membuat kejutan padanya atau dia sendirinya membuat kejutan. Tapi hari ni gadis itu pelik, dah macam nak buat surprise je ni siap berahsia tempat yang dituju lagi.

 

“Aku memang macam ni lah.” Sengih.

“Sebenarnya kau nak bawak aku pergi mana ni?” Namjoo memandang sekeliling lalu pandangannya kembali pada Junghwa.

 

“Nanti dah sampai aku bagitahu kau.” Gadis itu tersenyum lagi.

 

 

“Ar-R Raudhah?” Namjoo mengangkat kening sedikit setelah berjaya mengeja tulisan Ar- Raudhah pada signage di pintu masuk tempat ini.

 

 

Junghwa tersenyum lebar melihat teletah anak-anak kecil disitu. Ada yang berlari, ada yang tengah bermain buaian dan ada juga yang sedang menghafaz Al-Quran.

“Assalamualaikum semua.. Kak Nabila ada?” Gadis itu memulakan bicara.

“Waalaikumsalam eh Kak Hawa! kejap kami panggil Kak Nabila dengan Kak Jinny.” Terkedek-kedek Zelo berlari masuk kedalam sementara Junghwa terlebih dahulu menumpang duduk di kerusi bersebelahan pintu masuk. Nak bukak kasut dulu.

 

“H- Huwa- Kau cakap apa tu? Siapa pulak Hawa?”

 

“Tak ada apa lah, yang tadi tu ucapan salam.” Sekali lagi Junghwa tersengih. Namjoo yang kurang faham sekadar mengangkat bahu lalu dia pun membuka kasut terlebih dahulu sebelum melangkah masuk.

Muka blur masih steady diwajahnya.

 

“Ah Huwa, dah sampai rupanya kau. Sihat?” Gadis bertudung litup berwarna merah jambu itu menyambut kedatangan Junghwa dan Namjoo dengan senyuman lebar setelah dipanggil Zelo sebentar tadi. Tangan gadis itu dijabat lalu dilaga pipinya pada Junghwa, lama tak jumpa lah katakan.

“Alhamdulillah la Naeun, kau macam tak tahu yang semester baru dah mula, Eh ni Aku kenalkan kawan aku, Namjoo. Aku, dia, Fudge, Lina dengan Jay ni coursemate, sekali lah dengan kekasih hati kau si Baekhyun tu.”

“Aip kesitu pulak kau.” Sempat Naeun menyiku pinggang Junghwa sebelum dia tersenyum lalu berjabat tangan dengan Namjoo.

 

“Namjoo, Kenalkan ni Naeun atau pun Nabila, kau boleh panggil mana satu yang kau selesa. Kan Naeun? Ha, Naeun ni volunteer kat pusat ni, nanti kita sembang-sembang banyak lagi kat dalam.” Junghwa selaku orang tengah yang memperkenalkan kedua-dua gadis itu tersenyum lebar setelah mereka berdua berjabat tangan.

“Panggil Naeun je senang, salam kenal ye Namjoo.” Kepala Naeun ditunduk sedikit tanda hormat pada Namjoo, dan gadis itu pun melakukan hal yang sama.

 

“Naeun, macam mana Ibu? Dia sihat ke?” Laju saja Junghwa bertanya, straight to the point pulak tu dengan tujuan dia ke sini.

Naeun sekadar menggeleng perlahan lalu kepalanya ditundukkan. Junghwa tahu keadaan Ibu memang tak berapa baik sejak kebelakangan ini.

Tak apa lah. Junghwa menghela nafas berat lalu kembali bibirnya mengukir senyuman. Paksa.

“Aku nak jumpa Ibu, bawa aku jumpa dia.” Junghwa memegang tangan Naeun erat lalu dibalasnya Naeun dengan anggukan. Siapa yang boleh halang kalau seorang anak mahu jumpa dengan ibunya? Cuma Naeun takut yang Junghwa akan sedih melihat keadaan Ibunya disaat ini. Naeun cuma boleh berdoa agar Junghwa kuat dengan dugaan dariNYA.

Junghwa tahu mungkin Namjoo dah pening dengan situasi tu, lalu segera dia menarik tangan gadis itu untuk mengikutnya bertemu Ibu.

 

 

“Aku-” Namjoo mula membuka kata, namun tak sempat dia meneruskan kata-katanya sebentar tadi, Junghwa secepat mungkin memotong.

“Aku tahu kau tak faham storyline, tapi jangan risau aku akan cerita kat kau semuanya kejap lagi. Sekarang jom ikut aku jumpa Ibu.”

 

“Ibu kau?” Sekali lagi Namjoo bertanya. Kalau nak bayangkan muka dia ketika ini, dah blur tahap apa dah. Sudah lah Junghwa tiba-tiba bawa dia kesini, lepas tu Junghwa mula menggunakan istilah-istilah yang dia tak faham macam tadi dan kali ni dia cakap nak jumpa Ibu? Come on! Sepanjang setahun Namjoo kenal Junghwa, Ini first time Namjoo tahu yang gadis itu masih mempunyai seorang Ibu, dia kira Junghwa cuma lah memiliki seorang Ayah. Tapi hari ni, dia tahu banyak mengenai gadis itu.

 

 

“Yelah, Jumpa Ibu aku.”

 

 

– (D A N D E L I O N) –

 

Daun pintu bilik itu dikuak lembut lalu harum semerbak dari bedak talkum bayi berjenama Johnson’s baby telah memenuhi satu ruang bilik. Junghwa memberikan isyarat pada Naeun dan Namjoo supaya tunggu diluar sebentar, biar dia yang masuk terlebih dahulu.

“Assalamualaikum bu, Adik datang ni..” Perlahan suara Junghwa menyapa Ibunya. Ya, Junghwa memang muslimah. Kalau hendak menceritakan bagaimana semua ini berlaku, mungkin dua hari pun belum cukup. Tapi yang patut semua orang tahu, adalah apa yang Junghwa lakukan ini semuanya bersebab. Dia ada sebabnya tersendiri.

“Siapa? Eh datang la sini, Aku pakaikan bedak ni! Wangi-”

Gadis itu tersenyum lalu selangkah demi selangkah dia menapak menuju ke katil Ibunya. Wanita berumur 40-an itu pun segera menempelkan bedak di seluruh muka Junghwa apabila gadis itu sudah berada dihadapannya. Tergelak pula dia melihat wajah gadis itu diliputi bedak seputih tepung.

Junghwa tersenyum singkat apabila melihat Ibunya ketawa mengekek. Dia sabar. Dia layankan saja kerenah Ibunya itu. Sebab apa? Sebab dia sayang Ibu.

 

Ibu menghidap penyakit Gila Meroyan ataupun gangguan emosi selepas melahirkan. Gangguan emosi Ibu dah wujud sebelum aku dilahirkan lagi dan kadang-kadang gangguan ini menyerang membuatkan Ibu mengamuk dan dia seringkali tak kenal aku.

..Walaupun aku ni anak kandungnya. Dia tetap tak kenal aku. Desis hatinya lalu perlahan-lahan air mata gadis itu mengalir.

Siapa saja tak sedih melihat Ibu sendiri begini?

 

“Aku bagi pakai bedak ni supaya kau wangi! Macam anak aku! Eh mana anak aku? Jonghyun— Jonghyun pergi mana nak? Ibu kat sini.” Ibu melompat turun dari katil lalu dia segera menunduk ke bawah katil. Mencari-cari patung bayi yang telah dibungkus dengan kain seperti bayi baru lahir. Setelah mencari lama dan dia masih tidak jumpa, Ibu pun mula menangis.

Junghwa segera turun dari katil mendapatkan Ibunya lalu air mata wanita itu dihapusnya lembut dengan menggunakan ibu jari.

 

“Ibu, Adik kan ada kat sini. Adik pun anak Ibu kan?”

Park Jonghyun, Abang kandung Junghwa. Dia lahir setahun lebih awal dari Junghwa namun usianya tidaklah begitu panjang, Cuma Setahun 6 bulan sahaja dia diizinkan olehNYA untuk hidup didunia dan di sebabkan satu kemalangan yang tak disengajakan, Jonghyun meninggal dunia.

Ibu tak dapat menerima hakikat yang Abang dah pergi buat selama-lamanya.

 

“Tak! Jonghyun mana?! Jonghyun anak Ibu- Jonghyun pergi mana nak?” Ibu menangis lebih kuat.

Junghwa tak berdaya hendak melihat air mata Ibunya itu mengalir lalu segera memeluk Ibunya erat.

 

“Abang dah tak ada bu. Abang dah tak ada.” Tubuh wanita itu dipeluknya erat. Bagaimana mahu menenangkan Ibunya kalau apa yang disampaikannya sendiri pun wanita itu tidak faham.

“Dia pergi mana? Aku nak dia balik sini!”

Sayu hatinya bukan kepalang. Melihat keadaan Ibu yang seperti ini, Hati Junghwa hancur.

Jiwa dia letih, Kenapa dia diberi ujian sebegini berat?

Dia juga perlu tempat bermanja, tempat meluahkan rasanya kepada insan yang bergelar Ibu. Tapi semua itu dah jadi mustahil.

 

“Dia jauh Ibu, tapi Adik ada. Adik janji adik jaga Ibu kan, Ibu ingat tak?” Bahu dan belakang tubuh wanita itu diusapnya lembut dan semakin lama tangisan dari Ibu mula reda perlahan-lahan dalam pelukan Junghwa lalu wanita itu pun tertidur. Junghwa perlahan-lahan menbaringkan ibunya keatas katil dengan bantuan Naeun dan juga Namjoo yang mendapat isyarat untuk masuk setelah Ibu telah nyenyak tidur.

 

 

– (D A N D E L I O N) –

 

 

“Huwa, minum dulu okay?” Naeun meletakkan secawan teh suam diatas meja diruang tamu setelah hampir setengah jam Junghwa tersedu dalam tangisan. Begitu lah dia setiap kali setelah berjumpa dengan Ibu. Sedaya upaya tak menangis dihadapan Ibu, tapi setelah Ibu tidur, dialah yang akan menangis sampai bengkak mata.

 

“Ibu aku sakit.”

“Dan semua yang jadi ni pasal aku.” Tambahnya lagi.

 

“Hush! Apa cakap macam tu Huwa.” Namjoo menggeleng laju menidakkan kenyataan yang diberi.

 

“Ibu mengidap penyakit gila meroyan atau gangguan emosi selepas melahirkan aku. Abang Jonghyun meninggal dunia sebab Ibu terkena serangan penyakit ni masa Ibu dukung Abang. Ibu mengamuk, dia tak dapat kawal emosi dan disebabkan itu lah Ibu tinggalkan Abang didalam tub mandi penuh dengan air. Abang lemas, dan pada hari yang sama juga lah Abang meninggal.”

Seluruh isi ruang diam membisu setelah Junghwa mula bercerita. Perasaan simpati dan kasihan pada gadis itu bercambah.

 

“Aku tak pernah salahkan Ibu, sebab semua orang tahu yang dia sakit. Tapi, aku punca semua ni.. Kalau lah aku tak lahir kat dunia ni, Abang Jonghyun mungkin masih hidup.” Kepala gadis itu ditundukkan sayu memandang pada lantai. Sesekali dia mengeluh lagi. Keluhan seolah-olah memberitahu yang dia dah letih dengan semua ni.

 

“Maksudnya, Ibu kau dah lama sakit?” Namjoo memberanikan diri untuk bertanya. Bukan apa, takut juga kalau dia tersalah cakap, takut menyinggung perasaan gadis itu.

 

Junghwa menggeleng perlahan.

“Kami cari bermacam cara untuk merawat Ibu, sejak aku kecil sampai lah sekarang ni. Ibu pernah sihat tapi setahun yang lalu penyakit ni datang serang dia balik.” Balas Junghwa lagi. Satu senyuman nipis terukir dibibir.

 

“Salah Aku jugak, Aku cuai! Mungkin Ibu banyak diberikan tekanan kut, dan Aku akhirnya sedar dengan semua ni. Sekarang hidup Aku cuma untuk keluarga aku, Aku janji aku nak jaga Ibu.” Gadis itu mengangguk pelan dan matanya masih berkaca. Menunggu masa untuk banjir.

 

 

“Huwa, Apa dah jadi sebenarnya ni? Aku tak faham la, tekanan apa ni?”

 

 

FLASHBACK – 2014

 

Suasana malam tu meriah sangat, Rumah Keluarga Park awal-awal lagi dah riuh dengan sanak saudara dan jiran-jiran yang datang tolong menolong dengan persiapan sebelum majlis pertunangan Jungkook dan Junghwa esok. Disebabkan Junghwa ada keturunan Jawa dari sebelah bapanya yang berketurunan Jawa-Korea, jadi persiapan majlis sedikit sebanyak ada mengikut konsep dan adat dari Timur.

“Anak Ibu dah nak jadi tunangan orang ni esok.” Sakat wanita berusia 40-an itu dimuka pintu. Naik merah pipi Junghwa waktu tu.

 

“Ibu ni, malu la Adik! Taknak la cakap pasal ni, jom kita tukar topik.” Tersipu malu dibuatnya. Gadis itu menukar posisi dari meniarap berubah menjadi duduk. Ibu pula mengambil tempat duduk dibirai katil bersebelahan dengannya. Rambut gadis itu diusap lembut lalu senyuman nipis terukir dibibirnya.

“Buat apa tadi tu, Ibu ganggu ke?”

 

“Tak buat apa lah Ibu, Adik tengah kakao talk dengan bakal menantu Ibu lah.”

 

“Ey sudah lah tu, Esok dah nak bertunang, takkan malam ni dah tak sabar kut?” Tergelak kecil wanita itu setelah ternampak wajah anak gadisnya yang dah merah padam.

“Ibu!! Dah la tu sakat Adik.” Pipi Junghwa dikembungkan. Tak puas hati.

 

“Hahaha, Okay kita tukar topik. Topik apa best sekarang ni hm?”

 

“Hm, Apa kata kita Sykpe Ayah sekejap, Adik rasa flight Ayah pukul 1 pagi ni dari Jepun, kita ada 3 jam lagi sebelum Ayah bertolak balik ke Korea.” Jelas Junghwa sambil sesekali melirik jam karakter Baymax yang tergantung pada dinding biliknya. Ibu cuma mengangguk dengan cadangan anak gadisnya itu, almaklum lah, dia pun dah lama tak nampak wajah suaminya setelah lelaki itu pergi meninggalkan Korea atas urusan Syarikat keluarga mereka di Jepun seminggu yang lalu.

 

“Ayah!!” Junghwa melambai dari skrin komputer riba berjenama DELL miliknya terus kepada Ayah. Ceria saja wajahnya. Ibu pun tak kurang cerianya. Naik seri mak bakal mempelai lah katakan!

“How’s everything sweetheart?” Suara Ayah kedengaran dari komputer riba itu.

 

“Okay Ayah, Everything is fine! Make sure Ayah sampai tepat masa tau esok.”

 

 

“Yelah sayang. Ayah janji Ayah sampai tepat masa. Adik, Ibu makan ubat tak? Setiap hari satu kapsul.” Sempat juga lelaki itu mengingatkan anak gadisnya mengenai keadaan kesihatan isterinya. Memang Junghwa dan Ibu bertuah memiliki lelaki sepertinya sebagai Ayah dan Suami. Dan ya! Mereka berdua sangat bersyukur.

“Hari ni belum Ayah, takpe lepas ni Adik paksa Ibu makan hehe.” Sengaja lah dia beria.

 

“Hahaha yelah sayang, Ingat paksa Ibu makan! I gotta go, miss both of you so much! I’ll be back soon.”

 

“Bye Ayah!” Junghwa melambai sebelum bibirnya didekatkan dengan kamera.

Muah. Satu ciuman untuk Ayah. Sedangkan Ibu cuma tergelak kecil melihat karenah dua beranak itu, Junghwa ni dah nak jadi tunang orang dah pun tapi manja dia dengan Ayah, hm dah macam pasangsan kekasih! Silap-silap Jungkook pun cemburu nanti.

 

“Bye!!” Tit. Button ‘off’ ditekan oleh Junghwa lalu komputer riba miliknya itu dibiarkan di dalam mode shut down. Sementara membiarkan skrin komputer itu terpadam, Junghwa sekali lagi tersengih lalu pandangannya beralih kepada Ibu yang berada disampingnya ketika itu. Pinggang Ibu dipeluknya manja lalu sengaja dagunya dibiarkan tersangkut pada bahu Ibu.

 

 

“Ibu, Ayah dah pandai membebel kan sekarang ni? Hee.” Matanya dikelipkan berkali-kali gaya comel lalu dia tersengih lagi, tapi kali ni lebar betul sengihannya. Mentang-mentang la tengah kutuk Ayah. Amboi!!

 

“Kan! Pasal ubat saja dia tahu, macam lah Ibu ni lupa nak makan.” Ibu pun dah sama naik saja perangainya. Mulut dimuncungkan sedikit, tak puas hati.

 

“Ayah sayang Ibu tu, sebab tu Ayah bebel. Ahaks!”

 

“Yelah Ibu nak makan ubat sekejap lepas ni Ibu datang balik.” Senyuman singkat dihadiahkan oleh Ibu lalu kepala Junghwa diusapnya lembut sebelum wanita itu keluar dari bilik menuju ke dapur.

 

Park Ahyoung, wanita berusia 40-an sekaligus Ibu kepada Junghwa itu terus melangkah kakinya menuju ke dapur. Gelas kosong dan satu jar air putih dicapainya sebelum diletakkan diatas meja makan didapur.  Botol ubat yang dari tadi dipegang olehnya segera dibuka.

“Ahh tinggal sebiji saja lagi ke?” Dia bermonolog sendiri. Botol ubat itu pun dia tunggangnya berkali-kali, lalu sebiji kapsul pun mendarat dengan selamat didalam tapak tangannya.

 

Tiba-tiba belum sempat pun Ahyoung memasukkan ubat itu ke dalam mulut, satu tangan menarik rambutnya dengan kasar dari belakang.

“Sini pun kau perempuan! Ke sini kau, Aku cakap- KE SINI!” Satu suara wanita dalam lingkungan 60-an secara kasar menjerit dan menarik paksa Ahyoung ke ruang tamu.

Terkejut jiran-jiran dan saudara mara mereka dek adegan yang tidak disangka-sangkakan itu.

“Semua orang balik! Aku cakap balik!! Aku taknak seorang pun ada kat sini, Anak aku membanting tulang kerja setengah mati, korang semua sedap ja menghabiskan duit dia. Puih!” Dah macam naik hantu pula gayanya.

 

“Arkh- Mak, Sekejap Ahyoung kena makan ubat.” Sedaya upaya Ahyoung bersuara. Rambutnya masih ditarik paksa oleh wanita itu, atau lebih tepatnya adalah Ibu mertuanya. Ibu kepada suaminya, dan satu fakta yang semua orang patut tahu. Wanita ini sangat bencikan Ahyoung dan juga Junghwa. Baginya, mereka berdua hanyalah manusia yang menyusahkan bagi anak lelakinya, Park Jungmin.

Sekarang ni, dia dah datang buat kacau. Hanya berani apabila anak lelakinya itu jauh dari Korea.

 

“A-Ahyoung kan sa-sakit mak-”

 

“TAK PAYAH! DAH GILA TU BUAT CARA GILA!” Botol ubat dan kapsul yang berada di tangan Ahyoung ditepis wanita itu dengan kasar. Laju sahaja kaki wanita itu memijak sebiji kapsul yang jauh dilantai. Ahyoung yang melihat kejadian itu tidak dapat berbuat apa-apa selain menitiskan air mata.

Apa salah dirinya? Sampai sebegini hina pada pandangan mertuanya sendiri.

 

 

– (D A N D E L I O N) –

 

Junghwa baru dalam gaya nak berbaring tiba-tiba terdengar bunyi bising seperti orang mengamuk dari luar biliknya. Dahinya berkerut sedaya upaya cuba mendengar perbualan tersebut.

Eh, macam serius saja bunyinya! Tak boleh jadi ni.

Rambut panjang paras bahunya segera diikat, lalu secepat mungkin kakinya melangkah keluar. Ahh sudah! Siapa pulak lah yang mengamuk malam-malam macam ni?

Sedang Junghwa melangkah turun dari anak tangga tingkat atas, matanya tertangkap satu adegan dimana Ibu dah lemah menangis apabila teruk diganyang oleh nenek. Rambut Ahyoung ditarik dan sesekali Ahyoung ditolak kasar kepojok dinding. Mata Junghwa membulat, segera dia berlari mendapatkan Ibu.

“Apa ni Nenek?!” Tubuh Ibu diangkatnya dan dipeluknya penuh kasih, sebelum laju saja dia melemparkan pandangannya kembali pada wanita berusia 60-an yang masih berdiri sombong dihadapan mereka.

 

“Eh, Perempuan gila! Kau tengok anak kau dah pandai nak kurang ajar dengan aku. Sekarang apa? Panggil aku ‘Nenek’? Jijik lah!”

Junghwa melihat Ibu yang tersedu menangis membuatkan dia geram dengan wanita yang bergelar Nenek itu. Dia siapa yang datang malam-malam ni nak mengamuk? Selama 22 tahun Junghwa hidup, wanita ini tidak pernah melayannya dengan baik. Kalau baik pun mungkin apabila dihadapan Ayah, tapi sekarang? Mentang-mentang lah Ayah berada di Jepun. Dia sedap-sedap saja datang buat kacau.

 

 “Maaf Nenek, Huwa diajar untuk layan orang dengan baik, tapi Huwa tak pernah diajar untuk berbuat baik dengan orang yang layan Ibu macam sampah! Nenek pukul Ibu, Tolak Ibu, Maki Ibu.. Apa salah dia nek?”

 

“Kau nak tahu apa salah dia? Perempuan sial ni- dah buat satu-satunya anak aku, Park Jungmin melawan kata-kata aku!” Wanita itu menundingkan jarinya terus kearah Ahyoung bagaikan semua ini 100% salahnya.

“Perempuan gila ni jugak dah bunuh anak dia sendiri!” Tambah wanita itu lagi.

 

“Cukup Nek! Ibu tak gila!!” Junghwa menjerit. Biarlah apa pun orang nak kata, tapi dia dah tak sanggup tengok Ibu dihina macam tu sekali, bukan oleh orang lain. Tapi Ibu mertuanya sendiri.

 

“Kau diam! Kau dengan dia pun sama, Mak kau ni bawa keturunan gila dia masuk keluarga Aku! Jungmin habiskan duit banyak untuk berubat penyakit mak kau yang sampai sekarang ni pun belum sembuh, kau belum sedar lagi ke semua tu?!”

“Kau ni nanti kalau dah kahwin, dah beranak! Kau pun akan jadi macam mak kau! Perempuan gila!”

 

“Lepas tu kau nak bawak nama keluarga aku biar busuk! Orang akan cakap, menantu dengan cucu keluarga Park tu gila meroyan lepas bersalin. Silap hari bulan, anak kau pun kau bunuh nanti! Sama macam mak kau buat kat Jonghyun.” Bertubi-tubi tomahan keluar dari mulut wanita yang Junghwa gelar Nenek itu.

 

 

“Diam, diam, DIAMM!!!” Ahyoung yang sudah tidak dapat menahan emosinya, memegang kepalanya yang berdenyut kuat. Kes Jonghyun dan caci maki dari Ibu mertuanya membuatkan emosi Ahyoung jadi tak stabil.

Dia menjerit kuat sebelum melulu lari keluar dari rumah mereka.

 

“Ibu!” Berulang kali Junghwa memanggil sebutan itu namun sedikitpun tidak Ahyoung endahkan. Ahyoung berlari selaju yang mungkin dek kesan sakit yang seolah-olah mencengkam kepalanya.

Sempat Junghwa memesan kepada Maid mereka untuk melaporkan semua yang terjadi ini pada Ayah sebelum dia juga berlari mengejar Ibunya.

Hujan renyai turun membasahi bumi malam itu membuatkan Junghwa taktahu sejauh mana dia dah berlari mengejar Ibu. Dia hilang jejak Ibunya setelah beberapa kali berhenti seketika untuk menarik nafas. Satu badannya dah habis basah lencun.

Di dalam otaknya masih berlegar kata-kata yang diucapkan oleh Nenek.

 

“Ibu!! Jangan lari lagi bu, Jangan tinggalkan Adik seorang kat sini.” Kepalanya dipalingkan ke kiri dan ke kanan sambil mencari bayang dari sosok tubuh Ibu, lalu matanya tertangkap sosok wanita itu sedang berdiri dihadapan satu pintu gerbang.

Junghwa menarik nafas lega setelah menjumpai Ibu lalu laju kakinya bergerak kearah wanita itu. Belum sempat pun Ahyoung berpaling kearahnya, wanita itu terlebih dahulu rebah ketanah. Junghwa yang melihat keadaan itu secepat kilat menyambut tubuh ibu dari rebah terus tanpa beralas.

Ahyoung pengsan dan badannya panas di atas riba Junghwa.

 

Dalam kesamaran dari cahaya lampu, Junghwa terus menangis sendu sambil memangku Ibunya.

“Tolong.. Ada sesiapa tak yang boleh tolong kami..” Suaranya sudah pun serak dan lemah. Namun tiba-tiba pintu pagar dihadapan gerbang itu terbuka.

 

Seorang lelaki dan dua orang gadis berusia lingkungan 20-an keluar dari situ dengan membawa payung dan lampu suluh ditangan mereka.

“Ya Allah! Awak okay ke ni?” Ucap lelaki itu.

“Encik, tolong kami. Ibu saya pengsan.”

 

“Cik mari masuk kedalam dulu, kami akan bawa Ibu cik juga.” Seorang gadis berwajah ayu pula berkata sambil membantu Junghwa untuk berdiri. Sehelai selimut diletakkan dibahu Junghwa cukup untuk memberikan kehangatan sedikit.

“Terima kasih erm.”

 

“Saya Naeun, ini Fudge dan yang hujung tu Abang Azlan.”

 

“Junghwa. Saya Park Junghwa.”

Junghwa mengangguk sekali, lalu dia terus berdiam diri dan masuk berehat dibilik yang dikhaskan disini. Dengar kata, nama tempat ni ar-Raudhah. Pusat jagaan Islam. Junghwa baru pertama kali tahu tentang hal ini setelah malam bersejarah dimana semua perkara ini berlaku. Pada malam yang sama jugalah dia sempat menghantar satu pesanan ringkas untuk Jungkook yang mengatakan dia sudahpun membatalkan pertunangan yang bakal berlangsung keesokan harinya.

Sebab utama Junghwa lakukan semua ni adalah kerana dia tak mahu menyusahkan Jungkook di kemudian hari apabila andai kata nasibnya seperti Ibu nanti.

 

Kata-kata kasar yang dilemparkan oleh Nenek malam itu bagaikan satu sumpahan yang amat besar dalam diri Junghwa. Dia mula berfikir demi masa hadapan.

Dia pun ingin bahagia, tapi layakkah dia? Adakah lagi lelaki seperti Ayah yang sanggup menjaga dia kalau dia seperti Ibu? Dan kalau ada pun, buat apa lah Junghwa nak menyusahkan lelaki seperti itu. Jadi jalan yang terbaik adalah seperti ini.

Junghwa memilih untuk sendiri. Berseorangan tanpa membuka pintu hatinya pada lelaki. Namun ada kurniaan yang lebih besar iaitu hidayah yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Selama ini gadis itu mencari ketenangan dalam hidupnya, di ar-Raudhah dia jumpa semua tu.

Bergaul dengan manusia disini berbeza dengan diluar.

 

Sehingga satu hari dia mengambil keputusan untuk mengucapkan kalimah suci iaitu kalimah syahadah yang membersihkannya kembali seperti bayi yang baru dilahirkan. Putih dan bersih macam kain tanpa corak. Junghwa nekad setelah ini, pintu hatinya takkan dibuka lagi untuk insan bernama lelaki. Mahupun Jungkook atau bukan. Dia dah tak mahu kisah lagi pasal hati.

 

Walaupun secara jujurnya, tipu sangat lah kalau dia tak sayangkan Jungkook. Tapi, macam yang dia kata sebelum ni.. Buat apa nak susahkan orang lain?

 

Asalkan dia dah ada satu pegangan.

Itu pun dah cukup untuk dia teruskan hidup bersama Ibu dan Ayah.

 

 

END FLASHBACK.

 

“Sekarang nama Aku Nurul Zulaikha Hawani, Aku bukan Huwa lagi. Kau masih nak berkawan dengan aku ke Namjoo, after aku cerita semua ni?” Wajah sendu Junghwa memandang sayu kearah Namjoo, melihat sahabatnya itu dengan penuh rasa sayang bagaikan adik beradiknya sendiri, lalu segera gadis dihadapannya itu tersenyum lebar. Namjoo mengambil tempat duduk disebelah Junghwa lalu dihadiahkannya satu pelukan erat untuk gadis itu.

 

“Hahaha, Bongok la kawan aku ni!” Perlahan air mata yang mengalir dihapusnya sebelum kembali dia memandang Junghwa.

 

“Bongok ni jugak kau sayang kan?” Apa lagi, muncung dah bibir tu.

 

“Tch- Bongok, Apa pun status kau, Apa pun jugak masalah kau, Kau dengan aku tetap kawan! Bagi Aku, tak ada beza pun semua tu.”

“Dan kenapa Kau simpan semua ni sendiri? Aku kawan kau, kau boleh cerita kat aku.” Tangan Junghwa dicapai Namjoo lalu digenggamnya erat.

 

 

“Namjoo, Naeun, Penyakit yang Ibu dihidapi ni, penyakit keturunan. Ibu mewarisi penyakit ni dari ibunya dan sekarang Aku satu-satunya anak perempuan dia. Aku mungkin jugak akan-” Junghwa menelan liur apabila dirasakan tekaknya mula kering.

 

“Aku taknak menyusah sesiapa lagi untuk jaga aku.” Sambungnya singkat.

 

 

“Jadi maksudnya, sebab ni lah kau putus dengan Jungkook sebelum korang bertunang tu?” Mata Namjoo berkelip sekali setelah dia bertanyakan hal itu pada Junghwa. Dan sekaligus sekarang dia dah mula faham kenapa Junghwa buat semua ni.

Junghwa cuma membalas pertanyaan Namjoo dengan anggukan sekali, lalu kepala gadis itu kembali ditundukan.

 

“Jungkook tahu tak pasal semua ni?” Gadis itu sekali lagi bertanya.

 

 

Tiada apa lagi yang Junghwa mampu ucapkan selain menggeleng.

“Tak Namjoo, Jungkook tak tahu.”

 

 

 

 

 

-To be continued.


Assalamualaikum, Ayo ladies and gentleman!

Irreokhe LovelyIna style. Hahaha! 20 Pages in Microsoft Word. 5+++ words. Maaf la kalau tulis terlalu panjang, pay back this with a comment okay? Alhamdulillah selesai satu lagi chapter.

Jumpa di Chapter akan datang :*

-LovelyIna.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
YongNeys_ #1
Chapter 2: eh jungkook islam ke tak? haahah btwww bestt!!
Shimmieh
#2
Chapter 2: Sakit penghapus dosa.
Hmm, interesting.
Sat, setting cerita ni tahun 2015 ka? Saya blur.
And sekarang budak2 ni sem berapa yg lina buat.

Okay sorry lari tajuk jap. Now let's get back to the main story shall we?

First things first, I hate tok kepada huwa.
Second, I hate tok kepada huwa.
Third, I hate tok kepada huwa.
Pokoknya saya hate tok kepada huwa.
Akan tetapi, siapalah saya untuk membenci org tua tu kan. Disebabkan saya ni baik sikiiiiit, saya maafkan nenek dia.
Haktuih!
And, a big clap utk namjoo. May Allah gives you His hidayah. Itu namanya sahabat sampai Syurga.
Jungkook tu muslim ka. Belum kan?
Anyway, nampaknya lina dah bnyk peningkatan ya. Bagus2. Teruskan! ^_^
thelucidream
#3
Chapter 2: Uish kak, penyakit gila meroyan ni boleh tahan teruk jugak. Laaa.... sebab tu ke dia putus ngan Jungkook. Hmm... tak hairanlah dia buat mcm tu. Kalau reen kat tempat Huwa pun, reen akan buat macam tu.

Jadi, huwa ni dah convert islam, kan?
April1699
#4
Chapter 1: Woaahhh Jungkooklah! Hahah. Prolog pun dah best. Good Update!
Shimmieh
#5
Chapter 1: I saw my name everybody!!!
I saw my name!!!!!!!!!!
Wallah!
Jungkook, dengar akak senior kamu ni punya pesan. Everything happened for reason.
Ni yang payah ni sebab ada dua jungkook nak kena bayang lepas ni. Versi baby dengan versi tinggi.
XDDDDDD
thelucidream
#6
Chapter 1: Yeayyy prolog!!!! Amboi, pandai noh akak buat orang attached to the story~ ≧﹏≦
Shimmieh
#7
Dudududummmmm! Lovelyina is back everybody!!!!!
thelucidream
#8
Yeay kak ina!!! Fighting!!
UUUUUUUU #9
fighting author nim~ :D