Siapa yang bersalah ?

Cuma nak tanya pendapat korang...

Maaflah kalau rasa menyusahkan..

 

'Satu pasangan suami isteri tinggal di sebuah rumah bersebelahan sungai. Isteri itu mempunyai kekasih gelap yang tinggal di seberang sungai . Satu-satunya cara untuk menyeberangi sungai ini adalah  berjalan di jambatan itu atau membayar tukang perahu untuk menaiki perahu.

Si suami perlu pergi lawatan perniagaan semalaman ke luar bandar. Isteri memujuk suami untuk membawanya sekali . Dia tahu jika suaminya berkata tidak ,dia  tidak akan setia kepadanya. Suami enggan untuk membawanya kerana dia pergi hanya atas urusan perniagaan saja. Jadi suami pergi sebegitu saja.

Pada malam itu , isteri melintasi jambatan dan tinggal dengan kekasihnya. Setelah pagi, isteri keluar dari rumah kekasihnya kerana dia mesti pulang ke rumah sebelum suaminya sampai. Dia mula berjalan merentasi jambatan tetapi dia melihat pembunuh menunggu dia di seberang . Dia tahu jika dia cuba untuk menyeberangi, pembunuh akan membunuh dia. Dalam keadaan cemas, dia berjalan ke tepi sungai dan meminta tukang perahu untuk membawanya ke seberang sungai, tetapi si tukang perahu mahukan duit. Si isteri tidak ada duit yang cukup, jadi tukang perahu enggan membawa si isteri.

Isteri berjalan kembali ke rumah kekasihnya dan menerangkan keadaan dia dan meminta si kekasih untuk membayar tukang perahu. Kekasihnya enggan, dia memberitahu isteri itu kesalahannya sendiri sehinggalah terjebak ke dalam situasi ini . Apabila matahari dah naik,isteri memutuskan untuk melintasi jambatan. Dia datang bersemuka dengan pembunuh dan kemudian pembunuh membunuh isteri. '

Jadi persoalannya sekarang, siapa yang bertanggungjawab / bersalah atas kematian isteri ? 

 

Komenlah pendapat korang dekat bawah..

Soalan ni mengelirukan.. 

saya tahu semua orang bersalah.. tapi siapa yang paling bersalah ?

Comments

You must be logged in to comment
Daevil_1004
#1
Isterilah. Tak patut curang dengan suami.
Qee_Ha
#2
Macam pernah dengar pulak cerita nie.. Btw..si isteri tu yang bersalah. Masih lagi nak curang walaupun dah ada suami. Tak bersyukur langsung yang suami dia masih setia kat dia.
Diamond97
#3
mestilah isteri.sebab isteri tu memang betul2 bersalah sebab curang, so, dia yg cari 'penyakit' pergi curang buat apa.nampak sangat tu karma tuhan bagi kat dia..last2,dia mati.nak taubat pun tak sempat dah. =..="
TashaMeez
#4
salah isteri lah.. suami dia tak tahu yang isteri dia curang dengan dia.
Naamie
#5
sape pembunuh tu? haha tetiba muncul pembunuh kan lol
tapi yang salah si isteri la, cuba kalau dia tak curang, tak keluar rumah mesti tak kena bunuh. tapi pembunuh boleh bunuh dia jugak kalau dia ada kat rumah wahaha
ikonnoona
#6
Suami sbb Isteri cuba untuk setia sbb tu dia pujuk suami dia but sbb suami dia tu mcm stubborn sikit, so Isteri dia pun kena bunuh but Isteri dia pun salah juga. Dah ada suami tapi suka org lain. Aishhhhh. Tak patut.. Tak patut.
Exotic_Baby_99
#7
Semuanya salah.... Tp, yg paling bersalah isteri la...
beefbros #8
Pembunuh la... sebab dia bunuh orang. Kalau dia tak bunuh, isteri tak akan mati.
Velliessa
#9
x sure lah..
semue bleh jd bersalah dgn kematian ngan isteri tu~~
pening laarr soalan ni~~
asenye org yg perahu x kut..sbb dye bwk isteri tu blek
boleh je lps anta byr~~