Balik dari lawatan luar negara...

Semalam baru je kembali ke Malaysia selepas beberapa hari pergi melawat Ho Chin Minh, Vietnam. Boleh tahan jugak gaya hidup dia orang kat sana. Peniaga pun banyak yang dah reti cakap omputeh dan melayu sikit2. Bukan main member aku guna broken english-malay language dengan peniaga pasar malam nak dapat diskaun. Hahaha... Aku cuma jadi tukang cucuk je. Berbelanja pun tak banyak sebab malas nak heret beg berat. Aku ni bukannya besar mana pun. Silap2 beg yang heret aku.

Makanan kat restoran Melayu sana memang mahal. Tak tahu pulak kalau-kalau kedai biasa tu harganya camne. Duit pun tak ada masalah. Peniaga kat pasar rata-rata dah terer dengan duit RM kita. So aku dan member aku cuma bawa RM dan Dong je masa jalan-jalan. Tapi kalau tempat-tempat mewah tu dia orang tak terima duit kita. Cuma USD dan Dong dipakai. Tak jadi masalah sebab kami berdua tak minat pun barang-barang mewah.

Masa balik semalam, kecoh pasal berita kapal terbang MAS hilang dekat perairan Vietnam. Harap2 dapat jumpa secepat mungkin. Kesian tengok famili diaorang tertunggu-tunggu berita. 

Minggu ni aku habiskan Anak Patung Kingka. Pastu, Seribu Satu Kemungkinan. Kalau tak pun, aku pos cerita pendek kat livejournal buat renungan sorang2 masa tension. Hehehe...
 

Comments

You must be logged in to comment
epiktraveller
#1
next target tu. vietnam. maybe next 2 years kot. yerrr kot indah.
mjjejae_mira
#2
wah best... meluaskan pandangan ke tempat org.. pengalaman takde org nak bg... apa yg paling interesting kt sana? mmg harap cpt2 la jumpa... musykil sungguh kemana perginya kapal tu..