Tips and tutorial for trailer's maker

Hello semua ! seperti yang dijanjikan..

Cara membuat Trailer

1.Mula - mula, download benda ni -> Movie Maker atau Windows Movie Maker

Tapi saya lebih suka guna Movie maker,pilihlah mana satu korang nak... tapi saya recommend movie makerlah..

Lepas install tu pandai - pandailah korang buat.. korang pakar it kan?

2.Okay,lepas download yg basis punya,download video pulak.

YouTube Video Converter (Mov ) ataupun save.net

Masuk link video youtube yang korang nak dekat situ...

3.Lepas tu,project dimulakan.Lepas siap, upload dekat Youtube. Ala,benda senang sangat tak perlu citerlah

Tapi kalau ada benda yang korang tak faham,sila pm..

 

Tips membuat Trailer

Okay,bahagian favourite saya.Ni masalah yang banyak berlaku.

 

1.Panjang video tidak lebih dari 2 minit. Kalau boleh janganlah buat trailer tu panjang - panjang. 1 - 2 minit pun dah cukup. Kalau panjang sangat nanti orang bosan,lainlah kalau trailer pasal Action.  

2.Caption.Kalau boleh tolong elakkan letak caption dekat muka orang.Lepas tu, tulisan caption mestilah sesuai dengan genre cerita. Janganlah kalau citer angst tapi caption tulisannya comel - comel. Saya sarankan caption diasingkan dari video.

3.Elakkan dari guna soundtrack lagu favourite korang. Bukannya tak boleh guna lagu favourite cuma pastikan lagu tu sesuai dengan trailer korang. Kadang - kadang soundtrack ni tak payah fikir,bila kita re-watch trailer yg kita buat tu. Idea soundtrack tu akan datang sendiri.

4.Elakkan dari guna video yang menunjukkan gerak mulut. Kan pelik kalau mulut gerak tapi suara tak ada.Kalau sysnc boleh tapi mesti ada audio.

5.Video bersesuaian. Ingat,semuanya mesti ada kaitan dengan caption. Janganlah kalau caption "Dia suka makan " awak letak video yang dia tengah berposing atau melukis. Nanti orang buat muka pelik.Lainlah kalau part 'starring' .Jadi tolonglah..

6.Oc.Kalau oc ni sebenarnya korang kene letak satu character je. Cari oc yg sama muka dengan ulzzang dan character. Janganlah kalau oc seorang yang bengis,kejam dan tak suka senyum korang pergi letak 'Kim Shinyeong yang sedang mengayuh basikal dengan penuh kegembiraan' pulak. Pening kepala,tau tak?

7.Elakkan dari guna satu scene yang sama dalam satu video. Kalau ulang - ulang,orang akan bosan dan bosan.

8.Lastly,korang tengok balik trailer yg korang buat sebelum upload. Kalau korang suka,maksudnya okay la tu.. tapi kalau korang geleng kepala, re -do lah jawabnya.

8.Itu jelah kut. Goodluck !

Comments

You must be logged in to comment
BTS-ARMY
#1
Thans sebab sudi share... :D
Jelly_Warrior
#2
Thanks sbb sudi share:))
GuardianExostans
#3
mcm mne nak cut video tuh ye??ene...boleh ke kalo guna Window Live Movie Maker?
LovelyPurple96
#4
thanks coz sudi kongsi tips author...