Sejarah 1st Fanfic

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga Asianfanfics yang dikasihi sekalian.. Cewah~~~ dah macam intro perbahasan ala pidato pulak..wakakakak XD

Lama gila sis tak menyinggah kat AFF nih... Kalau ada pun cuma nak tengok notification je,  mana la tau kot2 ada FF yang dah update.. Huhuhu^^ Sis ni sebenarnya nak bagitau kat kawan2 sis yang sis riiindu sangat kat korang... Especially Jia, Shimm, Tyra, Jay and Mia.. Korang apa khabar?? Lama betul korang menyepi.. (T^T) Intan selalu gak sis baca blog dia.. Tp, sis jarang mengomen sbb time nk komen je,  mesti kena ganggu... Stress!!!! 

 

*************

 

Tujuan sis tulis blog ni sbb sis nak kongsi pengalaman sis n BFF sis, Ena. . Sebenarnya,  sebelum sis terjebak dalam berkarya di AFF ni,  sis ngan Ena dah pernah reka satu fanfic.. Masa tu tahun 2009, kitorang pun baru habis SPM.. Baru tak baru la,  ada la dalam lepas sebulan macam tu.. Disebabkan kitorang tak buat apa-apa, n time tu sis nak 'merawat' jiwa BFF sis yang masih berduka kerana kehilangan ayahanda tercinta (al-fatihah untuk pakcik), jadi sis selalu datang rumah dia..

Satu hari tu, Ena ajak sis tidur kat rumah dia.. Dekat je rumah kitorang,  beza jalan je.. Sis jalan 10, Ena jalan 8.. Lepas dapat keizinan (mintak izin dari mak ayah dulu ye, walaupun rumah dekat2), sis pun setuju.. 

Masa kat rumah dia (kitorang lepak kat bilik abang Ena dekat tingkat atas,  takut ganggu mak Ena pulak nanti.. Hihihi^^), tetiba Ena bagi satu idea.. Idea dia buat satu cerita spontan pasal favorite idol kitorang.. Time tu, kitorang memang minat giler dgn group TVXQ.. Bias sis Changmin dan Ena pulak Yunho.. Jalan ceritanya mengisahkan tentang dua watak perempuan iaitu kitorang sendiri dgn identiti korea (ahaks!!!) yg datang dari jepun utk hidup berdikari..

Honestly watak kitorang ni memang mary-sue tahap gaban.. Cantik, pandai bersukan, bijak, anak orang kaya dan disayangi ramai.. -_-||

Korang baca pun rasa macam meremang, betul tak? Kitorang yang buat lagi la teruk, rasa nak pengsan n muntah pun ada.. Tp, time tu kitorang mana pernah fikir semua tu.. Yelah~ kitorang memang innocent sangat kot.. Bayangkan,  selama ni tak pernah terjebak dalam dunia kpop ni, tetiba terus fanatik kpop.. Buat cerita pun mengarut-ngarut.. Sis mengaku yang adik2 sis macam Jia, Mia n Intan jauh lebih matured penulisan daripada sis n BFF sis sendiri..  Hahahahaha!!! *gelak guling2*

Kitorang reka fanfic ni dalam masa 2 hari je.. Macam tak percaya je kan?  Memang la satu hari sebab pada awalnya kitorang just bercerita sesama kitorang, maknanya secara lisan,  bukan bertulis atau bertaip. . Nama pun cerita spontan.. Apa idea yang keluar, itu yang kitorang luahkan.. Mula-mula Ena yg start dulu, pastu kalau dia kering idea, sis pulak sambung dan begitulah seterusnya sampai la cerita tu tamat..

Lepas tu, disebabkan kitorang rasa karya kitorang tu precious sangat, kitorang buat keputusan untuk jadikan ia dalam bentuk penulisan, tapi mcm skrip la.. Kitorang ni bab2 karangan novel memang fail..hahaha!

Honestly, menulis lagi susah dari bercerita sbb banyak sangat idea-idea lain yang timbul.. Kena pulak kitorang memanjang mengalami simptom writer block.. Lepas setahun lebih kitorang berhempas-pulas,  akhirnya siap jugak karya kitorang.. Masa muda belia, sis suka giler baca fanfic sendiri.. Rasa macam hebat n real je..

Tapi, tu dulu.. Sekarang ni bukan sis je,  BFF sis pun tak berani nak baca balik.. Geli-geleman wooo~~~ (|||゚д゚)

Bila kitorang teringat balik waktu tu, kitorang selalu tanya diri kitorang balik,  apa sebenarnya yang kitorang fikir dulu sampai boleh tercetus idea gila yg geli2 macam tu.. LOL!!! ≧∇≦

Kekadang,  sis teringin nk post kat AFF nih, tapi disebabkan kitoranh tak mahu dikecam dan menanggung malu yg berpanjangan, jadi sis batalkan niat sis tu..

Malu weyh... Umur belasan tahun, tapi karya macam budak sekolah rendah baru nak bercinta.. Budak2 sekarang lagi advance tau ayat diorang.. Kahkahkah XD

Haaa... Dah alang-alang ni, meh la share sekali pengalaman 1st korang buat fanfic.. Tak kisah la sama ada korang pernah post kat AFF atau tak,  korang share je.. Sbb bagi sis, 1st fanfic adalah fanfic yang paling precious sekali.. Cerita tentang luahan hati korang, korang reka cerita tu mengikut kesukaan korang tanpa fikirkan pandangan orang.. Kiranya macam 1st love laa...cuma ianya hanya berlaku di alam fantasi kita je.. Huhuhuhu^^

Comments

You must be logged in to comment
bobbydobby
#1
1st fanfic went well sebenarnya haha tapi sebab geli geleman, rasa nak delete hahahaha idea tu datang sebab rasa nak bercinta kot? bila dah bercinta, semua hambar je.
so far kalo singgah sini pun baca fanfic, takpun gali idea sebab teringin nak tulis fanfic bagi elok, tapi takmau dah panjang-panjang meleret. padan 10 chapters ja haha tapi tu la time pulak tak izinkan haha
Velliessa
#2
Mature sgt kak XD

Mia punye ff pernah dibuat cerita psl sehun dgn oc, cite sedih la sbb diriku ini mmg jiwang XD
Start buat cite ni inspirasi dtg dri crush 4 thn T-T
Post dan dlm draft skrang
Time f3 start tulis all over balik tp sejak msuk f4 tmbh thn spm ni dh mmg x de mse
Jd ff tu skrang disimpan ketat2, antara faktor lain nk move on weyh XD

Tp bila bce balik chapter ori ff tu, rse nk jerit kuat2, rse malu giler sbb bg org bce
Serious ! ><

Tak nak buat dh, dh bljr dri kesilapan dly XD
Shimmieh
#3
Feeling noatalgic tetiba. Hahahahahhaahah

Shimm ingatttt lagi first fanfic yang Shimm tulis tu adalah crita family Bang Yongguk yang ada baby Youngjae, Jongup dan Zelo. Andddddd dari situ lah mula terjebak tulis cerita yang ada baby sampai ada semangat untuk tulis first malay fanfiction.

Dan sampai sekarang masih jugak brlum move on dari tulis cerita yang ada baby walaupun tak post kat sini. :')