Last Journey... Goodbye~~~

Baru dapat berita, aku dan 6 orang rakan sekerja diberhentikan kerja dgn pampasan... Dan kami hanya berkhidmat sehingga 31/8/2016...

 

Perasaan??? Entah la... Mungkin aku selalu minta untuk tukar kerja sbb tak tahan dengan environment kerja yg semakin lama semakin teruk... Akhirnya, permintaan aku dimakbulkan... Nak kata menyesal, tak menyesal pun... Sebab selepas ni tekanan kerja akan jadi lebih teruk... Kesian kat kawan2 sekerja yang masih lagi meneruskan perkhidmatan...

 

Tapi, apakan daya... Tiada yang senang zaman sekarang ni... Lebih2 lagi ekonomi sekarang makin lama makin merosot... Orang atasan memang takkan dapat rasa apa yang golongan marhaen rasa.. Mereka tak kisah kos perbelanjaan meningkat sebab mereka mampu, tapi golongan marhaen? Harga susu naik 70 sen setin pun dah terasa mahalnya... Haih~~~ Eh! Merepek pulak aku ni...

 

Apa2 pun, semoga bejaya pada kawan2  yg masih kekal disana... Dan pada yang dikeluarkan, jangan risau... Inshaa Allah akan ada rezeki untuk kita diluar nanti... Selamat tinggal semua... Semoga kita bertemu kembali...

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet