I don't love you...anymore

Assalamualaikum and Hello. 

Addin Lee in da house~~ Halamak ai.. dah lamanya tak tulis apa2 kat sini.

Ntah ada yang rindu ke idak gamaknya. (Jgn berangan ke langit sgt..cik Addin oi~)

Well, hari ni Addin just nak luahkan sedikit rasa dalam hati yang dah macam kena badai taufan katrina scala 12 dan jantung yang terasa bagai kena thunder volt 10,000,000 megavolt. Wahlah! (Over kau!)

Well guys, antara sedar tak sedar dah nak masuk fasa penghujung tahun. Dalam tak sedar tu jugak dah macam2 benda Addin harungi. Graduate, kerja, fly sana sini dan ber'couple'. Well, hell yes. I did it. Ha.ha.ha. ( Well,sampai sekarang aku duk tampar pipi sbb tak caya).

Back to story. Ceritanya bermula masa before Addin dapat kerja company trade yg sekarang ni Addin kerja, Addin kerja part time di Pavillion lepas grad dulu. (Tak mau mention nama kedai sbb saya tak di bayar utk promote. Hehehe). Nak kata gaji byk tu tak lah. Bolehlah utk bebudak yg baru nak feel alam bekerja. Lagi2 spesis mcm Addin yang totally mmg tak suka duk umah. Masa tu Addin adalah the only Maknae staff dan yg lain memang umur beza dgn Addin dalam 2-4 tahun gitu. So most of them suka membuli. Lagi2 hakak manager. Ahaks! (Well, actually Addin rindu dorg sebenarnya). So, kerja Addin mmg tersgtlah penat sbb totally working hour 12 jam. Start kul 10 pagi sampai 10 mlm. Dan nak dijadikan ceritanya, start bulan December tahun 2015 lepas habis sem akhir..(jeng..jeng..jeng) datanglah si dia sebagai seorang pelanggan. Dengan rambut style Slicked back, baju belang2 Navy blue, berseluar putih dan berkaca mata hitam rayban (..yang ku sangkakan mamat giler masuk mall pakai shade) agak bergetar jugak iman masa tu. Masa tu tugas Addin duk jaga kaunter. Then masa si 'dia' masuk takde staff available yg ada. So, Addin lah yang kena serve. Ambik nafas..hembus..Tarik sengih sikit and "Ya, encik. Boleh saya bantu?,"

Masa tu dia tak respond. Just kushyuk tgk item. Addin duk diam2 kat belakang. Malas nak layan kalau org tak respond. Sekali dia toleh daa.. tak ckp pun just tunjuk item dalam almari kaca. "Saya nak ni," kata dia. Addin pun sengih, bukak almari kaca tu, ambik item, kunci balik pastu hulur kat dia. Dia ambik, sekali dia tanya, "Nama?," 

Ingatkan dia tanya nama item, dengan selambalah aku duk terang, membebel panjang pasal barang tu. Kualiti dia mcm mana, harga berapa, ver berapa and bla..bla.. sampai dia kata.."Saya tak tanya nama barang, saya tanya awak. Nama siapa?," Tercenganggang jgaklah masa tu. Blh jgak la klau nak kata Addin malu sampai rasa nak pecut lari keluar. Then sbb malu punya pasal blh plak aku just tunjuk nametag kat poket baju kemeja. Dahlah nametag tu just tulis 'Lee' je. Bukan 'Addin'. Si dia pun duk angguk kepala. (Duk angguk pasai pa ntah!). Pastu dia senyum. Dalam giler selung pipit dia masa tu. Cair Addin 3 saat. (Haip! 3 saat je tau. Tak lebih). Dia pilih item tu pastu dia bayar and blah. Dan cerita antara kitaorg tamat kat situ utk hari tu. 

And story continue masa Addin kena gi outstation sbb training seminggu. Second day training kat Shah Alam, Manager watsapp dlm group kitaorg kata ada second maknae staff nak masuk. Duh.. excited Addin masa tu sbb pikir takdelah aq aje duk kena buli. Hahaha..Masa tu takde plak Addin rasa nak tanya lelebih sbb pikir busy dgn trainig. Addin tak dpt info dah lepas tu sampai Addin masuk keja balik. Mcm biasa Addin masuk bilik locker, letak bag, kunci locker pastu mula keja. Rutin Addin sebagai maknae staff mula2 mmg totally kena bersihkan kedai dulu. Lap mana yg patut lepas tu mop. Masa tgh duk asyik mengelap tiba2 ada org tegur dari belakang. (Tetanjat titew, wak! Hahaha..) Addin toleh, dia sengih. "Hi, Lee. Saya staff baru," Sumpah! Addin terkejut giler. Then, sbb tak nak lah nampak sgt yg awak tu dah duk cair tgk anak teruna orang, selamba je lah tarik sengih pastu.."Oh, Selamat bekerja," dgn tak tanya nama siapa Addin blh blah mcm tu je. I'm being rude that time. Rasanya..

Pendekkan cerita, masa ptg hari yang sama barulah kita org berkenalan secara formal. Tu pun sbb manager intro one by one. (Addin tak nak mention specific nama kat sini. Please understand me.) Addin gelar dia John legend sbb dia blh feeling dgr lagu omputih tu smpai lebam. Serious tak tipu korang! Kitaorg sebaya cuma dia lahir bulan Januari and Addin lambat beberapa bulan selepas itu. Ex-manager kitaorg panggil kitaorg ni geng jenayah karipap. Sbb satu kes. Kitaorg start jadi geng jenayah karipap masa Addin terserempak nak beli lunch. Masa tu Addin ternampak dia duk sensorg sambil mengunyah. Addin dtg dekat sekali dia sorok benda yg dia mkn.Uik! Dah kenapa? Addin sengih dan dia pun sengih dgn mulut penuh. Lagi bertambah curious lah jiwa dan otak masa tu. Dan berlaku lah aksi gelut bergelut sampai ketulan ketulan karipap bersepah atas lantai tempat org lalu lalang. Dan masing-masing pun terdiam kaku. Okay, fine. Masa tu baru terpikir apasal aku sibuk sgt nak tahu dia mkn apa. Dia tak pandang Addin pun masa tu tapi dia tros kutip karipap2 yg bersepah tu pastu tros masukkan dlm tong sampah. Masa tu rasa serba salah mmg bergunung tinggi sampai puncak gunung everest. Lepas incident tu seminggu dia tak bercakap dgn Addin. Merajuklah kononya. Hehehhehe..Tapi senang je nak umpan dia, Addin beli dua plastik besar karipap the next weeknya. Pastu tak sangka pulak ingatkan kena marah dulu tapi dia blh tarik sengih sampai telinga masa Addin letak plastik karipap tu depan dia. Nak tergelak masa tu. Tapi tahan je. Sebenarnya Addin pun suka mkn karipap. Saja je masa tu beli karipap tu sampai dua plastik sbb kitaorg satu shop tu mmg tak cukup klau beli sikit. Sbb masing2 makan mcm bela saka!

Dan kisah berlarutan sampai satu masa baru Addin tau dia ni siapa. Dia graduan berkelulusan Stanford University. Lulusan dlm medical. Balik Malaysia just utk tunggu tawaran keja dari sana. Itu pun Addin tau masa dia kata dia dah dpt tawaran kerja baru. Bhgn Medical. Blhlah Addin kata dia ni bakal doktor. Addin taklah rasa apa masa tu sbb dlm masa yg sama Addin pun dpt tawaran kerja yg sekarang ni. The day before dia resign dia call Addin. Lama giler dia berceloteh sampai Addin tak sedar bila Addin tido. Tapi Addin ingat lagi satu soalan dia tanya yg Addin tak jawab sampai harini "Can you wait me?," (Ahaks! Mcm drama korea plak!)

Kitaorg berhenti hari yg berbeza. Dan tak sempat jumpa pon. Sampai hari dia nak fly dia call Addin lagi. Dia tanya, "Before I fly, I just nak tanya U satu benda. U tak nak jadi Girlfriend I ke," Addin diam. Tak blh nak bagi jawapan sbb Addin sendiri tak de jawapn. Then sbb Addin lama sgt diam, dia cakap.."It's ok if you not ready yet tapi kita cuba dulu," Dan Addin pun setuju dgn kepala otak ni kosong! Totally zero!. No doubt. 

Dan sekarang sepanjang 8 bulan 2 hari kitaorg tak pernah jumpa dah dan cuma watsaap yg mana bila Addin watsapp pada siang hari dia cuma akan balas pada malam hari dan sebaliknya sbb perbezaan waktu. Dan mungkin masing2 pun dah mula penat tentang hubungan yg dah mula samar2..yang mula dah tak nampak hujung pangkalnya... perbualan pun dah makin berkurang sampai boleh Addin kira tak ada langsung bermula 6 bulan lalu. Masing2 dah mula sibuk dgn hal sendiri, hal kerja masing2..Sampai sejujurnya Addin dah mula lupa wajah dia macam mana. Then, bila itu berlaku Addin gi scroll down balik gambar2 kitaorg dlm phone atau gi stalk IG dia. Tertanya jugak Addin dgn diri sendiri. Mana kesudahan cerita kitaorg ni? Atau memang  kita tak pernah bermula pun. Atau dia cuma seseorang yg dtg menyingah dlm hidup Addin. Entahlah. I dont feel anything anymore.  

 

Btw, terima kasih sbb sudi baca apa yg Addin meraban malam buta ni setelah sekian lama menyepi. 

Oh, ya. Addin hantar message suara dlm watsaap pada dia mlm ni. Bunyinya.."I dont love you..anymore,"

Dan lagu ni totally apa yg Addin rasa sekarang ni.

 

Comments

You must be logged in to comment
LovelyPurple96
#1
igtkan dlm fanfic atau drama je kisah nie rupanya kat real pon ada gak ..btw sis ,tanya hati sis tentang dirinya tu ..just tak mao tgk sia dengan dia menyesal di kemudian hari je ..
prod_GLEE
#2
love that youtube video :)