Gila Tak Sayang?!!

      Aku balik ke rumah selepas sudah bermain bila sepak bersama kengkawan aku ketika pukul 6:45. Dan, expected!

 

"ABANGG!!" 

 

    Okay, ni dia isteri aku, Miya. Damiya Hannani. Well, aku dengan dia bukannya kahwin atas dasar cinta. Tak langsung. Tapi dah nak masuk 6 bulan jugaklah kitorang kahwin, kitorang still tak menyayangi antara satu sama lain. Ada tu ada, tapi malas ah nak confess, leceh lah. Isteri sendiri kutt. Lagipun isteri aku tu bukannya jenis macam perempuan lain, terkinja-kinja nak suami confess. Isterinya aku tak gedik, dia goodgirl! Tapi..satu je..

 

"ABANG DENGAR TAK?!" 

   

     Miya menghampiri aku. "Ye.." Relaks korang, dia bukan marah sebab aku balik lambat, bukan sebab main bola, tapi...

 

"Abang tengok ni muka dah berpeluh, nanti berminyak. Aishh.." 

 

      Dah biasa dah. Tapi Miya ni, dia membebel macam mana pun kat aku, dia still lapkan peluh aku and bawakkan barang aku masuk rumah. Btw,isteri aku ni,pendek gila dari aku. Well, aku yang 25 ni, 187. Dia? dah 23 tapi tinggi.. 151 je. Itulah bahan aku nak buat gurau ngan dia. Contohnya..

     Waktu dia duk ralit lap peluh aku, aku pegang tangan dia. Pastu muka dia gelabah habis. Aku senyum kat dia. "Miya ni bila nak tinggi? Jenuh lah nak kena jengket lap peluh abang. Tulah kecik dulu tak nak makan sayur,kan susah." Dia memukul lembut lengan aku. "Abang ni,malaslah layan.Tahulah orang pendek. Tak macam Sufia tu, tinggi." Miya mendalih dan ingin menuju ke dapur.

    Merajuk? Jangan risau. Aku ada petua dia.Aku menghampiri dia dari belakang lepas tu aku lingkarkan tangan aku kat sekeliling pinggang langsing dia tu. Aku peluk dia dari belakang."Tak habis-habis Sufia. Sufia tu ex jelah. She's my past. And you are my now and future." Aku bermadah sikit. "Takmolah, ex tu pun baru clash seminggu. Nanti dia datang balik, abang pun terpikat kat dia balik. Dah biasa dah cerita macam tu." Sah isteri aku ni merajuk lagi.

   Aku letak muka aku dekat tengkuk dia. Aku cium leher dia. "Abang, takmaulah geli." Dia cuba menolak aku. Heh, jangan harap. Aku pusingkan dia supaya dia pandang aku. Muka dia dah cemik habis. Alahai, nasiblah comel isteri aku ni. Aku pun cium bibir dia cepat-cepat pastu aku lari naik bilik. Aku yakin dia tengah senyum sekarang ni. 

Blablabla—

    Lepas aku habis mandi, aku ajak isteri aku ni solat maghrib sama-sama. Usai solat, dia ajak aku makan kat bawah. Okay,kitorang makan sama-sama. Senyap je. Sampai lah aku si mood cracker ni berbicara. "Miya, rumah ni sunyi je..bila lah nak ada anak kan?" Miya tersedak air yang dia minum. Selamat tak sembur kalau tak aku berjanji takkan sebut pasal anak, waktu makan.-_- 

     "Abang ni jangan merepek kat meja makanlah." Miya menggeleng. "Alah, dua tiga ke cukup lah.Lagi banyak lagi bagus." Aku mula berangan. "Abang ingat Miya ni kilang? No, abang pun entah sayang entah tak. Nanti dah ada anak, pergi balik kat Sufia." Miya menggangkat pinggan ke sinki. Lepas dia cuci pinggan dia, dia duduk balik depan aku.Biasalah dia memang selalu tunggu aku habis makan. Serious dia masak memei sedap! Selalu aku licinkan terus lauk lauk ni.

    Burp! Lepas habis makan, aku terus pergi ruang tamu.Dia ada kat dapur tengah cuci pinggan. Aku hembuskan nafas aku. Huhh,nak tak nak, kenalah aku confess kat dia. Kalau tak sampai bila dia nak anggap aku still tak sayang dia macam mula mula kahwin dulu. 

   Then, lepas 10 minit,dia ambil tempat sebelah aku. Aku tarik bahu dia supaya dia rapat dengan aku atau lebih tepat, dia peluk aku. Kitorang pun bukaklah tv. Okay, kitorang bukak HBO. Macam-macam cerita orang putih ada.

   "Miya.." Dia dongak sikit pandang aku."Mesti Miya selalu tertanya abang ni sayang Miya ke tak,kan?" Soal aku. "Eh,takdelah." Ooh taknak ngaku. Don't care, aku still teruskan."Actually, abang start bulan 2 kita kahwin, abang dah sayang kat Miya. Sebab tu jugaklah kenapa abang clash dengan Sufia, sebab abang dah rasa macam takde apa-apa kat dia. Nak tahu kenapa abang sayang Miya?" Dia buat muka tertanya tanya.

 

"Sebab, Miya selalu happy abang, pandai masak,pandai jaga abang waktu sakit, selalu buat abang senyum,selalu jadi isterinya yang setia dan taat pada abang."

 

    Aku rasa aku dah buat dia terharu sebab mata dia berkaca sikit. Dia pun peluk pinggang aku. Kepala dia aku usap then aku cium sikit. Wangi duhh. "Miya pun sayang abang." Ujarnya."Since when?" Aku saja nak tahu. "Sejak Miya form 5." Okay tu aku terkejut. Bapak lama. Untungnya dia kahwin dengan crush. Nasib baik crush dia handsome and hot.

    Sekali kitorang pandang balik dekat tv, skrin tu tengah paparkan babak yang tak senonoh yang tak patut dilihat dan amat memalukan. Gelabah biawak kitorang mencari remote tv. Then,remote tu ada dekat celahan sofa. Miya terus tutup tv tu. Bila skrin tu dah gelap, kitorang pun hembus nafas tercungap. Aku pandang Miya. Miya pandang aku. Aku sengih. Dia pun. Hah,sekali aku dukung dia aku bawak dia masuk bilik. Sorry sayang, salahkan cerita tadi!

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet