How I Fall Into You~♥

HANNA' S POV

Aku betul2 yakin. Aku dah give up dengan dia. Well, aku percayakan dia since first time jumpa dia sampai lah 3 bulan sebelum bulan Disember ni. Macam mana aku jumpa dia?

     Well,aku ahli kelab kebudayaan teater. Satu hari aku terpilih untuk pergi audition dekat Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri. Aku terpilih dan lulus untuk audition tu. Aku dapat watak sebagai seorang dayang istana.

    Esoknya, ada ramai lagi yang lulus, hadir haritu. Ada dari macam-macam sekolah. Lelaki dan perempuan. Sekolah aku semua perempuan, so agak awkward untuk tegur budak-budak sekolah lain. Hanya certain je yang berani tegur. Tu pun senior aku. Sunbae-Hanny and sunbae-Daehee.

    Aku langsung tak tegur diorang semua sampailah second last day tu, ada budak lelaki nak tangkap gambar aku, mintak wechat id aku and nak ajak sembang. Jungki adalah salah seorang daripada yang ajak aku sembang dan juga kawan dia, Hongguk.

    Kitorang bertiga bersembang pasal sekolah kitorang and kitorang bergaduh. Gaduh pasal apa? Gaduh pasal sekolah siapa lagi teruk. "Sekolah aku lagi teruk." Itu jawapan dari Jungki. "No, sekolah aku laaagi teruk." Ini jawapan aku.  Sampailah Hongguk tu yang hentikan pergaduhan ."Pendek, diam. Keding, diam." Kitorang pun gelak.

    Lepas dah habis persembahan teater tu, ada lah certain dari diorang yang still tegur aku. Tapi Jungki dengan Hongguk, tak. Satu hari, Jungki tegur aku dekat facebook. Aku balaslah chat dia. Okay, nama full dia Kim Jungki. Lepas 2 hingga 3 hari sembang, dia banyak bagi aku pick up lines. Then, dia mintak couple kat aku. Aku pun terima.

    Sekarang, apa yang dapat aku cakap lepas 11 bulan couple ni, aku give up. Dia bukan je abaikan aku malah aku dapat tau dari Chungmin, kawan Jungki, rupanya Jungki ada skandal lain. Aku sedih sangat. Aku sayang dia tapi apa aku dapat?

    Jungki ni,banyak aku tau pasal dia. Dia ada penyakit mata yang kronik. Bila-bila masa je dia boleh buta. Aku pernah cakap kat dia, aku akan jaga dia even dia buta. Dia ada 6 orang adik beradik dan dia paling bongsu. Dia takda ayah. Ayah dia dah lama meninggal.

     Aku memang percaya cakap dia bila dia cakap dia tolong mak dia , sebab tu tak dapat chat ngan aku. Aku tak kisah. Aku simpati dengan dia. So, aku biarkan je. Tapi, dia tipu aku. Bila aku cakap aku sayang dia,  dia tak balas tapi dia akan cakap macam ni."Awak,saya rasa,saya tak layak untuk awak.Awak cantik, saya ni?" Bila every time dia cakap macam tu, aku sedih. Aku sayang bukan sebab seseorang tu handsome or kaya. Aku sayang sebab hati dia.

   Now, aku sendiri bukak akaun facebook dia. Aku bukan tak hormat privasi dia, tapi aku tak sedap hati.Aku bukak chat dia dengan seorang perempuan ni, nama dia Jang Mari. Aku baca previous chat dia dengan Mari. Aku sendiri tersentap. 

Jang Mari: Oppa, what are you doing right now? 

Kim Jungki: Chat dengan yeoja tulah .

Jang Mari:Nuguya?

Kim Jungki: Jung Hanna-sshi

       "He just called me as 'yeoja'?" Air mata aku tahan supaya tak mengalir. Aku terus baca chat .

Jang Mari: Oppa kata dah takde apa-apa dengan dia??

Kim Jungki: Memang takde apa dah, Biasalah dia tu kan memang macamtu.

Jang Mari: Ooh..oppa..do you love her?

Kim Jungki: Hell,no..

Jang Mari: So you love me?

Kim Jungki: No. I really really love you ,jagi.

       Pada saat itu, air mata aku mengalir deras. Dengan aku, dia tak pernah cakap sayang. Ada, sekali. Waktu dia mintak couple dengan aku dulu. Dengan Mari, bukan main sayang dia. Aku tekad. Aku perlu clash dengan dia."Jungki tak guna! " Aku sembam kan muka aku ke bantal dan aku jerit sekuat hati.

      Aku terus bukak akaun aku, and aku hantar chat dekat dia. Jungki baru je online. Aku lap air mata aku dengan hujung jari. Aku kuatkan diri aku, aku tarik nafas dalam-dalam.

Jung Hanna: Jungki-ah..

       Takde balasan lepas 5 minit. Aku tak lagi tegur dia dengan text-text manja macam dulu. Aku dah tawar hati dengan dia. 

JungHanna: Lets break up.

Kim Jungki: Wae?

Jung Hanna: You have the answer.

Kim Jungki: What's wrong?Are you okay?

Jung Hanna: Let me break your heart and see if you are still okay. Stop pretending like you don't know anything, cheater!

    Apa yang aku tau, aku rasa lega. Macam biasa, aku akan tegur Hongguk dengan Chunri and bagitau diorang aku dah break up dengan Jungki. Chunri, kawan baik aku dan sedara kepada Chungmin . Hongguk pulak dah jadi kawan baik aku. Diorang pun sedih bila aku bagitau kat diorang apa yang Jungki buat dekat aku. Hongguk betul-betul bengang dengan Jungki.Apa yang aku tau, Hongguk dah putus kawan dengan Jungki.

    Setahun berlalu, waktu cuti akhir semester, ayah aku bawak kitorang satu family, off road masuk hutan dekat Daessan. Aku mestilah akan jadi yang paling excited kalau masuk hutan. Aku suka ekspidisi yang mencabar. Apa yang aku terkejut, ayah aku rancang semua ni dengan kawan baik dia, Encik Jun.

     Sebaik saja sampai, family aku kebangsaan tunggu dalam kereta Pajero V40 milik ayah aku. Lepas 5 minit menunggu, family Encik Jun pun sampai dan mata aku tak lepas pandang pada sesusuk tubuh yang sedang memandang skrin telefonnya. Ya, anak kepada Encik Jun,Jun Mingguk. Aku pandang kakak aku, Hanni. Dia pandang aku dengan senyuman yang aku faham maksudnya. Kitorang berdua sebenarnya crushing dekat Mingguk dah lama. Mingguk 2 tahun lagi tua dari aku tapi 3 tahun lagi muda dari kakak aku. 

    Personaliti Mingguk ni, dia tinggi,hot,handsome,segak ,kemas dan selalu senyum. Itulah sebab kenapa aku dengan kakak aku minat dia. Dia lebih banyak berbual dengan Hanni berbanding aku.Aku pun takdelah crushing sangat macam kakak aku tu. Heh.

     First day dekat hutan tu, kitorang pasang kemah lepastu pergi main dekat sungai. Sungai tu sejuk dan kedudukan dia agak terpencil. Aku dengan kakak aku memang laju je masuk dalam sungai tu. Pastu aku nampak Mingguk pun masuk dengan pelampung yang besar." Mingguk-sshi, kau mandi guna pelampung eh?" Hanni menyakat. "Taklah, aku nak main kejap lagi." Balas Mingguk dengan senyuman dan berjalan ke bahagian atas sungai. "Hanni,Hanna!" Minggu jerit panggil nama aku dgn kakak aku. Mingguk baring atas pelampung dia dan dibawa hanyut dengan arus sungai.

     Aku dan Hanni terhibur tengok dia main macam tu. Hanni pun meninggalkan aku dan berenang ke tengah sungai. Untungnya dapat berenang. Aku mengeluh. "Hanna ke Hanni?" Mingguk menyapa aku tiba-tiba. "Hanna." Balas aku sepatah. Jantung aku mula berdegup laju."Aku tak boleh bezakan kau dengan Hanni,muka sebijik.Tapi beza umur 5 tahun." Minggu duduk sebelah aku di atas sebuah batu yang besar."Aishh,ada bezalah.." Aku membaling batu kecil yang aku kutip tadi ke dalam sungai. "Apa bezanya? Aku tak nampak." Mingguk pusing menghadap aku. Aku pandang dia."Mata aku coklat, mata dia hitam." Aku terdiam bila dia pandang mata aku. 

     Ada satu perasaan asing yang menyusup dalam hati aku. Aku pun tak tau apa dia."Haah,mata kau coklat,cantik. " Mingguk tersenyum. "Apa dia?" Aku rasa macam dia ada cakap mata aku cantik.Mingguk berdiri cuba lari dari soalan. Tiba-tiba Mingguk tutup mata aku. Aku terkejut so aku terpaksa pegang tangan dia yang ada dekat mata aku. "Ada lelaki bogel. Aku taknak mata cantik kau tercemar." Mingguk kemudian melepaskan tangannya. Aku agak terharu dengan perbuatan dia. Mingguk masuk ke dalam sungai dan berenang.

        "I think, I should get a thank you for that." Ujar Mingguk secara sarkastik.Aku tundukkan wajah aku. "T-thank you,Mingguk." Aku pandang ke arah lain."Ermm.  Lately, aku rasa teringin nak kau panggil aku 'Oppa'." Ujar Mingguk. "Hanni tak buat pun.." Balas aku. "Dia tu noona aku." Bila Mingguk jawab macamtu, aku rasa bodoh sebab tak fikir awal-awal. "Hanna, jomlah mandi sungai.." Minggu mengajak dengan pantas aku geleng."Aku tak reti berenang." Malu pulak nak mengaku benda macamni.

    "Comel la kau ni.." Minggu tersenyum kat aku."Hanna! Minji nak turun, ambik dia jap!" Ayah aku memanggil aku. Dengan segera aku mendapat kan Minji , adik perempuan bongsu Mingguk. Minji tersenyum kegembiraan bila aku dukung dia. Aku pun main dengan Minji sehinggalah Mingguk datang."Hanna, kau suka budak-budak eh?" Soal Mingguk. Aku menggangguk laju. Takkan tak suka. Comel gila budak-budak ni..

   Dalam pukul 5 macam tu, kitorang pun balik semula ke kemah. Disebabkan baju aku dah basah, aku pun tukar baju. Baju yang basah, aku sidai dekat tali yang disediakan. Jersey pink yang aku pakai tadi adalah pemberian dari Chunri sempena hari persahabatan.

     Aku bagitau mak, aku nak tidur sekejap sebab aku penat. Aku pesan dekat mak aku tolong kejutkan sebelum waktu makan malam.Sweater aku selimutkan pada tubuh aku. Hanni dengan Harrie, adik aku, pergi makan tteobokki yang mak aku bawak. Lepas berapa lama aku tidur, aku dikejutkan oleh seseorang. Sebaik aku bukak mata aku terus terduduk bila tengok Mingguk ada dalam kemah aku."Mingguk buat apa kat sini?" Soal aku dengan cemas."Mak Hanna suruh Mingguk kejutkan Hanna sebab diorang nak kena jumpa owner kawasan ni." Terang Mingguk."Jom pergi makan malam?" Mingguk mengajak."Give me minutes to get ready." Aku menyikat rambut dan memakai sweater tadi. Aku keluar dari kemah melihat Mingguk dan Hanni sedang berbual.

       Hanni menapak ke arah aku dan memaut bahuku seperti biasa jika kami bersama. Mingguk tersenyum dan menyuluh torchlight pada jalan yang gelap. Kami menuju ke sebuah gerai makan disitu dan melihat parents aku dan Mingguk dah menunggu disitu.Serta merta aku berlari mendapatkan mak aku."Mingguk berjaya kejutkan kamu." Ujar mak aku dan aku macam terkena renjatan eletktrik. Mingguk kelihatan tersengih.

    "Kamu tak bangun tadi so mak biarkanlah jelah. Memandang kan kamu sakit so, mak biarkanlah kamu rehat sikit." Terang mak. "Sakit apa auntie?" Soal Mingguk. "I-" Aku mencuit pinggang mak supaya tak memberitahu. "Hanna ni memang camni, suka pendam sorang-soran. Nanti kamu tanyalah dia sendiri." Ujar mak. Tiba-tiba telefon aku berdering. Aku meminta diri namun ditahan oleh mak. Mak memberikan isyarat- siapa?. "Jungki-sshi." Aku pun beredar. 

    "Siapa Jungki tu,auntie?" Soal Mingguk." Boyfriend dia.Biasalah tu muda-muda ni.. " balas Mak. Mingguk pun menggangguk.

 Hanna: What now?

Jungkook: I'm sorry..

Hanna: Enough,Jungki.We are over.

Jungki: I know, but can't you please give me second           chance?

Hanna: I don't think so.

Jungki: Please, I'm suddenly realized how much you meant to me.

Hanna: I hate you .

  Aku menamatkan panggilan dan mendapatkan mak yang sedang berbual bersama Hanni. Aku mengambil makanan yang disediakan secara buffet. Aku mencari tempat duduk kerana tempat aku dah diambil oleh Hanni. Aku mengambil keputusan untuk duduk dengan Mingguk yang bersendirian dan merenung langit yang gelap.Aku mencuit bahu aku dengan tangan kiri manakala tangan kanan aku memegang pinggan. Aku melihat Mingguk yang tersenyum hambar. Aku hanya mengambil dua ketul ayam goreng dan makan dengan tenang sehinggalah aku terganggu dengan Mingguk yang senyap.

     "Yahh, Mingguk-sshi !" Aku memanggil Mingguk yang menoleh ke arah aku. "Kenapa ni?" Soal aku sambil mencari matanya kerana terlindung dengan kegelapan malam."  So, is that Jungki guy is your boyfriend?" Soalnya dan sedikit sebanyak buat aku terperanjat. "No longer. I used to break up with him." Aku mengalihkan pandangan. "Wae? Kau playgirl eh?" Soal Mingguk dan serta merta aku menoleh ke arah nya. "Yahh, Hanna-sshi, janganlah nangis." Mingguk mengelap air mata aku dan membuatkan aku nervous secara tiba-tiba. 

    " 11 bulan aku couple dengan dia. Rupanya dia ada skandal dan tak pernah sayangkan aku." Luah aku lalu Mingguk memeluk aku dan kepala aku tersandar pada dadanya. "—Girlfriend dia cantik.So mungkin tu sebabnya." Air mata mengalir lagi. Tangan yang sudah sedia dibasuh aku gunakan untuk membalas pelukan Mingguk. Dia buat aku selesa bila dengan dia walaupun aku sering diserang rasa nervous. "Wow. He's a total jerk." Ujar Mingguk membuat kan aku ketawa sedikit. Aku sambung bercerita sehingga aku tertidur di dadanya.

MINGGUK'S POV 

      Mingguk mengangkat Hanna dengan gaya bridal style dan membawa gadis itu ke kemah.Mingguk memandang wajah Hanna yang tidur itu. Jarinya mengusap pipi Hanna. Kemudian, Mingguk beredar keluar dan menuju ke kemahnya."Mingguk-sshi.." Encik Jun memanggil Mingguk yang menoleh."Esok bangun pagi, kejut Hanna. Bawak dia pergi ladang kat belakang ni, jumpa Mak ngn abah kat sana." Pesan Encik Jun . "Untuk apa?" Soal Mingguk."Adalah.." balas Encik Jun.Mingguk menuju ke kemahnya dan tidur setelah jam menunjukkan pukul 12 malam.

KEESOKANNYA .

    Mingguk membuka zip kemah Hanna dan melangkah memasukinya. Hanna yang sedang melelapkan matanya dipandang. Cantiknya dia. Dalam diam, Mingguk menuju kecantikan Hanna. Jungki mengoncangkan badan Hanna. "Hanna,bangun.." Serta merta Hanna membukakan matanya."Kau cuci muka, berus gigi, pastu jom ikut aku." Arah Mingguk.

HANNA'S POV

     Aku agak terkejut dengan arahan dia, tapi aku  pun mamai jadi aku ikutkan je.Berus gigi dan pencuci muka dicapai dan dibawa ke sungai berdekatan. Sebaik saja air sungai mengenai muka aku, aku menjerit kesejukan. Mingguk yang aku lihat sesudah aku memberus gigi itu ,  sedang tergelak menjawab panggilan yang diterima. Ketika aku menyapukan pencuci muka, bahan berasid itu termasuk ke dalam mata aku. Aku menjerit kepedihan. Air sungai di kaut dan aku cuba basuh muka aku. Mingguk memusingkan badan aku dan mengusap muka aku sehingga buih itu turun dan mata aku ditiup. Sebaik saja aku bukak mata, dia tengah memandang aku dengan pandangan yang boleh buatkan hati aku berdegup laju.

    "Er..err..errr jom!" Tangan aku ditarik mengikutinya.Langkah kami menuju ke ladang di belakang kawasan perkemahan kami."Mak? Abah? " Aku keliru kat situ. Mak aku panggil aku suruh datang dekat dia dan duduk sebelah dia. Aku pun ikut je. "Kenapa ni?" Soal aku sebab aku seram tengok diorang semua tersengih kecuali aku dengan Mingguk yang memang blurr habis.

    Mak pegang tangan aku."Kami semua dah plan lama dah untuk satukan Hanna dengan Mingguk.Memandang kan kamu berdua rapat dan dsh lama kenal kan? Jadi kami semua bercadang—"  Hanna memotong. "Mak? Cakap apa ni?" Soal aku yang agak tak mengerti."Kamu akan berkahwin dengan Mingguk." Ujar ayah aku. "Apa ni? Hanni kan ada?" Aku menggenggam tangan mak. "Hanni lagi tua dari Mngguk.." Balas Mak. "Mak gurau je kan? Mak pun tahu Hanna tak nak kahwin waktu belajar." Aku menggoncang tangan mak."Takpe Hanna, no worry.." Ujar mak. Dan pada waktu tu, aku tahu aku tak dapat nak buat apa dah. Kehidupan aku berputar 360° . Aku taknak semua ni jadi. Aku betul-betul harap semua ni hanya mimpi.

   Sehinggalah pada satu saat aku sedar semua ni bukan mimpi, pada hari perkahwinan itu. Aku langsung tak tegur Mingguk sepanjang sesi menempah gaun dan aktiviti lain yang biasa dilakukan oleh pasangan yang bakal berkahwin. Aku sendiri pun tau yang Mingguk dah ada girlfriend nama dia, Sofea, dia sebaya aku. Cuma kampus kitorang je beza. Aku yakin mesti Mingguk pun bengang sebab kena kahwin dengan aku. 

 

 

   "You may now kiss the bride."

 

 

       Dan disitu ciuman pertama aku diambil oleh lelaki yang aku musuhi kini, yang aku cuba musuhi, Mingguk.Selepas 2 minggu berkahwin , aku dan Mingguk disuruh menetap dirumah sendiri yang telah dibeli oleh Encik Jun sebagai hadiah perkahwinan.

   "Semua benda nak cliché." rungut aku dengan perlahan. Mingguk yang terpaksa memegang tangan aku, dipandang. Dan aku sedar, wajahnya tercoret perasaan sedih. Aku mintak maaf. Pada mula aku hanya anggap kau macam crush. Aku mintak maaf sebab terpaksa heret kau ke dalam hidup aku. Aku mintak maaf.

      Beg-beg aku angkut dan bawa masuk ke dalam rumah baru. Mingguk ku lihat melakukan perkara yang sama. Ketika itu, aku menahannya. Dia agak terkejut dengan apa yang aku buat ni. "Awak nak bilik mana? Master bedroom atau bilik tetamu? Sebab bilik ada dua je." Soal aku dengan muka yang tak senyum. "Tak kesahlah. Awak nak bilik master ke?" Soal dia balik. "Emm awak gunalah bilik master." Balas aku sebelum beredar membawa beg ke bilik tetamu." Biasanya kalau situasi macamni, perempuan nak master bedroom. " Ujar Mingguk.Aku berpaling. "Saya still hormat awak sebagai suami." Balas aku dan menutup pintu bilik aku.

MINGGUK'S POV

     Mingguk mengeluh dengan sikap Hanna.Barang nya dibawak masuk ke dalam bilik utama."Aku ingat dia guna 'saya awak' tu dia dah maafkan aku..ceh pasrah." Monolog Mingguk sendirian lalu mencampakkan tubuhnya ke atas katil. Seketika selepas mandi, Mingguk memeriksa telefonnya.[1 MESSAGE]

Sofea: Oppa, jom keluar? Boring sangatlah

Mingguk:Kat mana?

Sofea: Taman dekat Namsan,boleh?

Mingguk: Of course lah sayang..

Sofea: I'll wait for you at 8. Don't be late.

Mingguk: Alright 

   Mingguk mengenakan kemeja biru tua dengan seluar jeans slim cut coklat perlahan. Sesudah siap keluar dari pintu, Mingguk melihat Hanna yang mengenakan blouse biru tua dengan skirt paras lutut berwarna coklat. Hanna yang sedang membelek handbagnya dihampiri Mingguk.

      "Kita dua ni nak keluar date ke apa?" Usik Mingguk. Hanna mendongak dan memandang Mingguk atas bawah. "Eww..taknak." Balas Hanna dan melaraskan handbagnya di bahu."Mingguk, bukak baju tu." Arah Hanna dengan reaksi serius."Pahal pulak?" Soal Mingguk yang bengang. Takkan sebab taknak pakai baju sama nak suruh aku tukar baju. Tahulah benci tapi biar betul minah ni?

      Hanna membuka butang baju Mingguk satu persatu. "Wei! Kau nak buat apa ni?" Mingguk gelabah.Janganlah pulak minah ni nak apa-apakan aku,Aku mohon.Mingguk kini bersinglet.Hanna membawa bajunya ke biliknya. Mingguk mengekori.Hanna menggosok bajunya."Lain kali baju tu jangan biar kedut. Kalau nak senang kain kali pakai je t-shirt.Tak payah susah-susah nak gosok. Awak tu lelaki kenalah kemas janganlah serabai je. Saya taknak kawan-kawan cakap suami saya ni sakai.Kawan saya semua pakat puji awak tu hensem. Hah, muka dah hensem, tinggi, hot, takkanlah nak cemarkan imej tu. Faham?" Bebel Hanna.

   Mingguk tersengih dan memeluk Hanna dari belakang."Awak ni dah kenapa?" Soal Hanna sambil me memandang Mingguk yang pelik."Terharu dengar 3 benda yang awak cakap." Mingguk tersengih nakal."—awak cakap saya hot, awak cerita pasal saya dekat kawan awak and awak mengaku saya suami awak." terang Mingguk. Hanna melepaskan pelukan dan mencapai handbagnya sebelum beredar."Malu lah tu." Mingguk tergelak kecil. "Btw—saya nak mintak izin keluar malam ni dengan Hongguk ,kawan saya." Ujar Hanna yang muncul semula dipintu bilik."Hongguk? Lelaki?" Soal Mingguk.Hanna menggangguk."Ermm, pergilah." Dengan serta merta Hanna berlari ke tingkat bawah. Kenapa aku nak jeles pulak kan? Aku dah ada Sofea lagipun aku bukan sukakan dia pun.

 HANNA'S POV

       Aku memeluk Hongguk yang baru tiba."Serious ah rindu kat kau. Apa cerita sekarang? " Sapa Hongguk sambil memeluk bahuku."Well, aku elok je.Jom duduk jap." Aku menarik tangan Hongguk agar duduk di bangku taman itu. Aku mengeluh. "Asal kau,Hanna?" Soal Hongguk."Kau ingat tak Jun Mingguk?" Soal aku sambil memandang wajah jejaka itu."Crush kau tu kan?" Balas Hongguk. "Aku dah kahwin dengan dia." Air mata aku mengalir."Hey, bukan ke tu benda baik,kau kan minat kat dia even—Oh aku lupa kau tak nak kahwin waktu masih belajar." Ujar Hongguk.Aku menyandarkan kepala aku pada bahu Hongguk.

        Hongguk berdiri dan menuju ke pokok bunga ros yang ditanam di taman itu lalu menghampiri aku . Hongguk kemudian melutut di hadapan aku. "Will you be my wife and willingly to accept my good and bad sides and never leave my side forever?" Ucap Hongguk membuatkan aku menekup mulut aku sambil air mata ku mengalir setitis. Jangan salah sangka, aku bukannya kahwin dgn dia. Apa yang dia buat ni adalah— "Demonstrasi cara lamaran yang Jung Hanna inginkan." Ujar Hongguk lalu aku memeluknya. "Kau ni tak guna betul, orang tengoklah." Bisik aku pada telinga si Hongguk. Dia hanya ketawa dan mencuit pipi aku."Aku nak buktikan yang aku dah jemu dengar ayat lamaran kau yang kau selalu ulang waktu cakap pasal cara melamar kegemaran kau." Usik Hongguk lalu aku ketawa. "Hanna!" Aku menoleh.

MINGGUK'S POV

     Mingguk memegang tangan Sofea namun fikirannya menerewang pada saat Hanna membebel padanya tadi.Comel sungguh isterinya itu.Seketika kemudian, dia terimbas akan peristiwanya yang memeluk Hanna tadi dan pipinya terasa bahang.Namun, angannya terhapus disaat seseorang menarik lengan bajunya.

    "Tengok tu! Sweetnya! Lelaki tu lamar gf dia sampai gf dia pun terharu." Jari Sofea di tuding ke arah pasangan yang berada di taman dan berdekatan mereka. Mingguk terkelu."Hanna.." Ujarnya perlahan.Hanna menggangguk lalu memeluk lelaki itu. Adakah Hanna bersetuju mengahwini lelaki itu? Macam mana dgn dirinya ini? Saat Hanna sedang ketawa, Mingguk menghampiri. "Hanna!" Aku menjerit memanggil nama isteriku. Sofea disebelah mula gelabah.Hanna menoleh.

    "Kau buat apa ni?" Soal Mingguk dengan nada keras."Kan dah bagitau saya keluar dengan Hongguk?" Balas Hanna lalu kepalanya ditelengkan ke sisi."Kenapa kau peluk dia?" Soal Mingguk."Sebab saya sayang dia." "Siapa dia pada kau!" "Kawan baik saya.Dan siapa dia?" "Dia Sofea." "See? Kau bawak gf kau sedangkan aku hanya berkawan baik dengan dia. Is it fair?" Hanna mencapai tangan Mingguk lalu dicium. "Maaf terguna bahasa kasar, maaf sebab peluk lelaki lain." Ucap Hanna dengan gelabah dan beredar meninggalkan Hongguk,Mingguk dan Sofea yang masing-masing meminta penjelasan. Mingguk memandang tangannya.

HANNA'S POV

   Aku menukar pakaian kepada baju tidur dan menanti Mingguk pulang. Jam aku pandang, baru pukul 9:40. Aku memasang television agar aku tidak kesunyian.Aku menonton cerita seram yang ditayangkan sehinggakan kerana takut, aku menangis. Aku terdengar bunyi pintu yang dibuka dari luar, aku tak endahkan. Aku masih lagi menangis sebab aku terlalu takut nak berjalan.

        "Hanna,awak kenapa?" Mingguk memegang kedua-dua bahuku. Aku terlompat kerana terkejut lalu memeluk tengkuk Mingguk yang nyata terkejut dengan tindakan aku."Cerita.. n-ni s-s-seram, ta-takut.." Belakang ku diusap perlahan. Dia mendukung aku lalu mencapai remote tv dan menutupnya.

      "Pergi tengok buat apa? Aduii awak ni.." Kepala aku diluku lembut oleh Mingguk membuatkan aku mencebik."Comelnyaa.." Dia bermain dengan daguku. Mingguk membaringkan aku di katil milik aku dan mengusap dahi aku.Seketika dia ingin bangun dan beredar ke biliknya, aku memegang pergelangan tangannya.

 

 

 

"Oppa , jangan pergi."

 

 

MINGGUK'S POV

      Mingguk nyata terkejut dengan tindakan dan permintaan Hanna. Wajah Hanna dipandang. "Tunggu oppa tukar baju dulu tau?" Hanna menggangguk lalu Mingguk beredar ke biliknya. Bajunya dibuka dan diganti dengan tanktop turquoise dan seluar track paras lutut. Mingguk bersandar pada pintu almari bajunya. "Huih, nervous pulak aku.." Mingguk meraup mukanya. 

    Langkahnya diatur memasuki bilik Hanna. Hanna masih lagi belum tidur dan tersenyum padanya.Mingguk membaringkan tubuhnya perlahan-lahan di sisi Hanna. Hanna mengiring memandangnya. Mingguk menghadap Hanna. "Hongguk tu kawan Jungki. Lepas couple dengan Jungki, Hanna start berkawan dengan Hongguk. Kalau Hanna ada problem dengan Jungki, Hongguk mesti tahu dulu. Sebab dia selalu ada je nasihat nak bagi. Lepas Hanna break up dengan Jungki, Hongguk pun putus kawan dengan Jungki." Mingguk mendengar penjelasan Hanna.

    "Tadi, Hanna jumpa dia sebab nak cerita dekat dia pasal hal kahwin semua ni. Dia pulak dah tahu cara melamar yang Hanna nak dari dulu.Tu yang dia buat demo. Sebab dia cakap dia dah banyak kali dengar Hanna sebut ayat yang sama kalau nak melamar.Biasanya, kalau nak cerita pasal Mingguk, mesti cerita dekat dia dengan Chunri.—" Bibir Hanna ditahan dengan jari telunjuk nya ."Hanna cerita apa dekat kawan Hanna tu pasal Mingguk?" Soal Mingguk yang dah la ingin tau. "Oh..sebenarnya...dulu..Hanna crushing dekat Mingguk." Jawapan Hanna membuatkan Mingguk tersenyum nakal. "Tapi kan..kenapa Hanna macam tak suka je dekat Mingguk?" Soal Mingguk. "Hanna tak suka kena kahwin time belajar. Nanti susah nak study. Nak kena jaga suami, jaga prestasi..takut serabut nanti." Terang Hanna lalu memandang Mingguk yang tersenyum. "Don't worry..Hanna still boleh belajar, Mingguk boleh je kalau nak mengajar Hanna. Biasanya gred berapa?" Soal Mingguk."4 flat. Cukup makan je, Mingguk? " Mingguk tersengih. " 4.7 je." Balas Mingguk.

    Hanna terkejut lalu memegang kedua-dua pipi Mingguk"Omona! Pandainyaaa!" Jerit aku. Mingguk memandang aku. "Mana ada.." Mingguk merendah diri.

 

HANNA'S POV

    Ketika pandangan kami bertaut. Mingguk tersenyum. "Hanna...apa awak rasa bila nampak saya dengan Sofea?" Soal Mingguk. Aku menarik tanganku dari pipi Mingguk lalu memejamkan mata. "Hmmm ngantuknya~ bye tidur dulu." Belum sempat aku membelakanginya tubuhku ditarik. "Jangan nak lari eh?" Mingguk mencuit pinggang aku membuatkan aku ketawa. "Eh eh! Esok kuliah pukul 8 nanti lambat pulak, lecturer marah." Hanna masih lagi ingin melarikan diri disoal. Gila nak jawab? Malulah aku.

    "Just nak awak tahu sebenarnya saya...jealous bila awak dengan Hongguk tadi." Mingguk membelakangi tubuh aku yang membelakanginya.

 

1 saat...

 

'Hanna..baik kau tidur... '

 

2 saat..

 

'Hanna jangan...kau tidur je.'.

 

3 saat..

 

    Aku duduk lalu mencium pipi Mingguk. "Saya pun sebenarnya jealous sangat-sangat bila nampak awak dengan Sofea!" Aku membaringkan semula tubuhku. Nafas ku hembus perlahan . Kemudian dapat aku rasa kan ada tangan yang melingkar di pinggang ku. "Thanks, sayang.." Mingguk membenamkan mukanya dibelakang tengkuk aku. Aku tersenyum kegembiraan.

 

KEESOKANNYA,

 

    Aku terjaga melihat tangan ku dipinggang Mingguk, tangan Mingguk di pinggang aku, manakala kaki kanan Mingguk berada di atas paha aku. Aku terlalu nervous pada saat ni. Kemudian Mingguk mengeliat membuatkan aku terkejut lalu memejamkan mata.

 

MINGGUK'S POV

 

   Mingguk membuka matanya dan melihat wajah isterinya yang masih tidur. Pelukan dieratkan pada pinggang lalu dikucup dahi isterinya itu. "Hanna, bangun.." Mingguk mengejut Hanna. Kemudian perlahan-lahan Hanna membuka matanya."Oppa, sekarang dah pukul berapa?"soal Hanna. " 7:30 pagi." Balas Mingguk. "Oohh." Hanna memejamkan semula matanya.

"Aihh? Kata kuliah pukul 8?" Soal Mingguk. "Tipu je..kuliah pukul 10 satgi." Hanna tergelak. Mingguk menggeletek Hanna menyebabkan Hanna ketawa sehingga mengalir air mata. Mingguk kemudian bangun menuruni katil. "Nak pergi mana?" Soal Hanna. "Balik bilik lah..kita bukannya share bilik pun. Hanna lah tak kasi." Mingguk mencebik. "Lepas habis exam nanti baru boleh." Hanna menjelir. "—tapi kalau Hanna rindu, Hanna panggil tau?" pesan Mingguk pada Hanna dan beredar ke biliknya.

 

HANNA'S POV

     Aku mengenakan kemeja peach labuh dan seluar jeans berwarna coklat. Rambut aku yang paras pinggang ku lepaskan dan memakai kasut heels berwarna peach. Beg berwarna hitam aku galas dan meletakkannya di tepi pintu.

    Aku menuju ke dapur dan menyediakan sarapan buat Mingguk yang sedang bersiap untuk menghantar aku ke kampus. 

Aku menghidangkan roti bakar yang disapu dengan jem blueberry di atas meja makan. Mingguk yang aku lihat mengenakan T-shirt peach dan seluar coklat tua. Aku tersengih. "Saja eh?" Usik aku. "Alang-alang ada baju colour sama. So, pakai jelah..baru nampak sweet sikit."balas Mingguk lalu mengusap rambut ku. " Oookkaayy.." Balas ku lalu menjuih bibir dan tersenyum. Tak sangka aku dah boleh rapat dengan dia lepas 3 minggu berkahwin dengan dia. 

    "Hanna reti masak tak?" Soal Mingguk membuatkan aku tersenyum."Entah...tak boleh kut." Balas aku . " Yeke?" Mingguk mengecilkan matanya. "Hahaha..of course lah boleh." Aku tergelak. Mingguk mencuit pinggang aku.

Mingguk kemudian mengambil tempat dihadapan Hanna. Roti bakar dicapai."Hanna sapu jem apa?" Soal Mingguk. Bingo! Aku tersenyum. "Jem strawberry." Aku melihat reaksinya. "Hanna..oppa tak—" Aku tersengih lalu menutup bibir nya menggunakan jari telunjuk ku."Jem blueberry. Even kita tak rapat dulu, tapi Hanna ambil tahu lah makanan apa yang abang allergi." Ujar aku. "You know.. Sofea pun tak tau benda ni.." Luah Mingguk. Aku terkedu."That's why oppa tanya. Hanna ni memang isteri yang baik lah dan cantik jugak." Lagi sekali aku terkedu. Tangan Mingguk aku capai. "Oppa, jangan risau.. Selagi kita bersama, Hanna jaga makan pakai oppa." Luah aku. "Baik kita cepat. Sekarang dah 9:20. Takut lambat." Aku mengangkat pinggan yang sudah selesai dan mencucinya di sinki.

      Seketika aku sampai di bahagian ruang tamu, aku lihat Sofea yang memeluk tengkuk Mingguk yang berusaha menolaknya. Aku mencapai beg aku dengan perlahan lalu melepasi mereka dan keluar dari pintu rumah. "Hanna!" Mingguk memanggil nama aku.

 

MINGGUK'S POV

   Mingguk membuka pintu rumah dan mendapati Sofea yang sudah terpacak di depan pintu rumahnya.Mingguk yang amat terkejut terlompat sedikit ke belakang. Sofea menghampiri lalu memeluk tengkuk Mingguk. Mingguk cuba menolak Sofea kerana dia tidak selesa diperlakukan sebegitu. Dan pada ketika itu, Mingguk melihat Hanna yang berjalan tanpa menghiraukan situasi itu.Mingguk menolak Sofea dengan lebih kuat lalu memanggil Hanna. Hanna tidak menoleh. Mingguk segera mencapai tangan Hanna. Mata Hanna sudah berair.'Alamak...' Belakang tapak tangan Hanna dikucup oleh Mingguk."Hanna..janganlah macamni..maafkan oppa eh?" Ujar Mingguk. Sofea merenung aku tajam. "Oppa..pergi lah..Sofea datang tu..Takkan biarkan dia tercongok dekat situ? Pergilah." Ujar aku perlahan dan cuba melepaskan tangan aku dari pegangan Mingguk. Mingguk menggenggam erat tangan aku. "No..buat apa oppa nak pergi sana, Lagipun..oppa nak  hantar wife opp ni pergi kampus untuk pertama kalinya." Balas Mingguk dengan teruja. Aku menggangguk bersetuju. Sebelum mendekati kereta, aku menegur Sofea. "Mind to join me?" Sofea mendengus.

    "Hanna, oppa ambik wallet jap!" Mingguk berlari memasuki rumah. Sofea menolak aku yang ingin memasuki bahagian seat sebelah pemandu. "My place." Ujar Sofea dengan dingin. Aku menjongketkan bahu kemudian memasuki kereta bahagian seat penumpang. Mingguk yang baru memasuki kereta terpana seketika lalu memandang aku. Aku menjongketkan bahu dan tersenyum. Mingguk mencemik. 

     Sesampai saja di dalam perkarangan Busan College, Mingguk menurunkan Sofea. Sofea ingin memeluk Mingguk namun lelaki itu menolaknya keluar. Hanna tergelak kecil kemudian mengambil tempat duduk di sebelah pemandu tadi setelah dipanggil oleh Mingguk. "Hanna, college mana?" Soal Mingguk lalu memandang aku. "College lama Mingguk." Balas aku. "Shin Jonwoo International College??" Soal Mingguk. Aku menggangguk. "Ehh? Tak perasan pun Hanna dulu?" Soal Mingguk. "Oppa bukannya sedar pun Hanna wujud kat situ. Penat je struggle nak dapat anugerah dekan sebab nak jumpa Mingguk, tapi tak perasan pun." Luah aku lalu mencebik.Kepala aku diusap. "Elehh..ngada-ngada lah." Pipi aku menjadi mangsa cubitan. 

    Ketika ingin menurunkan aku di kampus, Mingguk turun untuk membukakan pintu buat aku. Aku pun tersenyum. Tangannya aku kucup dan aku menerima ciuman di pipi kanan. "Study elok-elok. Jangan berangan,jangan angau kat oppa. Fokus,okay?" Aku tersengih dan menggangguk. Aku segera berlari menuju je pintu kampus selepas aku memeluk Mingguk untuk 3 saat. "Bye!" Aku melambai.Mingguk melambai balik. "Bye, love you!" Mingguk segera memasuki kereta.Senyuman aku memekar. "Dia cakap love you ke tadi?" Dan aku terjerit kecil bagai orang gila...

    "Hanna, asal Mingguk yang hantar kau pergi sekolah? Kenapa kau cium tangan dia? Kenapa dia cium pipi kau? Asal dia cakap love you kat kau? Apa hubungan korang?" Tiba-tiba aku diterjah oleh Chunri, kawan baik aku yang agak mereng tu. "Panjang cerita nya.." Balas aku. "Make it short." Arah Chunri. "Well.." Aku mengangkat jari manis ku yang tersarung cincin emas putih. "OMG ! COUPLE KE??!!" Chunri ni memang tak reti jaga mulut. Aku mengarahkannya senyap. "I'm married to him. Arranged married." Ujar aku selamba. "Bukan kau tak suka kahwin waktu belajar ke?" Soal Chunri. "First dulu aku bengang dengan Mingguk. Tapi lama kelamaan, dia sweet sangat..so aku melting kat dia." Terang aku lalu memukul lengan Chunri agar dia kembali fokus. Gadis itu terkebil sebelum memandang ke hadapan.

       Ketika selesai pembelajaran di sekolah, aku menunggu Mingguk datang mengambil aku. Namun, aku terasa seperti ada yang menolak aku sehingga aku jatuh terduduk. Aku mendongak."HanMie kau kenapa?" Soal aku dengan riak marah. Mana tak bengang, kau tak kacau orang tiba-tiba kena tolak. HanMie,Chunjie,Yurie dan Yunbie mentertawakan aku. Kemudian bahu aku ditolak dan rambut ku dicengkam oleh dua orang dari ahli mereka. "Apa hubungan kau dengan Mingguk-sunbae, hah?" Aku diherdik oleh HanMie yang tergila-gilakan Mingguk ketika Mingguk masih bersekolah disini dahulu.

      Aku senyap.Belum tiba masanya lagi untuk aku dedahkan hubungan aku dengan Mingguk. Buruk padahnya nanti. Tiba-tiba pipi aku dilempang kuat oleh Yunbie.  Aku merenung tajam wajah mereka. "Siapa bagi kau kebenaran nak SENTUH aku?" Tengking aku. "Aku." Chunjie mengangkat tangan dan maju ke depan. "Kau nak apa?" Soal aku. "Aku nak tau kenapa Mingguk dengan kau bukan main sweet dekat depan pagar sekolah tadi?" Ujar Chunji. "Apa masalah nya dengn kau ,hah?" soal aku. Sakit kepala aku tak endahkan, apa yang aku tahu, aku rasa nak siat je perempuan ni."Siapa tak bengang kalau senior paling hot dekat kampus ni dapat kat kau?" Sindir Yurie. 

    "Sayang? Kenapa ni?" Mingguk menerpa lalu memeluk aku. "Oppa..Hanna hodoh sangat ke untuk oppa?" Soal aku dengan manja dihadapan 4 orang gadis mereng tu. "You are the most prettiest girl I ever had in my life,sayang." Balas Mingguk lalu mencium dahi aku."Mingguk-sunbae." Panggil Chunjie. Mingguk memandang lalu mengangkat keningnya sebelah. "Siapa Hanna pada sunbae?" Soal Chunjie. Mingguk memandang aku lalu aku menggangguk. "She is my beloved wife.. Any problem?" Balas Mingguk lalu menarik tangan aku dan membawa aku ke kereta.

       "Hanna , apa jadi sebenarnya?" Mingguk melepaskan pelukan pada Hanna yang sedang menangis. "Takde apa.." Hanna mendalihkan mukanya ke tempat lain. Mingguk menggunakan jari telunjuknya pada dagu Hanna agar Hanna memandangnya. Hanna mengeluh."Diorang jeles oppa hantar Hanna pagi tadi." Mingguk tercengang. "Jinjja??! Waegurae?" Soal Mingguk. " Oppa kan hot kat kampus. Oppa kan ramai peminat. Sebab tulah.." Hanna berdiri untuk beredar ke bilik."Jom oppa bersihkan luka tu." Mingguk memimpin Hanna ke bilik air.

   First aid kit dikeluarkan dari kabinet dan diletakkan di sisinya. Mata Hanna berair. Mingguk menyapu ubat iodin pada luka di pipi Hanna."Hanna, kuatnya diorang tampar.." Mingguk memandang Hanna yang senyap." Hanna, kita report kat pengetua okay?" Cadang Mingguk. Hanna menggeleng. "Please? Hanna janganlah macam ni.." Pujuk Mingguk. Hanna membatu. "Hanna.." Air mata Mingguk setitis jatuh je pipi. "Please Hanna, oppa tak naklah tengok Isteri oppa kena teruk macam ni. Please.." Air mata mengalir lagi. Sayu hatinya tengok isterinya yang sudah bercalar pipinya. Wajah Mingguk yang menunduk dipandang. Hanna memegang pipi Mingguk lalu mengelap air matanya. "Jangan nangis.. Okayyyy.. Jom bagitau pengetua.." Jawapan Hanna membuatkan Mingguk tersenyum lebar.

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet