Diary #01

Hai cik adik cik adik semua! Yes yes meeudon dah lama menghilang seperti tikus yang lupa akan tuan rumahnya yang banyak berjasa. Lately, saya sangat sibuk dengan kerja-kerja yang diberi walaupun dah nak habis sekolah. Bila ada masa terluang pula saya tertidur ataupun berchatting dengan kawan-kawan. Ada juga lah terfikir nak update fanfic tapi masalahnya mati akal so blalalalallakakakakkalaka.

 

Ya ya meeudon putuskan untuk buat diary sendiri di aff ni setelah beberapa tahun tak buat diary. Oh sebenarnya saya dulu tak tahu pun apa itu diary dan apa yang perlu diisi di dalamnya, saya cuma tahu tepek biodata kawan-kawan dekat dalam tu je lepas tu jadikan buku conteng. Sebab tak mahu ahli keluarga yang lain baca sebab saya rasa buku tu merepek jadi saya sorokkan dekat tempat yang tersembunyi dan berhabuk; bawah katil semestinya ataupun saya campak dalam stor. Akhirnya saya lupa tentang buku tu sehinggalah suatu hari, setelah beberapa tahun berlalu, saya jumpa dan baca balik, saya rasa awkward dan terus buang dalam tong sampah. Tak, sebelum tu saya koyak dulu supaya orang yang terjumpa buku tu dalam tong sampah tak baca.

 

Hujung minggu. Hari kita berbahagia sebagai seorang pelajar yang bencikan hari persekolahan macam saya. Selalunya pada hujung minggu saya akan tengok movie mana yang best lepas tu set masa. Lepas lama menunggu akhirnya saya terlupa ataupun kalau saya ingat, keluarga saya bawa pergi jalan. Baiklah [sayamasihkuat] lagipun saya tak kisah sangat pasal movie tu, bak kata mak saya, ada ulangan lagi tu. Sebagai seorang anak yang baik dan berhati princess Aurora [izinkan saya perasan], saya ikut saja sebab mana tahu ada orang sudi belanja saya atau saya akan pura-pura terlupa bawa duit dan minta orang belanja. 

 

Yang paling saya tak suka, bila perkataan sekolah menari-nari di kepala otak saya. Selalunya bila saya terfikir pasal sekolah, secara tidak langsung terhurai sendiri. Homework dan bangun awal, iron baju dll. Dalam keluarga, saya dikenali sebagai seorang yang pemalas dan berjiwa [nantikejap]. Mulalah cakap, nanti je lah iron baju nanti jelah buat homework, oh don't trust me, saya tak hingin buat semua tu, akhirnya saya akan buat pada keesokan paginya sebelum ke sekolah. 

 

Tapi pada malam sebelum hari persekolahan bermula, selalunya bila saya sedang mencuci muka di tandas, saya akan terfikir, takdelah teruk sangat, macam biasa je pergi sekolah, besok kan ada perhimpunan lagipun kerja tak banyak, dapat jumpa kawan dan dapat tau gosip terbaru. Semuanya menenangkan bila kita berfikiran positif, tapi kenapa mesti waktu cuci muka?! Ahhhhh saya tak suka pencuci muka saya sekarang, tak best dan bau dia sangat clichè!

Comments

You must be logged in to comment
Mrs_Sacak #1
" positif, tapi kenapa mesti waktu cuci muka?!
Ahhhhh saya tak suka pencuci muka saya
sekarang, tak best dan bau dia sangat clichè!" and i was like, apa akak ni cakap brubah2 topik je ni xD AND KAK HAIPAIP KEJAP! lol i hate school too~…~
aquariusxpisces
#2
Hahahahah XD samalah...mula² tulis diary, pastu jdi buku conteng. Skarang diary tu dah dijumpai and...rasa sayang nak buang XD