Apabila menerima 'pop kuiz' sewaktu sakit kepala *mulutberbuih*

I don't know if you know this but resdung boleh mengundang kepada sakit kepala dimana senak dibahagian hidung diantara mata(?) mata rasa bepasir,top of your head rase sakit dan pedih dan rase berat. Ini bukan migraine semua dan saya hidapi benda 'menyeronokkan' ini hampir setiap bulan. That's why kalau saya ckp saya sakit kepala dan org tak percaya saya rasa nak belasah je org tu.

Khamis lepas,saya diserang benda ini sewaktu tengahari,saya rasa nak pengsan,dengan tempat duduk penuhnya dekat tempat menunggu kedatangan penjaga(ohmai awkward gila bahasa aku). Lepastu ada tempat duduk kosong satu,aku tenung 5 saat. Ada budak perempuan tu duduk bangun duduk bangun,lama tu dia kaku. Aku pun dengan pantas macam petir duduk..then..

"Alah..dia duduk......Hmm..takpelah,kasi ajalah dia duduk"

 Hello,I'm your senior okay *flip tudung* aku senyap ajalah,aku nak patah kaki dah ni berdiri aje,walhal sebelah tempat duduk kawan dia tu kosong aje tapi dipenuhkan dengan buku,apakah?

lama punya tunggu tak sampai2..Sampailah seorang budak ni yg pengawas pusat sumber macam aku datang

"Akak,akak tak pergi dekat library ke?"

Aku geleng.

"Kenapa? Ada kelas ke?"

Dengan malunya menggeleng. Aku ponteng datang library,alahh..hari ni bukan aku bertugas pun dan..aku dah PENAT HARI SABTU AKU KEMAS BUKU ORG LAIN DUK SIBUK BERMAIN TELEFON!.

"Akak,tadi cikgu mengamuk sebab ramai tak datang.Then dia ckp kalau ada pengawas yg malas,dia nak pecat"

Oh mai,pecatlah..aku pun dah terseksa,aku tak tahu kenapa tahun lepas aku excited nak jadi pengawas perpustakaan.

"Akak,kita penat gila naik turun kelas..Akak tingkat berapa? tingkat 2?"

*geleng* "Er..Tingkat tiga"

"ohh..Saya tingkat 4..penat sangat naik turun bilik seni lepastu bilik guru,penat sangat"

Kepala aku sakit,muka aku macam orang nak berak rasenye waktu tu.HAHAHA xD. Aku tak reti reaction camne dah.

"Akak kelas apa?4A? Eh 5A?"

*geleng* "5c"

"Oh..muka akak macam org kelas 5A je"

Ohmai,akak ni terlampau jauh nak jejak kelas 5A tu. Math pun tak lulus sepanjang ting 4.apece? Tapi aku gelak ajalah.

"Buku apa tu kak?" 

"Buku sains"

"tengok sekejap"

Dia buat sesi membelek,then dia tanya aku ingat lagi tak yang form 4 punya pelajaran. Aku dah cuak.

"Akak,mari saya uji akak,kasi akak soalan,akak ingat tak lagi"

Aku rasa macam aku bodoh sangat sebab sedang seperti diajar budak muda dari aku.haha *cried* Tambahan lagi,kepala aku sakit nih,ugh..Aku rasa nak pengsan aja waktu tu.

"Ada berapa sistem saraf??"

Alamak..Sistem saraf..apende tu?? oh my..saraf aku dekat mana? ugh..kenapa manusia ada saraf?(ini aku fikir,lol)

"urr...."

*dia mula menerangkan tentang saraf,aku sure dia baru belajar bab saraf ni.

"Otak ada berapa bahagian?

"3"

"Yeay!Akak pandai"

Well,aku dah belajar setahun awal dari kau. HAHHA xD.

"Apa tiga bahagia tu??"

Damn. Apende ek? Lum? lam? Rum?

"Cerebrum?"

"Lagi?"

Alamak.Kalau aku tak jawab mesti dia fikir aku bodoh.

"Cereblum"

"Cerebrum dulu,kak"

Alah,apa-apa ajalah..

"Cerebrum..Cereblum..Medula?"

"Medula..yep?"

"Medula oblongata"

"Yeay akak pandai!"

Entah kenapa aku macam menerima kejayaan baru pandai eja ayam,cili,kucing.

"Saraf spina ada dekat mana?"

"Otak???" Aku terkebil2.

Dia terangkan.AKu tak ingat,kepala aku sakit. 

yang aku ingat,aku ada jawab adrenaline,pankreas. HAHHAHA xD.

Serius kepala aku sakit,aku angguk je apa dia ckp

 

Comments

You must be logged in to comment
Jimin_BTS_ComeyXD
#1
Aduh kesian xD