Unexpected Greeting!

Nak dimulakan dengan cerita,pada suatu petang yang tidak begitu damai dimana aku dan ibu berjalan beriringan ke sebuah bangunan yang dipenuhi agak ramai orang dan mempunyai kesesakkan serta ketidak selesaan sewaktu menaiki lif yang disediakan. Ugh, aku pergi teman ibu main bowling dengan kawan-kawan dia dan aku pun macam 'oh oh oh,mungkin inilah peluang untuk aku rasai suasana tempat bowling tu acane memandangkan aku noob lagi jakun. 

Setibanya disana,apa yang aku bayangkan dengan apa yang berlaku sangatlah berbeza. Langsung tidak meraih ketenangan! Bunyi bingit bola bowling di baling ke atas lantai berdentum mengalahkan kilat petir memanah sewaktu ribut di malam yang bingit. Pergh,sungguh aku rasa macam nak gugur jantung masa tu. Aku cubalah mengelakkan diri daripada sewel akibat pendengaran bakal punah dan rosak dengan bunyi yang tidak diingini tersebut dengan mendengar lagu menggunakan earphone. Malangnya aku sendiri konfius lagu apa aku dengar,jikalau mood shuffle dipasang,nescaya aku fikir lagu kpop kedengaran lagu hindustan veteran.

Sebabkan aku stres bangat macam dah ada social anxiety lantas aku pun ke sofa yang berkedudukkan agak jauh dari manusia yang sedang beraksi lincah bak atlit bowling negara dengan gaya sumbang bak lagu jazz kearah rock. Aku dengar lagu dengan wajah blur serta keluarkan note book untuk mencari inspirasi serta tulis kebengongang yang terjadi pada diri namun usaha dalam melakukan perkara tersebut hanyalah berlangsung kurang daripada lima minit dek orang pandang aku semacam dan aku tak suka dijudge oleh mata asing mahupun familiar. 

Tak lama selepas tu,segerombolan*haha*makcik-makcik dan anak dorang berkunjung ke sofa yang aku miliki seorang diri walaupun keluasannya cukup untuk sebuah family. Aku tak pasal-pasal macam ahli anggota dorang sekali. Dorang bersalam-salaman tanpa hiraukan aku sehinggalah muncul makcik yang kelihatan eksited tahap gaban datang,dia hulur tangan tanpa bersoal kata serta muka dipadankan dengan senyum lebar persis model yang menjadikan gigi sebagai aset serta daya penarik. Tuptup,tangannya dihulur pada aku,aku pun macam erk,aku bukan anggota ni aku bukan sama seperti yang lain,tapi aku sahut ajalah tangannya. Fuh,itu jelah aku nak cite entahlah masuk ke tak dengan tajuknya,adios!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Mak cik tu sporting haahaXD tapi kalau orang yang tak biasa mesti awkward gila kannn?XD