003: Permintaan Mama

My Boyfriend And His Rival
Please Subscribe to read the full chapter

0 3 : P E R M I N T A A N   M A M A

 

Syarikat Pakaian Sukan Q, Gangnam--

“ini Son Naeun?” suara lelaki yang dia tidak kenali. Naeun terkejut. Lelaki itu malah tahu nama keluarganya.

“Siapa ni?” Naeun inginkan kebenaran. Orang it terus mematikan panggilannya. Siapa dia? Bukan suara Myungsoo. Ahh! Aku patut dengar cakap Myungsoo. Naeun cuba melupakan apa yang terjadi. Dia menyambung kerjanya.

 

Masa berlalu—

Naeun pulang dari kerja dijemput Myungsoo. Myungsoo tunggu diluar pejabat. Tetapi Naeun lambat. Myungsoo beranikan diri pergi masuk dalam bangunan itu. Selama ini dia memang tidak berani mengampiri bangunan itu kerana takut terserempak dengan pihak atasan yang mengenali dirinya sebagai anak ahli perniagaan yang terkaya di Korea.

Sementara itu, Woo Hyun mahu berjumpa dengan Naeun. Woo Hyun mengejar Naeun. Woo Hyun mencapai tangan Naeun dari belakang. Myungsoo nampak! Myungsoo mengecilkan matanya melihat kedua-duanya.

“Naeun-ah. Jom aku hantar kau balik.” Kata Woo Hyun. Naeun membiarkan saja tangannya dipegang Woo Hyun.

“Tak apa lah. Boyfriend aku datang jemput. Dia dah tunggu di luar.” Balas Naeun. Woo Hyun tidak terkejut.

“Kalau macam tu tak apalah. Oh ya! Rumah Ibu Ayah kau masih yang lama ke? Kedai Makan mereka?” Woo Hyun Bertanya.

“Eo… masih yang sama. Kedai makan pun still ada. Datanglah jumpa mereka. Mesti dia orang gembira dapat jumpa kau.” Ujar Naeun. Woo Hyun mengangguk. Sebelum pergi dia sempat menepuk bahu Naeun. Mereka kelihatan mesra.

Naeun berpaling meneruskan langkah untuk keluar dari bangunan itu. Sebaik Naeun mengangkat kepalanya, dia terkejut melihat Myungsoo dengan muka tidak gembira yang berdiri sambil berpeluk tubuh di sebalik pintu kaca itu.

Alamak! Dia Nampak Woo Hyun ke tadi? Naeun mengatur ayat sekiranya Myungsoo bertanya. Wajah tidak bahagia.

“Myungsoo-ya. Berani betul datang depan pintu nak jemput saya.” Kata kau dengan nada yang biasa.

“Kenapa tak berani pulak? Sebab awak lambat sangat nak keluar.” Nada Myungsoo seperti marah. Myungsoo bergerak menuju kearah kereta.

Cemburu lah ni. Woo Hyun tu bukan siapa-siapa pun. Naeun mencebik. Tak lama kemudian dia mengetap bibir lalu muncul lah senyuman nakalnya.

Naeun berlari mengejar Myungsoo dari belakang. Dia menghampiri belakang Myungsoo. Kedua tangannya diletakkan dibahu Myungsoo seperti minta digendong dari belakang.

“Apa ni Naeun?!” Myungsoo sedikit terkejut dengan kelakuan Naeun.

“Nak dokong belakang…” Suara Naeun lembut.

“Apa ni… awak tu pakai skirt. Koyak nanti!” Kata Myungsoo lagi.

Naeun tidak mengalah. Dia kembali ke belakang Myungsoo dan melompat ke badannya. Myungsoo akur. Naeun memeluk Myungsoo dengan kuat. Pipinya sengaja dilagakan dengan pipi Myungsoo.

“Myungsoo-ya” Naeun memanggil.

“Apa lagi?” Jawab Myungsoo malas.

 “Kita pergi warung ddeokboki tu jom?” Naeun menunjukkan warung yang tidak jauh dari situ.

“Baiklah, Naeun-ssi” Ujar Myung Soo.

“Bukan macam tu… sebut ‘ja-gi-ya’…” Suara Naeun manja.

“Tak nak” Balas Myungsoo. Dia masih merajuk mungkin.

“Boleh lah, boleh lah…” Naeun menggerak-gerakkan kakinya seperti anak kecil membuatkan Myungsoo tak stabil ketika mendokongnya.

“Kya! Kya! Jatuh lah nanti!” Myungsoo meninggi suara. Naeun buat lagi. Kali ni Myungsoo mengalah.

“Yelah! Yelah jagiya…” Naeun tersenyum kali ni.

“Sekali lagi!” Naeun menunjukkan jari telunjuknya tanda sekali lagi. Sambil mukannya memandang wajah Myungsoo.

“ja-gi-yaaaaa!” Myung Soo menjerit kali ni. Orang-orang disitu memandang mereka. Naeun puas hati.

“Go-ma-wooooo!” Naeun turut menjerit. Naeun mencium kepala Myungsoo. Myungsoo terkejut. Dia turut tersenyum bahagia.

Rajuknya yang tadi itu terus dilupakan. Hilang penat Myungsoo seharian ini. Naeun memang pandai menawan hatinya. Mereka ‘dating’ di warung ddeokbokki. Kemudian Myungsoo menghantar Naeun pulang.

 

 

Kawasan Perumahan Seongbuk

Myungsoo menuju kerumahnya. Dia melihat lampu di rumahnya terbuka. Dia yakin mama dan papanya berada dirumah. Dia masuk ke perkarangan rumah.dia melihat papanya berdiri di pintu rumahnya.

Myungsoo keluar dari kereta—

“Sampai bila kamu nak pakai kereta buruk ni? Papa boleh belikan kereta keluaran sekarang kalau kamu nak.” Papanya cuba menegur Myungsoo.

“Taknak.” Jawab Myungsoo pendek. Dia langsung tidak memandang wajah papanya. Dia terus melangkah masuk ke rumah. Papanya turut masuk ke rumah mengejar Myungsoo.

“Kim Myung Soo! Tunggu!” Papanya memanggil. Myung

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
Siapa rindu Myungeun Couple?! My Boyfriend and His Rival membawa semula kisah mereka!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet