That Boy

Sesuatu Tak Kena Tentang Dia

Onew. Budak sengal tu tak habis-habis kacau aku dulu. Dia selalu ceriakan aku dengan lawak bodohnya. Aku sukakannya kerana itu. Dia selalu menceriakan hariku yang suram. Apa khabar dia agaknya? Sudah 3 tahun aku putuskan hubungan dengan dia. Masa itu aku tak fikir panjang. Aku tak fikir perasaan dia sebab dia selalu senyum dan katakan yang dia hanya baik2 sahaja.

 

Aku mengeluh panjang. Suasana di dalam kapal terbang itu sungguh membosankan. Aku mahu tidur namun mataku tidak terlelap. Aku hanya memerhatikan pandangan di luar jendela sahaja. Perjalananku pulang ke kampung halaman masih panjang. Kampung halamanku di mana aku bersekolah dengan Onew suatu ketika dahulu. Mama dan papa semua kenal dengan Onew. Entah kenapa fikiran ini hanya fikirkan lelaki senyuman manis itu dan bukannya tunangku Ryeowook.

 

“Oohhh.. mianhae, ni tempat saya,” kata seorang lelaki kepadaku sambil menunjukkan kerusi di sebelahku. “Ahh.. nae” kataku sambil tunduk hormat lalu mengambil barangku di kerusi itu untuk dialihkan. Lelaki itu duduk di sebelahku. Aku curi2 melihat wajah lelaki itu. Hidung mancung tu. Mata sepet tu. Onew??! Aku melihat wajahnya dekat2 dan mengelipkan beberapa kali mataku. “Onyu, majayo?!” kataku kepadanya untuk kepastian. “Oh… lu..na..shi??” katanya lagi. “Nae!” kataku terharu dapat jumpa kawan lama di sini. :’) Sudah beberapa tahun aku tak dengar khabar berita dia dan finally dapat jumpa depan mata. Aku rasa macam nak nangis je skrg ni .

 

Onew senyum padaku. Segera dia memeluk erat aku. “Luna, aku rindukan kau.. kau pergi mana?” tanyanya membuatkan aku serba salah nak cakap apa. “Err.. aku.. aku .. gi oversea..kerja” kataku bohong padahal aku ke China untuk larikan diri dari dia setelah aku break up dengan dia. Kononnya aku dapat mulakan kehidupan yang lebih baik dengan Ryeowook. Tapi semuanya hampa.

 

“Fuyoo.. keje oversea.. maju kau skrg,” katanya sambil mencuit daguku. Aku hanya tersenyum malu. “Kau pula?” tanyaku kembali. “Aku gi cuti kat China, amik angin sekali sekala” katanya sambil tersenyum. Ahh.. senyuman itu. Sama seperti waktu pertama dia senyum kat aku. Setelah itu kami bersembang sampai masing2 tertidur. Gembiranya dapat jumpa lelaki itu kembali.

 

“Cik, tolong bangun, pasangkan tali pinggang,” kejut seorang pramugari. Aku memerhatikan sekeliling. Semua orang Nampak cemas. Kenapa? Aku menanyakan kepada seorang pramugari dan dia memberitahu bahawa kapal terbang dalam keadaan kecemasan kerana mungkin mendarat bukan pada landasannya namun dia pesan supaya aku tidak panik. Macam mana aku tak panik? Mukaku berubah menjadi risau. Perlahan-lahan aku kenakan tali pinggang. Oh ya! Mana Onew? Aku memerhatikan sekeliling namun kelibatnya tiada. Mungkin ke tandas barangkali. Aku takut sangat apabila kapal terbang itu bergegar. Apa harus ku lakukan?

 


Aku memerhatikan kapal terbang itu dari jauh. “Cik tak apa2? Mari ke hospital untuk periksa jika cik ada luka dalaman” kata seorang staff kepadaku. Aku hanya senyum sambil menggeleng. “ Gwenchana, saya pergi sendiri.” Kataku kepadanya. Staff itu sambung buat kerja dia untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang lain. Kapal terbang yang aku naiki terkandas sedikit namun tidak terlalu serius. Tiada kematian yang dicatatkan Cuma kecederaan sahaja. Mujur aku tidak terlalu serius. Aku menghela nafas lega.

 

Setelah mengambil barang-barang, aku menahan teksi untuk pulang ke rumah. Aku memerhatikan sekeliling. Tidak ada pun teksi yang lalu. Langit semakin gelap. Rintik hujan mula membasahi rambutku. Ahh.. aku lupa pula dekat mana aku letakkan payung. Aku cuba membuka begku untuk mencari payung. “Gwenchana, gunalah payung aku dulu” kata seseorang. Aku melihat orang itu. Onew sedang memayungi aku sambil tersenyum manis. Aku segera bangun.

 

“Eh? Kau.. tak apa-apa ke? Kapal terbang tadi.. err.. kau ke mana?” tanyaku. “Ohh.. tadi aku ke tandas kejap.. tiba-tiba je kapal terbang bergegar.. nak buang hajat pun tak kesampaian” katanya sambil mengembungkan pipinya. “Bongek lah kau..” kataku lalu tergelak kecil. Onew turut tergelak sama. “Kau tak apa-apa?” tanyaku. “Aku kan spiderman, mana boleh ada apa-apa.. hahaha” sekali lagi dengan lawak bodohnya. Aku hanya tersengih. Dia menemani aku menunggu teksi senja itu.

 

“Oh! Teksi! Teksi!” aku segera memanggil teksi yang lalu di situ. Pak cik itu bukakan pintu. “Nak ke mana dik?” tanyanya. “Gyeonggi-do pak cik, dua orang” kataku sambil memandang pak cik itu. Pak cik itu memandang onew. “Err.. takpa lah dik, pak cik tak ke sana” katanya ringkas. Mukanya Nampak pucat. Mungkin penat agaknya. Aku hanya mengeluh perlahan sambil menutup pintu kereta itu. Teksi itu bergerak laju meninggalkan aku.

 

“Macam mana ni Onyu?? Satu teksi pun takde..” kataku sambil mencebik. Onew datang dekat padaku. Tubuhku dipeluk kemas olehnya. “Heyy, janganlah sedih mcm ni.. kita jalan kaki je lah ok?” katanya sambil memujukku. Aku mengangguk perlahan. Aku mengambil beg aku. Perlahan lahan kami jalan menuju ke Gyeonggi-do..mujur tak jauh sangat. Aku melihat Onew berjalan di sebelahku. Selalunya dia bising tetapi dia senyap je.

 

“Onyu-ah, gwenchani?” tanyaku sambil memandangnya. Dia tersenyum. “Ye, gwenchana” katanya sambil melihat ke arahku. Tanganku digenggamnya erat. “Luna-ya, nak tak Luna ikut Onyu? Onyu rasa sunyi,” katanya sedih. “Huh? Sunyi? Kan Luna ada ni? Adoii .. paboya?” kataku lalu mengetuk perlahan kepalanya. Dia hanya tergelak kecil. “Ye tak ya jugak kan?” katanya sambil tersengih. Adoii mamat ni mmg selalu buat suasana ceria. Itu yang aku rindu sangat pasal dia.

 

Hujan dah berhenti tetapi aku berasa sangat penat. “Yah, jom rehat kat bustop tu kejap” kataku kepada Onew dan dia mengangguk sahaja. Aku duduk di bus stop itu. Dia duduk di sebelahku. “Onyu-ah, kalau aku pergi satu hari nanti kau akan rindukan aku tak?” tanyaku tiba-tiba. “Eung.. mestilah.. sebab itu aku nak dekat dengan kau sbb aq tau sakitnya perasaan rindu seseorang itu” kata Onew membuatkan aku tersentap. “Mianhae Onyu ah..” kataku serba salah pabila meninggalkan dia satu ketika dahulu. Penyakit aku. Aku rahsiakan dari sesiapapun.

 

“Luna-ya, ada mesin jual air kat situ.. Onew belikan air nae?” katanya sambil membuka dompetnya. “Nae.. kopi juseyo” kataku kepadanya. Dia hanya tersenyum dan menuju ke mesin air itu. Suasana di situ agak sunyi. Tiba-tiba ada satu deruman motor datang ke arahku. “Mwoya??!” aku jadi panic. Lelaki memakai helmet itu meragut beg di lenganku. Aku melawannya dengan menarik kembali. Dalam beg ini. Ada benda berharga. Gambar aku dan Onew. Aku takkan mengalah.

 


 

Aku membuka mataku perlahan. Ni kat mana ni? Aku memerhatikan sekeliling. “Eoh, dah bangun?” tanya Krystal, junior aku masa sekolah dulu. Dia juga jiran sebelah rumah aku. “Krys, aku kat mana ni?” tanyaku. “Kau kat hospital, kau kena ragut semalam.. ingat tak?” katanya. Aku ingat kembali peristiwa semalam. Aku menghela nafas panjang. “Nah makan ni,” kata Krystal sambil memberikan aku semangkuk bubur nasi. “Takpalah, aku tak selera,” kataku lalu meletakkan bubur nasi itu ke tepi. “Unnie dari mana nak ke mana? Mak cik risaukan unnie tau?” katanya kepadaku. “ Nak balik rumahlah, takda teksi,” kataku. “Sorang-sorang malam-malam macam tu?!” tanya Krys. “Eh.. taklah, Onyu temankan aku semalam.. Oh! Mana Onyu?” tanyaku sambil memerhatikan sekeliling.

 

“Ya! Unnie tak tau ke? Onew dah meninggal 3 tahun lepas sebaik sahaja unnie pindah ke China?” kata Krys. “Heol.. “ aku jadi speechless. “Dia meninggal dunia sebab bunuh diri. Kawan dia Jonghyun yang jumpa dia kat rumah. Gantung kat kipas,” kata Krystal. “Ya! Onyu takkan buat macam tu ok? Dia baik dan ceria! Aku kenal dia lebih dari kau!” kataku. Cerita Krystal memang tak boleh pakai. Aku tak percaya langsung. Onew yang aku kenal bukan macam itu orangnya. Mana mungkin dia akan bunuh diri sebab dia ceria dan sabar orangnya. Aku dah kenal dia sejak tadika.

 

Krytal bangun dari kerusinya. “Terserah unnie nak cakap apa. Krystal hanya menyampaikan sahaja.” Kata krystal. Dia menuju ke bilik air. Aku melihat cermin di hadapan katilku. Takkan aku berilusi pulak? Takkan aku gila? Cukuplah beban barah jantung yang harus aku tanggung ini. Kenapa perlu peritkan derita aku lagi? Aku mengesat air mataku perlahan. Aku rasa tangannya. Aku rasa pelukannya. Tak mungkin dia dah meninggal. Mungkin dia fakekan kematian dia dan pindah ke China. Mungkin dia tengok aku dan Ryeowook dari jauh. Siapa tahu? Kemungkinan itu ada.

 

“Oh! Kau dah bangun?” kata Onew sambil menghampiri aku. Bunga di tangannya diletakkan di meja di sudut katilku. Aku melihat Onew. “Wae? Kau tengok macam nak telan aku je..haha” katanya. Aku memegang pipinya. Aku dapat rasakan pipinya. Tak mungkin dia ‘hantu’ seperti yang diberitahu Krystal. “Krys cakap kau dah mati” kataku kepada Onew. “Ahh.. dia beritahu tu ke? Hahaha.. mungkin dia ingat pesta Halloween lepas yang aku buat boneka aku gantung atas kipas” katanya sambil tergelak. What? Jadi semuanya hanya pesta Halloween? Aku menghela nafas lega. Bibirku terukir senyuman.

 

Aku melihat wajah onew. Pipinya ku usap. Perlahan-lahan aku menghampirikan mukaku dengan mukanya. Bibir kami bertemu. Entah kenapa aku buat itu. Aku pun tak tahu. Onew tersenyum dalam ciuman kami. Aku menghentikan ciuman. “Aku beritahu kau satu rahsia. Aku ada barah dan aku takkan hidup lama. Aku dah buat segala usaha namun tak Berjaya,” kataku kepadanya. Dia melihatku sambil tersenyum. “That’s ok, everything will be fine” katanya. Aku tersenyum kembali. Inilah onew yang aku kenal.

 

Aku memeluknya erat. Aku terlihat cermin di hadapan katilku itu. Mataku terbuka luas. Kenapa aku peluk seorang diri? Mana Onew? Kenapa tiada refleksi Onew di cermin itu? “AHH..KAU DAH TAU AKHIRNYA” suara Onew bertukar garau. Onew memegang tengkukku dan mencekik aku supaya pernafasanku tersekat. Aku tak boleh bernafas. “Marilah ikut aku, alang-alang kau akan mati juga,” kata Onew sambil tersenyum. Mataku ligat mengeluarkan air mata. Aku tak boleh bernafas lagi.


Gyeonggi-do, Tues- Seorang Wanita bunuh diri di hospital dipercayai trauma dan masalah mental.| 

 

 



End

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aventure314
#1
Can you translate this in english? Please. :)
aquariusxpisces
#2
Chapter 1: wow scary yall hahaha
miss_fangirl18
#3
Chapter 1: i regret reading ur fanfic at night.... i got goosebump all over my body... by the way, it's a good story and really scaryyyy...
baekki_kook #4
Chapter 1: Chapter 1: Scaryyyyyy.....
sitiazilataemin88
#5
Chapter 1: Roh onew..oh goshh
Didie_BTS #6
Chapter 1: scary melampouuu daebakk fighting!! buat lagi bnyak horror story hehhe
hana_raeee
#7
Chapter 1: Woahh!!! Besttt!!!
young_girl
#8
Chapter 1: Omo... seramnye waduhh
young_girl
#9
Whoo macam best je update soon!