LMR 53

Love Me Right
Please Subscribe to read the full chapter

" Chanyeol, kita dah jauh sangat ni "

 

Jiyeon menggenggam belakang baju aku sampai aku rasa boleh terkoyak nanti. Tapi takpe, nanti boleh aku mintak ganti baju yang lebih mahal.

 

" Cuba kau ni jangan nak penakut sangat! Kita ni dalam hutan. Dalam hutan nak takut boleh, tapi kena berpada "

 

" Tapi kau ni berani sangat "

 

" Tak cakap pun aku berani sangat. Habis kau penakut sangat? " soal aku. No respon.

 

Aku pusing belakang dan halakan torch light ke muka aku.

 

" Kau penakut sangat? "

 

" Arghh!! "

 

Jiyeon dah terjelepok kebawah. Aku tergelak besar. Rasa tu macam mana lemah lutut tu. Agagagagaga.

 

" Dah, bangun "

 

Aku hulur tangan. Huluran aku cuma dipandang sebaliknya dia urut dada dia. Ni kes terkejut sangat ni. Seram sangat ke muka aku?
 

" Ni baru permulaan Jiyeon-ahh. Lepasni kau kena jalan cari aku sendiri sorang sorang, dan hanya diberikan satu torch light. Kalau bateri habis, habislah "
 

" Taknakkk. Kenapa aku? Perlu ke? Tak wajib pun kan?? Tak payah menyusahkan lahh "
 

Aku geleng kepala. Aku turun dan menyangkung depan dia. Torch light dia aku hala kat muka dia. Lepastu aku bangun balik.
 

" Bangun, survive sendiri. Bayangkan kau sesat dan kau perlu cari aku "
 

Aku tinggalkan dia sorang sorang. Memang sengaja aku pakai jaket hitam dan seluar gelap. Biar dia tak nampak aku.
 

Aku menyorok tepi pokok kelapa. Tengok Jiyeon still tercangak cangak tanpa bangun pun.
 

Torchlight dia cuma menghala ke bawah. Eh? Tak berani suluh benda ke?
 

Aku nampak dia bangun dan angkat torch light dia. Terketar ketar lampu tu. Aku nak gelak, tapi aku kena tahan. Amanah dari GD hyung, dia suruh aku didik adik dia supaya tak manja lagi.
 

" Chanyeol! " jerit dia tapi masih tak gerak dari tempat dia. Bengap. Kalau aku jauh kan aku tak dengar.
 

" Wehh, jangan lah lari "
 

Aku langsung tak lari. Ada je bersila tepi ni tunggu kau.
 

" Aaaaa taknak! Tak boleh la aku tak boleh "
 

Dia geleng kepala dan jatuh terduduk. Kalini aku pulak dah geleng kepala. Menangis pulak dah. Tapi normallah orang menangis bila sesat. Cuma aku perlu tunggu lagi sikit je.
 

" Chanyeol.. "
 

" Yeee " aku menyahut. Jiyeon angkat muka dia mencari suara aku.
 

" Kau ke tu? "
 

" Cari aku "
 

" Mana kau! "
 

" Entah "
 

" Ala jawabla betul betul "
 

Aku biarkan suara dia jadi yang terakhir. Aku dah bangun untuk berdiri. Dan bergerak ke tempat yang jauh sikit je. Lampu suluh dia tersuluh suluh kesemua tempat.
 

Bila sampai kat muka aku, aku buat muka macam monyet biar dia ingat aku monyet. Okey! Dia tak cam.

 

" Wehhh!! "

 

Krik krik krik.

 

Tiba tiba satu lintasan lalu tepi dia. Jiyeon terus berlari sehingga terlanggar aku. Dapat pun!

 

" Apa tu??? " soal dia. Aku terus tergelak besar. Its Chenchen!

 

" Kenapa kau gelak?? Lawak ke hah?? "

 

Aku tutup mulut. Okey tak gelak. Tapi nampak kelakar dia ni penakut sangat.

 

" Eiii, geramlah! Kau pergi mana?! " soal dia. Aku memanjangkan jari kearah pokok kelapa tu. Jiyeon mendengus geram. Aku jarakkan jarak antara kami. Bahu dia aku pegang.

 

" Sekarang, bayangkan yang otak aku dah tak berfungsi lepas gelakkan kau-- "

 

" Otak kau sentiasa tak berfungsi "

 

" Kbye "

 

Aku jeling dan tinggalkan dia. Baru jalan dua tapak aku dah kena tarik. Eceh. Macam drama klishe pulak dah.

 

" Okay okay kau pandai sebenarnya. Tak tipu! Handsome lagi. Ha lepastu kau tinggi ha sikit lagi nak capai pokok ni. Haaa "

 

Sekali lagi aku tergelak. Kalini betul betul depan muka dia.

 

" Kira bodek lah ni? "

 

" Sikitla "

 

" Bawak aku balik khemah. Kita tidur "

 

" Ehhh?! Mana aku larat nak dukung kauu "

 

" Tak suruh dukung. Suruh kau jalan depan. Lima tapak dari aku "

 

" WHAT??!!! "

 

" Yes, princess. Jangan menjerit, kawasan macam ni biasanya keras "

 

Aku dengar keluhan yang terbit dari mulut, hidung, telinga dan hati Jiyeon. Dia melangkah kehadapan dan berhenti.

 

" Sini je dah. Jangan banyak songeh "

 

" Tak cukup lima "

 

" Jangan banyak songeh "

 

Okay, sukahati. Asalkan kau dah kedepan.

 

****
 

" Ahh andwaeeee "

 

Payah jadi manusia yang mudah terjaga bila terdengar bunyi. Aku tersentak bila dengar suara orang berbisik. See, bisik je pun. Tapi suasana masih lagi gelap.

 

Aku terkebil kebil memandang Jiyeon yang tengah duduk. Niat nak bukak mulut tak jadi bila dia mula memeluk lutut. Lepastu dia pandang aku, aku cepat cepat tutup mata semula.

 

" tsk tsk.. "

 

Bwo?

 

Menangis ke dia ni?

 

Aku bukak satu mata dan nampak dia dah kembali berbaring semula. Kenapa?

 

Okey okey dia pandang aku. Tidur balik.

 

Lepastu aku dengar orang sedut hingus. Dengan annoyingnya aku buka hujung mata kanan, untuk meninjau dia. Jiyeon dah tekup muka dia pakai lengan, jadi aku tak nampak.

 

Tiba tiba Jiyeon mengalihkan tangan dia. Laju je aku tutup mata. Kang kantoi kang naya je. Aku taknak tunjuk caring weh tolonglah.

 

Okay Chanyeol, rasanya dah boleh tinjau semula.

 

Bila aku buka mata aku nampak Jiyeon yang tengah memegang perut. Okay, aku dah mula risau. Budak ni tak makan sangat harini tolongla jangan cakap dia gastrik, tolonglah.

 

" Kau okay? " soal aku tapi tak berbalas apa apa. Aku ambil keputusan untuk cuit bahu dia. Haish nampak macam pengecut pulak haku ni.

 

" Kau menangis? "

 

Soalan bodoh, dah terang lagi bersuluh lah.

 

" Kau sakit ke? " soal aku lagi. Jiyeon mengesat air mata dia dan pandang aku.

 

Muka dia tunjuk simpati sangat, sampai aku pun rasa kesian.

 

" Sakit dekat mana? Gastrik? Nak aku buatkan makanan tak? "

 

Ok apesal aku nampak macam caring sangat pulak ni.

 

Jiyeon geleng kepala dia sekali. Mata dia berkaca kaca. Aku tak tahu apa masalah perempuan ni. Kena gigit nyamuk agaknya. Yelah kan, orang manja.

 

" Wanna hug? "

 

Aku mengoffer pelukan. Bukan senang aku jadi pemurah macam ni jadi kalau tak nak rugi sila la manfaatkan peluang keemasan ini.

 

Dia tak bagi respon langsung jadi aku daripada tak buat apa apa, lebih baik aku tolong dia kan? Tolong comfort sikit pun jadi lah Chanyeol. Kau kan baik .-.

 <

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AQFXQX
#1
Chapter 1: baru first baca dah buat sis sengih dengan perangai baekhyun ni xD
SufiSuga83 #2
Chapter 68: Authornim.. Saya dh habis baca ff awak yg menarik n daebak.. Soalan? Saya tak tau nak tanya apa..hehe so sorry ok? And please jangan delete ..jebal..nanti saya boleh baca citer ni bnyk kali..saya suka citer awk yg panjang ni..best sangat..
chichisakura99 #3
Chapter 68: Omg!!!! Author mmg terbaik. Sampai sy pulak yg nk mimpi diorg jd real. Tp mmg lawak la citer ni. Sy selalu gelak guling2 hampir je nk jatuh katil sbb lawak diorg. Apa2 pon tahniah author sbb berjaya bt citer yg betul2 ohsem. I really like this story. Kipidup dongibup author-nim
sarahishk
#4
Jangan delete pls cerita ni. Nanti kalau rindu cerita ni boleh ulang baca balik huhu
sarahishk
#5
Chapter 66: Ya, saya juga sedih. Taknak cerita ni habis sampai bila bila. Nak cerita ni ada sampai baekchansoo ada cucu cicit hahahaha