Memories of Nobody // twenty-six

MAD HOUSE // Malay Fanfic Review Shop [CLOSED]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Memories of Nobody
by twenty-six

 

01. Tajuk Cerita (5/5)

Daripada The Cat’s Memories kepada Memories of Nobody, kedua-duanya saya anggap tajuk yang menarik. Saya kira tajuk rasmi cerita ini sekarang ialah Memories of Nobody. Tahniah untuk tajuk yang bersesuaian dengan cerita, menarik minat sekilas pandang dan boleh menimbulkan persoalan kepada pembaca : memori siapa?

 

02. Kata Pengantar/ Sinopsis (9/10)

Hanya dengan sepotong ayat, penulis berjaya menyimpulkan tema keseluruhan cerita tanpa mendedahkan sebarang spoiler. Saya memang suka ayat pengenalan yang pendek dan menimbulkan tanda tanya tanpa menggunakan soalan retorik pun. Bersesuaian dengan format cerita one-shot, tak perlu nak tulis sinopsis panjang-panjang. Tepuk tangan!!!

 

03. Plot (25/30)

Secara jujur, saya rasa kurang yakin nak ulas cerita ini sebab teknik yang digunakan untuk pengembangan cerita sangat halus/seni. Rasa mcam tak cukup ilmu untuk betul-betul fahami cerita penulis. Pertama sekali tahniah kerana mengetengahkan topik yang jarang ditulis jadi banyak markah diberikan atas dasar idea yang segar dan baru.

Kiranya, setiap peristiwa yang berlaku dalam cerita ini merupakan imbasan kisah lampau yang dialami Arisa, kecuali bahagian Memories V, dan imbasan tersebut berlaku tanpa mengikut kronologi disebabkan penyakitn Arisa. Memori Arisa seperti datang dan pergi, bagaikan daun terup yang dikocok. Correct me if I’m wrong, namun dalam bahagian Memories VI, peristiwa yang berlaku adalah peristiwa lampau (disebabkan cara percakapan Jinwoo yang berbeza berbanding dengan bahagian Memories V), namun ciuman yang Arisa beri pada Jinwoo tu hanyalah dalam fantasinya saja memandangkan peristiwa itu berlaku pada masa silam, sebelum Jinwoo mengahwini. Setahu saya, penghidap Alzheimer memang ada kebarangkalian terkeliru antara realiti dan fantasi, bermaksud, ada perkara yang tak pernah berlaku mereka anggap benar-benar berlaku.

Walaupun sukar untuk memahami seluruh cerita dalam sekali baca, saya anggap itu satu keistimewaan cerita ini. Pembaca harus beri lebih perhatian pada details yang anda selitkan di sepanjang penceritaan, dan sebenarnya ada penjelasan untuk setiap sesuatu. Latar belakang Arisa dan Jinwoo, situasi yang mendorong kepada kemurungan dan personaliti Arisa, etc. Saya dapat lihat usaha penulis untuk memastikan tiada plot holes walaupun cerita ini pada awalnya membuatkan pembaca sedikit bingung (nota: tertanya-tanya, bukan bengang atau bengong ya? ;)).

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
MAD HOUSE // minta maaf kpd semua yg telah request. i've been gone for too long but im slowly working on the reviews. hope u guys are okay with that :(

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 6: Hai Cik LunaticMoon!
Saya datang untuk pick up!
Terima kasih kerana sudi review cerita saya. ^_^
Haah saya sendiri akui bahagian 2 tu hujung2 dia mcm rushing sebab nak kejar dateline contest. Sebab cerita tu saya tulis untuk contest. Tajuk tu diambil pun sebab contest sebab syaratnya guna lirik lagu. Saya sukaaaaa skateboarding cuma tak main ja. Kalau dunia pelajaran Baekhyun tu tak research pun sebab saya memang budak graphic sekarang dan used to be budak sains.
Bahagian 2 tu In shaa Allah ada masa saya akan edit balik ^^.
Terima kasih sekali lagi!
JIMPXS
#2
Chapter 5: terima kasih review :)
twenty-six
#3
Chapter 4: Terima kasih atas review-nya! Picked up.

Alzheimer's ialah penyakit kronik yang progresif. Memory loss is the main symptoms. Setiap babak sebenarnya merangkumi cebisan memori Arisa yang sememangnya benar-benar berlaku, tetapi tidak kekal di dalam ingatannya. Namun ada ketika, dia akan mengingat semula, contoh pabila dia tersedar di kamar beradunya dengan Jinwoo. Itu lah 'present day' mereka, dan babak dia mencium Jinwoo itu ialah cebisan memori pada masa lampau yang dilupakan.

It's her memories, but owned by nobody because it will fade repeatedly to the point that she no longer remembering the sequence of everything. Haha, sori tp mcm lebih senang kalau explain dlm eng.

Terima kasih sekali lagi sebab sudi me-review cerita ini. Fear not, when I request for reviews, I was readily prepared for any critic! Peace, harap dapat request lagi di lain hari.

Have a nice day onward!
HeavenDelight
#4
Chapter 3: Pick up.
haha..sebenarnya saya ni penulis cerita angst and cara penulisan sy totally different from yg awak baca ni...but for this story,,sengaja saya cuba tukar cara penulisan sy kepada rom-com supaya dapat menarik minat pembaca yg menyukai cara penulisan seperti itu. Sebabkan as we know,kebanyakan pembaca dlm asianfanfics ini adalah remaja yg berumur belasan tahun..dan mereka menyukai cerita yg berunsur rom-com ini.
Tp saya still x boley lari dari genre angst bila saya tulis cerita...so,maybe itu sebabnya cara penulisan saya kali ini seperti tidak berapa sesuai dengan plot story yg agak angst pd pendpat saya.

But I`ll try to improve my writings.
tq.
Shimmieh
#5
Story title: Speak Now
Story link: http://www.asianfanfics.com/story/view/675618/speak-now-contest-friendship-malay-asbts
Genre: Slice of life, friendship
Author: Shimm_Ahmad
Tuan kedai: chesire cat
Sebarang komen: Review anda sangat dan teramat dihargai!
Yana_xoxo
#6
Chapter 2: Hai! Assalamualaikum, hehe...saya minta maaf banyak-banyak sebab lambat pick up, bukan apa saya sibuk sebab nak dekat dengan trial exam. So saya nak cakap terima kasih sebab beri komen yang memberangsangkan pada awalnya saya baca dekat fon komen akak bagi sebab saya tak boleh buka laptop masa mula-mula baca tu adalah juga rasa nak berasap sebab baca kritikan T_T terlalu banyak sebab tu saya tak komen masa mula-mula tu sebab takut-takut terlepas emosi kat sini pula haha sekarang baru saya berikan pendapat, dari apa yang saya baca dari kritikan ini saya akui yang tajuk tu memang agak cliche sebab saya kehabisan idea untuk tentukan tajuk yang sesuai. Bab-bab watak Mimi dan Chen tu hanya watak yang tak ada apa-apa fungsi pun cuma nak bagi cerita tu jadi lebih panjang dan cukup bilangan patah perkataan selain tu bab plot Min Hye ditembak dan penjenayah yang tak tahu apa kesudahannya, saya akui di sini yang one-shot adalah kelemahan saya sebab tu saya tak suka buat oneshot tapi ini adalah cabaran bagi saya, jadi babak-babak yang macam tergantung tu sebab idea yang saya dapat selalunya spontan, saya tak suka nak rangka plot sebab bagi saya menyusahkan haha dan paling saya benci nak tulis plot satu-persatu bagi saya cara macam tu bazir masa dan bazir kertas sebab tu bila saya dapat idea terus tulis dan tak fikir apa-apa dah pasal salah silapnya...hehe lagipula cerita ni saya buat hanya dalam satu hari memang banyak kesalahannya dan saya terima kritikan akak seadanya ini bermaksud saya setuju sangat part penjenayah tu sebab bila difikirkan balik memang nampak macam tergantung pun :D haha...heeee sorry kak, yana memang suka komen panjang-panjang bila dapat review xD apa-apa pun terima kasih sekali lagi sebab sanggup tegur kesalahan yana...insyaallah yana akan baiki lagi pada cerita oneshot akan datang :D heeee...
JIMPXS
#7
Hi saya nak request Review untuk cerita saya

Story title
Ahjusshi

Story Link
http://www.asianfanfics.com/story/view/961133/ahjusshi-angst-malay

Genre
Angst, Slice of life, Drama

Author
Racess

Tuan Kedai
chesire cat

Sebarang komen
Terima kasih sebab review hihi xD
twenty-six
#8
Hi, it's me again. How are you?

Story title
The Cat's Memories

Story link
http://www.asianfanfics.com/story/view/993597/the-cat-s-memories-malay

Genre
Psychological, Angst, Romance

Author
twenty-six

Tuan kedai
chesire cat

Sebarang komen
Any suggestion for the title? Hah. I rasa sangat lari tajuk...hee.
HeavenDelight
#9
Story title: Forgive me,Forget me.

Story link: http://www.asianfanfics.com/story/view/880024/forgive-me-forget-me-angst-comedy-malay-suzy-yooseungho-exo-baekhyun

Genre: angst, romance and a bit comedy

Author: iemacute

Tuan kedai: cheshire cat

Sebarang komen: Saya mahukan review yang boleh saya jadikan rujukan untuk memperbaiki semua aspek dalam penulisan saya.
Thanks.^^
fourteenone
#10
Chapter 1: aww thank you! thank you sooo much!


Part Sehun melawat kubur Jie Lynn tu actually dia ckp ‘bukan senang nak move on’ dan ‘saya sayang awak’ tu sbb dia dah jatuh cinta kat Jie Lynn sejak malam dorg jumpa kat kedai Mak Jah tu hehe. Mungkin ramai yg tak faham part ni..? I'm not sure. Maybe wooya tak berapa tonjolkan part Sehun suka Jie Lynn betul-betul.

Mmg wooya suka tulis dgn simple so tak dapat nak buat apa la ttg tu hehe mungkin gaya penulisan wooya tak sesuai dgn cerita macam ni? What do you think? Do you like my writing style?

Apapun wooya setuju dgn semua benda yg awak terangkan and of course wooya tak kecil hati. Review yg awak kasi mmg lain drpd review yg wooya dpt dari kedai lain. That's why i like to request from several shops bcs different ppl, different opinion. So thank you :3