Forgive Me, Forget Me // iemacute

MAD HOUSE // Malay Fanfic Review Shop [CLOSED]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Forgive Me, Forget Me

by iemacute

 

01. Tajuk Cerita (1/5)

Tajuk cerita ‘Forgive me, Forget Me’ tidak kedengaran menonjol dan tidak menarik minat sekilas pandang. Malah, tajuk yang anda berikan memberikan tanggapan sedikit negatif, iaitu cerita anda seperti satu cerita yang klise, nothing special. Seperti fanfic yang sebelum ini, saya sarankan penulis meninjau tajuk-tajuk novel di goodreads.com untuk mendapatkan lebih idea. Tajuk ini kena dengan tema keseluruhan cerita, namun gaya penulisan pula seperti tidak menggambarkan mood yang bersesuaian untuk cerita yang mellow dan penuh emosi. Saya akan terangkan lebih lanjut di bahagian gaya penulisan di bawah.

 

02. Kata Pengantar/ Sinopsis (3/10)

Sinopsis anda merosakkan 'mood' cerita kerana ditulis dengan nada separa gurauan. Adalah lebih baik jika sinopsis ditulis dengan baik, tanpa singkatan perkataan atau slanga. Tak semestinya sinopsis perlu menggambarkan tema yang berat dan sedih, namun haruslah bertepatan dengan mood keseluruhan cerita. Mungkin sinopsis anda kelihatan menarik bagi pembaca golongan remaja, namun tidak  bagi pembaca yang lebih matang kerana kedengaran sedikit childish. Saya juga sarankan untuk kurangkan soalan retorik yang terlalu banyak dalam sinopsis kerana ia agak menjengkelkan.

Satu-satunya perkara yang menarik minat saya terhadap cerita penulis ialah premis kisah cinta antara dua sahabat baik dan kehadiran seorang lelaki baru. Dinamik hubungan antara dua sahabat adalah kompleks dan jika digarap dengan baik, cinta tiga segi antara watak-watak utama akan menjadi sangat menarik.

 

03. Plot (5/30)

Perjalanan plot anda agak baik, tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Malah, anda bijak mengatur konflik pada masa yang bersesuaian.  Cuma pada awal cerita saja kelihatan janggal kerana pembaca tiba-tiba didedahkan dengan perasaan Seungho yang mendalam terhadap Suzy dan juga tentang penyakitnya sedangkan pembaca baru sahaja nak mengenali watak-watak anda. Ini membuatkan pembaca sukar nak menghayati emosi Seungho.

Selain itu, saya dapati bahawa plot anda sangat klise, malah tidak keterlaluan jika saya katakan cetek (shallow as in tidak merangsang pemikiran pembaca dan sangat ringkas). Cerita anda bagaikan drama Korea dulu-dulu. Saya rasa anda boleh menulis lebih baik jika cerita ini berkenaan kisah cinta antara Baekhyun dan Suzy  saja kerana konflik yang hadir disebabkan Seungho membuatkan cerita ini kelihatan sangat tak matang dan janggal. Saya akan huraikan lebih lagi di perenggan berikutnya.

Secara purata, banyak elemen dalam penceritaan penulis yang tak masuk akal dan janggal. Teknik imbas kembali di bab 4  saya lihat sebagai sesuatu yang tidak perlu ada kerana tidak membantu perkembangan plot. Babak cium dalam bab 6 terasa janggal dan sebab Baekhyun bertindak demikian tidak meyakinkan saya. Bukankah perkara pertama yang kita terfikir untuk menghalang bersin adalah menutup atau memicit hidung? Denda membersihkan bilik muzik juga kurang meyakinkan kerana bilik muzik jarang kotor, apatah lagi mereka didenda untuk membersihkannya setiap hari. Suzy pula seperti dipukau dan dengan senang membantu Baekhyun membersihkan bilik tersebut sedangkan dia tidak bersalah pun. Kehilangan Seungho selama dua minggu adalah lebih pelik kerana tak mungkin guru sekolah akan mendiamkan kehilangannya begitu sahaja. Jika ingin merahsiakan sebabnya pun, pasti guru akan beritahu bahawa Seugnho tak dapat hadir ke sekolah atas sebab tertentu. Ada juga babak yang mengatakan bahwa Suzy ada temujanji dengan Baekhyun dalam 15 minit namun sempat pula mengemas seluruh rumah, bersiap, dan tiba di tempat yang dijanjikan tanpa kelewatan.

Klimaks cerita juga adalah sangat tidak meyakinkan. Mungkin kita biasa lihat dalam drama Korea ada watak yang sanggup membunuh diri demi kebahagiaan watak lain, namun adalah melampau rasanya untuk pelajar sekolah bertindak demikian. Apatah lagi pelajar yang bijak seperti Baekhyun untuk membuat keputusan bodoh sebegitu. Saya tak dapat mer

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
MAD HOUSE // minta maaf kpd semua yg telah request. i've been gone for too long but im slowly working on the reviews. hope u guys are okay with that :(

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 6: Hai Cik LunaticMoon!
Saya datang untuk pick up!
Terima kasih kerana sudi review cerita saya. ^_^
Haah saya sendiri akui bahagian 2 tu hujung2 dia mcm rushing sebab nak kejar dateline contest. Sebab cerita tu saya tulis untuk contest. Tajuk tu diambil pun sebab contest sebab syaratnya guna lirik lagu. Saya sukaaaaa skateboarding cuma tak main ja. Kalau dunia pelajaran Baekhyun tu tak research pun sebab saya memang budak graphic sekarang dan used to be budak sains.
Bahagian 2 tu In shaa Allah ada masa saya akan edit balik ^^.
Terima kasih sekali lagi!
JIMPXS
#2
Chapter 5: terima kasih review :)
twenty-six
#3
Chapter 4: Terima kasih atas review-nya! Picked up.

Alzheimer's ialah penyakit kronik yang progresif. Memory loss is the main symptoms. Setiap babak sebenarnya merangkumi cebisan memori Arisa yang sememangnya benar-benar berlaku, tetapi tidak kekal di dalam ingatannya. Namun ada ketika, dia akan mengingat semula, contoh pabila dia tersedar di kamar beradunya dengan Jinwoo. Itu lah 'present day' mereka, dan babak dia mencium Jinwoo itu ialah cebisan memori pada masa lampau yang dilupakan.

It's her memories, but owned by nobody because it will fade repeatedly to the point that she no longer remembering the sequence of everything. Haha, sori tp mcm lebih senang kalau explain dlm eng.

Terima kasih sekali lagi sebab sudi me-review cerita ini. Fear not, when I request for reviews, I was readily prepared for any critic! Peace, harap dapat request lagi di lain hari.

Have a nice day onward!
HeavenDelight
#4
Chapter 3: Pick up.
haha..sebenarnya saya ni penulis cerita angst and cara penulisan sy totally different from yg awak baca ni...but for this story,,sengaja saya cuba tukar cara penulisan sy kepada rom-com supaya dapat menarik minat pembaca yg menyukai cara penulisan seperti itu. Sebabkan as we know,kebanyakan pembaca dlm asianfanfics ini adalah remaja yg berumur belasan tahun..dan mereka menyukai cerita yg berunsur rom-com ini.
Tp saya still x boley lari dari genre angst bila saya tulis cerita...so,maybe itu sebabnya cara penulisan saya kali ini seperti tidak berapa sesuai dengan plot story yg agak angst pd pendpat saya.

But I`ll try to improve my writings.
tq.
Shimmieh
#5
Story title: Speak Now
Story link: http://www.asianfanfics.com/story/view/675618/speak-now-contest-friendship-malay-asbts
Genre: Slice of life, friendship
Author: Shimm_Ahmad
Tuan kedai: chesire cat
Sebarang komen: Review anda sangat dan teramat dihargai!
Yana_xoxo
#6
Chapter 2: Hai! Assalamualaikum, hehe...saya minta maaf banyak-banyak sebab lambat pick up, bukan apa saya sibuk sebab nak dekat dengan trial exam. So saya nak cakap terima kasih sebab beri komen yang memberangsangkan pada awalnya saya baca dekat fon komen akak bagi sebab saya tak boleh buka laptop masa mula-mula baca tu adalah juga rasa nak berasap sebab baca kritikan T_T terlalu banyak sebab tu saya tak komen masa mula-mula tu sebab takut-takut terlepas emosi kat sini pula haha sekarang baru saya berikan pendapat, dari apa yang saya baca dari kritikan ini saya akui yang tajuk tu memang agak cliche sebab saya kehabisan idea untuk tentukan tajuk yang sesuai. Bab-bab watak Mimi dan Chen tu hanya watak yang tak ada apa-apa fungsi pun cuma nak bagi cerita tu jadi lebih panjang dan cukup bilangan patah perkataan selain tu bab plot Min Hye ditembak dan penjenayah yang tak tahu apa kesudahannya, saya akui di sini yang one-shot adalah kelemahan saya sebab tu saya tak suka buat oneshot tapi ini adalah cabaran bagi saya, jadi babak-babak yang macam tergantung tu sebab idea yang saya dapat selalunya spontan, saya tak suka nak rangka plot sebab bagi saya menyusahkan haha dan paling saya benci nak tulis plot satu-persatu bagi saya cara macam tu bazir masa dan bazir kertas sebab tu bila saya dapat idea terus tulis dan tak fikir apa-apa dah pasal salah silapnya...hehe lagipula cerita ni saya buat hanya dalam satu hari memang banyak kesalahannya dan saya terima kritikan akak seadanya ini bermaksud saya setuju sangat part penjenayah tu sebab bila difikirkan balik memang nampak macam tergantung pun :D haha...heeee sorry kak, yana memang suka komen panjang-panjang bila dapat review xD apa-apa pun terima kasih sekali lagi sebab sanggup tegur kesalahan yana...insyaallah yana akan baiki lagi pada cerita oneshot akan datang :D heeee...
JIMPXS
#7
Hi saya nak request Review untuk cerita saya

Story title
Ahjusshi

Story Link
http://www.asianfanfics.com/story/view/961133/ahjusshi-angst-malay

Genre
Angst, Slice of life, Drama

Author
Racess

Tuan Kedai
chesire cat

Sebarang komen
Terima kasih sebab review hihi xD
twenty-six
#8
Hi, it's me again. How are you?

Story title
The Cat's Memories

Story link
http://www.asianfanfics.com/story/view/993597/the-cat-s-memories-malay

Genre
Psychological, Angst, Romance

Author
twenty-six

Tuan kedai
chesire cat

Sebarang komen
Any suggestion for the title? Hah. I rasa sangat lari tajuk...hee.
HeavenDelight
#9
Story title: Forgive me,Forget me.

Story link: http://www.asianfanfics.com/story/view/880024/forgive-me-forget-me-angst-comedy-malay-suzy-yooseungho-exo-baekhyun

Genre: angst, romance and a bit comedy

Author: iemacute

Tuan kedai: cheshire cat

Sebarang komen: Saya mahukan review yang boleh saya jadikan rujukan untuk memperbaiki semua aspek dalam penulisan saya.
Thanks.^^
fourteenone
#10
Chapter 1: aww thank you! thank you sooo much!


Part Sehun melawat kubur Jie Lynn tu actually dia ckp ‘bukan senang nak move on’ dan ‘saya sayang awak’ tu sbb dia dah jatuh cinta kat Jie Lynn sejak malam dorg jumpa kat kedai Mak Jah tu hehe. Mungkin ramai yg tak faham part ni..? I'm not sure. Maybe wooya tak berapa tonjolkan part Sehun suka Jie Lynn betul-betul.

Mmg wooya suka tulis dgn simple so tak dapat nak buat apa la ttg tu hehe mungkin gaya penulisan wooya tak sesuai dgn cerita macam ni? What do you think? Do you like my writing style?

Apapun wooya setuju dgn semua benda yg awak terangkan and of course wooya tak kecil hati. Review yg awak kasi mmg lain drpd review yg wooya dpt dari kedai lain. That's why i like to request from several shops bcs different ppl, different opinion. So thank you :3