Dua

KOPI

 

 

 

 

Jung Soojung nama diberi. Tetapi aku lebih selesa mengelar diriku dengan nama Krys singkatan bagi Krystal. Seorang wanita bujang bekerja sebagai barista di kafe Latte. Sebenarnya hidupku tiada yang menarik untuk dikongsi. Tiada lelaki istimewa dalam hidupku untuk memberikan aku rasa dicintai dan menjamah jiwa aku dengan rasa rindu. Kosong dan membosankan.

 

Aku hanyalah wanita biasa yang mempunyai hati, dan pernah diminati oleh lelaki. Tapi entah mengapa tiada yang benar-benar mencuit hati. Hinggalah saat ini aku mula memerhati lelaki yang aku gelar sebagai "Coffeeprine".  Jangan tanya mengapa aku menyukai dia, kerana kalian juga mungkin pernah menyukai seseorang tanpa sedar dan tanpa mengetahui sebabnya. Bukan?

 

Bagiku dia bukanlah seorang lelaki biasa. Entah mengapa bagiku dia seperti seorang putera yang turun dari kayangan semata-mata untuk menikmati secawan kopi disini. Dan kopi itu dibancuh sendiri olehku. Hahaha, sungguh ironi bukan?. Tepat jam 8.00 pagi dia akan sampai di kafe Latte.Aku sendiri tidak tahu apa nama penuhnya. Sudah berkahwin atau belum? Punya teman istimewa atau bujang? Selama hampir berbulan-bulan ini aku hanya mampu melihat dia dari jauh.

 

Setiap hari Coffeeprince mengambil tempat yang sama, duduk menikmati secawan Caremal Macchiato yang dibancuh oleh diriku sendiri bersama 3 keping roti sambil membuang pandangan keluar jalan melalui cermin kaca kafe Latte yang jernih. Tetapi tidak untuk pagi ini. Pada pagi yang redup ini aku telahpun memasang niat untuk membancuhkanya secawan Caremal Macchiato special untuknya tetapi ianya musnah begitu sahaja. "Traffic Jam" Arghhh mengapa hari ini?. disebabkana perkara itu semua niatku telah terbatal. Baru sahaja aku ingin mencuba nasib dan menyedarkanya tentang kehadiran ku, mungkin dengan menghantar pesanan ke mejanya ataupun menjaga kaunter bayaran.

 

Mungkin Coffeeprince akan memandang aku dengan pandangan kosong. Sekarang ini mungking kosong, tapi selepas ini pandanganya pada aku pasti bermakna. Tapi semua mimpi dan anggan-anggan yang indah itu sudahpun musnah. Bagai dicarik-carik lalu dibakar kedalam api yang membara dan hanya meninggalkan abunya sahaja.

 

Aku menolak daun pintu kafe Latte itu dengan penuh kekecewaan. Mungkin ketika aku memasuki kafe ini Coffeeprince sudahpun beredar. Tetapi sejurus aku melangkah masuk ke dalam Kafe itu, mataku terbutang setelah melihat Coffeeprince yang masih duduk di mejanya sambil menikmati secangkir kopi. Ternyata sangkaanku meleset. Aku sempat melemparkan senyuman ke arahnya. Dia membalas senyuman ku itu. Aku terpaku seketika setelah melihat senyumanya yang amat menggoda naluri ku itu. Jikalau ini semua mimpi tolong jangan kejutkan diriku. Biarkan aku dibuai mimpi yang indah ini untuk seketika.

 

Dia menghirup kopi yang bukan dibancuh oleh diriku dengan perlahan. Aku hanya memerhati setiap perilakunya. Cemburu? Mungkin tidak, tetapi aku berasa amat kecewa sekali kerana aku tidak dapat membancuh kopi yang sedang diminum olehnya dan kopi yang diminumnya itu bukan bancuhan dariku. Adakah itu cemburu?. Arghhh abaikan sahaja.

 

"Krys kenapa lambat sangat?" soal seseorang, aku menoleh dan mendapati muka Sehun sudah terpacak dihadapanku. Aku melepaskan keluhan kecil lalu menjawab.

 

"Tadi traffic jam"

 

"Kau dah inform kat boss ke?" tanyanya lagi.

 

"Dah" balasku ringkas sambil mengikat rambut ku. Aku tiada mood untuk menjawab semua persoalan yang diberi oleh Sehun tadi. Aku terus memasuki kaunter meninggalkan Sehun. Sungguh perasaan kecewa tadi masih berbaki di dalam hati ku ini.

 

Tak lama kemudian Coffeeprince bangun dan menuju ke kaunter,aku sekadar memerhati melalui ekor mata. Dan untuk pertama kalinya mata kami bertembung, aku dan dia hanya berbalas senyuman. Aku berikan senyuman manis mungkin sama manis dengan kopi yang diminumnya itu. Hari ini aku berjaya membuatkan Coffeeprince menyedari kewujudan aku. Bukankah itu sudah lebih dari cukup?

 

Tiba-tiba Sehun datang menghampiri ku sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk. "Kau nak apa?" tanya ku sedikit kasar."Aikk garangnya" balas Sehun sambil membuat muka yang tidak seberapa comel itu. Aku hanya menjelingnya.

 

"Krys aku ada something nak bagitahu ni"

 

"Apa dia?"

 

"Aku rasa lelaki tadi minat kau" balas Sehun.

 

"Merepek lahh kau ni" balasku agak tenang

 

"Serious weihh tadi dia tanya aku apa nama kau. Aku pon bagilah tau. Pastu aku tanya pulak minat ke? and kau tahu apa dia jawab..." Kata-kata Sehun terhenti, dia seperti mencuba untuk bermain-main dengan perasaan ingin tahu ku yang sedang membuak-buak ketika ini. Aku sekadar menggeleng.

 

"Mungkin.." sambungya semula

 

Aku seakan tidak percaya, Dalam hati aku senyum sehingga lupa diri. Kalaulah sekarang aku berada di dalam bilik mahu melompat setinggi gunung dibuatnya. Nampaknya aku bukan saja mampu membuatkan Coffeeprince sedar akan kehadiranku, malahan aku mampu menarik perhatianya. Itu sudah lebih daripada bagus.

 

"Seriously?" soalku semula sambil berlagak tenang.

 

"serious ni. serious dia mesti minat kau punya. baik kau bertindak sebelum kena kebas dah lah dia handsome baik pulak tu kalau aku jadi kau mahu menangis tengok dia kena kebas.Hahaha."

 

Ucap Sehun sambil tertawa. Aku hanya mencebik. Perasaan suka aku ketika mendengar cerita daripada Sehun tidak dapat ku ungkapkan. Mungkin seperti merasai ada sekumpulan rama-rama berterbangan di dalam perut ketika itu. Tidak ku sangka Coffeeprince tertarik dengan ku. Jikalau dikatakan aku ini cantik ermm.. bolehlah. Sungguh aku tidak percaya. Adakah dia tertarik dengan kecantikan ku? ataupun perwatakan ku? ataupun senyuman ku?.

 

Seandainya aku dapat menikmati secangkir kopi sambil berbual tentang keluarga, anak-anak dan hari tua bersama Coffeeprince pastinya hidupku indah bahkan lebih indah dan gembira daripada sesiapa pun.Hahaha. Jauh sungguh aku berangan. Tapi biarlah, bukankah angan-angan itu adalah salah satu cara untuk merancang?.

 

 

 

 


 

 

 

Aku berjalan dengan senyum girang, cuba mengawal emosi agar nampak tenang. Aku mengerling ke arah jam tangan, masih awal lagi untuk Coffeeprince sampai. Hari ini aku memilih untuk datang ke Kafe Latte dengan lebih awal. Aku ingin menunggu Coffeeprince datang kesini.

 

Aku akan membancuh secangkir Caremal Macchiato special hanya untuknya. Lalu aku akan menghantar sendiri kopi tersebut ke mejanya. Pastinya Coffeeprince akan terkejut melihatku. Dia mungkin akan mempelawa ku duduk bersamanya dan kemudian kami berbual-bual secara tidak langsung mungkin juga kami akan bertukar nombor sesama sendiri. Nampak tak planning aku? Cantikkan?

 

Sepuluh minit.

 

Sepi.

 

15 minit berlalu.

 

Aku masih setia menanti.

 

Aku kerling jam tangan ku. Selalunya pada waktu ini Coffeeprince sudah terpacak di hadapan Kafe Latte. Kenapa dia masih juga belum datang. Baunya juga tiada. Adakah Coffeeprince sakit? Argh!. Serabut. Aku memandang ke arah meja yang sering dihuni oleh Coffeeprince itu. Sunyi dan sepi. Aku menghirup Frapuccino yang berada dihadapan ku. Tawar, mengapa frapuccino ini terasa amat tawar di tekak ku?. Adakah aku lupa untuk memasukkan gula ke dalamnya?.

 

Sekali lagi aku mengerling ke arah jam yang kemas berada ditangan kanan ku. 8.25 minit pagi, kali ini hati ku menjadi semakin sayu, peluang tadi yang cerah nampaknya sudah berubah. Mungkin akan gelap segelap kopi yang telah ku bancuh tadi."Coffeeprince?!" aku menjerit di dalam hati. Ya! Mataku memang tidak salah. Mana mungkin aku salah orang. Memang jelas lelaki itu adalah Coffeeprince. Coffeeprince berjalan laju sambil ditemani seorang wanita yang mungkin seusia dengan aku. Wanita itu nampak sangat mesra dengan Coffeeprince. Mungkinkah?

 

Sekali lagi aku menghirup Frappuccino yang tawar itu, kali ini bukan saja terasa tawar malah semakin pahit pula. Nampaknya aku hanya mampu menahan perasaan ini seorang diri di dalam hati. Aku membuang pandangan ke luar Kafe Latte melalu cermin yang jernih sambil melihat Coffeeprince yang tersenyum senang di sisi wanita yang mengenakai gaun berwarna maroon itu. Aku hanya mampu mengigit bibir dan menikmati kopi hitam tanpa jiwa ini. Coffeeprince berjalan dengan laju, Wanita tadi setia mengekorinya hingga mereka hillang di celah-celah orang ramai. Mungkin aku ditakdirkan putus cinta sebelum aku sempat untuk mencintai. Hahahahah kelakar bukan?. Aku hirup Frappucino yang masih berbaki. Tadinya tawar kemudian pahit sekarang kelat pula. huh-

 

 

 

 

 


 

 

 

 

Ibu seawal 6 pagi sudah bangun menyiapkan sarapan utuk aku, biasalah orang tua memang selalu bangun awal. Eunhee adikku nampak lebih cantik ketika mengenakan gaun maroon yang ku belikan untuknya itu.

 

Oh ya! Pagi ini tidak seperti selalunya. Pagi ini aku tidak perlu bersarapan di Kafe Latte memandangkan ibu dan adikku ku tinggal di rumahku selama seminggu. Aku menarik kerusi mengambil tempat di sebelah Eunhee. "Morning ibu" ujarku senang hati. "Morning sayang" balas ibuku lembut. Aku amat merindui suara lembut ibuku ini, sekarang rinduku sudah kebah. "Kai ibu buatkan kopi favorite kamu ni" sambung ibuku lagi. Dia menuangkan kopi ke dalam cawan yang berada di hadapanku dengan cermat. Aroma kopi memenuhi seluruh ruang dapur rumah.

 

"thanks ibu, rindu betul kopi ni" balasku pula

 

"Yelah tu, kalau kamu rindu kena kamu tak balik?"

 

"Alahhh sekarang busy sikit.." ibuku mencebik kerana tidak puas hati. Seperti selalu ibu memang tidak pernah percaya akan kata-kata anak sulungnya ini.

 

Aku menghirup kopi itu dengan penuh nikmat. Aku memang peminat tegar kopi sejak kecil lagi. Tapi dalam banyak-banyak kopi, Sesungguhnya hanya ada 2 kopi sahaja yang mendapat tempat di hatiku. Satu kopi buatan ibuku. Dua Caremal Macchiato buatan Kafe Latte. Aku tertanya-tanya siapakah barista yang membancuh kopi yang begitu enak itu. Kepekatan kopi yang sentiasa dijaga kandungan airnya cukup sempurna untuk mengentalkan kopi yang sangat Umph!!.

 

"Abang selalu breakfast kat mana?" soal Eunhee dengan mulut yang masih penuh dengan bibimbap buatan ibuku. Aduh! Kalau iye pon habiskanlah dulu makanan dalam mulut tu. Selekeh betul. Nasib baiklah dia ni sorang jer adik aku, kalau tak dah lama aku sekeh-sekeh kepala dia. Tak ada ciri-ciri kesopanan langsung.

 

"Breakfast dekat Kafe Latte, dekat dengan office abang"

 

"Ouhh, sedap ke kopi kat situ?"

 

"Sedap! ada satu kopi ni abang suka sangat,rasa dia seriously mencengkam kalbu betul, bila abang minum kopi tu abang teringat dekat ibu. Ermmm tapi kopi ibu kita tetap Terbaik!" balasku penuh kejujuran. Ibuku hanya menberi jelingan tajam. Huh.

 

Eunhee adalah satu-satunya adik yang aku ada. Dia baru sahaja menamatkan pengajianya di sebuah kolej di Busan. Encik Sooman, bos aku berminat untuk mengambil dia berkerja sebagai setiausaha memandangakan Kak Taeng secretary-nya yang lama sudahpun berhenti kerja atas desakan suaminya. Maka, mungkin inilah yang dipanggil rezeki terpijak. lagi pula, bukan senang nak dapat kerja sekarang ni. Pagi ini aku berjalan dengan senang sekali. Eunhee yang berada disampingku hanya mengekoriku dengan mulut yang tidak boleh diam walau hanya untuk seminit.

 

Ketika aku melalui Kafe Latte aku membawa pandangan ke arah cermin jernih kafe itu. Kelihatan perempuan yang digelar Krystal itu sedang duduk termenung di tepi meja kaunter. Aku sempat memberikan senyuman padanya, tapi sayang dia tidak menyedarinya. Dia menghirup kopi yang dipegangnya dengan lembut. Air mukanya tampak kelat sekali. Barangkali dia meminum kopi yang pahit? Mungkin rasanya lebih kelat daripada kopi biasa.

 

Rona wajahnya nampak muram tidak semanis semalam. Dia seakan gelisah, mungkin marah akan sesuatu perkara. Biasalah manusia pasti ada sahaja masalah yang datang berguling bila disepak masalah lain pula berguling ke arah kita. Kesimpulanya masalah sentiasa datang secara bersilih-ganti. Ouh, Ya jika aku berjumpa denganya lagi aku akan pastikan yang aku akan bertegur sapa denganya.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chanyeorin61 #1
Chapter 2: Sambung lagiii
chanyeorin61 #2
Chapter 1: Sambunglah lagi.. setiap kata2 menggambarkan emosi si watak.. best