Satu

KOPI

 

   

 

 

 

 Pagi yang redup, angin sejuk membuatkan mata makin berat untuk dibuka. Suasana selepas hujan memang akan membuatkan urat-urat makin menonjol keluar. Aku membuang pandangan ke luar kafe Latte, pastinya ada insan-insan yang masih terbaring terbongkang di atas tilam. Sekadar menunggu rezeki bergolek hingga ke hujung kaki dan menanti duit masuk tanpa perlu penat berlari ke sana ke mari.

 

Aku adalah seorang lelaki biasa yang selalu menghabiskan masa beberapa minit untuk menikmati secawan kopi di kafe Latte ini. Cukuplah kalian mengenaliku dengan nama Kai. Aku ialah seorang lelaki biasa yang tidak berkerjaya tetapi aku mempunyai perkerjaan tetap yang mampu menyara diriku dan juga dapat mengirim wang kepada ibu dan adikku yang berada jauh dariku. Bukankah itu lebih bagus?

 

Sudah menjadi kebiasan bagiku sebelum ke tempat kerja, aku memulakan hariku dengan secawan kopi yang terdapat di kafe Latte ini pastinya hariku sempurna tanpa sebarang cela. Pagi redup seperti ini, menikmati secawan kopi panas berwarna hitam kecoklatan semacam memberi satu aliran tenaga kepada tubuh badanku. Disebabkan aku tidak mempunyai sebarang teman istimewa mungkin tidak keterlaluan jika aku katakan kopi inilah pelengkap hidupku.

 

Setiap hari aku akan menikmati secangkir Caremal Macchiato di kafe Latte, walaupun ianya hanyalah sejenis kopi yang biasa-biasa sahaja tetapi terdapat kelainan terhadap kopi yang disediakan di sini. Tidak dapat ku jelaskan aromanya yang manis dan enak, sungguh berbeza dengan kopi-kopi yang pernah ku minum selama ini. Arghh yang pasti keenakan Caramel Macchiato di sini sungguh berbeza dan unik. Tetapi sayangnya rasa enak Caremal Macchiato yang ku katakan itu sungguh berbeza sekali pada pagi ini. Manis sememangnya manis tetapi entah apa yang tidak mencukupi rasa kopi itu pada pagi ini. Tepat jam 8.20 minit pagi aku akan berjalam di kaki lima hingga sampai ke depan pintu office bersama secawan lagi Caremal Macchiato buatan kafe Latte untuk menemaniku seharian.

 

Semua pasti beranggapan bahawa aku akan mengongsikan sebuah cerita cinta yang sangat klise dan biasa-biasa. Mungkin juga kalian berfikir cerita aku bermula dengan secawan kopi ditegur oleh seorang wanita cantik dan kemudian kami jatuh cinta dan diakhiri dengan rumah tangga yang bahagia bersama anak-anak kecil yang comel kan? Mana mungkin, cerita indah itu hanya terjadi didalam drama atau mungkin di dalam novel-novel cinta yang hangat dipasaran. Hakikatnya tidak!. Sudah hampir setahun aku melalui rutin harian yang sama. Dan aku masih tidak mempunyai teman istimewa yang mahu menemaniku menikmati secawan kopi sambil berbual mengenai anak-anak dan hari tua nanti.

 

Aku kerling jam tangan 8.10, ada lagi 10 minit untuk aku menghabiskan Caramel Macchiato dan roti yang masih berbaki sekeping. Sekejap lagi aku perlu menapak ke pejabat bersama-sama beg laptop dan file, seterusnya menjalani rutin harian yang pasti membuatkan ku mati kebosanan. Mataku terbawa ke arah seorang wanita lingkungan 20-an, berambut panjang dan dibiar tidak terikat memakai uniform pekerja kafe Latte, menolak pintu pintu kaca kafe Latte. Mungkin dia salah seorang pelayan ataupun barista di sini. Dia sempat melemparkan senyuman padaku. Aku hanya membalas senyumannya.

 

Aku hanya mampu memandang dengan ekor mata. Dia memasuki kaunter yang tidak jauh dari mejaku. Tidaklah terlalu cantik, tapi mempunyai sesuatu yang istimewa. Yang cukup untuk menarik hati aku. Bukankah kecantikan itu subjektif? Masing-masing ada mata sendiri untuk menilai.

 

Seorang lelaki yang memakai uniform sama datang menghampirinya. "Krys kenapa lambat sangat?" soal Sehun, seorang lelaki yang baru menghabiskan zaman persekolahanya. Aku cukup mengenalinya memandangkan aku adalah pelanggan tetap kafe Latte ini. Tapi mengapa aku tidak pernah melihat perempuan itu sebelum ini?

 

"Tadi traffic jam" balasnya.

 

"kau dah inform kat boss ke?"

 

"Dah" balasnya ringkas sambil mula mengikat rambutnya yang panjang itu.

 

Aku masih memerhati dari jauh, ada suatu ketika mata kami bertembung. Terkejut! tapi dia hanya mengukir senyum manis, mungking sama manis seperti kopi yang sedang ku nikmati ketika ini.

 

Aku kerling jam tangan, masih ada 5 minit sebelum aku bangung dan pergi menapak ke office yang jaraknya hanya selang satu bangunan dari kafe Latte. Aku bangun dan menghala ke kaunter,

 

"1800won, macam selalu" ujar Sehun sambil tersenyum. Aku menghulurkan wang seperti yang diminta.

 

"Sehun aku nak tanya sikit boleh?" kataku pada Sehun.  Sehun mengerutkan keningnya

 

"Tanya apa?" balasnya.   

 

"Perempuan tadi tu siapa?" ujarku padanya.Nampak macam aku ni desprate kan? Tapi apa salahnya lagipun aku hanya mahu mengenalinya dan mungkin tidak lebih. Hahaha.

 

Sehun tersengih "Perempuan tu?" katanya sambil menunjuk ke arah perempuan berambut panjang tadi yang sedang sibuk melakukan tugasnya. Aku hanya mengangguk sambil membuat muka cool di hadapanya.

 

"Nama dia Krystal, dia tu barista kat sini" jawab Sehun. Aku hanya mengangguk.

 

"Kenapa berminat ke?" sindirnya sambil tersenyum kecil. 

 

Aku masih lagi berlagak cool sambil tersenyum kecil aku membalas "Mungkin". Jawapan ku tadi membuatkan Sehun tergelak besar.        

 

"Sejak bila? nak aku adjustkan" katanya yang masih lagi tidak henti dari ketawa. Aku tidak tahu sama ada aku yang membuat lawak sehinggakan Sehun tergelak seperti ini. Aneh.

 

"Aku just nak tahu jer and tak lebih" balas ku pula.

 

Sehun menahan tawanya "Okey, kalau nak tahu lebih lagi call aku" dia masih lagi menyakatku. Aku hanya tersenyum kecil. Biasalah budak-budak.

 

Aku berlagak tenang, sambil mengatur langkah menapak ke office. Sempat aku mengerling wanita tadi. Tapi dia tidak menyedarinya. Entah mengapa langkah ku pagi ini terasa seperti lebih indah dari hari yang sebelumnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chanyeorin61 #1
Chapter 2: Sambung lagiii
chanyeorin61 #2
Chapter 1: Sambunglah lagi.. setiap kata2 menggambarkan emosi si watak.. best