Love you husband!

The Wu's Family
Please log in to read the full chapter

 

"Jyeah…Let's start our cooking lesson with your handsome chef,Chef Wufan!" Yifan melangkah masuk ke ruangan dapur lengkap memakai apron.Mukanya yang confident menimbulkan rasa kagum terhadap penonton yang melihat.Bersorak makcik-makcik dan anak-anak dara melihat Yifan.Siapa tak melting oi,pengarah syarikat elektronik yang terkenal di Kanada,China,Korea serta di serantau asia.Jadi,ikut suka dialah nak masuk office hari minggu atau hari biasa.Dan,kepakaran dia memasak masih diragui oleh semua orang.

 

 

 

Kayh..Tu hanyalah imaginasinya semata-mata.Tiada makcik-makcik mahupun anak gadis yang bersorak riang lagi excited melihat Yifan.Tiada sesiapa pun di dapur melainkan dirinya.Seperti yang saya katakan,itu hanya imaginasinya.

 

 

"So,apa yang kita nak masak? Tak pedas dan sedap dimakan oleh Ayjin dan Aysa?" Tangannya lincah menaip sesuatu di atas keyboard telefon.Menggunakan khidmat Mr.Google,kesemua resepi mahupun cara-cara memasak sedia keluar.Hanya tinggal pilih dan masak sahaja.

 

"Makaroni cendawan dan bubur ayam.Hmm,not bad.Aysa and Ayjin will love this! Okay,let's cook!" Bahan-bahan dikeluarkan daripada peti ais dan juga kabinet di dapur.Yifan mengikut setiap arahan yang tercatat pada resipi tersebut.

 

"Air kena lebih 5 kali ganda dari jumlah beras" Dia membasuh beras dan menyukat jumlah air.Selepas itu,dapur dihidupkan.Dia memotong daging ayam yang telah siap dipotong menjadi beberapa ketulan kecil dan nipis sesuai mengikut umur Ayjin yang hanya baru mempunyai gigi depan dan sedikit gigi di bahagian belakang.Garam dimasukkan serta beberapa hirisan lobak merah dan separuh batang saderi yang telah diricih dimasukkan sekali.Tidak ketinggalan sehiris halia untuk menghilangkan rasa hamis ayam.Setakat ini,semua yang dilakukan berjalan dengan lancar.Bubur ayam ditutup dengan penutup tetapi dibiarkan terbuka sedikit agar wapnya keluar.Yifan melakukan semuanya dengan penuh teliti dan cermat.

 

 

 

"Papa,what are you doing? Can i help?" Aysa muncul disebelahnya yang sedang merebus makaroni.

 

"Eh? Dah bangun? Jangan main kat sini,pergi duduk kat depan" Aysa menggeleng mendengar arahan Yifan.Patung angry bird merah diletakkan di atas kerusi.Aysa memanjat kerusi lagi satu untuk melihat Yifan yang memotong sosej pula.

 

"Papa nak masak apa? Kenapa papa masak? Papa tahu masak ke?" Soal Aysa bertubi-tubi.Yifan berhenti memotong.Dia memandang Aysa seketika tetapi tiada senyuman di bibirnya.

 

"Papa nak masak untuk Aysa dan Ayjin sebab mama tak sihat.Is that clear young lady?"Yifan kembali meneruskan kerjanya.Kalau dia tengah fokus,janganlah ada yang mengganggu.Nanti dia sudah tiada semangat untuk melakukannya.Yifan bangun dan meramas-ramas daging lembu yang sudah siap dikisar.

 

 

"Papa,ni apa?" Tunjuk Aysa kepada daging kisar itu.

 

"Daging kisar" Jawab Yifan.

 

"Daging lembu ke daging ayam?" Soal Aysa kembali.Mata Aysa fokus kepada daging yang sedikit aneh pada pandangan matany.

 

"Daging lembu" Acuh tak acuh je Yifan membalas.

 

"Kenapa papa buat macam tu?" Sekali lagi Aysa menundingkan jarinya.Dia mendongak melihat Yifan.

 

"Daging tu beku,so papa nak cairkan dia.Maka,papa kenalah rendam biar cair baru senang nak masak" Terang Yifan.Dia membasuh daging kisar itu.Aysa mengangguk dan mulutnya membuat bentuk ‘O’

 

 

Bawang putih diketuk,bawang merah dan halia dihiris,tomato dibelah empat dicampak masuk ke dalam kuali untuk ditumis seketika.Setelah agak garing,api dikecilkan sedikit barulah dimasukkan daging kisar yang telah diramas tadi.Apabila daging kisar sudah masak barulah dia meletakkan sos tomato,sos tiram dan sedikit sos cili lalu digaul bersama dan dimasukkan sedikit air.

 

 

'Ding dong! Ding dong!'

 

 

"Papa! Ada orang datang" Aysa memanggil Yifan.Malangnya,Yifan sedang sibuk menuang air rebusan makaroni ke sinki.Wap-wap panas menerpa mukanya membuatkan muka Yifan menjadi merah dan kelihatan berpeluh-peluh.

 

"Open the door Aysa!" Laung Yifan sambil memejam matanya.Panas cek oi!Aysa yang sedia menurut berlari-lari anak menuju ke depan untuk membuka pintu.Dia menjengketkan kedua kakinya barulah tombol pintu itu boleh dibuka kerana dikunci dari dalam.

 

 

"Pak su Tao!!!" Aysa menjerit keriangan.Zitao memeluk dan mendukung Aysa lalu dicium pipi anak kecil itu.Aysa ketawa kegelian apabila pipinya dicium.

 

"Princess pak su sihat? Bau semacam je ni? Belum mandi eh?" Soal Zitao sambil melangkah masuk ke dalam rumah.Aysa melemparkan senyumannya.

 

"Belum,papa busy masak" Jawapan dari Aysa membuatkan kedua kening Zitao hampir bercantum.

 

"Papa masak? Biar betul! Mama mana?" Beberapa bungkus plastik diletak atas meja di ruang tamu.Aysa turut turun dari dukungan Zitao.Aysa mengangguk laju.

 

"Mama sakit,papa masak untuk Aysa,Ayjin dan Mama"Ketika ini Yifan muncul dihadapan dengan mendukung Ayjin yang sudah comot dengan serbuk-serbuk biskut.

 

"Lah…Kau ke Taozi…Sorrylah,rumah bersepah" Tangan Yifan lincah mengesat mulut Ayjin dengan tuala basah.Ayjin menjadi anak yang baik hanya rela diperlakukan sebegitu.

 

 

"Macam tak biasa pulak tengok kau macam ni…lol.Tu mama hantar buah tangan.Dia beli chocolate banyak sangat masa pergi Paris haritu.Kat rumah bukannya dia makan sangat pun" Plastik berisi pelbagai jenis coklat menarik perhatian Aysa.Dia ingin mengambil coklat  berjenama forerro rocher tetapi mendapat sedikit jelingan daripada Yifan.

 

"Jangan makan coklat tu sebelum breakfast.Nanti muak"Aysa terus memasamkan mukanya.

 

"Fine"Aysa duduk menonton television pula.Cerita Robocar Poli menarik perhatian dia.

 

"Aysa kata kau masak? Serius lah kau masak ge?" Zitao berkata dengan muka yang masih tidak percaya.Dia perlukan pengesahan yang tepat mengenai perkara ini.Yifan hanya membuat muka toya.Ayjin diletakkan dalam walker.Dia berada di sisi kakaknya menonton cerita yang sama.

 

"Pelik ke kalau aku masak? Okay,aku tahu memang pelik…Nak buat macam mana,dah Sarang tak sihat"Peluh di dahi di kesat menggunakan belakang tangannya.Zitao buat 'jawdrop'.Sememangnya hanya kakak iparnya yang mampu menukar Yifan 360 darjah.Mana taknya,dulu abangnya lah yang paling gengster,yang paling annoying,yang paling kejam.Tapi bila dia suka Sarang,terus berubah.

 

"Emm…Okaylah tu,tolong wife" Zitao melangkah ke dapur mengekori Yifan.Ayjin dan Aysa dibiarkan di ruang tamu.Yifan menyudahkan kerjanya yang terhenti seketika.Dia mengacau bubur yang sudah hendak masak itu.Kuah makaroninya sudah siap apabila cendawan butang yang dihiris dimasukkan lalu digaul seketika.

 

"Cuba kau rasa,okay or not?" Tanpa berlengah Zitao mengambil sebiji pinggan dan mencedok makaroni yang telas di tos ke dalam pinggannya.Kuah makaroni itu pula di siram di atas makaroni.Digaul sedikit sebelum disuap masuk ke dalam mulut.Daripada cara hidangan boleh dilihat bahawa makanan itu kelihatan seperti tidak boleh di makan.Yifan menanti reaksi daripada adiknya.

 

"Macam mana? Sedap?" Tiada jawapan yang diberi tetapi mulut Zitao asyik mengunyah makanan itu.Dia menyuap dan mengunyah sehingga pinggan itu licin.Tatkala ini,lega sungguh Yifan.

 

"Ge!Mana kau belajar masak ni? Sedap kut!" Timbul senyuman 'victory' di bibir Yifan.Tak sia sia dia ikut semua arahan Mr.Google.Zitao minum segelas air.Kenyang tetapi dia masih mahu menambah buat kali kedua.

 

"Well,macam kau tak kenal je kan abang kau ni.I can do everything that people can do.Setakat memasak ni,alah..Kacang je" Mulalah dia membangga diri.Yelah,sebab sebelum ni kalau dia masak je mesti hancur sampai tahap makanan tu jadi penghuni tong sampah.Nak bagi kat kucing,mati karang kucing tu.

 

"Poyolah..Nasib baik sedap" Zitao menghirup segelas air kosong.

 

 

"Sedapnya bau~ Papa Aysa hungry" Aysa berjalan ke dapur dengan muka yang sedikit berpeluh.Ayjin mengikut dirinya dari belakang.Aysa memanjat ke kerusi yang berhampiran dengan Zitao manakala Ayjin hampir menangis kerana dia tersekat berdekatan dengan kerusi disebabkan oleh walkernya

 

"Pap-pa..Ay-jin cekat(tersekat)…yoyong!!(tolong)" Yifan segera mendapatkan Ayjin lalu di dukung.Ayjin diletakkan pula ke dalam kerusi bayi.Bubur yang sudah siap masak dibiarkan dahulu supaya sejuk.Begitu cekap sekali kerja yang dilakukan oleh Encik Wu kerana percubaannya memasak berjaya.Dia menghidangkan makaroni cendawan itu kepada Aysa pula.Segelas air kosong turut diletakkan berdekatan.

 

 

"Ni ke yang papa masak tadi?" Aysa tidak terus makan sebaliknya,dia bermain-main dengan makanan itu.Diteliti dengan betul kesemua bahan masakan itu.Akhirnya dia mengambil sesudu makaroni dan menyuap kedalam mulutnya.Setelah ditelan barulah Aysa mencari air untuk diminum.Muka Aysa sedikit memerah dan matanya kelihatan berair.

 

"What's wrong? Tak sedap ke?" Panik Yifan bertanya.Belakang Aysa digosok perlahan.Aysa menggeleng.

 

"Sedap…Tapi pedas papa.Aysa tak boleh makan ni" Sudu diletak ke tepi.Wajah Aysa sedikit masam.Yifan menepuk dahinya.Baru dia teringat yang dia terus masukkan lada yang telah dikisar tanpa mengagak sukatannya.

 

"Okay,i know i'm sorry…Aysa nak bubur Ayjin tak?" Jawapan yang diterima hanyalah gelengan daripada Aysa.Ketika ini Yifan mati akal.Dia tak tahu nak buat apa.

 

"Asal dengan Aysa? Dia tak suka ke?" Zitao mengalihkan perhatiannya kepada Aysa.Ayjin turut memandang kakaknya.

 

" Ni…Aku terletak lada banyak sangat tadi.Aysa tak boleh nak makan sebab pedas.."Dari ekor mata Yifan,Aysa sudah membuka sepeket coklat untuk dimakan.Zitao pula hanya ketawa kecil.Abangnya ni pun satu,dia ingatkan makaroni ni untuk kak Sarang.Rupanya untuk Aysa.Memang tak lah budak tu nak makan.

 

"Kau ni… Macam ni lah..Kau suap Ayjin makan bubur,biar aku yang masak untuk Aysa"Kali ini Yifan hanya mengalah.Bubur untuk Ayjin digaul perlahan.

 

"Okay…Kau tengoklah dalam freezer tu apa-apa yang boleh dibuat masak.Kejap lagi aku nak mandikan Ayjin"Zitao mengangguk.Bukan senang dia nak mencemar duli memasak.Tapi,Zitao ni rajin.Anak manja emak lah katakan,sudah pastilah kerja-kerja dapur dia tahu buat sebab dia selalu tolong mummynya masak.Bukan seperti Yifan,nak nampak bayang kat dapur pun susah.

 

"Aysa! Pak su nak buat breakfast untuk Aysa ni" Laung Zitao dari dapur.Aysa segera berlari ke dapur semula dengan mulut dan tangan kanannya yang sudah penuh dilumuri

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sayhershe
Cerita ni dah COMPLETED!! Lega bila dah siap..Sya rindukan budak-ii tu T^T

Comments

You must be logged in to comment
Galaxyboo_
#1
Chapter 2: shhiiit sweeet !! how much i love fanfan opaaaa
ainzakaria
#2
Chapter 2: Sweeeeet!!! First time baca cerita yang feeling macam ni. Okay,ini menyedihkan. *celup muka dalam jamban* *mereput*
QuincyOat
#3
Chapter 2: Kekeke.. I think tunjang utama citer ni kemesraan Yifan dan Sarang yang terlebih gula-ii. Haha.. Seriously.. Love it! Heol, i'm gonna miss si kecik Aysa yang banyak bertanya tu dan si Ayjin yang tak habis-ii meleleh ayaq liur! ^^
GreenDecember #4
Chapter 2: Sukalah part tao tu....
Apsal keluarga wu ni sewit sngt!!!
GreenDecember #5
Chapter 1: Kyaa....so sweet like sugar...
Update soon author nim
QuincyOat
#6
Chapter 1: Omona~ I'm so jealous dengan Sarang! Keluarga dia terlalu bahagia! Untunglah Sarang dapat suami dengan anak-ii yang lovely gila! Heol.. I jealous tahap kuasa sejuta!