Mengenali

Coffee Prince

Setelah kejadian itu, Suzy dah ayahmya kembali ke Seoul dan meninggalkan YoungMin bagi menemani keluarganya di Annyang. Sementara semua orang  luar seperti Suzy dan Encik Bae sudah keluar dari wilayah Annyang, Kim TaeHyung masih lagi menetap di situ. Dia kini tinggal di rumah keluarga Jo. Yellah... kan dia kata dia nak stay sampai keluarga SuJeong decided bila bak pergi Seoul...

Setiap hari TaeHyung dibajai kecerian. Mana tidaknya, tinggal sebumbung dengan kekasih hati, SuJeong.

“Awak buat apa tu?! Gigit kuku?” Tegur SuJeong spontan dengan nada terkejut apabila melihat TaeHyung yang sedang menggigit kukunya sambil menonton televisyen.

“Hah?! Yeke?! Siapa?! Mana?!” TaeHyung menyoal bodoh yang cukup membenggangkan SuJeong sambil cuba menyembunyikan kuku tangannya di belakang.

“Ni apa?! Awak nak tipu?!” SuJeong sedikit menjerit selepas dia bertindak menarik tangan TaeHyung dan melihat kuku lelaki itu.

“Urhmm... Chosonghabnida! Ini bad habbit sayalah, awak. Susah nak tinggalkan” jelas TaeHyung seraya meminta maaf dengan nada bersalah. Sementara SuJeong sudah menunjukkan emosi geramnya.

“Oh ya, baru teringat. Nae appa dah buat keputusan minggu depan kitorang akan pergi Seoul. Jadi... awak boleh lah balik sekarang” bicara jujur SuJeong sedikit mengguris hati TaeHyung yang amat menyimpan perasaan terhadapnya.

“SuJeong, awak ni, asyik-asyik panggil saya awak aje. Sesekali tu panggillah saya oppa. Sweet sikit” kata TaeHyung selamba kacang ajer. Mendengar katanya itu, SuJeong mencemik, menunjukkan reaksi meluat.

“Sorrylah.. saya tak biasa. Okay lagi saya panggil TaeHyung, awak. Kalau ikutkan hati ni, nak aje saya guna aku-kau dengan TaeHyung, boleh?” Soal SuJeong mengecewakan TaeHyung.

“SuJeong, kita ni orang korea, orang asia. Orang macam kita ni sangat terkenal dengan sikap hormat-menghormati dan sopan santun. Lagipun kenapa awak suka menghalau saya? Kenapa benci sangat dengan saya? Saya sayang awak tau. Saranghanda!” SuJeong menghela nafas berat ketika mendengar kata-kata TaeHyung. I'm still young! I don't want to fallen in love! Hatinya berteriak.

“Haish, apa ni? Saya muda lagilah.. Saya anggap awak sebagai kawan Joy unnie aje,” balas SuJeong cukup ringkas, namun cukup menikam jiwa TaeHyung.

“Yellah... saya balik Seoul lah. Saya tak paksa awak. Tapi saya harap awak boleh fikirkan balik. Saya akan tunggu. Oh ya, SuJeong boleh awak bagi no. phone?” TaeHyung menyoal lemah.

“Boleh...” satu perkataan meluncur dari bibir SuJeong lantas menceriakan kembali Kim TaeHyung.

“Tell me!” ujar TaeHyung kelihatan tergesa-gesa.

“014... tekan-tekan tak dapat,” selepas berkata, SuJeong ketawa besar. Seronok dapat mengenakan TaeHyung.

“Haih... SuJeong, betul-betullah!” 

“Kalau awak nak, pergilah minta kat oppa atau unnie saya,” kata SuJeong selamba sebelum melangkah masuk ke biliknya.

Haih... Susah juga nak dapatkan hati SuJeong ni. Takpe, inilah cabaran. I like it! Getus hati TaeHyung sbil memecut keretanya untuk pulang ke kota Seoul. Seminggu kemudian,

“Unnie, betul ke kita akan tinggal kat Seoul lama?” YouJung menyoal dengan nada yang kurang gembira sambil tangannya sibuk mengemas pakaian ke dalam beg.

“Yellah. Best kan? Kita akan tinggal di daerah elit, Gangnam!” Balas SuJeong ceria yang juga sedang berkemas-kemas, bersiap-siap untuk ke Seoul petang nanti.

“Habis tu sekolah macam mana?” YouJung menyoal lagi. Ringkas sahaja soalannya namun cukup untuk melukiskan seribu satu kedutan di dahi SuJeong. Haik? Masa bila pula YouJung rajin sangat pergi sekolah?

“Ponteng ajelah. Ala~ kita ponteng bersebab. Tak seronok ke?” SuJeong menyiku adiknya, YouJung yang kelihatan sedang berfikir sesuatu yang serius.

“Ne... Yup! Memang best.” Jawab YouJung dengan nada terpaksa seraya melemparkan senyuman tawar. 

“Annyeong, cheonsa oppa berdua! Borak apa tu? Mengumpat oppa ye? Jahat awak berdua ya? Nanti oppa peluk awak kuat-kuat!” Gurau YoungMin yang datang menerjah ke bilik dua gadis itu.

“Hish, oppa ni! Kitorang good girl lah! Bukannya macam oppa, Bad boy!” Balas YouJung bernada manja.

“Naega saranghaneun sorry I'm a bad boy. Geuri charari you're good girl. Siganikan suro na ameun ga suro” tiba-tiba datang Joy mencangkuk bahu YoungMin menyanyikan lagu 'Bad Boy' dari grup bertaraf antarabangsa, Big Bang sambil ditemani oleh Jney.

“Oppa, kitorang dah siap! Oppa dengan SuJeong unnie dan YouJung dah siap ke belum?” Jney menyoal dengan nada mendatar sebelum Joy menyambung.

“Appa pun dah panaskan kereta tadi,”

“Ya... Kitorang dah siaplah unnie!” Balas SuJeong sedikit menjerit.

“Hah, kalau dah siap. Jomlah kita gerak,” ujar Puan Jo yang entah datang dari mana mengarahkan anak-anaknya segera keluar dari rumah lalu terus masuk ke kereta suaminya dan terus bergerak ke Seoul.

Setibanya di Seoul, keluarga YoungMin disambut mesra oleh Encik Bae dan Suzy.

“Kamsaheyo, En. Bae kerana benarkan kami anak beranak tinggal di istana tuan,” ucap En. Jo sambil berjabat tangan dengan ayah Suzy.

“Eh, apa tuan-tuan ni? Ini semua rezeki tuhan, saya kongsi bersama aje. Marilah masuk. Nanti Suzy tunjukkan bilik, saya ada urusan sikit kat pejabat,” beritahu En.Bae lalu bergegas pergi ke pejabatnya.

“Ajumha, Ajushi. Marilah ikut saya,” Suzy memanggil Encik dan Puan Jo supaya mengikutinya masuk ke villa mewah itu.

“Cheonsa Joy, SuJeong, Jney dan YooJung. Jomlah masuk,” ajak YoungMin pula memanggil adik-adiknya.

“Oppa, eomma, appa. Orang tak boleh stay sini lah. Orang ada kerja kat ipt. Orang chaw dulu. Annyeong~” ujar Joy yang lantas bersalaman dengan ibu bapa serta abangnya. 

“Eh, rush sangat. Jemputlah masuk dulu,” Suzy cuba menghalang. Dia tahu gadis itulah yang dilihat memeluk YoungMin pada chapter 7 lalu. Di sebabkan cemburu butanya, dia sudah merosakkan rancangan YoungMin. Dia mahu berbaik dengannya. Ya! Dia mahu berbaik dengan anggota keluarga YoungMin.

“A'ah. Ye pun, tunggulah sekejap. Nanti oppa boleh hantarkan.” Cadang YoungMin pula.

“Mianhae, oppa, unnie! Orang dah lambat sangat folio kena siapkan sebelum petang ni,” beritahu Joy lagi lalu terus melangkah pergi.

Ah, pura-pura baik lah konon! Suzy unnie memang suka kan kalau aku pergi? Boleh lah dia bermesra dengan oppa? Ingat aku tak tahu?! Argh, malas aku nak fikir! Folio tak siap lagi!!! Hati Joy bermonolog dengan perasaan yang bercampur aduk.

“Wah! Besarnya rumah unnie!” Ucap YooJung yang teruja apabila memasuki laman rumah villa itu. Matanya mengeriling sekeliling. Terdapat kolam ikan yang nyata lebih besar dari rumahnya di Annyang. Hiasan dan reka bentuk kolam ikan yang turut dilengkapi air terjun itu benar-benar menarik perhatian.

“Tengok tu!” SuJeong menunjuka sebelah kirya pula. Terdapat pelbagai gelanggan sukan. Gelanggang badminton ada, gelanggang bola jaring ada. Padang bola sepak aje takde.

“Wah! Ada macam-macam lah! Mana dapur nya?” soal Puan Jo. Sudah tidak sabar mahu melihat dapur rumah mewah itu.

“Kita baru sampai laman lah, eomma.” Beritahu YoungMin yang berjalan mengetuai rombongan itu.

“Lah... Baru sampai laman ke? Jauh lagi pintu rumah?” Encik Jo pula menyoal. Penat dah rasa kakinya. Kenapalah tak cakap awal-awal laman yang besar mengalah stadium bola sepak? Kalau tak, aku parking dalam aje. Rungut Encik Jo.

“Sekejap lagi. Lepas anjung ni. Sampailah,” kata Suzy sambil menunjukkan sebuah anjung seri yang diperbuat dari kayu jati yang sebesar dua biji rumah teres.

“Dah sampai!” YoungMin membuka pintu itu mempersila keluarganya masuk.

“Jomlah ikut saya, saya hantar ke bilik masing-masing. Nak bilik sorang satu atau kongsi?” tanya Suzy yang kalau dilihat sudah seperti pelayan tetamu di hotel mewah.

“Nantilah. Kami berehat dulu. Fuh~” Encik Jo membalas sambil melabuhkan punggungnya ke atas sofa yang terbentang di hadapan mereka.

YoungMin dan Suzy ketawa kecil melihat gelagat keluarganya itu. Lama-lama biasalah tu.

“Unnie dan oppa hari-hari ke macam ni? Tak semput?” Jney menyoal bernada gurauan.

“Nak buat macam mana? Haih...” YoungMin berpura-pura mengeluh sebelum ketawa. “Sebab tulah awak tengok Suzy tu slim aje. Hehe..”  Tambah YoungMin mengusik sebelum berlalu ke dapur untuk membuat minuman bersama eommo-nya.

“Sejak akhir-akhir ni banyak benda yang berlaku. Kita pun tak dapat berkenalan. Mesti ajumha, ajushi dan korang semua bencikan Suzy.” bicara Suzy lemah. Rasa bersalah melunari dirinya bagai terdapat tali di lehernya. 

“Eh, apa pula. Keluarga Suzy cukup baik bayarankan kos rawatan untuk Jney. Malah benarkan kami tinggal di rumah agam kamu yang indah ini.  Siapalah kami nam bencikan Suzy,” jelas Encik Jo menengangkan hati Suzy.

Tapi rasanya., semua dah tahu kan apa yang saa dah kat YoungMin? Masa tu saya tak matang lagi. Mianhaeyo,” Suzy menundukkan kepalanya sebagai tanda minta maaf.

“Alah biasalah tu. Kalau SuJeong kat tempat unnie, SuJeong pun akan buat tempat yang sama.” balas SuJeong pula seraya mencangguk bahu Suzy seolah-olah mereka teman sebaya.

“Eh, SuJeong unnie! Kenapa buat macam tu kat Suzy eonni? Bising YoungMin oppa nanti!” Jney menegur perbuatan kakaknya itu. Risau kalau-kalau YoungMin meliat perilaku gadis rock yang berusia 17 tahun itu.

“Aloh. Unnie nak bermesra aje.” SuJeong yang terpaksa akur dengan tak relanya melepaskan bahu Suzy.

“YoungMin bising? Means?” Suzy menyoal penuh minat.

“Kan Suzy unnie dah lama dengan oppa takkan tak tahu? Oppa kan Mr. Perfect. Malah ramai yeoja panggil oppa tu wangjanim. Yelah, oppa tu semuanya nak perfect. Perbuatan SuJeong unnie tadi oppa akan anggap perbuatan yang kurang ajar. Kami berempat ni dah rasa macam dalam kem untuk jadi puteri pula. Semua kena jaga.” jelas YouJung pada Suzy. Nada suaranya kedengaran sangat serius.

“Semua kena jaga? Such as?” Suzy menyoal lagi. Dia memang mahu mengenali puteranya lebih dekat.

“Tidur jangan lepas pukul 9 malam. Makan kena cukup zat. Cara jalan. Cara cakap. Pakaian yang dibeli. Cerita yang ditoton. Lagu yang didengar. Semuanya kena ikut piawaian oppa. Kalau tak, kena denda!” Jney menyambung.

“Denda?” bulat mata Suzy. Woah~ Strict nya!!!

“Ha'ah. Denda! Sama ada handphone akan dirampas atau kami semua kena jadi orang yang kena rasa kopi ujikaji oppa.” SuJeong membalas. “Kalau ujikaji yang berjaya takpe tapi... kalau yang tak jadi tu? Erghhhhhhh....”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~