Mianhaeyo!!!

Coffee Prince

“Ah~ bosan pula bila dah jadi macam ni!” rungut Suzy seraya merebahkan badannya ke katil yang empuk. “Kalau YoungMin ada boleh lah fikirkan cara untuk dekati dia. Tapi... sekarang segalanya dah berakhir.” sambung Suzy lalu memeluk anak patung Pororo yang sangat besar.

'Patut ke aku pergi jumpa YoungMin? Yup! Aku nak pergi pastikan dia rasa bersalah dan merayu pada aku!' Suzy mengumpul tekad sebelum memecut kereta menuju ke bilik sewa YoungMin.

“Mwyo? YoungMin dah keluar?!” Suzy menyoal seolah-olah tidak mempercayai kata-kata empunya rumah tersebut.

“Betul cik. YoungMin keluar pagi tadi. Siap bawa beg-beg pakaian dia sekali” Suzy mengerutkan dahi. Dia perlu cari YoungMin! Dia perlu pastikan YoungMin rasa bersalah terhadapnya. Dia perlu pastikan YoungMin tetap miliknya. Dia mahukan YoungMin.

Suzy yang bertekad terus mengagaskan usaha. Dia segera meningalkan rumah itu dan terus berlalu mencari Jo YoungMin. Hampir satu jam dia mencari, tiba-tiba dia terlihat tubuh YoungMin duduk di sebuah bangku apabila dia memandu melepasi sebuah padang.

“YoungMin?” Suzy mendekati YoungMin. Matanya terbeliak apabila melihat putera hati sedang menangis teresak-esak. 

“YoungMin waeyo?” Suzy menyoal spontan dengan terkejut sambil melabuhkan punggungnya di sebelah YoungMin.

"Say...sa...saya dah ken... kena pecat! Dio...rang dah pec...pecat saya. Impi... impian saya dah musnah! Hidup sa... saya dah musnah! Wuuuu... kena.. kenapa diorang buat macam ni kat saya? Sa... saya ni baik. Apa salah saya?" beritahu YoungMin sangat gagap kerana terlalu sedih.

“Tapi... kenap... kenapa awak keluar dari bilik sewa awak?” Suzy menyoal turut menjadi sedkkit gagap apabila melihat YoungMin yang sebak.

“Wa... wang simpanan saya dah ha..habis. Kalau sa.. saya tak ke..kerja mac... macam mana saya nak bay...bayar sewa? Lebih baik say... saya keluar sekarang dar...daripada nanti kena hal...halau” YoungMin yang masih lagi gagap menjawab persoalanan Suzy.

“Hab... habis awak nak balik Annyang ke?” Mendengar sahaja soalan yang dikeluarkan oleh Suzy, YoungMin tiba-tiba memeluk Suzy yang berada di sisi kananya sambil menangis dengan lebih kuat.

Walaupun hakikatnya, Suzy memang berasa gembira dengan pelukkan itu namun dia sangat terkejut dengan tindakan YoungMin itu. 

“Mi...mianhae” YoungMin meleraikan pelukkan lalu mengesat air matanya yang mengalir sangat deras, sebelum menyambung.,

“Say...saya memang nak balik Annyang, tapi bila saya in..ingat yang saya dah berjanji untuk berjaya capai cita-cita say...saa di Seoul pad... upada keluarga, saya tak mampu. Saya tak nak mungkir janji. Pagi semalam adik saya baru je datang bagi saya semangat. Dia ambil jurusan peng... pengurusan perniagaan untuk bantu saya.” terang YoungMin sungguh jelas.

“A...adik?” Suzy yang sudah membulatkn matanya meyoal.

”Ne... Adik perempuan sulung saya. Kami memang rapat dan sen... sentiasa mesra. Kami selalu di salah anggap seb...sebagai pasangan kekasih. Sedihnya, saya dah... hancurkan harapan dia”

'Adik dia? Adik perempuan YoungMin?! Perempuan hari tu adik YoungMin?! Dan... sebab dialah aku suruh bos YoungMin pecat dia. Oh My!!! Aku tak patut cemburu dengan adik ipar aku'  Suzy mengetap bibir seraya menelan air liurnya. Rasa bersalah semakin menular ke seluruh tubuh.

Suzy bertekad ingin memberitahu perkara sebenar. Biarlah YoungMin mengetahui segalnya dari mulutnya sendiri. Ya, aku perlu minta maaf. Itu tekadnya!

"Hurmmm... YoungMin, sebenarnya saya yang suruh bos awak pecat awak," jujur Suzy berbicara pada YoungMin sambil menunduk, memandang kedua kaki. Tidak sanggup dia ingin mengamati ekspresi wajah YoungMin yang mendengar.

"Apa?!!” YoungMin menjerit kerana terkejut.

“Mian... Mianhaeyo YoungMin! Say... saya sebenarnya sangat sukakan awak. Saranghaeyo! Saya cemburu sangat bila tertengok awak peluk seorang perempuan. Manalah saya tau perempuan tu adik awak. Jadi... boleh awak maafkan saya?” selesai berkata Suzy, dia menoleh ingin memandang wajah YoungMin. Namun tanpa dia sedari YoungMin sudah tiada di sebelahnya. Lesap dari pandangan. Mata Suzy terkebil-kebil memandang sebelahnya yang sudah kosong.

“YoungMin?” Suzy menjerit memanggil-manggil lelaki yang dilahirkan di Annyang itu agar munculkan diri. Namun tiada sebarang balas. Tanpa membuang masa, dia segera mencari sang putera yang hilang entah kemana.

Pada mulanya Suzy memulakan pencarian di sekitar kawasan tersebut namun oleh kerana hasilnya negatif, kawasan pencarian diluaskan. Jarum jam tangan Suzy yang terlilit di pergelangan tangan, terus meniti dari satu detik ke satu detik. Dari jam 10 pagi sehinggalah jam 5 petang, YoungMin masih tidak kelihatan. Suzy kembali ke padang di mana dia dan YoungMin bertemu pagi tadi, dengan harapan agar YoungMin telah kembali.

Namun hampa! Mata Suzy meliar memerhati sekeliling sambil mencekak pinggang sementara mulunya mengeluarkan segala keluhan yang terbuku di hati. Selang seminit matanya menangkap satu situasi yang begitu asing baginya. 

Dalam jarak 5 meter dari tempat dia berdiri, terdapat sebuah taman permainan kanak-kanak. Apa yang anehnya, kanak-kanak di situ langsung tidak bermain di dalam terowong permainan yang lazimnya sangat diminati oleh kanak-kanak. Entah kenapa kakinya pantas melangkah ke taman permainan itu dan mulutnya sangat ringan melepaskan kata.,

“Saengie, kenapa tak main kat terowong tu?”

“Macam mana nak main ada lelaki pelik tengah menangis dalam terowong tu!” beritahu seorang kanak-kanak perempuan yang bertocang dua dan memakai skirt berwarna merah jambu. 

“Lelaki tengah menangis?!” Suzy yang jelas terkejut mendengar kenyataan itu. terus melulu memasuki terowong tersebut. Tepat seperti sangkaannya! Lelaki yang dimaksudkan adalah Jo YoungMin. 

“YoungMin! Awak buat apa kat sini?” Suzy menyoal kehairanan. Namun begitu YoungMin yang masih lagi sedang menangis langsung tidak menghiraukan soalan tersebut.

“YoungMin! Mianhaeyo! Maafkanlah saya...” Suzy merayu memohon maaf.

“Argh! Apa awak tahu?” YoungMin membalas dengan nafas sebak.

“Jeongmal mianhaeyo!!! Jebal... maafkan saya! Maaf!!!” Suzy merayu lagi namun tidak dihiraukan YoungMin lantas membiarkan Suzy terus berbicara.,

“YoungMin, jomlah keluar” 

“Tak nak!” tegas suara YoungMin membalas mengukirkan kedutan di dahi Suzy.

“Habis tu saya nak buat apa? YoungMin, mianhaeyo!!!” Suzy cuba menarik tangan YoungMin keluar. Tetapi YoungMin tetap teguh mempertahankan pendiriannya seteguh karang di lautan.

“YoungMin... awak nak saya buat apa untuk awak maafkan saya? Maafkanlah saya. Mian... Mianhae... Mianhaeyo” YoungMin masih bisu seribu kata mengabaikan segala perkataan Suzy.

“Okay! Okay! Saya janji saya akan tolong awak capai impian awak. Saya akan belikan awak sebuah lot kedai untuk dijadikan sebagai kafe awak. Saya akan dapatkan awak kursus untuk awak jadi pengusaha kafe. Saya janji! Saya janji!” akibat terlalu rasa bersalah tanpa berfikir panjang Suzy terus melafazkan satu janji. 

“Jeongmalyo?!” YoungMin yang mendengar janji tersebut menyoal ingin mendapatkan kepastian. Suzy pantas mengganguk laju mengiakan. 

'Haih... aku takde niat pun nak cakap macam ni. Tapi takpelah... harta ayah aku kan belambak. Apa salah bagi untuk calon suami aku kan?'  hati Suzy berbisik.

“Tapi... saya nak tinggal kat mana? Saya dah keluar dari bilik sewa. Nak balik Annyang, saya tak sanggup.” luah YoungMin tanpa sebarang gagap. Suzy ceria melihat tindak positif si lelaki.

“Awak jangan risau. Awak boleh tinggal kat rumah saya!” balas Suzy sangat ceria. Maunya tak ceria, jika cadangan itu diterima baik oleh YoungMin maknanya Suzy akan lebih dekat dengan puteranya

“Neo michigeseo? Awak tu lelaki saya ni perempuan, eh silap! Saya ni lelaki, awak tu perempuan. Mana boleh tinggal sebumbung!” YoungMin menyoal tegas walaupun terdapat sedikit typo.

“Ya! Awak ingat saya ni gatai sampai macam tu sekali ke?” Suzy yang benggang mendengar kenyataan YoungMin terus memukul lembut tubuh YoungMin.

“Rumah saya kan besar so saya tinggal dengan daddy saya dan sepuluh orang pembantu. Rileks lah...” beritahu Suzy pada YoungMin yang kelihatan sedang berfikir panjang.

“Tapi... takkan awak nak bagi saya tinggal kat rumah awak free je? Macam sugar daddy lah pula!” Suzy menggerutkan dahi. Banyak pula tapi-tapi dari YoungMin ni sekali gus menggecilkan harapan Suzy. Bak kata pepatah 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'.

“Siapa kata free? Awak masih bekerja bawah saya! Awak masih pembantu peribadi Bae Suzy ” beritahu Suzy ddngan senyuman tawar. Sementara YoungMin semakin ligat berfikir memikirkan tawaran Suzy.

Sama ada terus mempertahankan egonya dan pulang ke Annyang atau akur dengan Suzy yang telah menghancurkan segala perancangannya namun dijamin akan membantunya meneruskan impiannya.

“Ar... araseo! Saya ikut awak” kata YoungMin menggembirakan Suzy.

“Joahyo!!! kalau macam tu kita keluar ye sekarang? Kesian... budak-budak tu nak main kat sini” Selepas berbicara YoungMin dan Suzy pun segera keluar dari terowong dan membenarkan kanak-kanak bermain di situ.

“Hurmmm... Suzy, terima kasihlah sebab awak kembalikan jalan untuk saya mencapai impian saya. Tapi... saya janji saya akan bayar balik harga lot kedai tu bila saya berjaya. Saya janji” janji YoungMin pada Suzy sambil meletakkan tangannya di bahu si gadis.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
Mana readers saya...? Y^Y Nak saya update tak?

Comments

You must be logged in to comment
kangchaerin #1
Update please! :D suka sgt dgn watak2 kt dlm cter ni ~