03;

Stand By Me
Please Subscribe to read the full chapter

Sejak dari tadi, sehinggalah sekarang, Minji asyik memerhati ibunya yang sedang giat bermain dengan telefon bimbit. Setiap minit bunyi burung yang datangnya dari telefon ibunya memekak tanda adanya pesanan ringkas. Sekali-sekala mulut ibunya menguntumkan senyuman, tersengih, muncung, pelbagai ekspresi ada. Ibunya sudah lemas di alam maya. Heck! Apa yang bagus sangat dengan benda petak tu! 

 

Minji berpaling ke luar tingkap kereta Mercedes Benz milik ibunya. Setitik air datangnya dari langit hinggap di pipi Minji. Apa ni? Gerimis datang tak diundang! Lekas-lekas Minji mengesat pipinya menggunakan lengan baju lalu menaikkan tingkap kereta tersebut. Mungkin dia juga perlukan benda yang selalu mendampingi ibunya itu. Bukan ibunya saja, malah pembantu rumah dan tukang kebun di rumahnya juga begitu.

 

"Ibu," Panggil Minji.

 

"Ya, apa dia Minji?" Soal Puan Lee tanpa melepaskan pandangan daripada telefon bimbitnya.

 

"Ibu buat apa dengan benda petak tu? Tak bosan ke? Benda je kot, tak hidup pun."

 

"First of all, ini bukan benda petak, ni phone sayang. Ohoho ibu tak pernah bosan you know! Setiap detik setiap saat ibu boleh sembang dengan geng-geng ibu!" Seloroh Puan Lee sambil mendekatkan telefon bimbitnya betul-betul di hadapan muka Minji.

 

"Maksud ibu, bergosip dengan makcik rambut kembang, makcik make up tebal dengan makcik getek tu?"

 

"Hey, mereka tu kawan ibu tau!"

 

"Tapi ibu dengan geng-geng ibu macam wifi bergerak lah. Eh kita dah lari tajuk!" Minji menutup mulutnya.

 

"Oh, ibu tak terfikir pun pasal wifi bergerak. Ok, back to the main topic! Kenapa tiba-tiba tanya pasal phone?"

 

"Minji nak!" 

 

"Maksud Minji, nak-"

 

"Ya, Minji nak phone!" 

 

"Oh my daughter! Minji nak phone! Ajaib!" 

 

Sesungguhnya kejadian di atas memang ajaib. Sebelum ini, Minji langsung tidak tertarik dengan barangan elektronik, kecuali televisyen untuk menonton kartun. Memang tiada masalah bagi Puan Lee untuk membeli telefon bimbit untuk anak tunggalnya itu tetapi, Minji tiba-tiba minta sedangkan dia langsung tidak suka dengan 'benda petak' itu. Tetapi permintaan Minji itu juga melegakan hati Puan Lee. Anaknya kini keluar daripada zaman batu. 

 

"Driver, kita pergi ke mall ya! Saya nak batalkan temu janji dengan geng saya!"

 

"Baik puan," Akur pemandu tersebut.

 

"Minji, lepas ni hidup kamu ta akan bosan lagi," ujar Puan Lee.

 

Bahu Minji ditepuk lembut oleh ibunya. Sebenarnya dia bukanlah mahu telefon bimbit itu sekarang. Fikirnya esok lusa baru ibu akan beli. Tetapi dia tetap bersyukur kerana dapat mengelak daripada berjumpa dengan makcik-makcik kesayangannya itu. 

 

 

Minji berlari-lari anak masuk ke dalam biliknya. Beg sandang yang dipakainya dicampak ke lantai. Lantas dia baring di atas katilnya sambil memegang kotak iPhone 6 Plus yang dibeli oleh ibunya tadi. Haa, kelas kau Minji, cik author pun tak ada iPhone 6.

 

Dia membelek-belek kotak tersebut beberapa minit sebelum membukanya. Telefon pintar yang tersimpan kemas dicapainya laju, "Oh, benda apa lagi ni?" Soalnya apabila melihat earphone yang sedia ada di dalam kotak tersebut. Kening kanannya teran

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
meeudon
#StandByMe; selamat berpuasa kawan-kawan! Sekali lagi, saya tak dapat update! I'm so sorry!

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 8: update soon~
Miss_Baek
#2
Chapter 8: Daebak!!!Update soon~~~
jiumin #3
Chapter 8: Makin bnyak plak tanda soal dlm kepala.. Kipidap authornim..
syeirra
#4
Chapter 8: ditepek Hahahahahaggaa xD
amani123
#5
Chapter 8: update lagi ye author x sabar saya nak baca heheheheheh ^-^
amani123
#6
Chapter 7: Author I really miss you hahhahahah lawak la chp kali ni saya tak Henti Henti gelak btw update soon
jiumin #7
Chapter 6: update lagi..update lagi... huhu
butterfly_kiss
#8
Chapter 6: wahhhh nak thu siapa perempuan dgn taehyung tu...
Miss_Baek
#9
Chapter 6: "Eh? Bila masa rumah ni nampak macam besar sikit pakcik? Tengok tu, kucing tu masih ada lagi! Gemuk!" 
 
 
"Biasalah cik muda, cik kan dah lama tak pergi sini. Kucing tu pun dah ada cucu dah cik." Jawab pemandunya acuh tak acuh.
 
 
"Ohhhh jadi kalau lama tak pergi maknanya nampak besar la?"
 
Hahahaha....kenapa bengap sangat si
Minji ni?Soalan takleh blah!But siapa perempuan dengan taehyung tu?Kakak?Adik?Makwe? Kawan tapi mesra?Hehehehe...papepon update soon~~~