01;

Stand By Me
Please Subscribe to read the full chapter

Sepasang mata sedang melirik ke arah pelajar-pelajar yang sedang berpusu-pusu keluar untuk pergi berehat. Minji melihat pintu belakang yang terbuka luas tetapi..tiada satu pelajar pun yang keluar dari situ sedangkan pintu itu lebih besar dari pintu hadapan. Inilah kebodohan kelas 2 December.

 

Mengapa December? Kenapa bukan Flora atau Fauna?

 

Baiklah, setiap tingkatan bagi Sekolah Tinggi Scarlet terdapat 12 kelas. Setiap kelas akan diberi nama mengikut bulan. Maksudnya, kelas pertama mestilah January dan yang terakhir? Sudah tentu lah December. Ini bagi memudahkan lagi para guru yang sudah tua ataupun baru masuk untuk mengingati kelas-kelas yang banyak ini.

 

"Pintu belakang tak best la, pintu depan baru best!" Minji kembali fokus pada sebatang pensel yang dipegangnya.

 

Mulutnya megeluarkan lirik-lirik yang agak bodoh, "Omg, aku tercium kerbau jiran aku, sekarang aku terpaksa bercinta dengan dia yeah~ aku suka tetapi tak suka~ apakah ini benci ataupun cinta~ inilah namanya bencinta~"

 

"Beruk, kau diam boleh tak? Melalak je dari tadi," ujar seorang lelaki yang duduk di hadapan papan putih.

 

"Suka hati lah, engkau ni tiba-tiba jadi rajin, kau gila atau kau sewel? Eh, bukan sama ke tu?" Fikirannya melayang entah ke mana, memikirkan tentang sewel dan gila.

 

Satu jerkahan diterima oleh Minji, membuatkan gadis tersebut terkejut beruk, "Apa? Salah ke? Kalau aku sumbat papan putih ni dalam mulut kau sia-sia je kau mati!" 

 

Rasa panas di hati kian membara. Sekarang masa berehat bukan belajar. Pada waktu belajar dia main, tidur. Pada waktu rehat pula tergeheh-hegeh mahu belajar. Minji terfikir, adakah Junhyung ini sudah insaf? Bukan, bukan. Ini mesti pasal kena belasah dengan Cikgu Kwangsoo hari tu sebab tak pakai tali leher.

 

Eh, bukankah Junhyung sedang menulis di atas kertas? Apa? Peli-

 

"Kau ni dah diam kenapa? Tadi sibuk nak menyalak masa aku tengah belajar."

 

"Cuba bagi tau aku bahagian mana yang sakit? Kaki kau? Mulut kau? Ketiak kau?" Soal Minji bertubi-tubi. Mati akal Junhyung dibuatnya namun dia juga tidak mahu kalah.

 

"Eh tak tak, kuku aku yang sakit," jawab Junhyung selamba sambil menayang jari-jemarinya.

 

"Junjung-"

 

"Junhyung!"

 

"Ya ya. Junhyung, tak payah lah kau perah otak nak belajar, kita sama-sama bodoh. Kelas hujung lagi tu. Tahun depan kan ada, kau jadi lah budak pandai tahun depan je." Junhyung berfikir sejenak sebelum menjawab kata-kata Minji.

 

"Tak sangka budak pelik macam kau bagi nasihat dekat aku. Sungguh, aku terharu." Kata Junhyung seraya bangun dari tempat duduknya.

 

"Eh, kau nak pergi mana? Aku dah bagi kau nasihat mestilah bagi upah, ingat free ke?" Minji segera berlari anak mendekati Junhyung.

 

Ah, sudah, takkan aku pula yang kena getus hati Junhyung.

 

"Apa kau nak?"

 

"Jom jadi kawan saya? Saya gerenti awak tak akan sunyi." Minji mengangkat ibu jarinya betul-betul di hadapan mata Junhyung.

 

"Tak apalah, terima kasih saja. Aku ada kawan lain," kakinya melangkah pergi meninggalkan Minji keseorangan di dalam kelas.

 

Gila apa? Takkan dia mahu berkawan dengan Minji. Mula-mula, tercetus juga rasa dalam hatinya mahu berkenalan dengan Minji. Tapi, setelah mendengar cerita dari mulut-mulut pelajar lain, hasratnya itu tepaksa dibatalkan. Mahu ditemani setiap masa dimana jua anda berada? Berkawanlah dengan Minji pasti akan berhasil.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
meeudon
#StandByMe; selamat berpuasa kawan-kawan! Sekali lagi, saya tak dapat update! I'm so sorry!

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 8: update soon~
Miss_Baek
#2
Chapter 8: Daebak!!!Update soon~~~
jiumin #3
Chapter 8: Makin bnyak plak tanda soal dlm kepala.. Kipidap authornim..
syeirra
#4
Chapter 8: ditepek Hahahahahaggaa xD
amani123
#5
Chapter 8: update lagi ye author x sabar saya nak baca heheheheheh ^-^
amani123
#6
Chapter 7: Author I really miss you hahhahahah lawak la chp kali ni saya tak Henti Henti gelak btw update soon
jiumin #7
Chapter 6: update lagi..update lagi... huhu
butterfly_kiss
#8
Chapter 6: wahhhh nak thu siapa perempuan dgn taehyung tu...
Miss_Baek
#9
Chapter 6: "Eh? Bila masa rumah ni nampak macam besar sikit pakcik? Tengok tu, kucing tu masih ada lagi! Gemuk!" 
 
 
"Biasalah cik muda, cik kan dah lama tak pergi sini. Kucing tu pun dah ada cucu dah cik." Jawab pemandunya acuh tak acuh.
 
 
"Ohhhh jadi kalau lama tak pergi maknanya nampak besar la?"
 
Hahahaha....kenapa bengap sangat si
Minji ni?Soalan takleh blah!But siapa perempuan dengan taehyung tu?Kakak?Adik?Makwe? Kawan tapi mesra?Hehehehe...papepon update soon~~~