EVERYDAY, LOVE!

EVERYDAY, LOVE!

Sunday, 2014

Seorang gadis yang mempunyai raut wajah yang sangat cantik kelihatan sedang mundar-mandir di tepi jalan raya yang sibuk pada petang itu. Jarinya lincah menekan huruf-huruf di telefon bimbitnya sambil mulut terkumat-kamit memarahi si penerima sms yang akan dihantarnya itu nanti.

          To : Kyungie~     

                Oppa! Where r u?? Dh lama sy tunggu kt sini tau! =(

Seorang jejaka kacak yang sedang berlari-lari anak sambil memegang sejambak bunga mawar merah dan pink, iaitu warna kesukaan gadis kesayangannya itu tersenyum apabila membaca sms daripada gadis tersebut.

          To : My Lady ^ ^

                Yoong-ah~mian…oppa otw ni. We’re going to meet soon. Just 2 more minutes, k? Saranghae! =)

         

Mata si gadis mencerlung tajam menatap sms yang baru sahaja diterimanya. ‘2 minit lagi? Dah 20 minit aku tunggu kat sini tau! Kyungsoo pabo!!’ jerit YoonA dalam hati. Dia mendengus, geram.

“Yoong-ah!” mata YoonA tepat memandang sosok jejaka yang sedang memanggil namanya dari seberang jalan.

Lelaki itu, Do Kyungsoo tersenyum manis sambil melambai-lambaikan tangannya. YoonA yang mahu memarahi kekasihnya itu terus terdiam apabila menatap sejambak bunga mawar yang sedang dipegang lelaki itu. Matanya terus bersinar teruja dan bibirnya menguntum senyuman gembira melihatkan warna kesukaannya itu. Kakinya terus melangkah, menyeberangi jalan untuk bertemu namja chingunya yang sedang menunggu lampu isyarat bertukar ke warna hijau.

Kyungsoo tersenyum senang apabila melihat muka YoonA yang pada mulanya masam mencuka berubah menjadi ceria kerana sejambak bunga yang dibeli di kedai sebentar tadi. Dia bahagia melihat senyuman manis YoonA yang sering memikat hatinya dari dahulu hingga sekarang. Tiba-tiba, senyuman di wajah Kyungsoo hilang. Matanya membulat melihat YoonA melintas jalan, menuju ke arahnya tanpa menyedari bahaya yang akan menimpanya.

“Yoong, hati-ha…” BRAKK

“YoonA!!!” jeritan Kyungsoo bergema, seiring dengan bunyi decitan tayar kereta yang membrek secara mendadak. Matanya membulat, seakan tidak percaya melihatkan tubuh gadis kesayangannya itu terpelanting lalu terlantar tidak bermaya di hadapannya. Darah membasahi baju putih YoonA. Kyungsoo terkesima.

“Op..pa…” mata YoonA tertutup rapat.

Monday, 2015

Kyungsoo ralit merenung YoonA yang sedang asyik menonton rancangan kegemarannya, Running Man. Dia tersenyum apabila melihat YoonA yang asyik ketawa melihat telatah ahli-ahli Running Man yang mencuit hati.

“Kyungsoo oppa!” suara merdu itu memanggilnya. Mata Kyungsoo menatap mata rusa Yoona yang sentiasa bersinar itu.

“Wae?” Tanya Kyungsoo sambil menghampiri gadis kesayangannya itu.

“Bila ya…hari ulang tahun kita?” Tanya YoonA sambil menatap mata suami yang baru dikahwininya setahun yang lalu.

Kyungsoo tersenyum pilu. Tangan YoonA diraih lalu dikucup mesra. “Esok Yoong, 11 Jun,” balas Kyungsoo sambil mengenggam erat tangan isteri tercinta.

Mata YoonA bersinar gembira. “Esok? Kalau macam tu…kita keluar jalan-jalan esok ye, oppa! Saya nak ke tempat yang kita tak pernah pergi lagi. Namsan Tower, Sungai Han, Lotte World…Boleh kan oppa?” Tanya YoonA lagi dengan nada yang manja.

Kyungsoo hanya mengangguk sambil tersenyum. Matanya bergenang tanpa disedari. ‘Kita selalu ke sana Yoong, setiap hari…’ gumam Kyungsoo pilu.

Setahun berlalu sejak kemalangan yang hampir meragut nyawa kekasih hatinya itu. Akibat dari kemalangan itu, YoonA terlantar koma selama sebulan dan ketika itu Kyungsoo merasakan dirinya seolah-olah kehilangan separuh dari jiwanya. Namun, dia sentiasa menemani YoonA sehinggalah akhirnya si gadis itu tersedar dari lenanya yang panjang. Akan tetapi, soalan pertama yang terkeluar dari bibir YoonA ketika itu amat menikam hatinya yang sedia parah itu.

“Nu..gu…seyo?” Kyungsoo terpaku. Berita yang dibawakan oleh Doktor Kim, iaitu doctor yang merawat YoonA sangat mengecewakan dirinya. Akibat dari hentakan yang agak kuat di kepala, YoonA kehilangan sebahagian dari ingatannya. Amnesia. Penyakit yang sedang dideritai oleh YoonA akibat dari kemalangan itu.

Kyungsoo amat menyesal dan menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku kepada yeoja chingunya itu. Dia sedih dan kecewa kerana YoonA tidak dapat mengenali dirinya sebagai lelaki yang bertakhta di hati wanita itu sejak 3 tahun yang lalu. Tetapi keajaiban berlaku. YoonA sekali lagi jatuh cinta dengannya. Dan dia bersyukur kerana itu.

Sebulan kemudian, dia mengambil keputusan untuk menjadikan gadis itu sebagai suri hidup, soulmate dan ratu hatinya. Kyungsoo ingin selalu di samping YoonA yang semakin hari semakin kehilangan daya ingatan kerana penyakit amnesia itu.

“Oppa…” Kyungsoo tersentak. Dia terus menumpukan perhatian ke arah isteri kesayangannya itu. “Waeyo…?”

“Saranghae…oppa!” mata YoonA tunak memandangnya. Kyungsoo tersenyum.

“Nado…saranghae, Mrs Do!”

Tuesday

Kyungsoo tersenyum menatap YoonA yang masih lagi tidur lena. Dia mengelus rambut YoonA dengan lembut.

“Yoong-ah, bangunlah. Hari ni kita nak jalan-jalan kan?” panggil Kyungsoo, mesra.

“Em…jalan-jalan? Kenapa? Nak kemana?” Tanya YoonA. Matanya masih tertutup rapat.

Kyungsoo tersenyum lagi. “Today is our anniversary, chagiya…” jawab Kyungsoo.

Mata YoonA terbeliak. Dia terus bangkit, duduk menghadap suaminya itu. “Mwo?? Jjinja??”

“Ne…jadi bangun mandi, bersiap dan turun makan, ok uri Yoongie?” Kyungsoo mengelus lembut tangan isterinya yang kelihatan teruja itu.

YoonA tersenyum gembira. “Ne…uri Kyungie,” balasnya sambil mencubit pipi Kyungsoo perlahan. Mereka sama-sama tertawa lucu dengan telatah masing-masing.

***

Hari Selasa yang indah itu dipenuhi dengan gelak ketawa mereka berdua. Kyungsoo membawa YoonA ke Namsan Tower, Lotte World, Nami Island, Sungai Han dan banyak lagi tempat-tempat yang menjadi kunjungan wajib bagi setiap pasangan seperti mereka berdua.

YoonA memegang tangan Kyungsoo sambil berlari anak di sepanjang anak Sungai Han pada lewat petang itu. “Wah…bestnya dapat keluar macam ni kan oppa? Lain kali kita mesti pergi lagi pada hari ulangtahun kita tahun depan tau! Janji?” YoonA tersenyum sambil memandang Kyungsoo.

“Janji,” balas Kyungsoo sambil menngucup dahi YoonA. YoonA membalas dengan mencium pipi suaminya itu.

Hakikatnya, tempat-tempat yang telah dikunjungi itu selalu dilawati oleh mereka dan sering menjadi saksi kepada hari bersejarah mereka berdua. Kyungsoo merasa hiba kerana dia tahu YoonA tidak akan dapat mengingati kenangan manis pada hari ini di kemudian hari nanti.

‘Wae…kenapa semua ini mesti terjadi pada YoonA?’ bisik hati kecil Kyungsoo. Dia memeluk isterinya dengan erat. Penuh dengan rasa cinta, kasih dan sayang. YoonA sedikit terkedu dengan pelukan yang tiba-tiba itu tetapi kemudiannya dia hanya tersenyum lalu mempereratkan lagi pelukan hangat dari suaminya itu.

Wednesday

YoonA membuka matanya perlahan. Bunyi kicauan burung mlenyapkan lenanya yang panjang pada pagi itu. Matanya dialihkan menatap si suami yang sedang lena di sebelahnya. YoonA tiba-tiba tersenyum. Dia bahagia. Bahagia dengan cinta dari Kyungsoo. Gembira dengan kasih yang dilimpahkan kepadanya. Dan juga terharu dengan rasa sayang yang sentiasa ditunjukkan Kyungsoo kepada dirinya. Tidak berbelah bahagi dari dulu hingga sekarang.

Tiba-tiba senyuman manis itu hilang. Perlahan-lahan dia bangun dan bersandar di kepala katil lalu memejamkan matanya. ‘Dulu hingga sekarang…’ bisik YoonA dalam hati. Dia mengeluh.

Ya, sebenarnya YoonA sedar keadaannya sekarang ini tidak normal seperti orang lain. Dia tahu dia mempunyai penyakit yang sedang meragut kenangan-kenangan dan ingatannya sedikit demi sedikit. Dia sedar dia pelupa tapi dia bukan seorang yang bodoh untuk tidak menyedari hakikat bahawa dia seorang wanita yang menderita amnesia akibat dari kemalangan ngeri yang menimpanya setahun yang lalu. Kerana kejadian itu, sebahagian dari ingatannya terjejas. Itulah yang pernah diberitahu oleh Kyungsoo kepada dirinya.

Matanya dibuka lalu menatap Kyungsoo sekali lagi. Menjadi isteri kepada seorang lelaki yang sangat baik seperti Kyungsoo adalah satu anugerah yang tidak terhingga dalam hidupnya. Tanpa Kyungsoo, ibarat hidup tanpa nyawa. Suaminya adalah penawar bagi dirinya. Sentiasa menjaga, menyokong dan menyayangi dirinya tanpa jemu. YoonA sangat bersyukur dirinya telah jatuh cinta dengan seorang jejaka bernama Do Kyungsoo. Sahabat, kekasih, suami, soulmate dan permata hatinya dari dulu hingga sekarang. Buat selama-lamanya.

“Gomawo Do Kyungsoo. Saya akan sentiasa menjadi ratu hati awak, selamanya…Saranghae,” tutur YoonA perlahan. Bibirnya kembali menguntum senyuman buat sang suami yang masih lagi lena diulit mimpi nan indah.

Thursday

YoonA sedang menulis sesuatu dalam diarinya apabila dia merasa pening dengan tiba-tiba. Kebelakangan ini, dia sering diserang sakit kepala secara tiba-tiba dan keadaannya kadangkala amat merisaukan Kyungsoo. YoonA memejamkan matanya, cuba menghilangkan rasa pening itu tetapi tidak berhasil. Akhirnya, dia bangun dari kerusi yang didudukinya sejak 2 jam yang lalu, cuba untuk berjalan menuju ke pintu apabila dengan tiba-tiba dunianya seakan berputar. Sebelum dia rebah mencium lantai, badannya seakan dipeluk oleh seseorang.

“Yoong…kwenchana??” suara Kyungsoo cemas kedengaran.

“Chagi…” tutur YoonA lemah sebelum matanya terus tertutup rapat.

***

Kyungsoo mundar-mandir di luar wad hospital sambil matanya terus menatap pintu bilik yang sedang didiami oleh isterinya itu. Hatinya berlagu cemas dan resah. Kyungsoo perasan akan tingkah laku YoonA yang agak pelik kebelakangan ini. Isterinya itu suka mengurung dirinya di dalam bilik dan sering menulis sesuatu di dalam diarinya sejak akhir-akhir ini. Dia juga sering melihat YoonA memicit-micit kepalanya dengan tiba-tiba. Kyungsoo pernah bertanyakan kepada YoonA tentang perkara itu tetapi hanya dibalas YoonA dengan senyuman manis dan gelengan kepala.

“Kwenchana…saya tak apa-apa la chagiya,” jawab YoonA manja.

Pada mulanya Kyungsoo agak ragu-ragu dengan jawapan yang diberikan itu. Akan tetapi setelah diyakinkan YoonA berkali-kali dan juga kerana kesibukannya di pejabat, perkara itu terus lenyap dari ingatannya begitu sahaja. Dan itulah yang membuatkan dirinya menyesal kini. Mujurlah hatinya tergerak untuk melihat apa yang dilakukan isterinya di dalam bilik pagi tadi. Tindakannya itu menyelamatkan YoonA dari terluka kerana hampir sahaja dahi isteri kesayangannya itu terkena bucu katil mereka.  

“Kyungsoo-shi,” suara seseorang mengejutkan Kyungsoo dari lamunan.

“Ya…Dr Kim. Macammana dengan isteri saya?” Tanya Kyungsoo cemas. Matanya tajam menatap doctor muda itu.

Dr Kim mengeluh. “Saya ada dua berita. Satu gembira dan satu lagi agak dukacita. Jadi, yang mana satu Encik Kyungsoo nak dengar dulu?”

Kyungsoo mengerutkan keningnya. ‘Isy doctor ni, sempat lagi nak berteka-teki dengan aku. Dahlah aku ni tengah risau. Beritahu jelah, senang cerita!’ rungut Kyungsoo dalam hati. Dia mendengus.

“Doktor, saya tak kisah yang mana dulu doctor nak beritahu saya. Yang paling penting sekarang ni, saya nak tahu keadaan isteri saya, itu sahaja!” jawab Kyungsoo tegas.

Dr Kim mengangguk-anggukkan kepalanya. Kyungsoo merenung doctor itu, geram. ‘Isy, dah macam burung belatuk pulak doctor ni. Terangguk-angguk!’

Dr Kim menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Kyungsoo. “Tahniah Kyungsoo-shi. Awak akan menjadi seorang ayah tak lama lagi,”

Kyungsoo kelihatan agak terperanjat. Matanya yang sedia ada besar terbuka dengan lebih luas lagi. “A..Apa? Betul ke doctor?? Saya..ayah…Yoong hamil?” mata Kyungsoo bersinar gembira. Tangannya terus mengenggam tangan doctor itu erat. Dia begitu teruja sekali mendengarkan khabar gembira itu.

Dr Kim tersenyum. “Ya, dah hampir 3 minggu. Dan…Kyungsoo-shi, seperti yang saya katakana tadi, ada berita yang agak kurang baik untuk saya beritahu,”

Senyuman yang terukir di bibir Kyungsoo mati dengan tiba-tiba. Matanya menatap doctor itu, menunggu apakah berita yang ingin disampaikan selain dari berita kehamilan itu.

Friday

Kyungsoo memegang tangan YoonA yang sedang tidur dengan nyenyaknya. Dia gemar menatap wajah YoonA yang sedang tidur. ‘Seperti seorang bidadari yang sedang beradu. Manis dan ayu,’ bisik hati kecil Kyungsoo. Tiba-tiba Kyungsoo teringatkan perbualan antara dirinya dengan Dr Kim pada hari itu.

Flashback

“Kyungsoo-shi, seperti yang kita sedia maklum, daya ingatan Puan YoonA semakin hari semakin lemah dan sememangnya perkara ini tak dapat dielakkan. Tetapi…adakah Encik Kyungsoo tahu punca kenapa sakit kepala sering menyerang Puan YoonA?” tanya Dr Kim.

Kyungsoo berfikir sejenak. “Saya tak berapa pasti doctor…tapi memang kebelakangan ini YoonA suka menyendiri di dalam bilik. Dia sering menulis sesuatu di dalam diarinya tapi saya tak pasti apakah ia,” balas Kyungsoo.

Dr Kim mengeluh perlahan. “Itu adalah kesan dari apa yang Puan YoonA lakukan terhadap dirinya. Dia sedang cuba mengingati semula memori-memori atau kenangan yang semakin hilang dari ingatannya. Dan cubaannya itu memakan dirinya sendiri. Otaknya todak dapat menerima beban itu. Semakin kuat dia cuba untuk ingat, semakin teruk akibatnya nanti. Jadi, saya harap Encik Kyungsoo dapat memujuk Puan YoonA supaya berhenti mencuba perkara yang saya cakapkan tadi,” Dr Kim menerangkan dengan panjang lebar.

Kyungsoo terdiam kaku. Dia cuba untuk berlagak tenang tetapi akhirnya mutiara jernih yang cuba ditahan jatuh satu persatu. Matanya dipejam rapat. ‘Yoong-ah…mian…oppa tak tahu apa yang sedang kamu lalui…maafkan oppa kerana gagal melindungi dan menjaga kamu dengan baik…Yoong-ah,’ bisik hati Kyungsoo pilu.

Flashback end

“Yoong…kamu cuba untuk mengingati kembali kenangan-kenangan kita bersamakah? Kamu tak mahu ianya hilang begitu saja dari ingatanmu kan?” tanya Kyungsoo perlahan. Matanya terus menatap YoonA sayu. Air matanya luruh kembali.

“Op..pa…kenapa menangis ni?” suara yang paling Kyungsoo rindui kedengaran di halwa telinganya.

Kyungsoo merenung mata rusa YoonA yang tunak memandangnya. YoonA memegang pipinya perlahan lalu mengusap lembut, menghilangkan sisa-sisa air mata yang jatuh di pipi.

“Wae oppa?” tanya YoonA lagi. Kyungsoo tersenyum.

“Tak ada apa-apalah. Oppa menangis kerana gembira. Yoong tahu kan kenapa?” tanya Kyungsoo pula.

YoonA tersenyum malu lalu mengangguk gembira. Dia memegang perutnya dengan rasa teruja. Kyungsoo ketawa kecil dengan tingkah laku isterinya itu. Tangannya mendarat di perut YoonA lalu mengusapnya perlahan. Bibir Kyungsoo mencium dahi YoonA. Lembut dan penuh kasih sayang.

“Thank You My Love. Kerana berikan oppa anugerah yang tidak ternilai harganya ini. Oppa janji akan menjadi suami dan appa yang terbaik sekali dalam dunia ni,” bisik Kyungsoo sambil memandang YoonA dengan penuh rasa cinta.

Air mata YoonA bergenang di pelupuk matanya. “Gomawo oppa. Yoong juga akan terus menjadi seorang isteri yang baik dan cuba menjadi omma yang penyayang untuk anak kita nanti. Yoong janji,” tutur YoonA lembut.

Kyungsoo tertawa senang. “Cha…kalau macam tu, mari kita sama-sama berusaha untuk lakukan yang terbaik nanti. For our baby, our family, ne?” tangannya memegang tangan YoonA erat.

“Ne…” YoonA membalas riang.

Saturday

Malam minggu yang dinanti-nantikan Kyungsoo tiba jua. Lelaki itu ingin memberikan satu lagi kejutan buat YoonA sempena menyambut berita gembira mengenai kehamilan sulung si isteri yang tercinta.

Kejutan pertama telah dilakukan siang tadi iaitu dengan membawa seisi keluarga YoonA dan dirinya sendiri makan besar di salah sebuah restoran kegemaran YoonA di pusat bandar Seoul itu. Kyungsoo dapat lihat YoonA kelihatan sangat teruja dengan kehadiran keluarga mereka. Wanita itu terus-terusan melahirkan rasa gembira dapat bertemu dengan mereka semua.

Manakala, keluarga mereka melahirkan rasa gembira dengan khabar kehamilan YoonA itu. Ibu bapa YoonA sentiasa berada di sisi anak mereka, memberikan nasihat dan dorongan buat bakal ibu bapa tersebut. Kyungsoo amat gembira dapat memberikan kejutan sedemikian kerana dia tahu dan sedar, bagi YoonA, keluarga adalah segala-galanya. YoonA sangat mementingkan ibu bapa dan adik beradiknya. Sifat YoonA itulah yang memikat hati Kyungsoo sejak dari dulu lagi.

***

YoonA sedang membasuh pinggan apabila Kyungsoo memeluknya dari belakang secara tiba-tiba.

“Eh…waeyo oppa? Saya tengah basuh pinggan ni,” tanya YoonA kehairanan.

Kyungsoo tersenyum. “Biarkan dulu pinggan ni semua. Nanti oppa tolong basuhkan. Sekarang ni mari ikut oppa sekejap, ok?” tutur Kyungsoo.

YoonA ikut tersenyum. “Ne…”

Kyungsoo membawa YoonA ke ruang tamu lalu mendudukkannya menghadap tv yang sedia terpasang. Mata YoonA memandang kaca tv yang memaparkan foto dirinya dan Kyungsoo yang sedang tersenyum, berdiri berlatarbelakangkan rumah mereka berdua. Terdapat caption yang tertulis di bawah, bertajuk; ‘Diary of Life : Do’s Family’ .

YoonA memandang Kyungsoo dengan penuh tanda tanya. Kyungsoo tersenyum dan memegang tangan isterinya dengan erat.

“Ini adalah kejutan yang kedua. Oppa harap Yoong akan suka. Let’s start!” Kyungsoo berkata lalu menekan butang play.

YoonA memandang kaca tv itu dengan rasa yang bercampur baur. Rasa sedih, gembira, pahit, manis, lucu, suka, semuanya bercampur menjadi satu. Video yang sedang ditonton bersama suaminya itu memaparkan kisah mereka. Momen indah di saat mereka bercinta hinggalah ke saat mereka disatukan sebagai suami isteri. Saat mereka bertemu janji, menyambut hari ulangtahun masing-masing, ulangtahun perkahwinan mereka, hari mereka berbulan madu di Maldives, serta hari mereka membeli rumah dan memulakan kehidupan baru di mahligai indah mereka; semuanya disatukan di dalam video yang sedang dimainkan ini.

“Macam mana? Suka tak?” tanya Kyungsoo setelah video itu tamat. Video itu disiapkan dengan bantuan rakan baiknya, Sehun dan Jongin. Mereka bertungkus-lumus mengedit dan memasukkan video itu ke dalam sekeping dvd untuk dijadikan kejutan buat YoonA dan jelas sekali ianya berjaya. Ini kerana wanita yang berada di sebelahnya itu kelihatan terkedu dan diam seribu bahasa.

Kyungsoo menggoncang bahu YoonA perlahan. “Yoong, kwenchana?” tanyanya lagi.

“Oppa…bila oppa buat semua ni? Ianya…semua ni…kenangan kita..?” tutur YoonA tersekat-sekat. Air mata mula bergenang. Matanya tepat merenung Kyungsoo. Menantikan jawapan dari lelaki itu.

Kyungsoo mengulum senyum. Senyum hiba dan suka menjadi satu. “Oppa tahu, Yoong sedang cuba untuk mengingati kembali memori dan kenangan kita dulu kan? Yoong ingin menuliskan semuanya dalam diari Yoong tu?” soal Kyungsoo lembut. “Kenapa Yoong buat macam tu?” tanya Kyungsoo lagi.

YoonA tersentak. Dia memandang Kyungsoo sayu lalu mengetap bibirnya, kejap. Kyungsoo membalas pandangan itu dengan penuh rasa bersalah. Dia tahu soalannya membuatkan YoonA terluka tetapi dia inginkan kepastian dari isterinya itu.

“Kenapa? Sebab…itu kenangan kita oppa,” jawab YoonA lirih. “Tapi…mianhei oppa. Saya masih lagi tak dapat ingat semua kenangan dan memori kita bersama…Saya betul-betul tak berguna,” Air mata YoonA jatuh berlinangan membasahi pipinya yang mulus itu.

“Eh…kwenchana Yoong-ah. Oppa tak kisah. Sama ada Yoong ingat atau tak, itu tak penting bagi oppa sekarang. Apa yang penting adalah setiap hari Yoong akan selalu ucapkan I love you pada oppa. Itu akan mengingatkan oppa yang Yoong akan sentiasa di sisi oppa dan setia berpegang pada janji yang kita semaikan dulu,” balas Kyungsoo sambil menyapu air mata YoonA dengan ibu jarinya.

YoonA menatap Kyungsoo sedih. Lelaki itu tersenyum dan menyambung, “Begitu juga dengan oppa. Oppa akan selalu mengingatkan Yoong yang kita akan sentiasa bersama. Yoong sentiasa di hati oppa. Begitu juga dengan kenangan kita. Oppa akan sentiasa rakamkan memori yang kita akan bina bersama termasuklah hari-hari yang kita akan lalui bersama anak-anak kita nanti. Setiap hari. Everyday, Love!” Kyungsoo mengusap perut YoonA perlahan. YoonA tersenyum senang melihat perlakuan suaminya itu.

Kyungsoo ikut tersenyum apabila melihat YoonA kembali ceria. Dia menarik nafas lega. YoonA ditarik ke dalam pelukannya.

“Jadi, Yoong kena berjanji dengan oppa. Jangan cuba memaksa diri Yoong untuk mengingati semula memori-memori lama tu. Serahkan saja kepada oppa. Percayakan oppa. Kenangan tu akan tetap kekal dalam ingatan Yoong. Ingatan kita semua. Arasso?” ucap Kyungsoo lembut.

YoonA membalas pelukan suaminya dengan erat. “Arasso Kyungsoo oppa! Saya percayakan oppa. Dari dulu hingga sekarang. Selamanya,” balas YoonA lalu menghadiahkan satu ciuman pada bibir Kyungsoo. Sekejap cuma tetapi penuh dengan rasa cinta yang menggebu-gebu.  

Kyungsoo bahagia. Dia bangga mempunyai seorang isteri yang baik, cantik, memahami, penyayang dan setia seperti YoonA. Dia berjanji pada dirinya sendiri; walaupun YoonA akan berubah, walaupun dirinya akan lenyap dari ingatan YoonA suatu hari nanti, walaupun cinta YoonA terhadap dirinya mungkin akan menjadi tidak sehebat dulu atau sekarang, dia tidak akan sesekali pergi dari hidup wanita yang dicintainya itu. Dia tidak akan mengalah dengan dugaan yang akan mendatang di kemudian hari nanti. Itulah janji seorang lelaki bernama Do Kyungsoo untuk seorang wanita bernama Im YoonA.

“Saranghae…Im YoonA,”

“Saranghae…Do Kyungsoo,”

 

 ***

4 tahun kemudian

“Appa…Palli wa! Omma…Palli!! Palli!!!” riuh-rendah kedengaran suara si anak kecil memanggil kedua ibu bapanya yang sedang menuruni anak tangga rumah agam itu.

Kyungsoo yang sedang memimpin YoonA yang sedang sarat mengandung 8 bulan itu menggeleng-gelengkan kepalanya sambil ketawa kecil. Telatah comel anak perempuan mereka itu sentiasa menceriakan suasana di rumah mereka.

“SoonA, sabarlah dulu. Appa kan kena tolong omma ni. SoonA tak kesian ke tengok omma macam ni?” soal Kyungsoo. Lembut tetapi tegas.

Anak kecil bertocang dua itu terdiam lalu mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti. “Mianhei appa…omma…SoonA takkan buat lagi. Janji,” balas si comel itu petah. Kyungsoo dan YoonA sama-sama tersenyum.

“Good! Macam itulah baby girl appa,” puji Kyungsoo sambil memeluk anak kesayangannya itu. SoonA ketawa mengekek apabila ayahnya itu mencium dahi dan mengeletek perutnya tiba-tiba.

YoonA hanya ketawa kecil melihat telatah 2 orang insan yang amat disayanginya itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu rumah mereka. Rancangan mereka pada pagi hujung minggu itu adalah untuk menonton video yang telah dirakam oleh Kyungsoo sempena hari jadi SoonA yang ke-4 pada 2 hari yang lalu. Seisi keluarga YoonA dan Kyungsoo hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Apatah lagi sememangnya SoonA sangat disayangi oleh kedua ibu bapa mereka berdua kerana si comel berlesung pipit itu sangat petah bercakap dan selalu menceriakan emosi semua orang.

“Comel betul anak kita kan Yoong? Macam appanya jugak,” komen Kyungsoo sambil memuji dirinya sendiri. YoonA tergelak lucu.

“Eii…perasan la oppa ni. Macam saya la,” balas YoonA. Kyungsoo ketawa.

“Ye la…ye la…macam ommanya. Tapi yang penting KyungYoon yang bakal lahir nanti macam oppa. Begitu juga yang ke-3, ke-4, ke-5 dan seterusnya,” balas Kyungsoo pula.

Mata YoonA membulat. ‘Ke-3, ke-4, ke-5 dan seterusnya??’

“DO KYUNGSOO, AWAK INGAT SAYA NI MESIN BUAT ANAK KE???” tempik YoonA geram.

Kyungsoo mengelabah apabila dijeling tajam oleh isterinya itu. “Err…”

“Omma…perlahankan sikit suara tu…bisinglah…”

FIN

 

 

Author's Note : Finally~~~it's done!! honestly, cerita ni dah lama sy start tulis. Sejak thn lepas lg..tp oleh kerana ad sedikit problem, tersimpan sejak sekian lama and only yesterday i started to write it again and again and finally~~tada~~~dah siap!! yeah~tepukan utk diri sendiri! keke~and sori la klau ad kesilapan grammar di mana2 sebab tak sempat nk double check~huuu

Hope u guys enjoy it~~annyeong~xoxo~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nurdayana #1
Chapter 1: Tepukan utk authornim. Daebak Sgt cute la kyungyoon moments, nak lg please.........
kkpoppz #2
LOVEEEE EVERYTHING <3
choun_sokpanha #3
Hello can u write in English? I wanna read so bad but I can read this. Thank you