ಥ_ಥ

Don't Forget Me

15 ⓞⓒⓣⓞⓑⓔⓡ 2013

Kringgggggggg!!!!!!!!!! Bunyi jam loceng yang sungguh nyaring membangunkan Jun dari tidurnya. Dia perlahan-lahan membuka matanya. Apabila mamai sudah hilang, Jun cepat-cepat bersiap-siap untuk ke sekolah. Sebelum keluar dari bilik, tangan kanannya sempat mencapai beberapa biji ceri tomato dan tangan kirinya memegang papan luncur yang berfungsi sebagai kerenderaannya sepenuh masa.

Sudah jadi kebiasaan Jun, sebelum ke sekolah dia akan minta kebenaran kakaknya, walaupun SooYoung masih enak dibuai mimpi. Tanpa membuang masa, Jun terus masuk ke bilik kakaknya yang berhadapan dengan biliknya.

"Akak, Ju-" kata-katanya mati apabila dia menyedari tiada sesiapa dalam bilik itu. Jun memandang katil kosong yang kemas itu dengan penuh kekecewaan. Tiba-tiba dia melihat terdapat wang yang kemas tersusun di atas katil itu.

'Ni mesti duit yang kak SooYoung tinggalkan untuk aku. Akhirnya harinya tiba di mana tiada lagi nota." Jun mengambil wang tersebut lalu disumbat ke dalam poket seluarnya sebelum berlalu pergi.

 

"Seingil Chukha Hamida, Seingil Chukha hamida, Saranghanda JunHongie, Seingil Chukha Hamida!" 

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah, Jun dikejutkan dengan pop-pop yang berterbangan di udara dan nyanyian lagu selamat hari lahir oleh hampir seluruh pelajar sekolah.

"Make a wish!" Seorang pelajar perempuan mendekati Jun sambil menatang sebiji kek ceri tomato.

"Huh?" Jun masih lagi blur.

"Kau ni kenapa? Macam tak biasa pula satu sekolah sambut hari jadi kau." Seorang rakan sekelasnya menyangkuk bahu Jun.

"Yellah, kau kan budak popular?" Sahut seorang lagi rakan sekelasnya. Namun Jun masih membisu, fikirannya jauh melayang-layang entah ke mana.

"JunHong, takkan awak dah lupakan kami semua?" Soal seorang gadis yang berdiri sebelah gadis yang menatang kek tadi.

"Eh, tak! ChangJo, Ricky, LeeHi dan Z.Hera, aku tau korang satu sekolah memang akan sambut hari jadi aku tapi.... betul ke hari ni hari jadi aku?" Soal Jun masih bingung.

"Kau tak ingat ke?" Soal JungKook. Jun mengganguk mengiakan kata-kata rakannya itu. "Mungkin kalau kitorang buat macam ni, kau ingat kut?" JungKook menyapu krim kek ke muka Jun lantas membuatkan rata-rata pelajar perempuan naik berang. Mereka semua saling menyapu krim kek itu ke wajah satu sama lain. Suasana menjadi sangat riuh-rendah.

Jun yang dah kena setempek krim tepat di hidungnya hanya berdiri di satu sudut sambil mengukir senyuman panjang sekali. Matanya memerhati setiap perilaku rakan-rakannya. Dia bersyukur namun tiba-tiba dia teringat akan sikap SooYoung yang semakin berubah yang menyebabkan Jun hampir lupa akan hari jadinya sendiri. Dia kemudian tergerak hati untuk menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan wang yang diberi kakaknya. Wang itu kelihatan sangat renyuk bak kertas pembukus nasi lemak.

"Agaknya akak sambut hari jadi aku tak?" Soal Jun sendiri. Ketika Jun cuba membetulkan kembali wang kertas yang renyuk itu, sekeping kertas berwarna unggu jatuh ke lantai.

Ni duit untuk Jun. Maaflah sebab akak keluar awal pagi. Tapi akak janji, bila Jun balik sekolah nanti Jun mesti nampak akak. :)

Selepas membaca nota itu, senyuman Jun semakin melebar. 

'Akak mesti keluar awal pagi sebab nak prepare untuk sambut birthday aku. Hihihi... Yup, think positive Choi JunHong!' bisik hati Jun menduga segalanya.

Rasa ingin cepat-cepat pulang ke rumah semakin menebal. Walaupun sambutan hari jadinya di sekolah cukup meriah, tetapi apa yang selalu ditunggu-tunggu Jun adalah untuk berkongsi cerita dengan kakak kesayangannya sebaik sahaja pulang sekolah.

"Annyeong!" Ucap Jun sesampai di rumah. Hatinya berbunga-bunga apabila melihat sebiji kek yang belum dihias terhidang di atas meja tamu. 

'Ni mesti kek untuk aku' kata hati Jun. Dia sangat gembira.

"Jun, kalau nak keluar, keluar sekarang. Tapi balik sebelum pukul 6 petang tau," pesan SooYoung dari dapur. Nampaknya si gadis sangat sibuk memasak di dapur. Ini semakin membuktikan tekaan Jun tepat.

"Baik kak," ringkas sahaja Jun membalas kenyataan kakaknya. Dia pun terus ke bilik bersiap-siap untuk keluar melepak bersama gengnya.

'Eleh, akak mesti nak buat surprise birthday party untuk aku. Sebab tu dia suruh aku keluar sekarang. Hohoho... I knew it, sis!' hati Jun berbicara lagi.

5:45 petang

"Geng, aku chaw dulu!" Jun meminta diri.

"Eh, awalnya kau nak balik. Selalunya pukul 7 malam kan limit time kau?" DaeHyun menyoal.

"Akak aku..." Belum sempat Jun menghabiskan ayatnya, JongUp pantas mencelah.

"Hah?! Kakak kau dah tambah limit time kau?!"

"Bukanlah hyung, akak aku ade buat birthday party untuk aku. So aku kena balik sebelum pukul 6." Jelas Jun kepada gengnya yang kehairanan.

"Kitorang dijemput tak?" HimChan menyoal. Dari riak wajahnya dia kelihatan teringin sangat nak menyertai parti itu. 

"Mestilah..."

"Yeay!!!!!" kelima-lima anak muda itu bersorak kegembiraan sebelum Jun menyambung bicaranya.

"Tak!" selesai berkata, Jun ketawa kecil. Kalau ketawa besar, takut diterajang pula oleh hyung-hyung itu. "Dah 10 tahun, kitorang buat birthday party tak pernah jemput sesiapa. Biarlah, kitorang adik-beradik luangkan masa bersama."

"Ceh, ceh. Dah lah. Cepat lah balik. Kang sejuk pulak kek kau!" Youngjae menolak tubuh Jun, lagak seperti menghalau. "By the way, happy 17th birthday!" Bisik YoungJae  di telinga Jun sebelum Jun melangkah pergi.

"Wei, apa kau buat?" DaeHyun menyoal tegas sekali.

"Wish untuk dialah!" Terang YoungJae.

"Cakap jelah. Perlu ke nak berbisik-bisik bagai? Atau kau sengaja nak ambil kesempatan? Muka kau ni, bukannya boleh percaya pon!" Soal DaeHyun lagi, geram rasanya YoungJae mesra dengan Jun.

"Kau ni dah kenapa? Lantak aku lah! Kau pahal? Jealous?!" YoungJae menyoal kembali DaeHyun. Pertengkaran antara mereka berlaku.

"Dah mula dah," ujar Yongguk. Malas ingin melihat lagi adegen-adegen cinta yang tak ingin kita lihat.

~*~*~*~*~*~*~*~~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Jun meluncur laju menuju ke rumahnya. Dia tersentak apabila melihat sebuah kereta yang asing parking di kawasan rumahnya. Dia cuba berfikiran positif dengan menyatakan kereta itu mungkin milik jiran.

Apabila Jun melangkah masuk, dia tersentak sekali lagi. Jo KyungHo kini berada di dalam rumahnya. Jun mulai resah, matanya melirik ke arah kek yang terhidang di atas meja tamu tadi. Ya, kek tadi masih di sana tetapi kini kek itu sudah dihias dan tulisan yang terdapat di atas kek itu memusnah semua sangkaan Jun. 

Happy our 100th day!

"Jun, akak suruh Jun balik awal supaya Jun boleh jaga rumah sebab akak nak keluar dengan KyungHo," lamunan Jun terhenti apabila SooYoung mula berbicara.

'Jadi... Akak suruh aku balik ni sebab.... Akak memang dah lupakan Jun! Akak dah lupa Jun!' rintih Jun dalam hati. Dia tidak pernah menyangka hal ini akan terjadi. Sakitnya hati Jun terasa seperti seseorang sedang menghempas kuat hati Jun ke lantai lalu ia pun jatuh berderai.

"Woi, kau buat apa kat kakak aku hah?! Kau ni memang lelaki tak guna! Cakap kat aku racun apa yang kau bagi kakak aku?!" Jun yang tidak mampu lagi menahan rasa lantas menjerit sekuat hati. Jari telunjuknya ditujukan tepat ke muka KyungHo. SooYoung dan KyungHo terkejut dengan tindakan Jun itu. 

"Kau! Lelaki macam kau ni tak layak masuk keluarga aku! Kau mema-" 

"BERHENTI!!!"  SooYoung menjerit sangat kuat bagi menghentikan kata-kata Jun. "Kau ni adik siapa hah? Kau bukan adik aku! Sebab aku tak pernah ajar adik aku kurang ajar dengan orang lain." Perlahan sahaja lontaran suara SooYoung tetapi setiap perkataan yang disampaikan cukup menetak dada Jun.

"Aarghh!" Akibat desakan perasaan marah yang sedang membara, tanpa berfikir panjang Jun mengambil kek di meja tamu itu dan menghempasnya ke lantai. Mata KyungHo dan SooYoung tidak berkelip melihat kejadian itu. Tiba-tiba...

Pangggggggggg

Satu tamparan cukup kuat melayang tepat ke pipi Jun. Air mata Jun mengalir, dia naik ke biliknya membawa jiwa yang lara.

“Kenapa awak tampar dia? Dia kan budak lagi, biasalah buat benda sesuka hati,” soal KyungHo. Dia amat terkejut apabila SooYoung menampar adiknya, Jun.

“Sebab budaklah saya nak ajar!” Jawab SooYoung selamba. Dia membersihkan kek yang dah penyek di lantai sambil dibantu KyungHo. 

“Macam mana ni?” SooYoung menyoal lemah.

“Kita keluar jom. Saya bawa awak tempat yang menenangkan?” Cadang KyungHo disambut baik oleh SooYoung.

"Okey jugak tu, tapi sekejap ye? Saya tinggalkan nota dan duit untuk Jun dulu.” SooYoung bersedia untuk menulis sebelum ditegah KyungHo.

“Eh, SooYoung! Jun tengah marah tu. Mungkin dia takkan keluar bilik. Baik awak bagi je duit tu sendiri.” SooYoung akur. Dia mengikut setiap kata KyungHo.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
bonus extra chapter update! Plz take a look and tell me what you think ^^

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 6: Haha ok saya orang first komen kat cerita ni. Ya allah, mengalir air mata saya baca cerita ni tambah2 dekat part jun gaduh dengan sooyoung tu, saya fikir ending dia sad sekali happy ending haha. Aduh menyentuh perasaan betul, susah nak jumpa cerita tentang adik beradik ni dan memang dah lama saya cari tapi tak jumpa haha. Pape pon Good job authornim ^_^...