(●__●)

Don't Forget Me

"Alamak! Aku dah lewat! Mesti kak SooYoung tengah mengamuk sekarang ni," Jun cepat-cepat mengemas barang-barangnya sebaik sahaja memerhati jam tangan digital di pergelangan tangan kirinya. Jam itu tepat menunjukkan pukul 3:01 minit, sudah jelas Jun terlewat. Sepatutnya tepat pukul 3:00, Jun mesti sudah tiba di rumah. 

Walaupun hanya lewat seminit, itu sudah cukup menggentarkan Jun. Tiba-tiba otaknya memainkan semula situasi dahulu di mana dia tiba di rumahnya pukul 3:30, walaupun Jun sudah maklumkan bahawa dirinya akan pulang pukul 3:00 petang. Akibatnya satu ribut taufan berkelajuaan 1km/s ciptaan SooYoung melanda rumah teres dua tingkat itu. Setiap baris, setiap ayat, setiap perkataan masih segar di ingatan Jun.

"JUN PERGI MANA????!" SooYoung menarik cuping telinga Jun sekuat hati.

"Sak-sakitlah ak-akak!!!" Suara Jun menjadi tersekat kerana menahan kesakitan.

"Oh, Jun tahu sakit? Jun tahu macam mana rarasany sakit? Jadi Jun sepatutnya tahu macam mana sakitnya hati akak tunggu Jun tak balik-balik! Jun sepatutnya tahu macam mana sakitnya hati akak bila Jun mungkir janji! Jun pergi mana?!" Bebel SooYoung. Cuping telinga Jun masih tidak dilepaskannya.

"Lep-lepaskan tel-teli-telinga Jun dulu kak!" Pinta Jun meminta belas simpati. 

"Argh! Biar akak tarik telinga Jun sampai jadi capang macam hantu ceplos tu. Jun jawab dulu pertanyaan akak! Jun pergi mana?! Kenapa lambat?!!!!!!"

Jun menelan air liur bagi melegakan tekaknya yang tiba-tiba menjadi tersangat kering. "Baik aku cepat!" Buku-buku teks, buku-buku latihan, pensel box dan beberapa barang lain disumbat ke dalam beg sepantas kilat oleh Jun. Kemudian dia segera meluncur di atas papan luncurnya untuk pulang ke rumah.

'Pukul 3:25' Jun melihat jam tangannya buat kali terakhir. Jantungnya berdebar kencang ketika dia memulas tombol pintu. Sesekali terdapat titisan peluh di dahi Jun. Entah sebab dia berasa penat atau dia terlalu takut membayangi apakah hukuman yang bakal dilaksnakan oleh kakaknya.

"Akak.....?" Panggil Jun. Dia melangkah setapak demi setapak ke dalam rumah. Jun langsung tidak melihat kelibat SooYoung yang biasanya sudah tercegat di depan pintu menanti adik yang tercinta pulang tepat pada masanya. Dia lantas menaiki tangga untuk ke biliknya dengan penuh gembira. Dia menyangka SooYoung masih lagi tidur, jadi dirinya terselamat.

Namun kegembiraan itu terhenti apabila dia melalui bilik SooYoung yang tidak tertutup itu. Suara SooYoung yang sedang berbual melalui telefon itu kedengaran sangat manis. SooYoung menghidupkan mood gedik dirinya. Dia kelihatan sangat berbeza daripada sebelum ini. Tiba-tiba SooYoung menari tarian 'Gee' lagu kumpulan k-pop yang terkenal, Girls Genaration.

"Eh, Jun?" SooYoung menghentikan tariannya apabila dia ternampak Jun yang sedang memeluk papan luncur kesayangan kerana takut akan dimarahi SooYoung. Namun sangkaannya meleset jauh hingga ke United Kingdom.

"Akak tak masak tau hari ni. Nah, Jun pergilah beli apa-apa." SooYoung menghulurkan Jun sejumlah wang. Kemudian dia sambung menari.

"Gee gee gee baby baby. Gee gee gee baby baby," SooYoung menutup pintu biliknya.

"YooHoo !!!" Jun menjerit kegembiraan sambil melompat-lompat dia atas katil bujangnya. Dia menari tarian kumpulan SECRET's YooHoo!. Nampaknya dia begitu gembira kerana tidak dimarahi SooYoung.

"Tak kena marah, tak kena pukul, tak kena bebel, dapat duit plak tu," kata Jun sambil tangannya sibuk menghitung satu demi satu wang kertas yang diberi SooYoung."Tapi...." Jun menghentikan segala perbuatanya. Entah kenapa dia tidak mampu meneruskan kata. Hatinya diselubungi satu perasaan yang sukar diterangkan. 

'Hish, apahal aku ni? Feelin' something that I can't explain, I can't describe. Unexplained feeling. No, no,no ! Today should be the best day ever to me,' getus hati Jun.

Untuk menghalau jauh 'the unexplained feeling' dia terus keluar untuk berjumpa gengnya yang di anggotai enam anak muda iaitu Bang Yongguk, Kim HimChan, Jung DaeHyun, Yoo YoungJae dan Moon JongUp.

7:45 malam, Jun pulang rumah. "Annyeong," ucap Jun sebaik sahaja melangkah masuk. 

"Jun?" Mata Jun terbeliak apabila melihat SooYoung berpeluk tubuh menanti di depan pintu. Bulu romanya berdiri tegak. Jantungnya kembali berdegup kencang. Buat kali yang kedua, dia sangat risau SooYoung akan memarahinya kerana lewat pulang sebab had masa Jun pergi lepak dengan gengnya hanya sehingga jam 7:00 malam.

"Nah, duit! Akak nak keluar dengan KyungHo. Annyeong~" SooYoung terus keluar dari rumah dan meninggalkan Jun sendiri selepas wang bernilai 2000 won diberikan pada adiknya, Choi JunHong.

Mata Jun terkebil-kebil melihat kakaknya yang semakin menjauh dari pandangan. Hatinya terasa seperti dihempap batu besar yang sangat berat. Kini dia pasti apakah 'Unexplained feeling' yang menyelubunyi dirinya itu. Perasaan itu adalah rasa....

"Kehilangan," sepatah perkataan meluncur keluar dari mulutnya. Dia tidak mampu menghalang SooYoung walaupun hatinya terasa sangat berat melepaskan SooYoung hilang dari pandangan. 

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, SooYoung semakin berbeza dari Choi SooYoung yang Jun kenal. Dia garang namun amat penyayang. Dia tak suka buat kerja rumah tapi amat prihatin.

Kalau dulu dia tunggu Jun pulang sekolah untuk memastikan adiknya pulang dengan selamat, sekarang tidak lagi. Kalau dulu dia selalu masak dan makan bersama Jun walaupun masakanya teruk, sekarang tidak lagi. kini tiada orang lagi yang akan membebel tatkala Jun pulang lewat, dia bebas ke mana sahaja. Kini tiada lagi makanan hangit yang dapat dia rasa.

Sekarang pulang sahaja sekolah, dia menemui sekeping nota.

Nah, duit. Jun pergilah beli makanan. Akak tak masak. Akak keluar dengan KyungHo. Akak balik pukul 5:00 petang nanti. Jun jangan nakal tau

Jun tersenyum sinis. Dia kecewa kerana tidak dapat menemui kakaknya. Namun tangkai hatinya terusik rasa lucu membaca rangkai kata yang berbunyi 'Jun jangan nakal tau'.

Minggu seterusnya,

Jun, akak tak masak. Ni duit! Akak keluar dengan KyungHo. Pukul 7:00 nanti akak balik. Jaga diri

Jun mengambil duit itu. Walaupun tetap kecewa, dia bersyukur kerana SooYoung masih prihatin terhadapnya. 'Jaga Diri'.

Minggu seterusnya,

Ni duit. Akak dengan KyungHo. Jumpa pukul 8:00 malam

Tiada lagi nasihat atau kata-kata prihatin yang ditinggalkan SooYoung. Jun mengambil duit itu, dia tidak sabar ingin menemui SooYoung pada 8:00 malam nanti.

Minggu seterusnya,

Jun, ni duit makan. Akak tak sure balik pukul berapa.

'Macam mana boleh tak sure?' Muka Jun masam mencuka sesudah selesai membaca nota itu. Apapun, Malam tu Jun setia menunggu kepulangan SooYoung sehingga dia tertidur di ruang tamu.

Minggu seterusnya,

Duit ni! Maybe pukul 10:00

Nota yang ditulis oleh SooYoung semakin ringkas.

Minggu seterusnya,

Ni Duit Untuk Jun

semakin ringkas.

Minggu seterusnya,

Ni Duit

dan semakin ringkas. Cuma satu yang tak berubah iaitu jumlah wang yang ditinggalkan. Jun mengambil wang itu. Dia naik ke bilik dan menukar pakaian sebelum keluar semula dari rumah itu. Rumah teres dua tingkat yang disewa SooYoung itu kian sunyi dari hari ke hari.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
bonus extra chapter update! Plz take a look and tell me what you think ^^

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 6: Haha ok saya orang first komen kat cerita ni. Ya allah, mengalir air mata saya baca cerita ni tambah2 dekat part jun gaduh dengan sooyoung tu, saya fikir ending dia sad sekali happy ending haha. Aduh menyentuh perasaan betul, susah nak jumpa cerita tentang adik beradik ni dan memang dah lama saya cari tapi tak jumpa haha. Pape pon Good job authornim ^_^...