Rahsia Antara kita

Hypocrite Angel

Kevin menutup mulut Bomi yang luas ternganga itu bagi segara menghentikan jeritan gadis malang itu. Yela, kalau Bomi terus melalak, orang ramai mesti datang nak tengok. Seorang lelaki dan seorang perempuan dalam satu bilik stor kecil yang gelap., apa agaknya korang fikir?

"Apasal lah kau ni berani sangat??!!"

"Apa yang kau nak?" soal Bomi sedikit merendahkan suara dari yang tadi.

"Apa aku nak atau apa yang kau nak?"soalan itu menghairankan Bomi.

"Apa kau cakap ni?"

"Cakap jelah berapa banyak duit yang kau nak?"terbeliak mata Bomi mendengar soalan Kevin.Duit?

"Macam aku tak biasa.., kau sebenarnya nak duit aku kan?" spontan je Kevin mengatur susunan ayat.

"Okey, bagi aku.         "

"Huh~ macam yang disangka. Duit boleh beli segalanya.Nah" Kevin membuka dompetnya yang berkepuk-kepuk tu untuk mdngeluarkan jumlah wang yang Bomi kehendaki.

'Aku bukan mata duitan! Bukan!! Tapi aku terpaksa... Maaf, tapi aku betul-betul perlukan sekarang. Aku janji, Kevin satu hari nanti aku akan bayar balik.' getus hati Bomi sambil menyambut duit yang diberi Kevin. Betul.,,, Bomi bukan seorang mata duitan tapi dia betul-betul perlukan duit. Oh ya, yang dia cakap dia nak jumpa Miss Nicole tu bukan pasal apa., pasal duit pengajiannya yang dah lama tertunggak. Dah hampir 3 kali dia telah diberi amaran supaya menjelaskan hutangnya.

"Woi, apa yang kau termenung tu?"sentak Kevin.

"Ah, ya. Tapi....."Bomi sengaja menggantungkan ayatnya.

"Ape?"soal ringkas Kevin.

"Kalau kau buat hal dengan aku., tanpa segan silu aku boleh bukak mulut"sambung Bomi. Kevin bisu seribu bahasa, dia hanya menjeling tajam ke arah mata Bomi dengan seribu makna."Oh, one more thing. Lepas ni jangan la jadi macam budak-budak lagi. Kehulu kehilir berkepit dengan Personal assistant kau tu ye?"pesan terakhir Bomi sebelum berlalu pergi.

"Yeoboseyo, En.Yang boleh balik. I'll call you when I need you to fetch me. Okay." jauh sedikit dari bilik stor tadi, Kevin terus menghubungi pembantu peribadinya itu. Sebijik macam apa yang di minta BoMi. Tergugatlah tu~ 'kau ingat aku tak cukup jantan ke?'

"Selesai satu task. Ade lagi satu task yang berbunyi 'revange' on the way..."

Keesokan hari., diwaktu makan tengah hari di kafeteria Universiti Seoul.

"YOON BOMI !!!!!!!! AWAK MEMANG SENGAJA KAN!  DULU AWAK YANG NAK SAYA COUPLE DENGAN AWAK SEKARANG AWAK CURANG?"

Kafeteria itu bergegar seakan-akan ada gempa bumi sedang berlaku di negara jiran. Semua orang yang berada di kafeteria tertumpu pada Kevin yang tiba-tiba datang menjerit tak tentu pasal. Merah muka Bomi saat dia mendengar nama nya dipanggil Kevin. Mujurlah di sudah selesai menelan burger yang ditangan nya kalau tak.,,, sendiri mau ingatlaa..

'Ape benda lah mamat ni?'geram hati bomi melihat kejadian ini.

"BOMI, SAYA ADA BUKTI gambar screenshot dari perbualan awak dengan lelaki tu " Sambung Kevin sambil mengeluarkan telefonnya yang berjenama iphone5 itu.

KRACCCKKKKKKKKK !!!!!

Sebaik sahaja telefon pintar itu berjaya dikeluarkan dari poket belah kirinya. Bomi yang entah datang dari mana segera merampas dan menghempas nya ke lantai mar mar yang sedia terbentang di kafeteria .Habis berkecai iphone5 yang berharga rm2000 itu, dah memang langsung tak rupa macam handphone keluaran syarikat Apple dah!

Mata Kevin terkebil-kebil memandang iphone nya itu dan membiarkan BoMi berlalu dari situ. Mulutnya terbuka luas, mujur tiada lalat disitu kalau tak...... Sesekali dia matanya melirik mengikuti langkah BoMi yang entah kemana, memandam rasa dan sumpah seranah jauh dilubuk hati. Itulah Kevin, berani lagi kau cari pasal dengan Bomi?

"Kau apahal, Kevin?!! Kenapa kau nak malukan aku?! Nak fitnah aku?! Tak puas lagi ke kau dah hina aku semalam?!!!!"Rintih Bomi sambil teresak-esak menangis. Kalau semalam dia boleh tahan air matanya tapi hari ini tidak lagi. Kesabaran nya dah sampai tahap maksima. Dia betul-betul tak tahan kalau dimalukan orang.

 "Tak guna!!! Tak guna!!" Masuk Kali ni dah hampir 100 Kali Bomi mengulangi dua perkataan itu sambil menyepak batu yang berada di laluan itu. Samada Batu atau apa-apa halangan yang lain pasti akan muncul wajah lelaki annoying itu. Itulah sebabnya mengapa dia sentiasa menyepak batu-batu itu. Kalau boleh nak disepaknya batu itu sampai me afrika selatan..., baru terasa puas.

Sedang Bomi menjalankan hobi barunya, satu bunyi bising muncul Dari simpang depan jalan itu. Disebabkan jalan yang dilaluinya itu amat sempit, sampai kereta pon xmuat nak lalu, Bomi pun menjenguk apakah kejadian yang sedang berlaku.

Bomi melihat seseorang sedang diperas ugut oleh sekumpulan gangster.Tanpa berfikir panjang, Bomi terus berlari kesana Dan menarik tangan si mangsa membawanya ke tempat yang lebih selamat.

"Diorang dah takde. Aku rasa kau dah selam-" ujar Bomi seraya mengalihkan pandanganya ke wajah si mangsanya tadi. "Kau Kevin???!"Bomi yang terkejut, secara automatik terus memijak kaki Kevin.

"Apahal????!!!!" Kevin menjerit kesakitan sambil terlompat-lompat.

"Macam mana kau boleh Ada Kat sini?!"tegas suara Bomi menyoal Kevin.

"Salah kau lah!!!! Kau yang rosakkan phone aku, jadi aku tak dapat nak call driver aku suroh dia jemput aku! Semua salah kau !!!!!! "Terang Kevin dengan Nada yang amat tinggi macam buat high note plak.

"Haih~~~ takkan orang kaya ada satu phone je?" Balas Bomi selamba walaupun dia sedikit terkejut mendengar lontaran Nada Kevin tadi.

"Memanglah orang kaya macam aku ni Ada belambak phone., tapi Kat rumah !!!"

"Tapi... APA kena mengena aku yang dah rosakan phone kau dengan kau sesat Kat ni?" Soal Bomi lagi. Banyak tanya plak dia..

 "Sebab aku tak tau jalan balik rumah!"

Selesai Kevin berbicara, Bomi terketawa agak besar.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet