Angel Prince si Mr.Perfect 10

Hypocrite Angel

Suatu tengahari, Bomi sedang kusyuk study bersama seorang rakannya di library Universiti seoul. Sedang mereka asyik bertukar buah fikiran tiba-tiba......

"Wey korang, aku ada hot story !!!!!!" datang seorang lagi kawan mereka bernama EunJi menerjah.

SHHHHHHHHHHHHHHHH....   

Penjaga library yang petengahan umur, meletakan jarinya diatas bibirnya yang bersih tiada lipstick itu sebagai tanda senyap. Tak pastilah samada SHHHHHHHHH nya itu di tujukan kepada EunJi atau pengguna lain. Sebab library tu bukanya senyap sangat pon.

"Jangan la cakap kuat-kuat, nanti kena halau laa" NaEun yang agak naif menegur kawanya itu. 

"Alaa., bajet baik la kau. Aku nak share story ni!" kata EunJi membalas teguran NaEun seraya melabuhkan punggungnya ke atas bangku kosong yang tersedia dihadapan BoMi.

"Story apa?"BoMi yang membisu sejak tadi akhirnya membuka mulut, menyoal EunJi ringkas.

"Angel Prince!" dua perkataan yang meluncur perlahan dari bibir gadis kecoh yang comel itu sudah cukup menarik perhatian kedua-dua sahabatnya. Yellah, siapa tak kenal Kevin a.k.a Angel Prince? Seorang lelaki yang boleh digelar Mr. Perfect 10 macam filem yang Aaron Aziz dan lisa Surihani berlakon tu. Dia kacak, dia pintar, dia kaya dan yang paling menjadi bualan ramai termasuklah semua makcik-makcik cleaner dan pakcik-pakcik kebun adalah mulianya perangai dia. 

Ok, balik kepada perbualan tiga sekawan tadi.

"Kenapa??!" BoMi menyoal pantas.

"Dia jatuh sakit ke?"sambung NaEun.

"EunJi, cepatlah citer!" mereka berdua kelihatan terdesak sekali. Macam orang tak cukup oksigen dan sangat mengharap oksigen dari EunJi yang sudah sedia menyilangkan kaki persis seperti seorang permaisuri.

"Ye aku datang sini nak citer laa.. Bawak bersabor siket. Ok, citer nya cammi aku kat kafeteria tengah beli makanan. Tapi aku dengar ade kecoh, aku pun cuba intai-intai menyebokkan diri kat sana. Mata aku rasa macam nak terkeluar bila nampak baju Angel Prince dah kotor kena sos. Kata orang ada budak langgar Angel Prince sampai makanan budak tu tumpah kat baju Angel Prince."

WOOOOOOOO~~~~~~

Entah bila, entah dari mana seluruh manusia yang ada dalam library tu berkerumun kat tempat EunJi., termasuk lah si penjaga library yang suruh senyap tadi. Terlopong mulut dia mendengar cerita EunJi.

EunJi berasa sedikit janggal dia berhenti berbicara.

"Kenapa berhenti? Dah habis ke?"soal selamba penjaga library tu.

"Aaaa... Ye ye" EunJi menjadi sedikit gagap namun dia meneruskan penceritaan nya.

"Tapi yang paling aku rasa kagum sngat bila Angel Prince sikit pon tak marah. Siap dia bagi duit kat budak tu, ganti makanan yang tumpah tu"

*seluruh warga perpustakaan menepuk tangan*

"Baru aku nak cakap, pastu semua orang kat kafeteria terpuk tangan macam nilah! The end"EunJi menutup ceriteranya.

"Baik giler Angel !!!!!" NaEun sedikit menjerit teruja sangat dengar pasal budak hot tu.

"Ala. Aku ingatkan ape tadi, biasa lah tu~ sebab tu lah orang panggil dia Angel Prince"selamba kacang je BoMi mengeluarkan ayat itu.

"Bajetla kau,..." NaEun menyindir. Sementara EunJi sedang berehat penat bercerita.

"Bukanya bajet. But it is the fact. Dahla aku nk chaw dulu"

"Nak gi mana?" Suara manja EunJi kedengaran.

"Jumpa Miss Nicole"slow je suara BoMi menjawab soalan EunJi.

Bomi berjalan seorang diri. Dia sengaja memilih berjalan di laluan yang agak sempit, agak gelap dan agak sikit orang yang tahu kewujudan laluan ini supaya memboleh kan dia menjalankan kerja part time nya yang tak berbayar iaitu fangirling tanpa disaksikan oleh sesiapa.

Sedang Bomi asyik melayan angan didalam mimpi, bercakap seorang diri dan berangan yang ntah pape tentang Kevin, muncul satu tubuh yang berjarak agak jauh dihadapanya.BoMi sedikit tersentak dengan kejadian ini kerana sepanjang dia lalu disini selama ni, takde pulak orang tetiba potong line. Sebab budak-budak yang lalu laluan ni selalunya golongan yang memerlukan tempat utnk luahkan perasaan.

Setelah diamati dengan mendalam menggunakan semua deria yang dikurnia Tuhan, Bomi yakin tubuh itu tak lain tak bukan adalah hak milik Kevin a.k.a Angel Prince.

Kalau nak ikutkan nafsu serakah yang sedang bergelora laju bak ombak rindu, sudah pasti Bomi sekarang sedang menjerit sekuat hati sambil berlari dan memeluk erat tubuh jejaka idaman korea itu. Tapi.,, Bomi sedar itu adalah tindakan yang bodoh teramat !!! Tak pasal-pasal Bomi akan dianggap sasaeng fan nanti.

 

Bomi segera menghalau strategi kurang pandai itu dari otaknya lantas perlahan-lahan mendekati Kevin dan tanpa di sangka-sangka serta tanpa dirancang............

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet