Trouble

Diary Of Orphan

"Kring~ kring~", jam loceng berbunyi memecahkan kesunyian pada waktu subuh. "Hish!!", Chieri merengus sambil menyepak jam loceng di tepi sisi katilnya.

 

Suasana kembali sunyi. Chanmi dalam posisi tidur seperti udang menarik selimut menyelubungi diri.

 

"Bangun~! bangun~! Wahai rakyat jelata negeri 3 C-Rose", jerit Eomma mengetuk pintu dorm itu. 

 

"Sekiranya tidak kamu semua akan dikenakan denda yang setimpal", jelas Eomma. Bunyi ketukan pintu semakin kuat. Bukannya Eomma tidak tahu perangai si Chieri yang sering bangun lambat, dengan dekurannya boleh mengalahkan ayam berkokok.

 

"Kalau Eomma nampak kamu bertiga tiada di ruang rehat pada pukul 7, tiada kebenaran untuk outing selama dua minggu". Jelas Eomma meninggalkan dorm tersebut.

 

"Hurk!". Secara automatik Chanmi dan Chunri terbangun dari perbaringan. 

 

"Wey, Chieri bangunlah~ bangun!", kata Chunri sambil menggerakkan badan Chieri. "Ish budak makan apatah semalam". Geram dengan sikap Chieri, Chunri menolak badan Chieri sampai ke tandas. "Ni macam sushi roll dah ni" kata Chanmi dalam hati.

 

"Chanmi, kau ambil air simbah kat dia ni. Kita dah nak lewat ni", ujar Chunri. Chanmi mengangguk.

 

Sebaldi air ditadah lalu "shuuuu". "Woii, pe nii", marah Chieri. "sebelum pukul 7, lewat takleh outing " jawab Chanmi ringkas.

 

Dengan kuasa kilat, Chieri mencapai berus gigi untuk menggosok gigi. "Welkk", kata Chieri. 

 

"Wei, kenapa ni ? Mengandung kee? Tolong! Tolong! " jerit Chanmi. Chieri menunjal dahi Chanmi, "hotak hang! Aku tertukar ubat gigi dengan pencuci muka la bengap! Kau dah kenapa terjerit²!" getus Chieri.

 

Chieri melihat jam. "Alamak, takleh jadi ni".

 

___________________________________________________

 

"Okay, Taeyeon sila kira kehadiran penghuni aspuri. Pastikan semua cukup". Taeyeon mengira dan melaporkan kepada Eomma.

 

"Semua kehadiran cukup kecuali.. " bisik Taeyeon kepada Eomma.

 

"Hmm baiklah. Semua boleh segera ke dewan untuk sesi taklimat ringkas dengan pengetua".

 

___________________________________________________

 

"Chieri, Chunri dan Chanmi. Eomma panggil ke biliknya sekarang ", kata Taeyeon memerangkap jawatan ketua pengawas asrama Ros Merah. 

 

Chanmi mengangguk apabila melihat Chieri tidak mengendahkan arahan tersebut.

 

___________________________________________________

 

"Apa nak jadi dengan kamu ni ? Bangun lambat, tidur lewat, berpakaian tidak kemas... " bebel Eomma. Chieri menguap tanda bosan manakala Chunri membelek kukunya.

 

"Sekarang Eomma nak kamu bersihkan kawasan padang yang penuh dengan dedeaun dan tiada sarapan untuk kamu harini" jelas Eomma.

 

"Apenii? Nak suh saya mati kelaparan ke kat sini?! Dah berjam² Eomma duk membebel. Rimas saya" kata Chieri. 

 

Eomma mencerlung Chieri. Matanya jatuh ke arah Chunri. "Kamu ni Chunri tak habis² pakai mekap tebal." Kata Eomma.

 

"Mana ada kay. Saya tak sempat nak pakai bulu mata.. Er.. I means tahi mata". "Kantoi aku kalau eomma tahu, mesti abis dia rampas", kata Chunri dalam hati.

 

"Dah kamu boleh beredar" kata eomma.Chieri dan Chunri segera melangkah pergi. 

 

"Makasih eomma", kata Chanmi yang dari tadi diam membisu sambil tunduk sebelum membuntuti kawannya.

 

"Tunggu. Eomma nak cakap sesuatu"kata eomma

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet