Who are they?

Diary Of Orphan

"Sekian, terima kasih"', tanda mereka baru sahaja selesai mendengar ceramah motivasi secara berjemaah. Disini barulah Chanmi tahu kenapa kawasan asrama ros merah ini besar. Dalam fikirannya asrama ros merah kecil, sempit. Ruang makan, ruang belajar juga ruang berehat terpaksa dikongsi kerana kepadatan penghuninya. Dia bukanlah lahir daripada keluarga yang kaya, tetapi masih boleh dikategorikan sederhana. Tambahan dia anak tunggal, jadi apa sahaja yang dihajati pasti termakbul. Tapi kini....

 

"Jom," ajak Chieri sambil memasukkan buku ke dalam beg ala kadar sebaik penceramah habis menutup majlis. Lagaknya seperti hendak cepat-cepat beredar dari situ.

 

"Kita pergi mana pulak lepas ni?" soal Chanmi ingin tahu perjalanan harian di sini.

 

"Lepas ni kita ke dewan makan, makan apa yang terhidang dihadapan mata, isi perut kenyanyg-kenyang. Lepas tu ke bilik belajar, perah otak tu biar dapat berguna untuk suatu hari nanti.." balas Chunri panjang lebar sambil menyarung cardigan jenama H&M ke badannya. Sungguh lembut, seperti tidak mahu sedikit pun kedutan terbentuk.

 

"Tapi kan sekarang ni kita tengah cuti? Tahun depan baru masuk 16 tahun. Apa yang kita nak belajar kalau kita tak tahu apa-apa?" balas Chanmi sambil tergaru-garu tanda tak gatal.

 

"Kau pehal tergaru-garu macam beruk makyeh? Buat apa sahaja. We are free right now. Tapi.. asalkan warden nampak kita pegang buku, we dont have to risau-risau ma .. Dahlah, cepatlah!" Balas Chieri sedikit mendesak. Sesekali anak matanya menjeling ke barisan paling belakang. Melihat seseorang.

 

"Apa yang awak pandang tu?" soal Chanmi cuba menyibuk.

 

"Musuh kita, Eomma. Yang pakai baju merah dan seluar kuning cair tu," balas Chieri. Macam badut lak

 

Melihat eomma yang duduk sedikit jauh dari pintu dan sedang asyik berbual tak ingat dunia, Chieri terus menarik lengan Chanmi. Chunri tidak perlu diajarkan kerana sudah masak dengan perangai dan ilmu yang diturunkan oleh Chieri.

 

Chieri mahu segera melangkah keluar. Dia malas beratur panjang di dewan makan walaupun hanya untuk beberapa minit. Membuang masa saja. Biarlah mereka menjadi orang pertama yang sampai seperti selalu.

 

"Terkejar-kejar tu nak pergi mana?" sergah Eomma membuat langkah Chieri, Chunri dan Chanmi terhenti betul-betul di hadapan pintu. Nasib baik tak tergolek jatuh longkang. Chieri menarik nafas lega dan serta merta wajahnya bertukar dingin. Perasaan geram menyelubungi hati .

 

Tanpa memandang wajah Eomma, Chieri menjawab, "Dia dah tak tahan nak terkucil so, kami tunjukkan dia jalan. Kalau tak, tak saja-saja ada report pasal kehilangan budak asrama malam ni.."

 

Chanmi terpinga-pinga apabila tiba-tiba jari telunjuk Chieri terarah kepadanya. Itu bermakna orang yang ingin terkucil adalah dia. Melihat pandangan dingin Eomma, Chanmi mengangguk laju seperti ayam memantuk jagung di tanah. Lepas ni bolehlah aku pergi uji bakat untuk program pencarian pelakon remaja, guraunya menggeletek hati sendiri.

 

Chieri, Chunri dan Chanmi terus berlari keluar. Eomma hanya mampu menngelengkan kepala. Takkanlah sampai tak salam tangan dulu? Tapi dia masak benar dengan perangai pandai menjawab Chieri. Susah hendak dibentuk. Kuat memberontak setiap kali ditegur. Tapi dia tak mungkin akan menyerah kalah.

 

_______________________________________________________________________________________________________________________

 

Di kantin, Chieri, Chunri dan Chanmi memilih untuk duduk semeja. Ada beberapa pasang mata memerhati mereka. Chanmi tidak faham maksud pandangan mereka. Tetapi dia cuba mentafsir juga. Mungkin juga dia orang baru, jadi mereka sedang berbual tentangnya. tapi dia tetap tak puas hati. Macam dah tak ada topik lain.

 

"Kenapa diorang pandang saya macam nak telan orang je?" soal Chanmi. 

 

Cepat-cepat Chunri mengunyah nari di dalam mulutnya dan membidas. "Jangan nak perasan! Diorang pandang saya, Sebab saya cantik."

 

"Buat tak tahu saja," tokok Chieri yang malas ambil tahu hal orang, apalagi bergaul dengan penghuni lain. Dia memang begitu, selalu buat hal sendiri. Terutama sebelum adanya Chunri.

 

"Eomma tuh musuh awak .. er maksud saya musuh kita ke?" soal Chanmi terketar-ketar. Makanan di dalam pinggan tinggal sedikit saja lagi.

 

Chieri mengangguk. "Kau tengoklah tadi. Dia memang saja cari salah kita. Kalau ikut jadual, lepas pape program ceramah atau prep memang waktu makan malam pun. Jadi buat apa dia tanya lagi?".

 

"Memang puan, Chanmi. Saya pun naik rimas dengan soalan dia tu. Dia sendiri dah tahu jawapan, tapi tetap nak tanya jugak. Agaknya sebab tu tak kahwin sampai sekarang" sampuk Chunri pula yang selesai makan. Apalagi, bedak yang sentiasa tersimpan elok dalam beg totenya dikeluarkan dan disapu lembut ke wajah.Orang lain dalam beg simpan buku tapi Chunri terselit alat kosmetiknya yang wajib ada di mana sahaja. Ayoyoo .. Fikir Chunri .Chanmi dah mula faham akan perangai Chunri. Mandi berjam, bersiap pun berjam, walaupun belum sampai 24 jam dia di situ.

 

"Hurm dia tu siapa dekat sini.. Maksud saya jawatan dia...."

 

"Tukang penyibuk!" balas Chieri sambil mencebik.

 

"Uish masakan marah benar sih" ujar Chanmi

Seperti mana Chanmi faham akan perangai Chunri, begitu juga dengan Chieri. Melihat mata Chanmi membulat itu tandanya dia blur. Walaupun Chanmi tak mengaku. "Kaunselorlah!"

 

Chanmi terangguk-angguk sambil melihat sekeliling. Anak matanya terpaut pada tiga jejaka macho yang sedap mata memandang pada malam hari yang duduk tidak jauh dari mereka. Ketiga² mereka seperti sedang berbual sambil menunjuk kearahnya. Chanmi yakin mereka sedang berbual tentangnya, bukan Chunri. Cepat-cepat Chanmi melarikan anak matanya.  Satu saat.. dua saat.. tiga saat..

 

"Blurkkk*sendawa* dah jom. Saya dah kenyang tahap dewa dah ni " jerit Chanmi sambil berdiri tegak bagai nak nyanyi lagu Negaraku. Chieri dan Chunri terkebil-kebil memandang perbuatan drastik Chanmi. Bukan saja Mereka berdua saja yang terkejut, malah seluruh penghuni di dalam memandang Chanmi. Begitu juga tiga jejaka misteri tersebut yang tersengih-sengih seperti kerang busuk.

 

"Okeyh..." jawab mereka serentak sambil mengangkat pinggan keluar dari dewan. 

 

"Kau pehal?! Malu aku siot! Tapi.. lain kali kalu nak sound ajak la aku ye?" kata Chieri sambil mengenyit mata ke arah Chanmi. Tatkala Chunri pula.. " Ottoke?! Ottokkkkkeee... Maluuu..Jatuh diva aku~~ Macam mana ni? Uhukss uhuksss.." rengek Chunri sambil menekup kedua-dua pipinya. Chieri dan Chanmi hanya ketawa melihat Chunri.

 

_______________________________________________________________________________________________________________________

 

"Hai~"

 

Chanmi mendongak melihat tiga orang jejaka yang mungkin sebaya atau merupakan senior dia di asrama ni dihadapannya. Entah mana datangnya mereka, Chanmi kurang pasti. Dia leka mencari buku yang menarik untuk dibaca di dalam  perpustakaan mini di bilik belajar itu

 

Chieri dan Chunri menyambung buku yang dibaca sebelum ini. Dia orang baru, belum ada apa-apa lagi, Malah kemahiran mencari buku di rak juga belum ada kerana tak tahu susunan atur di situ.

 

Chanmi hanya sekadar membalas senyum kemudian menapak ke rak buku lain, melarikan diri.

 

"Cari buku apa? Biar kami tolong," Ujar lelaki tinggi lampai, berbadan sasa yang memakai cermin mata rayban. Apehal mamat ni malam-malam buta pakai spek hitam bagai.

 

Chanmi masih mendiamkan diri. Kalau tak salah mereka bertigalah yang ushar Chanmi dekat dewan makan tadi. Mengingatkan perkara itu, Chanmi mula panas. Mereka mesti mengutuk dan ingin mengenakannya mentang-mentang Chanmi budak baru dekat sini, apalagi kalau bukan hendak membulinya. Hish!

 

"Kau budak baru dekat sini, kan? Aku tak pernah nampak pun," ujar lelaki berambut putih macam angsa.

 

Hmm.. Terdengar deheman itu, mereka serentak menoleh ke belakang. Chieri berdiri sambil bercekak pinggan dan Chunri di belakangnya memegang buku sederhana tebal yang sengaja ditayang-tayang.

 

"Kau dah kenapa?! Tak puas hati?" soal Lelaki berambut putih itu.

 

Tanpa menjawab, Chieri terus membuka langkah mahu bersilat. Skirt labuhnya diangkat menampakkan leggingsnya. Waduh! Kaki Chieri cantik macam kaki snsd lah. Melihat aksi itu ketiga-tiga jejaka tersebut beredar di celah-celah rak buku.

 

Chanmi melepaskan keluhan lega. "Siapa mereka tu?"

 

"Gengsa samseng, tapi kitorang gelar diorang Mat² Bunga  " kata Chunri. "The villains...." balas Chieri perlahan-lahan namun masih kedengaran di telinga Chanmi dan Chunri. 

 

"Mereka bertiga tu senior kita tapi perangai, kalah hantu hutan. Tapi kebiasaannya merek berempat, seorang lagi tah ke mana", bisik Chunri kepada Chanmi.

 

Chanmi memerhati sekumpulan mat bunga yang semakin hilang dari pandangan. Salah seorang daripada mereka mengingatkan Chanmi tentang kisah silamnya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet